Thursday, June 30, 2016

PERISIAN BAHARU UNISYS CLEARPATH FORWARD EPORTAL MEMBERI KUASA "SENTIASA TERBUKA" BAGI APLIKASI AWAN-KE-MUDAH ALIH

BLUE BELL, Pa., 29 Jun (Bernama-AsiaNet) -- 
 
Ketersediaan dan ciri-ciri pembangunan baharu membolehkan pelanggan untuk mengekalkan prestasi tinggi dan membina persekitaran aplikasi hibrid, yang disatukan.
 
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan ClearPath Forward (TM) ePortal 7.0
(http://www.app5.unisys.com/library/gmMail/emails/documents/CP_
June_2016/whatsnew_june2016.html
)
– edisi terbaharu penyelesaian pemodenan dan pembangunan aplikasi bersepadu, sangat berautomatik syarikat itu untuk memperluaskan aplikasi ke persekitaran peranti mudah alih, aplikasi web dan berorientasikan perkhidmatan (SOA).

Wednesday, June 29, 2016

KEMBARA RAMADHAN UMW 2016

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) -- UMW Community Champions, sukarelawan yang terdiri dari kakitangan UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) baru-baru ini telah mengembara sejauh 450 ke Laloh, Kelantan untuk membahagikan Pek Ramadhan dan barang keperluan. 

Laloh ialah sebuah kawasan di Kuala Krai yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda Kelantan dan negeri-negeri di pantai timur pada tahun 2014.  Ramai penduduk Laloh masih bergelut untuk menyara hidup semenjak kediaman mereka musnah atau dihanyutkan air.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9098

UMW Corporation Dekati Golongan Gelandangan

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) bekerjasama buat julung kalinya dengan KASEH4U, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan bagi menyediakan makanan asas pada setiap hari Selasa di Pusat Gelandangan Medan Tuanku.

Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kumpulan UMW, Muzafar Munzir dalam satu kenyataan hari ini berkata inisiatif program tersebut adalah untuk mendekati golongan gelandangan dan miskin bandar tanpa mengira agama dan bangsa.

"40 orang sukarelawan UMW yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan UMW turun padang dalam aktiviti ini.....

--BERNAMA

UNIONPAY HCE QUICKPASS MUDAH ALIH BUAT KEMUNCULAN PERTAMA KALI DI LUAR NEGARA DI KOREA SELATAN

SHANGHAI, China, 28 Jun, 2016 /Xinhua-AsiaNet/-- 
Pada 27 Jun, UnionPay International dan KT Corporation bersama-sama dengan anak syarikatnya BCcard membuat pengumuman bersama untuk melancarkan UnionPay HCE QuickPass Mudah Alih di Korea Selatan, yang akan membolehkan pemegang kad UnionPay tempatan untuk membayar dengan mengetik telefon bimbit mereka. Korea Selatan menjadi pasaran luar negara yang pertama yang melancarkan QuickPass mudah alih. Ge Huayong, Pengerusi China UnionPay, Hwang Chang-Gyu, Ketua Pegawai Eksekutif KT Corporation, dan Suh Joon-Hee, Ketua Pegawai Eksekutif BCcard menghadiri majlis pelancaran tersebut.

QuickPass Mudah Alih adalah penyelesaian pembayaran mudah alih yang baharu oleh UnionPay. Ia menyokong kedua-dua pembayaran tanpa sentuh luar talian dan pembayaran dalam talian. Ia merangkumi pelbagai produk pembayaran mudah alih, termasuk HCE, Apple Pay dan Sumsang Pay. Ia adalah lebih selamat daripada produk pembayaran mudah alih yang lain, kerana ia memberikan jaminan keselamatan berganda termasuk kata laluan dinamik dan tanda pembayaran. Nombor kad bank sebenar tidak dipaparkan semasa membuat pembayaran dan maklumat urus niaga disimpan dengan baik dalam rangkaian pengeluar kad dan UnionPay.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9093

TROPICANA BEKERJASAMA DENGAN KUMPULAN PANASONIC UNTUK MEMBINA RUMAH EKOLOGI BERINOVATIF

PETALING JAYA, Malaysia, 28 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berpegang teguh kepada misinya untuk membina sebuah komuniti yang mampan dan berdaya maju, pemaju hartanah Tropicana Corporation Berhad ("Tropicana") telah menjalin satu kerjasama strategik dengan PanaHome Malaysia Sdn Bhd ("PanaHome Malaysia"), sebuah anak syarikat tempatan milik PanaHome Corporation yang berpangkalan di Jepun, untuk membina 272 buah rumah berkembar ekologi berinovatif di bandar terbarunya, Tropicana Aman. Pelancaran Cheria Residences, fasa ketiga bagi presint kediaman di Tropicana Aman yang berkeluasan 863 ekar menandakan kerjasama pertama di antara kedua-dua buah syarikat.

Diperbadankan pada tahun 1979, Tropicana adalah perintis bagi pembangunan bertemakan pusat peranginan, dengan lebih 42 projek disiapkan dan 16 pembangunan sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963, PanaHome telah membina sejumlah kira-kira 470,000 rumah kediaman di Jepun sepanjang 50 tahun yang lalu. Cheria Residences adalah ilham oleh kedua-dua syarikat, yang merangkumi reka bentuk dan konsep yang berinovatif yang dilengkapi dengan teknologi pembinaan pintar Jepun yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9097

Sunday, June 26, 2016

KAJI SELIDIK AMDOCS: REMAJA MENJALANI GAYA HIDUP DIGITAL YANG PEMBEKAL PERKHIDMATAN PERLU MENYESUAIKANNYA


Kajian global membentangkan DNA digital unik remaja apabila mereka menjadi generasi pelanggan berbayar pada masa akan datang

ST. LOUIS, 23 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Amdocs (NASDAQ:DOX), pembekal terkemuka penyelesaian pengalaman pelanggan, hari ini mengumumkan hasil sebuah kajian global(1) terhadap DNA digital, tingkah laku dan jangkaan daripada remaja hari ini (berumur 15-18 tahun). Kajian ini mendedahkan hubungan rapuh di antara pembekal perkhidmatan komunikasi (communications service providers, CSP) dan remaja, dan peranan yang akan dimainkan oleh teknologi digital dalam kehidupan generasi yang melihat masa depan mereka sebagai warga “digital” sebagaimana manusia.

Menurut kajian, hanya 12 peratus remaja berpendapat bahawa pembekal perkhidmatan memahami gaya hidup mereka dan menawarkan perkhidmatan untuk memadankannya. 30 peratus melaporkan mereka menerima layanan khidmat pelanggan yang teruk daripada CSP mereka sepanjang tahun lalu dan 46 peratus menyatakan mereka tidak akan lagi menggunakan CSP tersebut. Satu pertiga responden kemudiannya telah berkongsi maklumat ini dengan keluarga dan rakan mereka.

Saturday, June 25, 2016

Malaysia Akan Gubal Model Baharu Penyampaian Perkhidmatan - Entulu

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia akan menggubal model baharu penyampaian perkhidmatan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan perubahan serta meningkatkan keberkesanan kos, di samping menjadi lebih berkemampuan untuk memenuhi permintaan dan harapan rakyat sehingga tahun 2020 serta selepasnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata kerajaan bercadang mengguna pakai standard penyampaian perkhidmatan yang sudah diiktiraf, dengan dipantau para pegawai bertauliah daripada pelbagai agensi kerajaan melalui proses penilaian kendiri.

--BERNAMA


Friday, June 24, 2016

Jurnal UMP Duduki Ranking Teratas Kejuruteraan Automotif

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jurnal yang diterbitkan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah diiktiraf sebagai yang terbaik di Asia bagi tiga tahun berturut-turut.

International Journal of Automotive and Mechanical Engineering menduduki tangga teratas dalam kategori Kejuruteraan Automotif dan berada di ranking ketiga dalam kategori Kejuruteraan Mekanikal SCOPUS Journal Ranking (SCIMAGO) daripada segi impak sumber.

Timbalan Naib Canselor UMP (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Mashitah Mohd Yusoff berkata jurnal tersebut juga menduduki ranking keenam dalam kategori Kejuruteraan Automotif dan ranking kelapan bagi Kategori Kejuruteraan Mekanikal SCIMAGO.....
--BERNAMA

HERBALIFE BERGANDING DENGAN BINTANG BOLA SEPAK DUNIA CRISTIANO RONALDO UNTUK MELANCARKAN MINUMAN SUKAN BAHARU 'CR7 DRIVE'

Lebih 11,000 ahli bebas Herbalife menyaksikan pelancaran itu di acara tahunan Ekstravaganza Asia Pasifik  Herbalife di Seoul, Korea
 
SEOUL, Korea Selatan, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat nutrisi global, secara rasminya melancarkan minuman sukan mereka yang baharu, ‘CR7 Drive’, di acara tahunan Ekstravaganza Asia Pasifik  2016 mereka di Seoul, Korea yang berlangsung dari 17 hingga 19 Jun.


Thursday, June 23, 2016

MICHAEL KORS UMUM PERKONGSIAN GAYA HIDUP BAHARU DENGAN MCLAREN-HONDA

LONDON, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Michael Kors (NYSE:KORS), satu jenama gaya hidup mewah bertaraf dunia, amat gembira untuk mengumumkan satu perkongsian baharu dengan McLaren-Honda, dan dengan itu secara rasminya menjadi rakan kongsi gaya hidup bagi pasukan kejohanan dunia Formula 1. Kedua-dua McLaren-Honda dan Michael Kors meraikan reka bentuk dan kelajuan, dengan perkongsian itu mengukuh dan menguatkan penjelmaan kedua-dua jenama gaya hidup yang pantas dan mewah.
 
"Michael Kors dan McLaren-Honda adalah perintis di dalam ruang masing-masing, dan kami penuh yakin bahawa McLaren-Honda adalah rakan kongsi yang tepat bagi kemasukan kami ke dalam dunia perlumbaan Formula 1," kata John D. Idol, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kors. "Ini adalah satu masa yang menarik buat kami, terutamanya ketika kami terus berkembang sebagai satu jenama gaya hidup lelaki."


TOSHIBA LANCAR MOSFET N-SALURAN BERSAIZ KECIL DENGAN KELAS TERKEMUKA INDUSTRI BAGI RINTANGAN RENDAH UNTUK SUIS BEBAN DALAM APLIKASI PEMACU LED

AEC-Q101 layak untuk aplikasi automotif

TOKYO, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran MOSFET N-saluran dalam pakej kecil untuk suis beban dalam aplikasi pemacu LED, termasuk meter papan pemuka automotif dan lampu puncak dan lampu belakang LED TV, yang berada dalam kelas terkemuka[1]  industri bagi rintangan  rendah. Penghantaran bagi produk baharu itu bermula dari hari ini.

Wednesday, June 22, 2016

IPG MEDIABRANDS LANCAR "D100"

CANNES, Perancis, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- IPG Mediabrands, cabang pegangan media bagi Interpublic Group (NYSE: IPG), dengan kerjasama Jonah Berger, Profesor Madya, The Wharton School di Universiti Pennsylvania dan pengarang paling laris bagi Contagious: Why Things Catch On di New York Times,telah melancarkan D100 yang julung kali diadakan, kedudukan 100 syarikat yang paling dinamik di dunia dengan menggunakan metrik dunia baharu.

Siaran Berita Pintar ini menampilkan multimedia. Lihat siaran penuh di sini:http://www.businesswire.com/news/home/20160620005848/en/


DAYMON WORLDWIDE MENGELUARKAN "DUNIA AKAN DATANG: BAGAIMANA BAYI MILENIUM AKAN MEMBENTUK PERUNCITAN"

PORTO SALVO, Portugal, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin peruncitan pengguna global dan perintis jenama peribadi, Daymon Worldwide, hari ini mengeluarkan “Dunia Akan Datang: Bagaimana Bayi Milenium Akan Membentuk Peruncitan,” satu kajian penyelidikan pasaran Bayi Milenium di seluruh dunia. Penyelidikan itu meneroka nuansa dan nilai generasi ini untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai cara bagaimana mereka akan membentuk peruncitan di masa hadapan. Dijalankan pada April 2016, projek penyelidikan global itu telah meninjau ke lebih 7,000 Bayi Milenium dan Generasi Xers di lima benua dan 14 negara di seluruh pelusuk dunia.

"Menjelang tahun 2030, akan ada lebih ramai Bayi Milenium berbanding dengan generasi lain, termasuk Baby Boomer, di Amerika Syarikat," kata Naib Presiden Daymon Worldwide Vasco Brinca. "Kami tidak pernah mengalami generasi seperti ini, sebahagian besarnya kerana mereka telah membesar dengan ketidaktentuan ekonomi, kadar pengangguran yang tinggi, dan sentiasa berada dalam era digital. Ia adalah amat penting untuk mengkaji generasi ini dan budaya mereka pada hari ini bagi menemui kesan yang akan mereka berikan kepada masa depan dunia."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9079

Monday, June 20, 2016

PENYERTAAN UNTUK ANUGERAH KARAKTER ASEAN 2016 DIBUKA

TOKYO, 20 Jun, 2016 /Kyodo JBN/ --

Pusat ASEAN-Jepun telah membuka penyertaan untuk Anugerah Karakter ASEAN 2016. Syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kandungan dari negara-negara anggota ASEAN adalah digalak untuk menghantar penyertaan sebelum 22 Julai 2016.


Anugerah Karakter ASEAN telah diwujudkan oleh Pusat ASEAN-Jepun dan LLP ASEAN Creative Supporters pada tahun 2014 untuk memperlihatkan keupayaan daya kreatif kandungan yang cemerlang yang dimiliki oleh negara-negara anggota ASEAN yang sebelum ini kurang dikenali di Jepun. Ini adalah satu pertandingan tahunan yang memberi tumpuan kepada karakter-karakter yang dicipta oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kandungan di negara-negara anggota ASEAN yang beroperasi dalam bidang animasi, permainan dan barangan.

KER1M SARAN PENGUATKUASAAN BANTUAN TRAFIK IRINGI AMBULAN DILAKSANAKAN SEGERA

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) menyarankan agar penguatkuasaan dilaksanakan segera dengan menyediakan anggota atau pegawai trafik untuk mengiringi ambulan supaya bantuan kecemasan dapat disegerakan sekiranya berlaku kesesakan di jalan raya ataupun di lebuhraya seperti insiden yang berlaku baru-baru ini.


Merujuk kenyataan Ketua Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Y.Bhg Datuk V. Valluvan Veloo, tindakan tegas dan dakwaan bakal dikenakan ke atas pemandu yang menggunakan lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah.

Friday, June 17, 2016

NTT COMMUNICATIONS LANCAR RANGKAIAN VOLUM-BESAR YANG MENGHUBUNGKAN PUSAT DATA MEREKA DI SELURUH DUNIA DAN PERUSAHAAN AWAN

TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan satu rangkaian volum-besar maksimum 10Gbps untuk menghubungkan perkhidmatan awam berkualiti tinggi Perkhidmatan Awan NTT Com bagi sistem perusahaan dan sistem perusahaan pelanggan yang berkolokasi di lebih 30 pusat data di seluruh dunia. Pelancaran itu akan dilaksanakan secara berurutan dari 15 Jun.

Rangkaian itu terdiri daripada Nexcenter Connect™ Global, yang menghubungkan pusat-pusat data utama di seluruh dunia, Nexcenter Connect™ Metro, yang menghubungkan pusat-pusat data di dalam kawasan utama di setiap negara, dan Pusat Data Yang Bersambung, yang menghubungkan Perusahaan Awan dan pusat-pusat data utama di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9072

GENTING HONG KONG AKAN MENYEDIAKAN TETAMU JENAMA STAR CRUISES DENGAN PENYAMBUNGAN ARMADA YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI DARIPADA HARRIS CAPROCK

HOUSTON, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Genting Corporate Services (HK) Limited telah memilih Harris CapRock Communications (HCC) untuk mengubah perkhidmatan komunikasi di atas enam buah kapal armada Star Cruises. Star Cruises adalah satu daripada syarikat pelayaran yang terbesar di dunia dan merupakan syarikat pelayaran terkemuka di rantau Asia Pasifik.

