Saturday, October 31, 2020

MAKLUMAN PERPINDAHAN PREMIS LHDNM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya, Cawangan Siasatan Putrajaya dan Cawangan Wangsa Maju akan beroperasi di bangunan baharu berkuatkuasa 9 November 2020.

Urusan perpindahan pejabat dari bangunan lama ke bangunan baharu akan bermula pada 30 Oktober 2020 sehingga 8 November 2020. Alamat dan nombor telefon terkini semua pejabat yang terlibat dengan perpindahan tersebut adalah seperti berikut: 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13913

Thursday, October 29, 2020

BAHAGIAN MARIN STARR MELANCARKAN PROGRAM KAWALAN KERUGIAN SISTEM PENGURUSAN TERMINAL

NEW YORK, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Marine, satu bahagian dari Starr Insurance Companies, telah memperkenalkan satu Program Penilaian Sistem Pengurusan Terminal (TMS) yang komprehensif, yang direka untuk membantu pelanggan Starr mengenal pasti dan mengurangkan risiko yang unik kepada operasi terminal marin dari segenap saiz.


Program TMS itu, yang dibangunkan bersama dengan pakar-pakar industri, adalah satu peranti proprietari yang direka untuk mengukur operasi terminal terhadap amalan terbaik industri. Dengan menggunakan juruukur marin bebas, Pasukan Perkhidmatan Kawalan Kerugian Marin Starr bekerjasama dengan pihak pengurusan terminal untuk melakukan penilaian dan kajian semula secara menyeluruh di lokasi berhubung prosedur operasi, penyelenggaraan dan keselamatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13912

NTT COM MENERIMA "ANUGERAH PENGENDALI: MERANGKUL AWAN" DI ANUGERAH TRANSFORMASI RANGKAIAN PADA KONGRES SEDUNIA LAYER123 2020

Anugerah Pengendali: Merangkul Awan (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO:9432), hari ini mengumumkan bahawa inisiatif berasaskan awan mereka baru-baru ini, termasuk platform natif awan untuk aplikasi baru muncul seperti AI, IoT dan 5G, telah menerima Anugerah Pengendali: Merangkul Awan dari program Anugerah Transformasi Rangkaian 2020¹ di Kongres Sedunia Layer123² 2020.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201027006300/en/

NTT Com telah dianugerahkan bagi inisiatif termasuk satu platform pengkomputeran sisi yang akan menyediakan pendaman rendah, kos rendah, dan menjamin privasi yang diperlukan untuk teknologi termasuk AI, IoT dan 5G. Platform yang dibayangkan itu diharap dapat mempercepatkan 5G tempatan dan pengembangan ekosistem AIoT (gabungan AI dan IoT) untuk kegunaan lanjutan seperti kilang pintar.

Anugerah Transformasi Rangkaian itu mengiktiraf teknologi dan kepimpinan pemikiran luar biasa pada tahun ini di antara penyedia dan vendor telekomunikasi yang membantu untuk mempercepatkan transformasi rangkaian. Anugerah Pengendali: Merangkul Awan diberikan kepada penyedia telekomunikasi yang mengambil peranan utama di dalam membangunkan infrastruktur awan dan inisiatif awan lanjutan yang lain. Pemenang dipilih melalui satu proses penilaian yang teliti dan holistik oleh penganalisis dan pakar dari industri telekomunikasi global.

Didorong oleh evolusi teknologi awan dan WAN yang berterusan, sistem ICT korporat sedang mengalami satu perubahan paradigma kepada ICT hibrid, termasuk awan hibrid dan WAN hibrid. Juga, aplikasi IoT dan AI yang baru muncul, seperti kenderaan pandu sendiri dan kawalan jauh bagi jentera industri, akan memerlukan fungsi yang semakin maju untuk pemprosesan data berkelajuan tinggi hampir dengan tapak di mana data sebenarnya digunakan.

Untuk menyokong persekitaran ICT hibrid seperti itu, NTT Com juga sedang bersiap sedia untuk melancarkan Platform VxF yang diberi nama buat sementara waktu, yang akan menyokong fungsi untuk kawalan lalu lintas dan keselamatan. Secara berasingan, NTT Com telah melancarkan perkhidmatan Flexible InterConnect untuk saling bersambungan pada tahun 2019. Tambahan pula, NTT Com sedang membangunkan lokasi sisi ringan untuk pergerakan di tapak klien bagi memproses data, memformat data dan melakukan inferens AI secara tempatan. Melalui inisiatif itu, NTT Com sedang berusaha untuk menyampaikan pengkomputeran sisi dengan kependaman rendah, kos rendah dan privasi yang terjamin.

Melangkah ke hadapan, NTT Com akan terus membantu pelanggan mencapai transformasi digital dan memenuhi keperluan mereka yang luas untuk ICT hibrid.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah NTT Com, sila layari di sini.

1 Untuk butiran, sila layari https://congress.layer123.com/event/c7ecb486-321f-4812-a554-4cfbd529a159/websitePage:f413b5ce-3881-49ca-adf5-270b96bf8b78
Layer123 adalah sebuah persatuan industri yang khusus untuk berkongsi teknologi transformasi rangkaian terbaharu dan amalan terbaik penganalisis. Untuk butiran lanjut, sila layari https://www.layer123.com/about-us

Maklumat mengenai NTT Communications
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.

www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201027006300/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
Yuichiro Wada, Wenyu Shen
Pusat Teknologi, Inovasi
NTT Communications
mgr-nwcore-td@ntt.com

Sumber : NTT Communications Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

DOTERRA DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU AROMATERAPI DAN MINYAK PATI GLOBAL SEKALI LAGI

 Verify Markets memetik doTERRA “sebab tunggal untuk pengembangan pasaran yang pantas,” menganugerahkan doTERRA dengan Anugerah Verified Market Leader 2020


PLEASANT GROVE, Utah, 28 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 doTERRA merupakan peneraju global dalam aromaterapi dan minyak pati, dibuktikan sekali lagi oleh Verify Markets Laporan Pasaran Aromaterapi dan Minyak Pati 2020.

Dalam siaran akhbar baru-baru ini, Verify Markets menulis, “Pasaran aromaterapi dan minyak pati global sedang mengalami pertumbuhan yang pantas dan berkembang dengan pantas. doTERRA berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin pasaran melalui peningkatan dalam permintaan, keperluan, demografi dan arah aliran yang membentuk pasaran.”

Shipla Tiku, ketua pegawai penyelidikan di Verify Markets, berkata, “doTERRA telah menjadi sebab tunggal untuk pengembangan pasaran yang pantas. doTERRA menjual gaya hidup dan juga menghargai pelanggan serta kepentingan untuk menyediakan produk yang berharga. Syarikat memanfaatkan bahagian emosi pengguna yang ingin beraspirasi untuk menjadi lebih sihat. Dengan mengenal pasti jurang pasaran, doTERRA telah membangun kepada dominasi global pasaran.”

doTERRA mengaitkan pertumbuhannya kepada Wellness Advocates, pelanggan dan pekerjanya. Syarikat ini juga menganggap kepimpinan dilanjutkan dalam industri ini terhadap komitmen berterusan penyumberan dan menyediakan produk tulen yang disahkan serta kekal sebagai produk minyak pati yang paling kerap diuji dan paling dipercayai. doTERRA memastikan bahawa semua pemegang berkepentingan dalam rantaian bekalan melaksanakan pengurusan alam sekitar dan penyelesaian kemiskinan. Gabungan kualiti produk, visi penyelesaian penyumberan global, penyelidikan saintifik dan keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat doTERRA berserta industri kesihatan dan kesejahteraan yang semakin meningkat telah mengembangkan syarikat tersebut kepada barisan hadapan industri.

“Kami amat berterima kasih bahawa analisis industri Verify Markets telah mengenal pasti begitu banyak faktor yang menjadikan doTERRA berbeza daripada syarikat-syarikat lain di dunia,” kata David Stirling, eksekutif pengasas dan CEO doTERRA. “Misi kami adalah untuk memperkasakan melalui ketulenan—produk tulen, amalan perniagaan yang tulen, hasrat tulen, dan rasa sayang terhadap kemanusiaan yang tulen. Pertumbuhan dan kepimpinan kita dalam industri adalah hasil langsung daripada cara kita menjalankan perniagaan. Melalui model unik doTERRA, kami menyokong kira-kira 300,000 kerja berkaitan penyumberan, yang memberikan impak kepada hampir 1.2 juta kehidupan, di seluruh dunia dan memperkasakan jutaan orang yang mementingkan kesihatan, kesejahteraan dan kesejahteraan kewangan mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13916

Wednesday, October 28, 2020

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL KRITIKAL UNTUK PENYELIDIKAN COVID-19

Ketersediaan serta-merta bagi mencit hACE2

RENSSELAER, N.Y., 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengumumkan ketersediaan model mencit ACE2 pemanusiaan secara serta-merta untuk COVID-19.

Virus SARS-CoV-2, yang menyebabkan COVID-19, menggunakan reseptor ACE2 untuk memasuki sel. Oleh sebab perbezaan antara ACE2 reseptor mencit dengan manusia, mencit makmal biasa tidak dapat dijangkitkan dengan SARS-CoV2. Mencit transgen yang mempamerkan reseptor ACE2 manusia mengatasi cabaran ini dan oleh itu kritikal untuk penyelidikan COVID-19. Model mencit hACE2 AC70 Taconic boleh dijangkiti SARS-CoV-2 dan menunjukkan gejala apabila dijangkitkan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13904

NTTVC SECARA TERBUKA MENGUMUMKAN DANA $500 JUTA YANG DIWUJUDKAN DALAM PERKONGSIAN DENGAN NTT


 


Pemodal teroka dan usahawan Vab Goel menubuhkan firma itu untuk membantu syarikat permulaan meningkat dengan pantas dari konsep kepada relevansi global


Lima pelaburan pertama sedang memacukan masa depan perusahaan dan kesihatan digital

PALO ALTO, Calif., 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTTVC hari ini secara terbuka mengumumkan dana $500 juta mereka untuk membantu syarikat permulaan mencapai skala global yang pesat dengan memanfaatkan kuasa perkongsian. Firma modal teroka persendirian itu telah diasaskan oleh usahawan dan pelabur Vab Goel dalam kerjasama dengan penyedia perkhidmatan teknologi global NTT. Firma itu juga mengumumkan pelaburan dalam lima syarikat permulaan yang menyampaikan inovasi yang memberi kesan untuk perniagaan dan pengguna: CelonaEkonferenceShoreline dan UDP Labs.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201026005262/en/
 
NTTVC melabur secara meluas merentasi semua peringkat dan sektor, dengan satu penekanan kepada masa depan perusahaan, kesihatan digital dan inovasi yang dijanakan oleh AI, pembelajaran mesin dan data. Dengan menggabungkan perhubungan mendalam bagi pasukan pelaburan mereka dengan jangkauan NTT, firma itu menawarkan akses kepada satu rangkaian pakar industri yang teguh, pelanggan, usahawan, pemimpin perniagaan, penyepadu sistem dan penyedia perkhidmatan yang dapat membantu syarikat permulaan  membuat keputusan yang lebih baik, dan lebih cepat.

