Friday, September 2, 2022

INDUSTRI BIOPERUBATAN KEMBALI MEMBUAHKAN HASIL DI KAWASAN PEMBANGUNAN EKONOMI & TEKNOLOGI KEBANGSAAN NANNING

 NANNING, China, 1 Sept, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--


Baru-baru ini, perisian diagnosis bantuan imej CT paru-paru yang dibangunkan oleh Guangxi Yizhun Intelligent Technology Co., Ltd. ("Yizhun") di Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Kebangsaan Nanning ("Kawasan") telah dianugerahkan dengan sijil pendaftaran bagi peranti perubatan kelas III (GXZZ20223210687).
 
Jabatan-jabatan penggalakan pelaburan Nanning di semua peringkat menyasarkan untuk mewujudkan kluster industri bioperubatan melalui perancangan titik permulaan yang tinggi dan tarikan pelaburan yang disasarkan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Kebangsaan Nanning. Di Kawasan tersebut, industri bioperubatan, yang melibatkan bidang pengeluaran, pemeriksaan & ujian, jualan dan pengedaran, terus berkembang di dalam skala industri dan secara beransur-ansur bertambah baik di dalam rantaian industri. "Perisian diagnosis bantuan imej CT paru-paru" yang diluluskan itu adalah perisian pertama di wilayah Guangxi dan yang kelapan di negara itu dengan sijil pendaftaran bagi peranti dan perisian perubatan AI kelas III, dan yang keenam di wilayah Guangxi dan yang kedua di bandar raya Nanning yang telah menerima sijil itu. Ini merupakan satu lagi pencapaian bagi pengoptimuman berterusan bandar raya itu bagi perkhidmatan untuk perusahaan yang berpindah dan usaha padu di dalam membina industri biofarmaseutikal.

Dari segi pelaburan yang tepat, Kawasan itu telah menyusun satu panorama bagi rantaian industri biofarmaseutikal, dengan membawa masuk pelaburan secara positif di dalam rantaian industri dan kluster industri itu serta memperkenalkan satu kumpulan projek-projek utama seperti Hainan Huluwa Pharmaceutical, Guangdong Yili Pharmaceutical, Yida Xiansheng, Kumpulan Sinopharm dan Kumpulan Guangxi LiuYao, yang membentuk satu corak pembangunan industri dengan biofarmaseutikal, perubatan tradisional Cina, produk penjagaan kesihatan, peranti perubatan dan logistik farmaseutikal moden sebagai bidang utama. Menurut maklumat itu, Kawasan itu merupakan tapak utama untuk membangunkan industri biofarmaseutikal di bandar raya itu, dan pada masa ini terdapat 625 perusahaan biofarmaseutikal di Kawasan tersebut.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Kebangsaan Nanning
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=428269
 
   Kapsyen:  Bengkel pengeluaran bagi Taman Perindustrian Kesihatan Nanning Neptunus

No comments:

Post a Comment