Thursday, September 8, 2022

KIRIN HOLDINGS: SUDU DAN MANGKUK YANG MENINGKATKAN RASA MASIN BAGI MAKANAN YANG RENDAH NATRIUM DENGAN KIRA-KIRA 1.5 KALI*¹ MELALUI RANGSANGAN.

 



• Membangunkan satu bentuk gelombang arus yang unik yang meningkatkan kemasinan bagi makanan yang rendah natrium dengan kira-kira 1.5 kali ganda.
• Peranti “Garam Elektrik” berbentuk sudu dan mangkuk dengan bentuk gelombang arus ini telah dibangunkan.
• Eksperimen demonstrasi bersama dengan dua syarikat yang mencadangkan pemakanan sihat bermula pada September.
• Mensasarkan untuk melancarkan peranti itu di Jepun pada tahun 2023.

TOKYO, 7 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kirin Holdings Company, Limited (Kirin) dan Makmal Dr. Homei Miyashita Universiti Meiji dari Jabatan Sains Media Frontier, Pusat Pengajian Sains Matematik Antara Disiplin (Makmal Miyashita), telah membangunkan sejenis rangsangan elektrik yang unik yang meningkatkan rasa masin yang dirasakan apabila memakan makanan yang rendah natrium dengan kira-kira 1.5 kali ganda, dan membangunkan peranti “Garam Elektrik” yang berbentuk sudu dan mangkuk yang menggabungkan teknologi ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220906005747/en/

Kirin, yang bekerjasama dengan Noruto Company, Limited (Noruto) dan The Orangepage Inc. (Orangepage) akan memulakan sebuah eksperimen demonstrasi pada September untuk menilai kepuasan hidangan dengan menyediakan peranti ini dan sebuah hidangan rendah natrium sebagai satu set.

Kami menyasarkan untuk melancarkan peranti “Garam Elektrik” itu pada tahun 2023. Melalui peranti ini, kami menyasarkan untuk merealisasikan sebuah masyarakat di mana orang ramai boleh meningkatkan gaya hidup mereka dalam satu cara yang enak.

Isu sosial berhubung “terlalu banyak garam”

Pengambilan garam harian bagi orang Jepun ialah 10.9 g untuk lelaki dan 9.3 g bagi wanita yang berumur melebihi 20 tahun*2, yang diketahui adalah sangat tinggi berbanding dengan standard*3 pengambilan garam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran Jepun bagi makanan rendah natrium dan bebas garam terus berkembang berikutan peningkatan kesedaran kesihatan, berkembang kira-kira 26% dalam tempoh lima tahun dari 2015 hingga 2020, dengan jualan diunjurkan sebanyak 141.3 bilion yen pada tahun 2020.*4 Dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh syarikat*5 kami bagi penduduk di kawasan metropolitan Tokyo, kami mendapati bahawa kira-kira 63% daripada mereka yang mengambil diet rendah natrium berhasrat untuk berbuat demikian merasakan bahawa ia adalah merupakan satu cabaran, dan daripada jumlah ini, kira-kira 80% tidak berpuas hati dengan rasa makanan rendah natrium mereka. Jika orang ramai boleh terus menikmati memakan diet yang rendah natrium, ini akan membantu meningkatkan cabaran kesihatan mereka dan boleh mengembangkan lagi pasaran untuk produk rendah natrium dan bebas garam.

Penyelidikan bersama oleh Kirin dan Makmal Dr. Homei Miyashita Universiti Meiji untuk menyelesaikan isu-isu sosial

Sebagai tindak balas kepada isu sosial ini, sejak tahun 2019, kami telah menjalankan penyelidikan dengan kerjasama Makmal Dr Homei Miyashita berhubung penggunaan teknologi “Kederiaan rasa elektrik” yang menggunakan arus elektrik yang sangat lemah yang tidak menjejaskan tubuh manusia untuk mengubah cara rasa makanan di dalam sebuah persepsi pseudo-deria. Hasil daripada penyelidikan ini, kami telah membangunkan sebuah bentuk gelombang arus elektrik yang unik yang meningkatkan rasa makanan yang rendah natrium, dan telah mengesahkan buat kali pertama di dunia bahawa rasa masin yang dirasakan apabila memakan makanan rendah natrium dipertingkatkan sebanyak kira-kira 1.5 kali di dalam satu ujian klinikal ke atas orang yang sedang/telah mengurangkan garam.

