Wednesday, September 28, 2022

GRADIANT MENGUMUMKAN PRESIDEN BAGI OPERASI GLOBAL DAN PENGAMBILAN STRATEGIK UNTUK PECUTAN PERNIAGAAN

 BOSTON, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, sebuah penyedia penyelesaian air global, hari ini mengumumkan bahawa Govind Alagappan telah dilantik sebagai Presiden bagi Operasi Global. Govind mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri air, dengan membawa pengetahuan yang mendalam di dalam kecemerlangan jualan & operasi, mengutamakan pelanggan dan pertumbuhan pasaran global. Govind akan melapor kepada Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant.

Sebelum jawatan beliau sekarang, Govind pernah menjadi pengarah urusan bagi Asia Pasifik untuk Evoqua, sebuah penyedia penyelesaian rawatan air dan air buangan terkemuka dan peneraju pembangunan & strategi perniagaan global untuk SUEZ Water Technologies. Semasa berkhidmat di Evoqua, beliau telah membangun dan melaksanakan satu strategi pertumbuhan bersama untuk kesemua perniagaan Evoqua merentasi rantau Asia Pasifik, membantu untuk memacukan pertumbuhan yang stabil dari tahun ke tahun di bawah kepimpinan beliau. Govind akan kekal berpangkalan di Singapura.

“Dengan pelantikan Govind Alagappan ke peranan sebagai Presiden bagi Operasi Global, kami telah meningkatkan kedalaman bagi pasukan kepimpinan Gradiant. Beliau mempunyai kemahiran dan pengalaman yang tepat untuk membimbing syarikat itu melalui detik transformasi ini,” kata Prakash Govindan. “Rekod prestasi beliau, pengalaman antarabangsa dan keterujaan menyertai perniagaan kami menjadikan beliau pemimpin yang ideal untuk membawa Gradiant ke tahap seterusnya.”

Gradiant juga telah mengumumkan pelantikan strategik baharu untuk mengukuhkan pertumbuhan perniagaan. Pusingan pengambilan ini berlaku di tengah-tengah peningkatan permintaan bagi penyelesaian Gradiant di pasaran Amerika Utara, meningkatkan skala dan penggunaan Gradiant AI kepada pelanggan di seluruh dunia, dan mencerminkan kedudukan mereka yang kukuh sebagai majikan pilihan.

  • Delph Mak, Pengarah Kanan bagi Gradiant AI. Delph sertai dari Xylem, sebuah syarikat teknologi air global terkemuka, di mana beliau merupakan pengarah kanan bagi perniagaan digital. Beliau juga pernah memegang jawatan kanan dengan Deloitte Consulting dan Pembangunan Industri PUB Singapura. Delph memperoleh Sarjana Sains beliau dalam Kejuruteraan & Pengurusan di MIT. Delph berpangkalan di Singapura.
     
  • Mike Boyd, Naib Presiden bagi Jualan & Pembangunan Perniagaan. Mike mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam industri air, yang terbaharu sebagai Pengarah Kanan Serantau untuk DuPont Water Solutions. Mike mula-mula menyertai Desalitech selepas pusingan Siri A pada tahun 2012 dan berkhidmat sebagai peranan utama di dalam mengembangkan perniagaan mereka melalui strategi keluar dan pemerolehan mereka oleh DuPont Water Solutions pada tahun 2020. Mike berpangkalan di Phoenix, Arizona.
  • John Tracy, Naib Presiden bagi Jualan & Pembangunan Perniagaan. John mempunyai gabungan 20 tahun pengalaman di dalam industri air, menerajui jualan dan pemasaran dengan Fluid Technology Solutions dan Oasys Water serta kejuruteraan dan jualan dengan Osmonics, Betz Labs dan ABB. John juga mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam industri semikonduktor, dalam pengurusan produk, dengan Axcelis Technologies dan Akrion. Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Kimia dan sebuah Sarjana Pentadbiran Perniagaan. John berpangkalan di ibu pejabat Gradiant di Boston.
Gradiant, sebuah “Syarikat Teknologi Air Terbaik Tahun 2022” oleh Global Water Intelligence, dan “Tempat yang Hebat untuk Bekerja,” 2022,” sedang mengembangkan pasukan mereka di seluruh pejabat global mereka. Jawatan terbuka boleh didapati di halaman Kerjaya Gradiant.

Maklumat mengenai Gradiant

Gradiant adalah sebuah penyedia penyelesaian air global untuk rawatan air dan air buangan termaju. Dengan satu rangkaian lengkap penyelesaian hujung-ke-hujung yang dibezakan dan proprietari, dan dikuasakan oleh minda utama di dalam air, Gradiant melayani operasi misi kritikal bagi pelanggan mereka di dalam industri-industri penting di dunia. Gradiant telah diasaskan di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan mempunyai kedudukan yang unik untuk menangani cabaran dunia yang semakin meningkat yang dicetuskan oleh perindustrian, pertumbuhan penduduk dan tekanan air. Hari ini, dengan lebih 450 orang pekerja, Gradiant beroperasi dari ibu pejabat global mereka di Boston, ibu pejabat serantau dan makmal teknologi global di Singapura, dan mempunyai pejabat merentasi 12 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gradiant.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220914005489/en/

Hubungi

Hubungan Korporat:
Felix Wang
Gradiant, Naib Presiden bagi Pemasaran
fwang@gradiant.com

Sumber : Gradiant

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment