Thursday, May 9, 2019

MARY KAY MENDEDAHKAN KEJAYAAN CEMERLANG PENYELIDIKAN MENGENAI KESAN ANTIOKSIDAN DAN VITAMIN C PADA KESIHATAN DAN PENAMPILAN KULIT

Mary Kay membentangkan hasil daripada dua kajian penyelidikan pada Reunión Anual de Dermatólogos Latinoamericanos dan Mesyuarat Tahunan ke-77 bagi Society for Investigative Dermatology


DALLAS, 9 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah syarikat kecantikan global dan peneraju di dalam inovasi penjagaan kulit, meneruskan sokongan mereka yang berterusan terhadap masyarakat kecantikan dan saintifik dengan mengambil bahagian di dalam dua persidangan dermatologi global pada musim bunga ini. Mary Kay telah menghadiri Reunión Anual de Dermatólogos Latinoamericanos (RADLA) yang berprestij itu pada 4-7 Mei di Buenos Aires, Argentina, di mana ia membentangkan penemuan yang berkaitan dengan kesan pencemaran terhadap kesihatan kulit. Syarikat itu juga akan menaja Mesyuarat Tahunan ke-77 bagi Society for Investigative Dermatology  (SID) di Chicago, pada 8-11 Mei, di mana ia akan mendedahkan penyelidikan terkini mereka berhubung bagaimana lima ekstrak buah-buahan yang diketahui mengandungi vitamin C berfungsi untuk membantu penampilan kulit.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190508005528/en/

Semasa persidangan tahunan RADLA ke-37 itu, pakar-pakar penjagaan kulit yang terkemuka dari seluruh dunia berkumpul untuk menerokai pelbagai topik, termasuk kesan pengagresi alam sekitar luaran terhadap kesihatan kulit. Mary Kay telah membentangkan penyelidikan yang memberi tumpuan kepada kebimbangan kulit yang berpunca daripada zarah ekzos diesel (DEP) di dalam alam sekitar. Pendedahan yang berterusan kepada DEP meningkatkan radikal bebas di dalam sel-sel kulit, yang akhirnya boleh memberi kesan kepada tanda-tanda awal penuaan kulit, seperti bintik-bintik gelap dan kekusaman. Mujurlah, Mary Kay juga membentangkan penemuan-penemuan mengenai sebuah antioksidan kompleks yang dapat membantu memperlahankan tanda-tanda awal penuaan yang berkaitan dengan kesan-kesan kerosakan pada DEP. Penemuan teknologi ini, yang terdapat di dalam barisan penjagaan kulit Mary Kay®TimeWise® Miracle Set 3D, menyediakan satu rejimen radikal bebas yang kuat dengan pendekatan tiga dimensi yang eksklusif yang menunggu kelulusan paten kepada penuaan kulit.

“Saintis-saintis Mary Kay menghabiskan masa bertahun-tahun meneliti inovasi ramuan terkini untuk membangunkan koleksi penjagaan kulit terbaharu kami yang mempertahankan terhadap radikal bebas dan membantu menangguhkan permulaan penuaan awal kulit daripada tekanan alam sekitar dan gaya hidup yang tidak dapat dielakkan seperti ekzos kereta dan pencemaran udara,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc.

Ketika menghadiri SID minggu ini, Saintis Utama Mary Kay Associate Tiffany Carle akan membentangkan data baharu yang dikumpulkan semasa menganalisis kesan bagi sejenis serum yang mengandungi lima ekstrak buah-buahan botani yang diketahui kaya dengan vitamin C pada penampilan kulit. Sebagai sebahagian daripada kajian ini, penyelidik Mary Kay telah merawat tisu kulit tiruan dengan serum ini dan menggunakan satu pendekatan genom untuk memahami bagaimana serum itu menjejaskan kulit. Penilaian genom ini mendedahkan penglibatan empat kelas utama bagi gen yang penting untuk kepejalan kulit. Tambahan pula, kajian itu menunjukkan bahawa rawatan serum meningkatkan pengeluaran bagi kolagen dan laminin protein matriks kulit yang menyokong kepejalan kulit. Kajian ini mengesahkan bagaimana serum berfungsi untuk membantu meningkatkan penampilan  bagi kekenduran dan tekstur kulit.

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Mary Kay terdiri daripada saintis-saintis terkenal yang memiliki ijazah kedoktoran dan ijazah lanjutan yang lain merentasi pelbagai bidang: biologi kulit, biologi sel, kimia, biokimia dan banyak lagi. Pasukan saintis ini berdedikasi untuk menjalankan penyelidikan cemerlang yang berterusan dan berkongsi penemuan yang memberi kesan yang berkaitan dengan kesihatan kulit dengan masyarakat saintifik dan kecantikan secara umumnya.

“Pasukan Penyelidikan & Pembangunan kami komited untuk membangunkan teknologi di dalam produk kami supaya kami dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit dan menyediakan wanita di seluruh dunia dengan keyakinan kulit yang mereka perlukan,” kata Dr. Gildea. “Mengambil bahagian dalam acara seperti RADLA dan SID membolehkan kami untuk belajar dan berkongsi penyelidikan yang relevan supaya kami dapat terus memberikan manfaat yang bermakna dan produk yang menakjubkan kepada pengguna.”

Setiap tahun, Mary Kay menjalankan ratusan ribu ujian saintifik mengenai produk dan ramuan untuk memastikan standard keselamatan, kualiti dan prestasi yang paling tinggi. Mary Kay memiliki lebih daripada 1,500 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio global mereka. Baru-baru ini, syarikat itu mengumumkan pembukaan kemudahan R&D dan pembuatan yang serba canggih yang bernilai lebih $100 juta di Lewisville, Texas.

MAKLUMAT MENGENAI MARY KAY

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190508005528/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

No comments:

Post a Comment