NTT adalah di antara lima penyedia perkhidmatan teknologi global teratas yang bernilai $109 bilion, yang memberi perkhidmatan kepada 75 juta pelanggan mudah alih, 3 juta perniagaan dan 120,000 pelanggan perusahaan dengan kehadiran tempatan di lebih 80 buah negara. Syarikat itu mempunyai sejarah yang lama dalam mengambil syarikat permulaan dan membantu mereka mencapai skala global. Dengan bekerjasama dengan Goel untuk membentuk sebuah dana modal teroka yang dipacukan oleh pulangan, NTT memperluaskan komitmen mereka untuk membina perhubungan jangka panjang dalam ekosistem keusahawanan. Seterusnya, syarikat-syarikat portfolio NTTVC mempunyai pilihan dan peluang untuk menjual kepada, melalui dan dengan NTT untuk membantu menskalakan perniagaan mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13905

LeddarTech Mengumumkan Penyertaan Di Tiga Acara Digital Utama Yang Berfokus Pada ADAS Dan AD Dalam Bulan November 2020

 QUEBEC CITY, Quebec, 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) —LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD Tahap 1-5, berbesar hati untuk membuat pembentangan dan mempamerkan pelbagai penyelesaian untuk pelanggan automotif dan mobiliti di beberapa acara digital global pada bulan November 2020. LeddarTech telah menyertai dan membuat pembentangan di lebih daripada 20 acara industri setakat ini pada tahun 2020 dan tidak sabar untuk bertemu dan berinteraksi dengan banyak peneraju industri dalam acara seterusnya ini.

“Kami menanti-nantikan kesinambungan strategi kami untuk berhubung dengan pelanggan kami dan organisasi lain melalui acara digital ini,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global. “Acara akan datang ini pasti akan sangat menarik. Pembentangan daripada pengucap LeddarTech kami akan memberikan wawasan yang menarik terhadap topik yang terdiri daripada pengenalan kenderaan ulang-alik berautonomi dalam persekitaran bandar sehinggalah konsep yang berkaitan dengan pelbagai modaliti penderia, penggabungan penderia dan persepsi untuk mendayakan kenderaan berautonomi kepada peranan teknologi pergabungan penderia mentah. Saya mengundang anda untuk mendaftar diri bagi acara-acara ini dan memanfaatkan semua pengucap yang akan membuat pembentangan di acara-acara ini,” simpul Mr. Aitken.

Autonomous Vehicles Online – Acara Digital Percuma

Acara ini akan memberikan wawasan terhadap aliran masa hadapan yang akan membentuk industri kereta pandu sendiri dan menawarkan peluang kepada hadirin untuk meningkatkan pengetahuan tentang cabaran keselamatan dan perlindungan serta berhubung dengan rakan-rakan profesional yang membangunkan teknologi pandu sendiri generasi seterusnya.

Pembentangan LeddarTech: 4 November, 2020 – 10:00 a.m. EST

Pembentang: Pierre Olivier, Ketua Pegawai Teknologi di LeddarTech

Topik: Sensing Modalities, Sensor Fusion, and Perception for Automated Driving

Daftar secara percuma:https://www.automotive-iq.com/events-autonomous-vehicles-online-november/

Smart Cities Experience – Acara Digital

Dianggap sebagai lebih daripada sekadar persidangan dalam talian, Smart Cities Experience ialah acara komuniti e-pembelajaran yang akan memberikan pemimpin sivik pengetahuan yang diperlukan untuk mengkonsepsikan dan merancang pelaksanaan projek Smart City. Presiden LeddarTech dan COO Frantz Saintellemy akan membentangkan: Electric and Autonomous Shuttles, An Ecological and Economical Solution for Cities and Municipalities yang akan meneliti kes untuk pengangkutan ulang-alik berautonomi di bandar dan kawasan perbandaran. Pembentangan ini akan dibuat dalam bahasa Perancis.

Masa pembentangan LeddarTech: 5 November, 2020 – 3:10 p.m. EST

Pembentang: Frantz Saintellemy, Presiden dan COO di LeddarTech

Topik: Electric and Autonomous Shuttles, An Ecological and Economical Solution for Cities and Municipalities

Daftar:https://www.eventbrite.com/o/smart-city-experience-27683031179

Persidangan & Pameran AutoSens – Acara Digital

Tahun ini, 500 jurutera dan ahli teknologi menyertai AutoSens untuk membincangkan subjek seperti pembelajaran mendalam, pergabungan penderia, pemantauan dalam kabin dan pembangunan dalam radar, LiDAR dan terma. Hadirin akan menghargai cara cabaran kualiti imej dan AEB sedang ditangani dan cara ini memberikan impak terhadap keselamatan kenderaan berautonomi. Persidangann ini akan menampilkan pembentangan daripada pakar di Siemens, FCA, GM, Woodside Capital Partners, Mercedes-Benz, NVIDIA, Cruise, Pony.ai, Mitsubishi, Zoox, Zenuity, EY Americas, GRIMM, dan banyak lagi, serta pakar akademik dari Carnegie Mellon University, Rochester Institute of Technology, dan Mississippi State University.

