Friday, September 30, 2022

QUECTEL MENGUMUMKAN MODUL PINTAR SC680A LTE BAHARU UNTUK MEMACUKAN TRANSFORMASI DIGITAL DAN APLIKASI AI VISI MESIN

 



LAS VEGAS, 29 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quectel Wireless Solutions, sebuah penyedia penyelesaian IoT global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengeluarkan modul pintar SC680A baharu mereka yang menampilkan pilihan sambungan yang luas termasuk LTE Cat 6, Wi-Fi 802.11ac dan Bluetooth 5.0 dengan prestasi sistem yang berkuasa dan fungsi multimedia yang diperkayakan. Modul pintar SC680A itu disasarkan kepada peranti IoT peringkat pertengahan termasuk POS dan terminal pembayaran, genggaman perindustrian untuk logistik dan penggudangan, penyelesaian infotainment dalam kenderaan dan kamera papan pemuka serta aplikasi mobiliti mikro dan kereta elektrik kecil.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220928005031/en/

“Kami teruja untuk memperkenalkan satu lagi modul pintar yang sangat bersepadu yang memberikan pelanggan dunia dengan kelenturan yang lebih tinggi di dalam reka bentuk peranti IoT mereka,” kata Norbert Muhrer, Presiden dan Ketua Pegawai Jualan bagi Quectel. “Ia membolehkan pelbagai IoT menegak perindustrian dan pengguna dengan kadar data tinggi dan ciri-ciri kamera yang berkuasa. SC680A itu juga mempunyai kitaran hayat yang panjang sehingga 2028 agar ia dapat memenuhi keperluan untuk memperluaskan ketersediaan perkakasan dan membantu sektor IoT mencipta penyelesaian IoT yang kental.”

Dengan menggunakan platform QCM4290 Qualcomm, modul SC680A Quectel menggunakan sebuah pemproses aplikasi Kryo 260 octa-core yang patuh ARM v8.0 64-bit tersuai bagi peningkatan kelajuan dan prestasi pada peranti yang mantap.

Modul SC680A itu menyokong rangkaian selular LTE Cat 6 berbilang mod dengan teknologi komunikasi wayarles jarak dekat seperti Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 802.11ac serta boleh dipertingkatkan kepada Wi-Fi 6. L1+L5 dwi-jalur berbilang gugusan dan penerima GNSS berketepatan tinggi (GPS/ GLONASS/ BDS/ Galileo/ NavIC/ QZSS) juga dibenamkan untuk perkhidmatan tataatur yang dioptimumkan.

Quectel SC680A itu mengandungi sebuah sistem pengendalian Android 12 terbenam yang membenarkan untuk peningkatan berulang pada masa hadapan kepada Android 13 atau 14 dan adalah sesuai untuk pensijilan Google GMS. Dilengkapi dengan sebuah GPU Adreno 610 yang berkuasa, modul itu menyokong maksimum empat kamera dan sehingga 25 MP dwi kamera untuk berfungsi serentak.

Untuk memenuhi keperluan berbeza bagi pelbagai wilayah di seluruh dunia, keluarga SC680A itu menawarkan pelbagai varian:

• SC680A-NA itu untuk Amerika Utara. Sampel bagi modul SC680A-NA akan tersedia pada akhir Oktober 2022.
• SC680A-WF (Wi-Fi & Bluetooth sahaja) untuk pasaran global akan tersedia pada akhir Oktober 2022.
• SC680A-EM untuk EMEA, Korea, Asia Selatan, India, Amerika Latin, Australia, New Zealand dan Afrika Selatan dengan ketersediaan sampel dijangka pada akhir September 2022.
• Satu lagi varian SC680A-JP sedang dalam perancangan untuk pasaran Jepun.
 
Direka dengan keserasian pin-ke-pin dengan modul pintar generasi Quectel yang sebelumnya seperti siri SC600Y/ SC600T/ SC606T/SC686A, siri SC680A itu boleh membantu pembangun IoT menaik taraf terminal pintar mereka dengan mudah dan mempercepatkan masa ke pasaran bagi peranti mereka.

Quectel berada pada kedudukan yang unik untuk membantu membina sebuah dunia yang lebih bijak dengan portfolio luas bagi penyelesaian IoT dan perkhidmatan sehenti. Sebagai tambahan kepada modul pintar merentasi setiap segmen pasaran daripada peringkat permulaan sehingga ke peringkat premium, Quectel juga menawarkan satu rangkaian komprehensif bagi antena berprestasi tinggi. Khususnya, rangkaian antena Combo Quectel, yang mengintegrasikan pelbagai teknologi seperti 4G, Wi-Fi dan GNSS, menawarkan satu penyelesaian antena yang sangat fleksibel dan boleh dipercayai bagi aplikasi luar.

Modul SC680A akan dipamerkan di MWC Las Vegas di Petak No W1.520, 28-30 September 2022 dengan ketersediaan umum pada Oktober.

Maklumat mengenai Quectel

Keghairahan Quectel untuk sebuah dunia yang lebih bijak mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebagai sebuah organisasi yang sangat mengutamakan pelanggan, kami adalah sebuah penyedia penyelesaian IoT global yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin meningkat dengan lebih 4,000 orang profesional menetapkan rentak untuk inovasi di dalam modul selular, GNSS, Wi-Fi dan Bluetooth®, modulantena dan sambungan loT. Dengan mempunyai pejabat serantau dan sokongan di seluruh dunia, kepimpinan antarabangsa kami menumpukan perhatian kepada memajukan IoT dan membantu membina sebuah dunia yang lebih bijak.

Untuk maklumat lanjut: www.quectel.comLinkedInFacebook dan Twitter.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220928005031/en/

Hubungi

Ashley Liu, media@quectel.com

Sumber : Quectel
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16363

No comments:

Post a Comment