Sunday, September 4, 2022

PENDAFTARAN SEMINAR PERCUKAIAN KEBANGSAAN (SPK) 2022 TELAH DIBUKA

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2022 secara dalam talian (webinar). Pendaftaran bagi menyertai seminar ini telah dibuka dan orang ramai khususnya pengamal percukaian serta pembayar cukai adalah digalakkan untuk mendaftar melalui portal https://spk.hasil.gov.my . 

SPK merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh HASiL yang mana antara objektif penganjuran seminar ini adalah untuk menyampaikan pelbagai maklumat terkini dan memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan dengan sebarang pindaan dalam semua akta yang ditadbir oleh HASiL lanjutan pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan pada bulan Oktober akan datang. 

No comments:

Post a Comment