Pembentangan LeddarTech: 18 November, 2020 – 11:00 a.m. EST

Pembentang: Ronny Cohen, Pengarah Kanan – Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pergabungan Penderia dan Platform LeddarTech

Topik: Raw Sensor Fusion: Creating a Robust Environmental Model to Address Functional Safety and Enable Autonomous Driving

Daftar:https://auto-sens.com/registration/

Untuk senarai penuh acara secara bersemuka dan maya yang akan datang, sila lawati halaman acara kami, https://leddartech.com/events

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13908

Monday, October 26, 2020

MENARA HASIL BANGI DAN HASIL CARE LINE (HCL) DITUTUP SEMENTARA MULAI 27 OKTOBER 2020

 KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama)  -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi dan Hasil Care Line (HCL) akan ditutup sementara mulai 27 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

 
Berikutan itu talian telefon untuk pertanyaan percukaian iaitu 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), serta Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1-800-88-2747 akan tergendala seketika.
 
Dalam tempoh ini, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan LHDNM boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran berikut:
 
a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

c)         Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

• Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM

• Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial  


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 26 Oktober 2020


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Saturday, October 24, 2020

Brightcove, Pemimpin Yang Mendefinisikan Industri Dan Global Di Dalam Video, Memperkenalkan Jenama Baharu Yang Berani

 Kuasa yang Dipercayai dan Inovatif di dalam Video untuk Memimpin Organisasi Mencergaskan Semula Platform Jenama dengan Reka Bentuk Semula Visual secara Total

BOSTON, 23 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Brightcove Inc. (NASDAQ: BCOV) peneraju dunia di dalam video untuk perniagaan, hari ini mengumumkan satu imaginasi semula yang sepenuhnya bagi jenama mereka, termasuk kedudukan dan suara yang serba baharu, serta satu identiti grafik baharu yang berani. Penjenamaan semula itu muncul pada saat video diterima sepenuhnya oleh pengguna dan perniagaan merentasi semua sektor. Ini memantapkan misi syarikat itu untuk memiliki perbualan platform video di seluruh dunia sebagai suara yang muktamad mengenai bagaimana video dihoskan, dikongsi, mengewangkan dan dialami, dan pada masa yang sama mencapai matlamat pelanggan melalui teknologi terkemuka mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201022005373/en/

Brightcove telah menjadi sebahagian daripada industri video selama lebih 15 tahun, dengan mempelopori inovasi dan mencipta teknologi dan perkhidmatan yang telah memenangi anugerah yang digunakan oleh organisasi media dan perusahaan di seluruh dunia. Kini, pada ketika pergantungan video telah dengan pantas dipercepatkan dan menyaksikan pertumbuhan pesat, identiti baharu yang bersemangat ini mencerminkan usaha tanpa henti Brightcove untuk mendorong batasan yang termampu di dalam video, mewujudkan dedikasi mereka yang berterusan bagi memperkasakan pelanggan mereka untuk menceritakan kisah mereka.

“Ini adalah satu masa yang penting bagi industri kita, dan keperluan untuk video akan tetap menjadi satu pengukuh bagi jenama yang memahami kuasa yang ia dapat berikan untuk menyatukan, melibatkan, dan berkomunikasi,” kata Jeff Ray, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Brightcove. “Pelanggan kami mewakili sebahagian daripada syarikat yang paling berinovatif di dunia, dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan mereka untuk memiliki detik yang penting itu. Evolusi jenama ini menggambarkan siapa kita pada hari ini, cita-cita kita untuk masa hadapan, dan komitmen kita kepada syarikat-syarikat yang meletakkan video di tengah-tengah perniagaan mereka.”

Dengan lebih 50 paten yang menentukan industri diperolehi mereka, Brightcove menumpukan segala usaha dan perhatian kepada video – satu mesej penting yang dengan jelas menerangi menerusi evolusi jenama ini. Sama ada penyelesaian mereka untuk penyiaran atau penerbitan, pemasaran, komunikasi perusahaan, acara maya atau penstriman secara langsung – pasukan Brightcove dengan bangga menjadikan video lebih mudah untuk rakan-rakan mereka, dan masih belum menghadapi satu cabaran video yang tidak dapat ditangani dan diinovasi.

Brightcove menyediakan penyelesaian video mereka yang mengubah permainan kepada lebih 3,381 pelanggan di seluruh dunia. Jadual ini termasuk pemimpin industri yang merangkumi bidang menegak, dari kuasa media seperti SXSW dan AMC Networks, gergasi makanan dan minuman, Chick-Fil-A dan Dunkin Brands, pihak berkuasa di dalam hiburan seperti Academy of Motion Picture Arts and Sciences dan Tribeca Film Festival, syarikat pendidikan maya MasterClass, bersama-sama dengan rakan sukan seperti USGA US Open, dan banyak lagi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13894

Alphawave IP Menerima Anugerah OIP Partner Of The Year TSMC 2020 Untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi

TORONTO, 22 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Alphawave berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf oleh TSMC sebagai penerima OIP Partner of the Year 2020 untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi. Anugerah OIP Partner of the Year mengiktiraf rakan kongsi ekosistem Open Innovation Platform® (OIP) TSMC seperti Alphawave yang mempamerkan kecemerlangan dalam sistem pada cip (SoC) generasi seterusnya dan pendayaan reka bentuk 3DIC sepanjang tahun lepas.