Harris CapRock akan menggunakan teknologi dan peralatan canggih mereka untuk meningkatkan lebar jalur kepada hampir 300% di atas kapal Star Cruises Superstar Virgo, Superstar Gemini, Superstar Libra, Superstar Aquarius, Star Pisces dan Taipan. Penyelesaian itu menggunakan rangkaian Capaian Berbilang Bahagian Masa (TDMA) Harris CapRock. Berbeza dengan rangkaian TDMA yang tradisional, rangkaian khusus memastikan capaian kepada tahap jalur lebar yang komited pada setiap masa, sekali gus memberikan satu inovasi melalui rangkaian TDMA yang konvensional.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9068

Thursday, June 16, 2016

CDC, PUSPANITA ERAT UKHWAH DENGAN LAWATAN AMAL

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) bersama PUSPANITA Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia telah menggerakkan lawatan amal ke Pusat Penjagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah Khadijah, Sungai Ramal Dalam, Kajang pada awal bulan ini.
Menurut kenyataan CDC hari ini, lawatan tersebut bertujuan mengeratkan ukhwah dengan masyarakat luar dan menyemai rasa penghargaan kepada warga emas serta sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat menjelang Ramadan.
Institusi di bawah penyeliaan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) dipilih sebagai lokasi lawatan amal kerana turut menitikberatkan aspek pendidikan patuh syariah yang khusus untuk warga emas selain bertindak sebagai pusat jagaan.
Sempena lawatan amal, aktiviti beramah mesra serta sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan asas, peti beku dan cenderahati turut disampaikan oleh pihak CDC dan PUSPANITA Perbendaharaan.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Perbendaharaan, Datin Seri Omi Habibah Shariff.
–BERNAMA

Wednesday, June 15, 2016

BILLION ELECTRIC JALIN USAHA SAMA DENGAN INTRAIX UNTUK MEMUKTAMADKAN SATU PROJEK PERMETERAN TENAGA PINTAR KEBANGSAAN BAGI 670 ISI RUMAH DI SINGAPURA

TAIPEI, Taiwan, 15 June (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Billion Electric (TSE: 3027), pembekal terkemuka bagi penyelesaian Bandar Raya Pintar dan loT (Internet Untuk Segala-galanya) di rantau Asia Pasifik, menjalin kerjasama dengan Intraix, sebuah usaha niaga keusahawanan teknologi Singapura yang khusus kepada pembangunan aplikasi Pengurusan Tenaga Rumah Pintar, untuk membantu NEA (Agensi Alam Sekitar Kebangsaan) bagi memudahkan dasar negara mengenai menyekat pelepasan karbon pada peralatan rumah melalui satu penyelesaian pengurusan tenaga pintar yang berkesan.

Sebanyak 1,500 Meter Pintar Billion (SG3015) dan 700 Gerbang loT Pintar Billion (SG6200NXL) telah dipasangkan bagi satu Projek Permeteran Tenaga Singapura bermula dari tahun 2015. Projek itu telah dimulakan oleh NEA dengan matlamat untuk memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai pengagihan elektrik di dalam persekitaran rumah dengan memantau penggunaan tenaga dan peratusan tenaga elektrik yang dibekalkan kepada peralatan rumah yang berbeza seperti pendingin hawa, peti sejuk, dan lampu.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9066

GENIEE: PELABURAN DALAM, DAN KERJASAMA PERNIAGAAN DENGAN, “OOMPH”, PASARAN APLIKASI ANDROID TERBESAR DI INDONESIA

TOKYO, 15 June (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GENIEE, Inc. (Ibu Pejabat : Shinjuku-ku, Tokyo, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Tomoaki Kudo, selepas ini "GENIEE") mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian pelaburan dengan PT. GALACTIC MULTIMEDIA (Ibu Pejabat: Jakarta, Indonesia, Ketua Pegawai Eksekutif: Arthur Chua, selepas ini "GALACTIC MULTIMEDIA"), yang menyediakan media pemasaran aplikasi Android di Indonesia.

1. Tujuan Pelaburan

GALACTIC MULTIMEDIA menyediakan perkhidmatan pasaran aplikasi Android dalam pasaran internet mudah alih yang berkembang pesat di Indonesia.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9064

SHENZHEN 100 DITONJOLKAN PADA PERSIDANGAN PELABUR HONEYWELL INTERNATIONAL

BEIJING, 15 June (Bernama-BUSINESS WIRE) -- China adalah satu daripada tapak yang paling pesat berkembang untuk pelaburan asing, itu adalah persetujuan ramai yang diperolehi pada satu persidangan pelabur antarabangsa yang mengumpulkan pemimpin-pemimpin dana antarabangsa dan bank.
 
Ketua Pegawai Eksekutif CSOFT Shunee Yee bercakap dengan panjang lebar mengenai peranan yang akan dikendalikan oleh Shenzhen dalam memacukan pertumbuhan ekonomi China pada masa akan datang, terutamanya ketika negara itu menyesuaikan diri kepada satu pembangunan ekonomi "normal yang baharu". Beliau menekankan bahawa Shenzhen, hab yang tiada tandingan untuk inovasi dan keusahawanan China, akan menjadi pemain utama di dalam menaik taraf ekonomi China dan industri pembuatan bagi sebuah era perniagaan yang bersifat global.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9065

MyCC Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Persaingan

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Mengenai Persaingan dipengerusikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) baru-baru ini mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pelbagai isu persaingan merentasi pengawal selia sektor.

Dalam satu kenyataan, MyCC berkata, jawatankuasa khas itu terdiri daripada wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmaan Air Negara (SPN), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Jawatankuasa Khas Mengenai Persaingan telah ditubuhkan pada 2011 bagi berkongsi pelbagai isu lazim undang-undang dan polisi persaingan bagi memastikan terdapat konsistensi dalam penggunaan undang-undang tersebut.....

--BERNAMA

Monday, June 13, 2016

GFM SASAR HASIL RM500 JUTA MENJELANG 2020 DENGAN PENYELESAIAN BAHARU



KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Global Facilities Management Sdn Bhd (GFM)
menyasarkan hasil antara RM300 juta dan RM500 juta menjelang 2020 dengan
penyelesaian baharunya, SAP S/4HANA Enterprise Management.

    GFM, yang hasilnya berjumlah RM70 juta pada Disember 2015, menawarkan kepada pemilik aset penyelesaian bersepadu dalam pengurusan semua tugas tradisionalnya berkaitan dengan memudahkan perkhidmatan dan menyediakan perkhidmatan pengurusan kepada penghuni dan pemilik bangunan untuk menyokong keperluan perniagaan mereka. 

    Pengarah Eksekutifnya, Zainal Amir, berkata penyelesaian itu, yang
dibangunkan secara kerjasama dengan penyedia perisian, SAP (M) Sdn Bhd, dan
penyedia penyelesaian, NEC Corp (M) Sdn Bhd, akan meningkatkan data dan
ketepatan maklumat, mengurangkan pertindihan tugas dan mengurangkan kesilapan dalam operasi manual.

    "Bersama dengan penjenamaan SAP dan reputasi NEC, kami percaya keyakinan pelanggan kami akan meningkat dan kami dapat menggerakkan perniagaan kami ke tahap seterusnya dan menyelaraskan peruntukan dan pengurusan sumber," katanya pada taklimat media, di sini, hari ini.

    SAP S/4HANA Enterprise Management menangani fungsi-fungsi selain kewangan, kebanyakannya dalam pengurusan inventori dan perancangan pengeluaran dan system bersepadu penuh bagi tadbir urus dan pematuhan.

    Zainal berkata SAP menyediakan perisian manakala NEC, yang mempunyai
kepakaran, akan melaksanakan penyelesaian baharu bagi GFM.

    Dengan pelaburan sebanyak RM2 million, SAP S/4HANA Enterprise Management akan digunakan sepenuhnya dalam masa enam bulan daripada sekarang dan menggantikan semua sistem dan penyelesaian legasi berbeza GFM sebelum ini. 

    "Kami berharap untuk mendapat kembali pulangan pelaburan kurang daripada lima tahun kerana penyelesaian baharu itu mempunyai kawalan lebih baik dari segi kos berbanding penyelesaian sebelumnya.

    "Ini akan membolehkan kami memperoleh objektif transformasi digital kami bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih kompleks dengan kepantasan untuk bertindak balas dengan lebih cepat dan tepat kerana data telah tersedia," katanya.
   
    -- BERNAMA


Thursday, June 9, 2016

KUMPULAN MENARINI DAN MSD MELANJUTKAN PERKONGSIAN GLOBAL UNTUK RANTAU ASIA PASIFIK

SINGAPURA, 9 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- A. Menarini Asia-Pacific Holdings Pte Ltd (“Menarini Asia-Pacific”) yang berpangkalan di Singapura dan MSD telah memulakan perkongsian pelbagai tahun bagi Menarini Asia-Pacific untuk mengambil alih jualan, pemasaran dan pengedaran bagi beberapa jenama farmaseutikal MSD di rantau Asia Pasifik sejak Januari 2016.

Perkongsian itu melibatkan enam (6) buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong, Brunei dan Macau dengan jualan tahunan melebihi USD70 juta(1) yang berpotensi diperluaskan ke pasaran Asia Pasifik utama yang lain. Perkongsian itu meliputi satu portfolio bagi jenama-jenama yang diiktiraf di kalangan pakar-pakar perubatan dan pesakit, dari Kardiologi, Pernafasan dan Kesihatan Wanita kepada Sistem Saraf Pusat dan Dermatologi. Sebelum perjanjian ini, Menarini dan MSD telah membangunkan perkongsian yang serupa dalam beberapa pasaran lain di Eropah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9056

MASKARGO BERALIH KEPADA SISTEM PENGURUSAN LOGISTIK BERASASKAN AWAN


     
     
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) berjaya
beralih kepada Sistem Pengurusan Logistik (LMS) berasaskan awan Unisys, bagi
mengurus perkhidmatan kargo domestik dan antarabangsanya, menggantikan sistem
sedia ada.

MASkargo berkata kesemua fungsi sistem terasnya, daripada sistem berasaskan
kerangka utama, telah beralih kepada LMS dan peralihan itu meliputi penyeragaman
dan penyapaduan dengan sistem gudang automatik syarikat penerbangan itu.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Ahmad
Luqman Mohd Azmi berkata berdasarkan ciri operasi harian syarikat itu, sistem
tugas berat yang boleh diakses secara meluas, diperlukan.

"Sebagai satu sistem berasaskan awan, ia akan membolehkan kami mengakses
kedudukan terkini secara teratur dan membuat penambahbaikan pada masa hadapan.

"Sistem berasaskan Internet itu menyediakan akses global secara langsung dan
berkesan dari segi kos, dan membolehkan pengguna membuat tempahan pada bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja berasaskan kawalan yang dibangunkan dalam sistem
itu," katanya.

Naib Presiden Unisys Logistics Solutions Christopher Shawdon berkata LMS  
digunakan oleh syarikat penerbangan terkemuka di seluruh dunia bagi mengurus
perniagaan kargo udara masing-masing.

Model penyampaian berasaskan awan itu membolehkan syarikat penerbangan
mengurangkan kos berbanding menggunakan sistem perisian tradisional, dan
mempercepatkan tahap perubahan memandangkan penambahbaikan disalurkan kepada
pelanggan setiap bulan, kata Shawdon.

Model awan itu juga membantu ahli bekerjasama terhadap sebarang perkembangan
baharu, katanya.

MASkargo ialah bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd, yang memproses
kira-kira 1.5 juta kargo setahun.

Ia adalah ejen pengendalian darat terbesar di Kuala Lumpur dan berperanan
sebagai ejen kepada lebih 30 syarikat penerbangan asing di Advanced Cargo
Centre, dalam menerima, memproses dan menghantar kargo yang dibawa dalam
penerbangan asing.

    -- BERNAMA 

Tuesday, June 7, 2016

KUBOTA, NTT DAN NTT COMMUNICATIONS AKAN MEMBANGUNKAN PENYELESAIAN ICT BAGI PERTANIAN DAN INFRASTRUKTUR AIR

Bertujuan untuk mengukuhkan daya saing pertanian dan meningkatkan taraf hidup
 
TOKYO, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kubota Corporation, Nippon Telegraph and Telephone Corporation (NTT) dan NTT Communications Corporation (NTT Com) hari ini mengumumkan satu perjanjian, berkuatkuasa serta merta, untuk menggabungkan penyelesaian infrastruktur Kubota bagi pertanian dan pengurusan air, keupayaan penyelidikan dan pembangunan NTT, dan perkhidmatan ICT dari NTT Com dan syarikat-syarikat Kumpulan NTT yang lain untuk meningkatkan daya saing pertanian dan meningkatkan taraf hidup.



700 PENCIPTA INDIVIDU DAN 190 SYARIKAT PRODUKSI AKAN BERHIMPUN DI BAWAH SATU BUMBUNG - CONTENT TOKYO 2016

TOKYO, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dari 29 Jun hingga 1 Julai CONTENT TOKYO, pameran perdagangan yang terbesar di Jepun bagi perniagaan kandungan akan diadakan di Tokyo. Pada ekspo ini, 700 pencipta individu dan 190 syarikat produksi yang tidak ada tandingannya dalam pelbagai genre akan berkumpul.

Skala terkemuka dunia! Sebanyak 700 pencipta akan berkumpul - Ekspo Pencipta ke-5

Dalam Ekspo Pencipta yang telah mengembangkan skalanya pada setiap tahun, pelbagai pencipta seperti pelukis ilustrasi, penulis, pereka, pemaju permainan, pencipta bunyi, dan lain-lain akan berkumpul. Banyak bakat baharu yang sedang meningkat naik ditemui di sini setiap tahun dan banyak perniagaan telah dihasilkan.


HERBALIFE KEMBALI SEBAGAI PENAJA UTAMA TRIATLON ANTARABANGSA BALI 2016

JAKARTA, Indonesia, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Herbalife, sebuah syarikat nutrisi global (NYSE: HLF), hari ini mengumumkan bahawa ia adalah penaja utama bagi Triatlon Antarabangsa Bali 2016. Kini secara rasminya  dinamakan Triatlon Antarabangsa Bali Herbalife 2016, acara itu akan diadakan di lokasi baharu - Pantai Mertasari, Sanur, Bali, dan akan diadakan pada 14 Ogos 2016.
 
"Sepanjang tempoh lapan tahun yang lalu, kami amat berbangga untuk menyokong Triatlon Antarabangsa Bali dan merupakan penaja utama untuk dua tahun berturut-turut," kata Andam Dewi, pengurus besar  Herbalife Indonesia. "Ini adalah antara komitmen kami  dalam menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui pemakanan seimbang serta senaman. Di samping itu, acara itu akan memupuk kecemerlangan di kalangan atlet triatlon Indonesia, dan meningkatkan imej sukan Indonesia di arena serantau dan antarabangsa."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9047

Saturday, June 4, 2016

RM10.4 JUTA PINJAMAN TEKUN KEPADA USAHAWAN DI KUALA KANGSAR SEJAK 1998

KUALA KANGSAR, 2 Jun (Bernama) -- Sebanyak RM10.4 juta pembiayaan Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional diluluskan kepada 908 usahawan di
Parlimen Kuala Kangsar sejak 1998 hingga Mei tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul
Rahman berkata jumlah pinjaman itu termasuk RM617,000 kepada 37 peminjam di
parlimen berkenaan bagi Januari hingga Mei tahun ini.

