Wednesday, September 7, 2022

GERAN PENYELIDIKAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH - MENYOKONG PENYELIDIK MUDA TEMPATAN DALAM BIDANG PERUBATAN DAN SAINTIFIK

Penerima Geran Penyelidikan Dr Ranjeet Bhagwan Singh 2022, Profesor Madya Dr. Tan Jun Jie


KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebagai agensi peneraju agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara sentiasa memberi galakan kepada saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Usaha ini penting selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 untuk menjadi negara berteknologi tinggi berasaskan inovasi tempatan.

Justeru itu, dana merupakan satu aspek penting dalam ekosistem R&D negara. Selain peruntukan kerajaan, MOSTI juga mengawal selia Geran Penyelidikan Dr Ranjeet Bhagwan Singh. Geran ini kekal menjadi komitmen MOSTI bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk menyokong penyelidik muda tempatan setiap tahun dalam bidang perubatan dan saintifik.

Geran penyelidikan yang diuruskan menerusi Akaun Amanah Tabung Penyelidikan Perubatan Dr. Ranjeet Bhagwan Singh sejak tahun 1997 ini telah diberikan kepada 26 penyelidik muda dengan jumlah dana sebanyak RM632,265.00.

GERAN PENYELIDIKAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH - MENYOKONG PENYELIDIK MUDA TEMPATAN DALAM BIDANG PERUBATAN DAN SAINTIFIK

No comments:

Post a Comment