Alphawave menyertai program IP Alliance TSMC pada bulan Mac 2019, sebagai sebahagian daripada Open Innovation Platform® (OIP) TSMC, yang mempercepat inovasi dalam komuniti reka bentuk semikonduktor. Anugerah OIP Partner of the Year TSMC 2020 dianugerahkan kepada Alphawave berdasarkan teknologi Pensiri-Penyahsiri berbilang standard (MSS) Alphawave yang tersedia kepada pelanggan pada teknologi proses 7nm dan 5nm TSMC.

“Anugerah OIP Partner of the Year TSMC untuk IP SerDes ialah pengiktirafan yang berprestij buat saya secara peribadi dan seluruh pasukan Alphawave. Dalam masa hanya tiga tahun yang singkat sejak Alphawave ditubuhkan, kami telah membina portfolio IP antara muka berkelajuan tinggi yang menarik bagi proses TSMC dan pelanggan mereka. Anugerah OIP Partner of the Year mengesahkan kejayaan pelanggan besar yang kami telah alami dalam kedua-dua proses 7nm dan 5nm TSMC,” kata Tony Pialis, Presiden dan CEO Alphawave. “Sementara kami menginovasi dan mengembangkan portfolio kami dengan TSMC dalam 5nm dan seterusnya, kami tidak sabar untuk terus mendayakan pelanggan bersama kami di seluruh dunia. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha untuk membantu pelanggan mencapai kejayaan silikon.”

“Saya berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Alphawave sebagai pemenang anugerah OIP Partner of the Year TSMC 2020 untuk IP SerDes Berkelajuan Tinggi,” kata Suk Lee, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Infrastruktur Reka Bentuk di TSMC. “Kami menanti-nantikan kerjasama kami yang berterusan untuk menangani cabaran reka bentuk pelanggan dan melanjutkan pembangunan platform reka bentuk dioptimumkan PPA untuk aplikasi HPC, automotif, dan AI/ML.”

Gelaran OIP Partner of the Year dianugerahkan kepada syarikat kerjasama yang mencapai standard tertinggi bagi reka bentuk, pembangunan, dan pelaksanaan teknologi untuk mempercepat inovasi silikon. Alphawave akan terus bekerja dengan TSMC untuk mendayakan reka bentuk SoC dan 3DIC generasi seterusnya dengan penyelesaian dan perkhidmatan telah diperakui menggunakan teknologi terkini TSMC.

Maklumat tambahan tersedia di Pusat Akhbar TSMC 
https://www.tsmc.com/tsmcdotcom/PRListingNewsAction.do?action=detail&language=E&newsid=PGGOISPGTH.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13890


Friday, October 23, 2020

UMK RINTIS PRODUK INOVASI SISTEM RAWATAN DAN PENAPISAN AIR TANPA BAHAN KIMIA

KOTA BARU, 22 Okt (Bernama) -- UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) mengambil tindakan efektif membangunkan projek pembinaan telaga tiub dan sistem penapisan air terawat atau dikenali sebagai Water Media Filter (WMF) bagi menampung keperluan air kepada warga kampusnya termasuk 600 pelajar di kolej kediaman pelajar IBS.

Projek pemasangan telaga dan penapis WMF ini telah diketuai oleh Penyelidik Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak bermula pada bulan Mac 2020 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada Ogos 2020.
 
Menurut Prof. Madya Dr. Wan Mohd Faizal, projek air bawah tanah merupakan satu inisiatif dan inovasi kepakaran dalaman yang dimiliki oleh FBKT dengan kerjasama dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Katanya, projek pembinaan sistem air ini merupakan pelan pembangunan jangka panjang untuk membekalkan air bersih kepada kolej kediaman UMK (Asrama IBS) berikutan keupayaan telaga tiub sedia ada yang terbatas dan kerap kali mengalami masalah.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=13888

Thursday, October 22, 2020

PULSE SECURE MENCATATKAN PERTUMBUHAN PERNIAGAAN CEMERLANG DAN PENGEMBANGAN RAKAN NIAGA DI RANTAU ASIA PASIFIK JEPUN

Peningkatan mendadak dalam permintaan untuk mobiliti tenaga kerja, Sifar Kepercayaan dan penyelesaian akses selamat mendorong pengembangan perniagaan serantau dalam jangkauan dan skala.


SINGAPURA, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, penyedia utama penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan pertumbuhan perniagaan dan rakan niaga yang cemerlang di seluruh rantau Asia Pasifik Jepun (APJ), bagi separuh pertama tahun 2020. Permintaan yang kukuh bagi Sifar Kepercayaan dan penyelesaian akses jauh Pulse Secure menghasilkan peningkatan lebih daripada 18 kali dalam langganan keseluruhan, dan lebih daripada 260 peratus pertumbuhan dalam pendapatan perniagaan baharu, tahun ke tahun.