Evolusi peranti dengan mengambil kira keperluan pelanggan

Dalam tinjauan*6 kami, mi Ramen dan sup Miso menduduki tempat pertama dan kedua dari segi “makanan yang ingin dimakan oleh orang yang cuba mengurangkan pengambilan garam dengan satu rasa yang pedar dan bukannya rasa yang nipis”. Kami mendapati bahawa terdapat satu keperluan yang tinggi bagi “makanan upah” seperti ramen, yang mereka suka tetapi telah menahan diri daripada memakannya oleh kerana pengurangan garam, dengan satu rasa yang pedar, dan satu keperluan yang tinggi bagi sup yang lazat, yang mana mereka mempunyai tabiat untuk memakannya pada setiap hari tetapi tidak berpuas hati dengan rasanya.

Dengan matlamat untuk menghapuskan kesabaran pelanggan dalam pengurangan garam ini dan menjadikan hidangan mereka lebih menyeronokkan, kami telah membangunkan “Sudu Garam Elektrik” dan “Mangkuk Garam Elektrik”, yang sesuai untuk digunakan ketika memakan mi dan sup Ramen.

“Sudu Garam Elektrik” dan “Mangkuk Garam Elektrik” yang baharu dibangunkan itu adalah lebih canggih dan dilengkapi dengan teknologi bentuk gelombang rangsangan elektrik*7, yang dibangunkan oleh Kirin dan makmal Dr. Homei Miyashita dan dipersembahkan sebagai sebuah peranti jenis penyepit, untuk pelaksanaan sosial.

Sudu Garam Elektrik

Ciri-ciri:
Hidupkan peranti itu dengan suis pada pemegang sudu dan tetapkan kuasa itu (4 tahap) mengikut keutamaan anda.
Selepas membuat pilihan anda, gunakan sudu dalam cara yang sama seperti sebuah sudu biasa.
Satu arus elektrik yang lemah disalurkan melalui makanan itu untuk menghasilkan kesan, dari hujung sudu tersebut.
 
Cara Penggunaan:
Daripada menggunakan sebuah sudu mi ramen
Untuk sup dan kari dengan banyak bahan
Makanan lain secara umum
 
Mangkuk Garam Elektrik

Ciri-ciri:
Hidupkan peranti itu dengan suis pada sisi mangkuk dan tetapkan kuasa itu (4 tahap) mengikut keutamaan anda.
Selepas membuat pilihan anda, gunakan mangkuk itu seperti anda menggunakan sebuah mangkuk biasa.
Pegang bahagian bawah mangkuk itu.
Dengan memegangnya, satu arus elektrik yang lemah mengalir di dalam mangkuk untuk menghasilkan kesannya.
 
Cara Penggunaan:
Ketika meminum sup atau sup Miso.
Sebagai sebuah mangkuk hidangan untuk mi Ramen dan mi Udon.
 
Percubaan kolaboratif dengan dua buah syarikat untuk mencadangkan satu pengalaman pemakanan sihat dengan menggunakan peranti itu

Untuk menjadikan kehidupan seharian lebih kaya dengan penggunaan kurang garam,  kami akan juga mencadangkan makanan sihat untuk dinikmati dengan “Sudu Garam Elektrik” dan “Mangkuk Garam Elektrik”, dengan menggunakan pengetahuan kami yang diusahakan sebagai sebuah syarikat makanan. Pada September tahun ini, satu eksperimen demonstrasi dengan menggunakan peranti “Garam Elektrik” akan dijalankan bersama dengan Noruto, yang mengendalikan kedai khusus rendah natrium “Muen.com” yang mengendalikan bilangan produk*8 terbesar di Jepun, termasuk produk yang dibangunkan oleh syarikat itu, dan Orangepage. Eksperimen demonstrasi itu akan dimulakan pada September, dengan ahli-ahli bagi setiap syarikat dijemput untuk mengambil bahagian. Hidangan makanan yang lazat dan rendah natrium yang dibangunkan bersama oleh kedua-dua buah syarikat akan ditawarkan sebagai satu set dengan peranti “Garam Elektrik”, dan tahap kepuasan mereka akan dinilai.

Rangka bagi Eksperimen Demonstrasi itu
  1. Tempoh pelaksanaan: September hingga November 2022
  2. Keanggotaan:. Ahli-ahli Noruto dan Orangepage
  3. Butiran pelaksanaan: Tinjauan rasa di tempat, Ujian penggunaan di rumah untuk digunakan di rumah
Pembangunan Masa Depan

Kebergunaan bagi peranti “Garam Elektrik” itu akan disahkan melalui eksperimen demonstrasi pada tahun ini, dengan tujuan untuk melancarkan peranti itu di Jepun pada tahun 2023. Kami sedang membangunkan peranti “Garam Elektrik” itu untuk menyampaikan nilai kepada pelanggan yang mempunyai kebimbangan mengenai pengurangan garam. Pada masa hadapan, kami akan menggalakkan kerjasama dengan beberapa syarikat yang menyampaikan makanan sihat kepada pelanggan, dan berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan untuk menikmati rasa, dan mencapai tabiat pemakanan sihat tanpa daya ketahanan atau kekecewaan.

