Tuesday, May 14, 2019

MAY MOBILITY MEMILIH PENYELESAIAN COCOON LIDAR DARI LEDDARTECH UNTUK PENGANGKUTAN ULANG-ALIK AUTONOMINYA


Keadaan padu Cocoon LiDAR dari LeddarTech telah terbukti merupakan teknologi paling dipercayai apabila armada tanpa pemandu May Mobility bergerak di jalan raya, menjadikan perjalanan pergerakan autonomi lebih selamat

BANDAR QUEBEC, 13 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTechR, peneraju industri dalam teknologi automotif dan pergerakan LiDAR dengan rasa teruja mengumumkan bahawa May Mobility, salah satu peneraju dalam pengerahan pengangkutan ulang-alik autonomi, telah memilih teknologi LiDAR dari LeddarTech untuk memberikan keselamatan tambahan dalam pengerahan pengangkutan ulang-alik autonomi mereka. May Mobility telah mengesahkan teknologi dengan lebih daripada 50,000 pandu uji keadaan sebenar sebelum pelancaran pengeluaran secara besar-besaran.

Penyelesaian keadaan padu Cocoon LiDAR dari LeddarTech direka untuk mencipta kepompong 360 darjah lengkap dan memberikan tahap keselamatan yang lebih tinggi yang berkaitan dengan pencegahan perlanggaran dalam aplikasi pengangkutan ulang-alik autonomi. Dikuasakan oleh teknologi LeddarTM , penyelesaian LiDAR terpilih memberikan keseimbangan prestasi optimum dan penjimatan kos untuk kejayaan pengerahan komersial bagi perkhidmatan pergerakan autonomi. Teknologi matang LeddarTech dan pasukan sokongan berpengalaman turut menyediakan integrasi lebih pantas, pembangunan dan masa pasaran, pada kos dan risiko yang lebih rendah.

May Mobility menggabungkan beberapa teknologi pengesanan ke dalam pengangkutan ulang-alik autonomi mereka, termasuk LiDAR, RADAR dan kamera. Gabungan pengesan ini yang membolehkan pengangkutan ulang-alik berautonomi penuh. “Kami bergantung kepada gabungan teknologi pengesanan terbaik yang tersedia dalam pasaran bagi memastikan pengangkutan ulang-alik autonomi paling selamat dan boleh dipercayai untuk penumpang yang kami pindahkan,” kata Steve Vozar, Ketua Pegawai Teknologi bagi May Mobility. “Keselamatan adalah perkara paling penting bagi teras DNA May Mobility, dan penyelesaian Cocoon LiDAR dari LeddarTech memenuhi keperluan kami untuk memastikan kenderaan autonomi kami mencapai tahap keselamatan tertinggi bagi pengguna kami.”

“Dengan bangganya kami mengumumkan pilihan kami oleh May Mobility sebagai pembekal penyelesaian LiDAR yang dipercayai dan untuk menyokong misi mereka dalam menjadikan pengangkutan yang lebih selamat” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan dan Pembangunan Perniagaan Global di LeddarTech. Encik Pierce menambah, “penggunaan penyelesaian LiDAR dari LeddarTech dalam reka bentuk pengangkutan ulang-alik May Mobility melambangkan kepimpinan kami dalam teknologi LiDAR yang mana telah dibina oleh LeddarTech melalui kepakaran dalam bidang yang terbukti selama lebih dari sedekad.”

Kerjasamaantara LeddarTech dan May Mobility membawakan keselamatan yang dipertingkatkan kepada semua penumpang kenderaan May Mobility dan kerjasama ini akan berterusan sehingga pengerahan armada autonomi masa hadapan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12142

No comments:

Post a Comment