Mencatatkan lima suku pertumbuhan berturut-turut sejak tahun 2019, Pulse Secure telah meraih sokongan yang luar biasa daripada pelanggan baharu dan sedia ada di rantau APJ. Sementara perusahaan memajukan mobiliti tenaga kerja dan pendigitalan perniagaan dengan memanfaatkan pengkomputeran awan, utiliti dan IT hibrid, pengguna memerlukan akses yang selamat dan terjamin kepada aplikasi awan dan di premis daripada mana-mana peranti, di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13884

TOSHIBA LANCAR IC PEMACU MOTOR DWI PENGHUBUNG-H DENGAN KAWALAN PWM UNTUK PERANTI MUDAH ALIH DAN PERALATAN RUMAH

Toshiba: sebuah pemacu motor penghubung-H TC78H660FNG (Grafik: Business Wire)

TOKYO, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan sebuah pemacu motor penghubung-H, “TC78H660FNG,” yang ditempatkan di dalam sebuah pakej TSSOP16 dengan satu penugasan pin yang banyak digunakan. Ini adalah tambahan terbaharu Toshiba kepada barisan pemacu mereka untuk motor DC berus dan stepping motor untuk penggunaan yang termasuk peranti mudah alih dan peralatan rumah.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201021006141/en/

Proses DMOS generasi baharu Toshiba membolehkan TC78H660FNG untuk mencapai satu ON rintangan rendah 0.48Ω pada penarafan maksimum mereka 18V/2.0A,[¹] dan mengurangkan penjanaan haba berbanding dengan produk semasa Toshiba.

Pemacu baharu itu mempunyai satu pengawal atur untuk menggerakkan litar dalaman, dan dapat menggerakkan sebuah motor dengan bekalan kuasa tunggal dari 2.5V sehingga 16V. Aplikasinya yang pelbagai termasuk peranti mudah alih yang dikuasakan oleh sebuah bateri lithium-ion 3.7V, peranti yang dikuasakan oleh 5V USB, dan peranti sistem 12V untuk perkakasan rumah. Ia juga menyokong satu antara muka 1.8V rendah.

Ciri-ciri

· Pemacu kuasa tunggal, kawalan PWM mudah
· ON Rintangan rendah mengurangkan penjanaan haba berbanding dengan produk semasa Toshiba. (Ron=0.48Ω (atas + bawah: jenis) @ VM=12V, Ta=25°C)
· Penggunaan arus rendah (arus siap sedia ultra rendah: 0.1μA atau kurang @ Ta = 25°C)

Penggunaan

Peranti mudah alih yang dikuasakan oleh bateri, termasuk robot dan alat permainan; perkakasan rumah termasuk peti sejuk, meter pintar, dll.

TOSHIBA LANCAR IC PEMACU MOTOR DWI PENGHUBUNG-H DENGAN KAWALAN PWM UNTUK PERANTI MUDAH ALIH DAN PERALATAN RUMAH

MEDIACORP SINGAPURA MELANTIK SRIJAN TECHNOLOGIES SEBAGAI SEBUAH RAKAN PEMBANGUNAN PERISIAN

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Srijan Technologies Pte Ltd, anak syarikat berpangkalan di Singapura bagi syarikat Drupal terbesar di Asia, Srijan Technologies Private Limited, telah dilantik sebagai rakan Pembangunan Perisian kepada rangkaian media nasional Singapura Mediacorp, untuk meningkatkan portal pengalaman pelanggan mereka kepada sebuah platform digital moden yang memacukan Produk Digital Mediacorp (Laman Web dan Aplikasi Mudah Alih).


Mediacorp adalah pencipta kandungan terbesar dan rangkaian media nasional Singapura, yang mengendalikan enam saluran TV, 11 stesen radio dan pelbagai platform digital termasuk CNA, aplikasi berita Singapura yang paling banyak digunakan, dan meWATCH, platform video digital mereka.

Srijan meraih perniagaan itu melalui tender persaingan dan akan melaksanakan penglibatan itu sepanjang lebih 36 bulan, dengan agensi pengalaman jenama VMLY&R sebagai rakan reka bentuk. Skop penglibatan itu termasuk reka bentuk UI-UX, seni bina penyelesaian, pembangunan platform teras, pelancaran tapak jenama, dan sokongan.

Srijan menggunakan pendekatan Komponen-dan-Susun Atur mereka yang terbukti untuk menyampaikan aliran kerja editorial yang diperkemaskan dan Pengalaman Pengguna yang dipertingkatkan merentasi ciri-ciri digital jenama itu. Pengalaman digital itu akan juga  melihat pada keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk pengalaman pelanggan merentasi jenama digital mereka.

