Thursday, May 16, 2019

KAMERA TDI LINEA HS DENGAN KELAJUAN DAN SENSITIVITI TINGGI BAHARU UNTUK APLIKASI PENGLIHATAN

Kamera TDI CMOS cas domain Teledyne DALSA terbaru kini dalam pengeluaran

WATERLOO, Ontario, 15 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, sebuah syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi penglihatan mesin, berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kamera TDI CMOS cas domain terbarunya-Linea HS-dalam pengeluaran yang besar. Berdasarkan reka bentuk sensor TDI berbilang tatasusunan, kamera 16k tersebut menawarkan kadar garis 300 kHz atau 5 GPiks/saat pemprosesan data untuk aplikasi pengimejan prestasi tinggi seperti paparan panel rata, PCB dan pemeriksaan wafer, penjujukan gen, patologi digital dan pemeriksaaan web.

Rangkaian Linea HS menawarkan keupayaan versatil untuk pengimejan monokrom/HDR, berbilang medan™ dan resolusi luar biasa dalam keadaan kurang cahaya.  Untuk model monokrom, sensor mempunyai dua tatasusunan.  Tatasusunan utama mempunyai 128 tahap, manakala tatasusunan sekunder mempunyai 64 tahap. Sensor ini menawarkan pengesanan terbaik, dengan pendedahan persamaan hingar yang lebih rendah dan MTF yang dipertingkatkan berbanding peranti TDI CCD sedia ada. Ciri baru seperti penjajaran berbantu piksel aktif membantu pengguna akhir untuk menjajarkan sampel yang diperiksa secara tepat.

“Teknologi TDI berbilang tatasusunan memberikan prestasi terbaik untuk aplikasi penglihatan berat pada masa kini. Pelbagai kombinasi tahap kedua-dua tatasusunan yang boleh dipilih mendayakan hasil pengimejan yang terbaik dihasilkan bagi memenuhi keperluan aplikasi berbeza,” kata Xing-Fei He, Pengurus Kanan Produk.

Digabungkan dengan siri CLHS Xtium™2 pencekup bingkai prestasi tinggi daripada Teledyne DALSA, produk baharu ini mewakili satu kemajuan  dalam pemprosesan data dalam industri ini. Dibina berdasarkan teknologi medan yang diperakui, antara muka optik gentian CLHS generasi baharu menawarkan pemindahan data berdaya pemprosesan tinggi dan boleh dipercayai. Kabel optik gentian mengurangkan kos sistem, menghasilkan kabel lebih panjang (sehingga 300 m), kalis sinaran elektromagnet dan sesuai untuk persekitaran industri. Kumpulan pencekup bingkai Xtium2 Teledyne DALSA yang berprestasi tinggi menampilkan platform PCI Express Gen 3 x8. 

No comments:

Post a Comment