"Bagi Parlimen Kuala Kangsar, kami sasarkan peruntukan RM1.47 juta
pembiayaan kepada usahawan bagi 2016," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan Agrobank, Tekun Nasional dan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar di sini, hari ini.

Tajuddin berkata bagi Perak pula, sejak 1998 hingga Mei tahun ini, sejumlah
RM290.9 juta pinjaman diberikan kepada 26,679 usahawan negeri itu, termasuk
menyasarkan penyaluran pinjaman berjumlah RM32 juta untuk 2016.
"Bantuan ini merupakan komitmen kerajaan secara konsisten kepada usahawan
negeri ini dan Parlimen Kuala Kangsar.

"Jadi, kita berharap rakyat terus memberi mandat kepada Barisan Nasional
(BN) dalam usaha pembangunan usahawan di negeri ini," katanya.

Tajuddin berkata bagi seluruh negara pula, sejumlah RM4.2 bilion pembiayaan
diluluskan Tekun melibatkan 356,967 usahawan sejak 1998 hingga Mei tahun ini.

Pada majlis itu, Tajuddin turut menyampaikan cek pembiayaan Tekun sebanyak
RM617,000 kepada 37 usahawan daripada parlimen Kuala Kangsar.

Selain itu, beliau juga menyampaikan surat tawaran pembiayaan Agrobank
kepada lima usahawan berjumlah RM98,000.
   
Turut disampaikan, bantuan Jom Tani berupa benih anak ayam kampung dan
penyerahan replika bantuan Pinjaman Ternakan Tanpa Faedah (Pintaf) kepada 45
penternak dalam parlimen Kuala Kangsar.

    -- BERNAMA
   

Friday, June 3, 2016

MAJLIS KESENIAN TOKYO UMUM SENARAI PROGRAM KEBUDAYAAN TRADISIONAL UNTUK TAHUN KEWANGAN 2016

TOKYO, 3 Jun, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Majlis Kesenian Tokyo di bawah sayap Yayasan Metropolitan Tokyo bagi Sejarah dan Kebudayaan akan mengadakan pelbagai program, termasuk satu festival luaran besar-besaran untuk menggalakkan budaya tradisional Jepun dan seni persembahan, dan satu siri bengkel/ pertunjukan yang disasarkan bagi pelawat asing di tempat-tempat tarikan pelancong di kawasan metropolitan Tokyo.
 
Majlis itu mengadakan pelbagai projek dan program baharu yang berinovatif untuk akses yang mudah dan keseronokan bagi budaya tradisional dan seni persembahan yang tulen. Program-program ini ditujukan kepada mereka yang tidak biasa dengan budaya tradisional dan seni persembahan, pelawat asing, dan anak-anak yang bertanggungjawab untuk masa hadapan budaya tradisional. Barisan program berikut akan diadakan pada tahun fiskal 2016 hingga Mac 2017.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9039

NTT COMMUNICATIONS DIPILIH SEBAGAI OPERATOR BORONG TERBAIK PADA ANUGERAH KOMUNIKASI ASIA 2016

TOKYO, 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai "Operator Borong Terbaik" pada Anugerah Komunikasi Asia 2016 di Singapura pada 1 Jun.
 
Dilancarkan pada tahun 2011 Anugerah Komunikasi Asia mengiktiraf syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang memacukan kejayaan bagi industri telekom yang berpangkalan di Asia kepada audiens di peringkat global. Sejak pelancarannya, anugerah itu telah mendapat pengiktirafan yang mengagumkan dan kini ia benar-benar satu tanda yang dihormati berhubung pencapaian di dalam industri itu. Dianjurkan oleh Total Telecom, Anugerah Komunikasi Asia dimodelkan pada Anugerah Komunikasi Dunia yang telah mencapai kejayaan luar biasa, yang mencerminkan kebebasan sengit mereka dalam memastikan pemimpin sebenar diberikan pengiktirafan. Dianjurkan secara tahunan Anugerah Asia Komunikasi kali kelima itu telah diberikan kepada pembawa dan vendor yang cemerlang di Asia oleh Total Telecom, kumpulan penerbitan telekomunikasi utama di rantau itu. Satu panel pakar-pakar telekom telah memilih pemenang dalam 16 kategori.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9038

TV SLING DAN DISH UMUMKAN PERJANJIAN PENTING DENGAN ZEE

ENGLEWOOD, Colo., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sling TV dan DISH hari ini mengumumkan satu perjanjian pembaharuan jangka panjang dengan Asia TV USA, Ltd., sebahagian daripada kumpulan "Zee" dari India dan sebuah pembekal terkemuka bagi program Asia Selatan. Selain memperbaharui 10 saluran Zee yang berjenama yang telah ditawarkan pada Sling TV dan DISH, perjanjian baharu itu termasuk penambahan 27 saluran baharu Zee seperti &TV, Living Foodz, Zee Bangla, Zee Tamizh dan Zee Cinema HD.
 