“Srijan teruja untuk dipilih oleh Mediacorp sebagai sebuah rakan untuk transformasi pengalaman editorial mereka yang menyampaikan ketekalan merentasi jenama mereka, yang dikuasakan oleh sebuah kerangka natif digital generasi seterusnya - tangkas, selamat & berskala. Dengan VMLY&R sebagai rakan reka bentuk kami, kami membentangkan kepada Mediacorp dengan satu cadangan mantap untuk membina jenama digital yang menyampaikan pengalaman audiens yang kaya, dan memacukan peningkatan penglibatan dengan pengguna berbilang saluran melalui kandungan yang tepat pada masanya, kaya & mengikut konteks.” - Ashish Goyal, Ketua Pegawai Eksekutif, Srijan Technologies

“Menggabungkan kepakaran kami di dalam pemikiran CX dan Reka Bentuk dengan pengembangan teknologi dan kemampuan penyampaian Srijan membolehkan kami untuk memetakan satu jalan baharu ke hadapan dengan satu tumpuan yang kuat dalam meningkatkan pengalaman pembaca dan editor merentasi pelbagai platform Mediacorp. Kami juga memandang ke hadapan kepada peluang ini untuk memperkukuhkan perkongsian kami dengan Srijan merentasi rantau itu.” - Preethi Sanjeevi, Pengarah Urusan, VMLY&R Singapura

Srijan Technologies adalah syarikat Drupal terbesar di Asia, yang menyediakan perniagaan dengan penyelesaian di luar kotak bagi kehadiran dan kandungan digital. Srijan menyediakan pengalaman digital dan penyelesaian pemodenan kepada pelanggan seperti Johnson and Johnson, Globe Telecom, CrownWorldWide, PTT Global Chemical, Kumpulan Insurance Australia, Estee Lauder, TUI, OnCorps, Related.com, dan Diversey, antara lain.

Srijan adalah sebuah Rakan Pilihan Acquia, Rakan Perundingan Lanjutan AWS, dan Rakan Perundingan Apigee. Beribu pejabat di India, Srijan beroperasi di 9 buah negara merentasi seluruh dunia termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, HongKong, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia dan Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13883

Wednesday, October 21, 2020

FIORANO MEMACUKAN TRANSFORMASI DIGITAL DI SEYLAN BANK

 Bank Mencapai Masa Dipercepatkan untuk ke Pasaran dan Menerima Produk dan Perkhidmatan Baharu dengan Lebih Cepat


SINGAPURA, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fiorano Software, sebuah pakar Perisian Perantara Penyepaduan Perusahaan, Pengurusan API dan Penyelesaian Perbankan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Seylan Bank, Sri Lanka telah berjaya melaksanakan Platform Penyepaduan Hibrid Fiorano (HIP), menjadikannya bank Sri Lanka yang pertama untuk secara komprehensif mendedahkan semua API sebagai Perkhidmatan Web. Penyelesaian itu telah dilaksanakan oleh Fiorano bersama-sama dengan rakan tempatan, Kumpulan Transnational.

“Pada tahun 2019, Seylan memulakan satu Pacuan Digital yang bercita-cita tinggi; dengan beralih kepada platform berasaskan perkhidmatan mikro seperti Fiorano telah membantu di dalam perjalanan kami ke arah mengintegrasikan teknologi baharu melalui Perkhidmatan Web di platform ESB kami untuk mengintegrasi dan mengembangkan perkhidmatan baharu dengan lebih pantas dengan keselamatan dan ketangkasan yang lebih tinggi. Kami telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam memajukan keselamatan IT, analisis data kami melalui gudang data komprehensif di seluruh bank, dengan melaksanakan teknologi termaju dan mengembangkan jejak digital kami yang telah meningkatkan kemudahan dan keselamatan bagi pelanggan kami dengan ketara, dan pada masa yang sama menyaksikan penggunaan ke atas yang ketara bagi produk dan perkhidmatan kami,” kata Harsha Wanigatunga, Ketua Pegawai Maklumat, Seylan Bank.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13877

GOLDMAN SACHS MERCHANT BANKING DIVISION BERGANDING DENGAN PASUKAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DATA TERKEMUKA DAN KOMITED SEHINGGA $500 JUTA UNTUK MEMBENTUK PLATFORM PUSAT DATA, GLOBAL COMPUTE

NEW YORK, 21 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Goldman Sachs Merchant Banking Division (“GS MBD”) hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan sebuah pasukan pengurusan berpengalaman, yang diketuai oleh eksekutif industri pusat data yang sudah lama Scott Peterson, untuk mewujudkan Global Compute Infrastructure LP (“Global Compute” atau “Syarikat” itu), sebuah platform infrastruktur pusat data global yang baru diwujudkan.


GS MBD pada mulanya telah komited untuk membiayai sehingga $500 juta modal ekuiti, terutamanya dari dana infrastruktur mereka, West Street Infrastructure Partners III, LP (“WSIP III”), bagi membolehkan kira-kira $1.5 bilion dalam pelaburan jangka pendek digunakan merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Latin. Global Compute berhasrat untuk berkembang melalui gabungan pemerolehan dan pengembangan organik untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di kawasan geografi yang mempunyai arah aliran sekular yang mantap dan berpotensi untuk pertumbuhan infrastruktur data yang signifikan. Dengan memanfaatkan pengalaman dan rekod prestasi bagi pasukan pengurusan itu, Global Compute akan menumpukan kepada memperoleh dan membangunkan kemudahan yang dapat memenuhi keperluan pengiraan, penyimpanan, penyambungan dan pergerakan ko-lokasi yang berkembang bagi syarikat-syarikat teknologi terbesar di dunia.