Maklumat mengenai Kirin Holdings

Kirin Holdings Company, Limited ialah sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di dalam domain Makanan & Minuman (perniagaan Makanan & Minuman), domain Farmaseutikal (perniagaan Farmaseutikal) dan domain Sains Kesihatan (perniagaan Sains Kesihatan), di Jepun dan di seluruh dunia.

Syarikat itu memperluaskan perniagaan mereka dengan penapaian dan bioteknologi sebagai teknologi teras mereka, dan memasuki perniagaan farmaseutikal pada tahun 1980-an, yang kesemuanya terus menjadi pusat-pusat pertumbuhan global. Pada tahun 2007, Kirin Holdings telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pegangan tulen dan pada masa ini memberi tumpuan kepada meningkatkan domain Sains Kesihatan mereka.

Di bawah Visi Kumpulan Kirin 2027 (KV 2027), satu pelan pengurusan jangka panjang dilancarkan pada tahun 2019, Kumpulan Kirin menyasarkan untuk menjadi “Sebuah pemimpin global di dalam CSV*, mencipta nilai merentasi dunia Makanan & Minuman kita kepada Farmaseutikal.” Melangkah ke hadapan, Kumpulan Kirin akan terus memanfaatkan kekuatan mereka untuk mencipta nilai sosial dan ekonomi melalui perniagaan mereka, dengan matlamat untuk mencapai pertumbuhan mapan dalam nilai korporat.
  1. Perubahan nilai bagi penilaian berkenaan keamatan kemasinan di dalam sebuah sampel yang meniru makanan biasa dan sebuah sampel dengan 30% kurang garam. Diuji dengan menggunakan penyepit yang dilengkapi dengan teknologi Garam Elektrik (arus 0.1~0.5 mA). Tiga puluh satu lelaki dan wanita berumur 40-65 tahun yang pada masa ini atau telah mengurangkan garam pada masa lalu ditanya tentang keamatan kemasinan yang mereka anggap semasa memakan hidangan ujian itu, dan 29 daripada 31 responden menjawab bahawa kemasinan itu telah meningkat.
  2. Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan, 2022
  3. Kurang daripada 5.0 g/hari (2012, garis panduan WHO)
  4. Fuji Keizai, “Pandangan Pasaran Makanan Kesejahteraan 2019”. Saiz pasaran 2020 adalah merupakan satu ramalan.
  5. Tempoh Tinjauan penyelidikan Kirin: Jun 2021 Sasaran: Lelaki dan wanita berumur 40-79 tahun yang tinggal di kawasan metropolitan Tokyo (N=4,411) Format: Tinjauan web. Kira-kira 47% daripada semua responden mengambil diet rendah natrium/bersedia untuk berbuat demikian.
  6. Tempoh Tinjauan penyelidikan Kirin: Januari 2022 Sasaran: 120 lelaki dan wanita berumur 30-69 tahun yang mengamalkan pengurangan garam Format: tinjauan CLT, pelbagai respons dibenarkan
  7. Siaran akhbar mengenai hasil penyelidikan ini (Isnin, 11 April, 2022) https://www.kirinholdings.com/jp/newsroom/release/2022/0411_01.html
  8. Bilangan terbesar produk makanan rendah natrium yang dikendalikan di Jepun/ diselidik oleh Nord (berdasarkan kepada maklumat awam yang tersedia setakat Isnin, 8 Ogos, 2022)
*: Mewujudkan Nilai yang Dikongsi. Gabungan nilai tambah untuk pengguna dan juga bagi masyarakat secara umumnya.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220906005747/en/

Hubungi

Hubungan Media
Jabatan Komunikasi Korporat
Kirin Holdings Company, Limited
Nakano Central Park South, 4-10-2 Nakano, Nakano-ku, Tokyo
+81-3-6837-7028
https://www.kirinholdings.com/en/
kirin-cc@kirin.co.jp

Pejabat Perhubungan Awam, Universiti Meiji
1-1 Kanda-Surugadai, Chiyoda-ku, Tokyo
https://www.meiji.ac.jp/cip/english/
Email: koho@mics.meiji.ac.jp

Sumber: Kirin Holdings Company, Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

No comments:

Post a Comment