Siaran Berita Smart ini menampilkan ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20160602006461/en/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9036

Thursday, June 2, 2016

MICHAEL KORS PEROLEH PEMEGANG LESEN GREATER CHINA

NEW YORK, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Michael Kors dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Syarikat itu telah memuktamadkan pengambilalihan Michael Kors (HK) Limited, pemegang lesen eksklusif Syarikat itu di China dan beberapa negara lain di Asia, pada 31 Mei 2016, dengan kos $500 juta dalam bentuk tunai, tertakluk kepada pelarasan tertentu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9034

MANUFACTURING WORLD JAPAN 2016 - TEMPAT UNTUK PERALATAN TERMAJU BAGI SEMUA JENIS INDUSTRI PEMBUATAN

TOKYO, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran perdagangan yang terbesar di Jepun, mengumumkan bahawa Manufacturing World Japan 2016, pameran perdagangan yang terkemuka di Jepun bagi industri pembuatan, akan kembali di Tokyo Big Sight dari 22 Jun hingga 24 Jun, 2016 dengan skala yang terbesar dalam sejarahnya.

Dianjurkan dengan skala terbesar pernah diadakan!

Menurut sokongan yang besar daripada industri pembuatan di Jepun dan Asia, bilangan pempamer pada tahun 2016 dijangka mencecah 2,350* pempamer dari seluruh pelusuk dunia. Angka ini adalah yang terbesar dalam sejarah Manufacturing World Japan dan meningkat 5% dari tahun lepas.

Bilangan pengunjung dijangka mencapai 83,500* dan mereka akan mengerumuni tempat pameran semasa tempoh pameran selama 3 hari. Dari kaji selidik prapendaftaran pengunjung, motivasi pengunjung untuk membeli daripada pempamer adalah sangat tinggi. * jangkaan


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9033

Wednesday, June 1, 2016

PROGRAM CSR BAHAGIAN KEWANGAN MQA DENGAN KERJASAMA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Bahagian Kewangan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 1 Jun 2016 di Menara AIM, Kuala Lumpur.

Program CSR ini merupakan usaha MQA untuk membantu golongan asnaf terutamanya ibu-ibu tunggal mempertingkatkan kehidupan mereka dengan menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. Ia juga merupakan usaha MQA untuk mendekati segenap lapisan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap peranan MQA sebagai badan nasional yang menjamin kualiti pendidikan tinggi negara. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, lawatan ke rumah-rumah asnaf telah dibuat pada 26, 27 dan 30 Mei lalu untuk melihat lebih dekat kehidupan seharian mereka.



SOFTBANK MENGELUARKAN FILEM WEB UNTUK MENYAMPAIKAN KECEMERLANGAN TELEFON PINTAR


TOKYO, 1 Jun, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Telefon pintar menghubungkan Wanita Tua di Pulau yang Terpencil di Okinawa dengan cucu-cucu beliau di Osaka -

SoftBank Corp. mengeluarkan satu filem web pada 25 Mei untuk menyampaikan kecemerlangan telefon pintar kepada pengguna.

Video URL:
https://youtu.be/yY12m7tjghI

Satu kisah yang mengharukan di dalam filem itu menampilkan seorang wanita tua yang tinggal di Pulau Tarama, sebuah pulau yang terpencil di Wilayah Okinawa, di mana kadar penembusan telefon pintar adalah rendah.

Beliau sangat merindui cucu-cucunya yang tinggal di Osaka, yang terletak jauh dari Tarama, kerana beliau dapat berjumpa dengan mereka hanya sekali dalam masa satu tahun. SoftBank menghasilkan peranti komunikasi pada asas percubaan yang membantu beliau mempunyai pengalaman maya menggunakan telefon pintar untuk melihat bagaimana cucu-cucu beliau sedang membesar. Dengan bantuan anak lelakinya dan isterinya, wanita itu  boleh dengan kerap melihat cucu-cucunya pada masa sekarang, dengan menggunakan peranti ini walaupun mereka berada jauh dari satu sama lain.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9029

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMPAMERKAN "NOH," BENTUK DRAMATIK TERTUA DI DUNIA, DENGAN KERJASAMA NATIONAL NOH THEATRE

TOKYO, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu pameran khas berhubung bentuk dramatik tertua di dunia "Noh" dari 1 Jun hingga 29 Jun, 2016, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-45 operasi hotel kami. Sejumlah topeng dan kostum yang sangat berharga yang digunakan dalam "Noh" dan barangan seni yang berkaitan akan disediakan oleh National Noh Theatre untuk dipertontonkan kepada pengunjung secara percuma. Dan pada 16 Jun, bintang terkenal Noh Yoshimasa Kanze akan melakonkan satu petikan drama Noh bertajuk "Atsumori" dengan diiringi oleh komentar khas. Bersama-sama dengan persembahan itu, jamuan tengah hari yang disediakan khas oleh chef eksekutif kami akan juga dihidangkan. Di samping itu, demonstrasi Noh secara percuma akan diadakan di lobi utama hotel kami pada 22 dan 23 Jun.
 
Seni simbolik klasik bagi drama "Noh" telah dipersembahkan di Jepun selama lebih 600 tahun. Pergerakan dan lakonan yang sangat halus dalam Noh telah mempengaruhi pelbagai seni dan telah didaftarkan sebagai satu Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO pada tahun 2008. Pameran khas ini akan diadakan bukan sahaja untuk memperingati ulang tahun ke-45 operasi Keio Plaza Hotel, tetapi juga untuk menghiburkan tetamu yang melawat dari lebih 100 buah negara yang berlainan dengan menyediakan kepada mereka imbasan satu daripada bentuk seni yang sangat unik di Jepun.