Wednesday, September 14, 2022

SUMO LOGIC MENYAMPAIKAN RANGKA TINDAKAN UNTUK MEMAJUKAN INOVASI DENGAN PENGURUSAN KEBOLEHPERCAYAAN

Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic melengkapkan pemimpin perniagaan dengan data kritikal untuk mengimbangkan kelajuan inovasi dengan kebolehpercayaan perkhidmatan

REDWOOD CITY, Calif., 14 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sumo Logic (NASDAQ: SUMO), platform analisis SaaS untuk membolehkan aplikasi natif awan (cloud-native) yang boleh dipercayai dan selamat, pada hari ini telah mengumumkan ketersediaan am Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic. Pengurusan Kebolehpercayaan membolehkan pembangun, SRE dan pasukan DevOps untuk mengurus kebolehpercayaan aplikasi misi kritikal mereka dengan menerima pakai metodologi Objektif Tahap Perkhidmatan (SLO). Pengumuman tersebut telah dibuat semasa persidangan pengguna Illuminate 2022 tahunan yang keenam syarikat itu yang sedang diadakan secara maya pada 13-14 September.

Pengurusan Kebolehpercayaan merupakan suatu keupayaan baharu Kebolehcerapan (Observability) Sumo Logic yang membantu organisasi menerima pakai pendekatan yang lebih baik pada asasnya, untuk mengukur dan memperbaik kebolehpercayaan aplikasi teragih. Pendekatan ini memberikan tumpuan pada kebolehpercayaan aplikasi daripada perspektif pengguna akhir, dan bukan pemantauan dan pemberitahuan amaran bagi keseluruhan infrastruktur, perkhidmatan dan komponen aplikasi yang terlibat dalam gerak balas.

“Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic mengalihkan tumpuan pada kebolehpercayaan daripada komponen teknologi dasar ke arah pengalaman pengguna. Tindakan ini membolehkan perkaitan kebimbangan perniagaan dengan tingkah laku teknologi. Dengan memudahkan penjajaran antara pemilik dan pembangun aplikasi, Pengurusan Kebolehpercayaan digunakan pada asasnya sebagai rancangan induk yang diperlukan untuk mengurus pada peringkat perniagaan berbanding dengan peringkat isyarat,” ujar Erez Barak, VP Pembangunan Produk untuk Kebolehcerapan, Sumo Logic. “Organisasi kini boleh mendapatkan rentak optimum untuk mengimbangkan halaju inovasi dengan kebolehpercayaan perkhidmatan, dan menukar pengukuran SLO menjadi pemahaman yang boleh diambil tindakan untuk menunaikan janji prestasinya kepada pelanggan.”

Baca blog: Memikirkan Semula Pengurusan Kebolehpercayaan: Bagaimana Penjajaran Prestasi Teknologi Dengan Hasil Perniagaan Mendorong Pembuatan Keputusan Yang Lebih Baik

Tumpuan Pelanggan pada SLO
Medidata Solutions ialah platform untuk data pembangunan klinikal, komersial dan dunia nyata yang membimbing transformasi digital dalam industri sains hayat. Dengan lebih daripada 300 perkhidmatan dan 2,000 pelanggan dan rakan, syarikat ini memerlukan penyelesaian yang lebih baik untuk membantu pasukannya mengendalikan bilangan pemberitahuan amaran, pengumpulan data terputus dan pasukan terasing yang semakin bertambah.

Jordi Polo Carres, seorang arkitek kakitangan di Medidata Solutions, memiawaikan dan memperkemas pemberitahuan amaran melalui penumpuan pada SLO dengan Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic. “Dengan jumlah data yang kami rekodkan dalam buku log setiap hari, kami dibanjiri oleh pemberitahuan amaran dan tugas manual, dan ini memberikan kesan terhadap jalinan kerjasama pasukan,” kata Carres. “Pengurusan Kebolehpercayaan memperkasakan kami untuk mengekalkan SLO pada bahagian teras proses perancangan dan inovasi kami – menjadikan kami lebih berdaya saing dan mewujudkan peluang baharu. Kami juga menyampaikan pengalaman yang tekal untuk pelanggan kami dengan ketampakan yang lebih baik bagi isu kebolehpercayaan yang mungkin timbul, berdasarkan isyarat kencana (golden signal) yang dikumpulkan daripada seluruh sumber data.”

“Sesetengah pelanggan menggunakan SLO untuk menyokong perjalanan ke awan bagi memahami dengan lebih baik risiko transformasinya. Kini, dengan tahap perincian ini daripada Sumo Logic, organisasi bukan sahaja dapat melihat tempat mereka yang menekankan infrastruktur - ia boleh melihat keseluruhan situasi dan bukan hanya sebahagian daripadanya,” jelas Torsten Volk, Pengarah Urusan Penyelidikan, EMA Research. “Anda boleh berhenti mengambil berat tentang nod Kubernetes yang tidak berfungsi dengan baik jika ia tidak memberikan kesan terhadap pengguna anda. Anda boleh melihat sistem anda dari luar ke dalam. Pasukan kini dapat memberikan tumpuan pada apa yang penting dan mengelakkan lesu upaya. Ini merupakan aspek yang penting untuk memperoleh kebolehcerapan sebenar.”

SUMO LOGIC MENYAMPAIKAN RANGKA TINDAKAN UNTUK MEMAJUKAN INOVASI DENGAN PENGURUSAN KEBOLEHPERCAYAAN

No comments:

Post a Comment