Saturday, September 3, 2022

THE LINC KL MENGALU-ALUKAN BEBERAPA JENAMA BAHARU

 





KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- 
The LINC KL, sebuah pusat membeli-belah berilhamkan alam semula jadi yang terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, mengalu-alukan beberapa penyewa untuk menjadi ahli keluarga baharu di bawah satu bumbung.

Gedung membeli-belah dua tingkat dengan ruang untuk disewa berukuran lebih kurang 133,085 kaki persegi dengan konsep rumah ladang industri ini dibina untuk mengekalkan tujuh pokok besar sedia ada di tapak berukuran 3.67-ekar.

Beberapa bulan lepas, kami telah mengalu-alukan beberapa penyewa baru, termasuk SOULed Out Ampang, sebuah restoran yang terkenal dengan pelbagai sajian memikat selera. Sejak dibuka pada Mei 2022, ia telah menerima ramai pengunjung, menjadikannya salah sebuah tumpuan utama di sini.

Satu lagi tumpuan menjamu selera ialah Huckleberry Café, yang dijangka akan dibuka pada pertengahan pertama 2023. Kafe artisan yang terletak di tingkat bawah ini menyajikan pastri, roti, kek dan berbagai-bagai juadah dan minuman yang telahpun menjadi kegemaran di cawangannya yang lain.

Bagi memperluaskan pilihan membeli-belah di The LINC KL, kami juga mengalu-alukan Ascen Pharmacy di Aras 1, yang dijangka pembukaaannya pada penghujung 2022. Berkunjung ke sini, anda boleh mendapatkan rangkaian produk dan penjagaan kesihatan.

Sebuah kedai gunting rambut hipster, Beard Bear Barbershop juga dijangka dibuka di Aras 2 tidak lama lagi.

“Dengan berbagai-bagai cabaran yang dihadapi dalam dua tahun ini, kami optimis The LINC KL akan berkembang maju dan membuka laluannya sebagai hab komuniti gaya hidup yang unik,” kata Low Eng Hooi, Ketua Pegawai Eksekutif PPB Properties. "Mewujudkan hab yang menarik untuk jenama tempatan di tengah-tengah keindahan alam semula jadi merupakan komitmen kami untuk memastikan keriangan membeli-belah yang unik untuk para pengunjung mahupun penyewa di sini.”

Dengan beberapa penyewa baharu yang menarik ini, kami tidak sabar untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih lengkap. Ini bakal meningkatkan gabungan para penyewa gedung membeli-belah yang tersendiri, dengan lebih 40% untuk tawaran sajian menjamu selera tempatan dan peningkatan untuk tawaran kesihatan dan kecantikan sehingga 7.2%.

Sehingga hari ini, The LINC KL telah mencapai 96.2% kadar penghuni.

Beberapa lagi prospek yang berminat sedang dalam perbincangan untuk memenuhi lot-lot yang ada. Untuk maklumat lanjut mengenai lot untuk disewa ini, sila hubungi kami melalui eMel di leasing.thelinckl@ppb.com.my

Mengenai The LINC KL

Dengan kedudukan yang strategik di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi dengan tarikan, The LINC KL merupakan hab komuniti dan gaya hidup urban berilhamkan alam semula jadi. Dengan pelbagai jenama tempatan dan rangkaian menjamu selera dikelilingi alam semula jadi yang unik & keindahan seni, kenikmatan alam menanti para pengunjung.

Dibuka pada November 2018, The LINC KL diuruskan oleh PPB Properties – cawangan hartanah PPB Group Berhad, yang merupakan syarikat pegangan pelaburan dan pelaburan hartanah yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. 

Sumber: PPB Properties


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16261

No comments:

Post a Comment