Pasukan pengurusan pengasas Global Compute diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Scott Peterson, bekas Ketua Pegawai Pelaburan dan pengasas bersama bagi Digital Realty (“DLR”) dengan lebih 18 tahun pengalaman dalam industri pusat data dan lebih 30 tahun di dalam arena pelaburan hartanah. Semasa beliau berkhidmat di DLR dari tahun 2004 hingga 2018, Scott telah mengetuai semua aktiviti pelaburan dan bertanggungjawab untuk $17 bilion dalam volum keseluruhan urus niaga merentasi kedua-dua M&A dan pembangunan organik. Scott disertai oleh beberapa eksekutif yang sudah mantap di dalam ruang pusat data; rakan pengasas bersama DLR, Christopher Kenney sebagai Ketua Pegawai Operasi, dan bekas eksekutif kanan DLR di EMEA, Stephen Taylor sebagai Ketua bagi Eropah. Chris sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk pengembangan kehadiran DLR di peringkat antarabangsa, dan Stephen telah memimpin banyak daripada inisiatif tersebut di seluruh EMEA. Pasukan Global Compute mempunyai pengalaman khusus, perhubungan pelanggan yang mendalam dan kemampuan yang luas untuk menyampaikan infrastruktur pusat data yang terbaik dalam kelasnya di peringkat global.

Selaras dengan strategi ini, pada 17 Oktober, 2020, Global Compute telah menandatangani satu perjanjian untuk memperoleh ATM S.A. (“ATM”), perniagaan pusat data dan infrastruktur komunikasi yang terkemuka di Poland dari sebuah konsortium dana yang diuruskan oleh MCI Capital, ekuiti persendirian yang bertumpukan teknologi terkemuka dalam CEE, dan Mezzanine Management, dana mezanin terkemuka di rantau itu. Beribu pejabat di Warsaw, aset pusat data bertaraf dunia ATM, tapak infrastruktur komunikasi, pangkalan pelanggan dan reputasi yang kukuh di pasaran itu memberikan Global Compute dengan satu laluan masuk yang menarik ke pasaran pusat data Eropah Tengah dan Timur yang pesat berkembang. Global Compute berhasrat untuk membina di atas kejayaan ATM dan kepimpinan pasaran dengan menempatkan syarikat itu untuk memberi perkhidmatan kepada keperluan pergerakan yang meningkat bagi kedua-dua pelanggan baharu dan sedia ada di Poland dan rantau CEE yang lebih luas.

“Goldman Sachs adalah rakan yang paling sesuai bagi kami ketika kami mengejar peluang pelaburan global di ruang infrastruktur data,” menurut Scott Peterson, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Global Compute. “Gabungan rangkaian dan pedigri kami, bersama dengan akses GS MBD kepada modal pertumbuhan yang mencukupi, akan membolehkan platform Global Compute untuk bukan sahaja melayani keperluan kritikal pelanggan kami di seluruh dunia, tetapi juga mencipta dan membuka nilai bagi rakan-rakan kami. Pelaburan permulaan kami di ATM S.A. adalah satu gambaran ideal bagi kerjasama ini. Kami sangat bersemangat dengan perkongsian kami dengan Goldman Sachs yang membolehkan kami untuk menyediakan penyelesaian kreatif bagi pelanggan global kami.”

“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Scott dan pasukan Global Compute,” kata Leonard Seevers, Pengarah Urusan di Goldman Sachs. “Kami melihat satu peluang yang luar biasa di ruang pusat data yang didorong oleh peningkatan permintaan pengkomputeran dan penyimpanan dan kami percaya pasukan Global Compute, yang disokong oleh sumber global Goldman Sachs, berada pada kedudukan yang unik untuk memberikan penyelesaian bertaraf dunia bagi memenuhi permintaan itu.”

GS MBD telah dinasihatkan oleh Davis Polk & Wardwell LLP. Pasukan pengurusan Global Compute diberi nasihat oleh PJT Park Hill dan Mayer Brown, sementara Global Compute diberi nasihat oleh Torch Partners, dan White & Case LLP, berhubung dengan pemerolehan ATM SA

Maklumat mengenai Goldman Sachs Merchant Banking Division

Ditubuhkan pada tahun 1869, The Goldman Sachs Group, Inc. adalah sebuah firma perbankan pelaburan, sekuriti dan pengurusan pelaburan global yang terkemuka. Goldman Sachs Merchant Banking Division (MBD) adalah pusat utama bagi aktiviti pelaburan prinsipal jangka panjang syarikat itu. MBD adalah merupakan satu daripada pelabur modal persendirian terkemuka di dunia dengan pelaburan merentasi ekuiti persendirian, infrastruktur, hutang persendirian, ekuiti pertumbuhan dan hartanah.

Maklumat mengenai Global Compute

Global Compute adalah sebuah peserta baharu di dalam industri infrastruktur pusat data. Diketuai oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada veteran industri antarabangsa dengan lebih 50 tahun dalam gabungan pengalaman industri, Syarikat itu berhasrat untuk memperoleh, membangun dan mengendalikan aset pusat data merentasi Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Latin. Kami berhasrat untuk berkhidmat sebagai sebuah rakan kepada syarikat teknologi terbesar di dunia dan pelanggan mereka dengan menyediakan penyelesaian yang selamat, boleh dipercayai, dan kreatif bagi keperluan kapasiti mengira dan penyambungan mereka dalam pertumbuhan tinggi dan pasaran mapan. Global Compute disokong oleh Goldman Sachs Merchant Banking Division.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201020005407/en/

Hubungi

Goldman Sachs
Leslie Shribman
+1 212 902 5400
leslie.shribman@gs.com

Global Compute
Christopher J Kenney
+1 213 810-8732
ckenney@gc-infra.com

Sumber : Goldman Sachs

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA