Tuesday, October 20, 2020

MEVION BEKERJASAMA DENGAN HERMES ADVANCED THERAPY SYSTEMS UNTUK MEMPERLUASKAN JANGKAUAN DI ASIA

 LITTLETON, Mass., 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mevion Medical Systems dengan senang hati ingin mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian perkongsian dengan Hermes Advanced Therapy Systems Corp.  (HATS) untuk pengedaran Sistem Terapi Proton® MEVION S250i di Taiwan dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Thailand, dan Singapura. Sebagai sebuah anak syarikat bagi Hermes-Epitek Corp., sebuah penyedia peralatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi yang dipercayai sejak tahun 1977, HATS akan memanfaatkan sumber dan menyokong Mevion dari segi perancangan projek sehingga kepada sokongan pelanggan.


Terapi proton adalah satu bentuk terapi radiasi yang unggul yang dapat mengurangkan jumlah pendedahan radiasi yang tidak diperlukan pada tisu sihat dan organ sensitif yang menghadapi risiko. Penerapan terapi proton telah berkembang dengan pesat disebabkan oleh pengembangan sistem terapi proton padat. Mevion adalah syarikat pertama yang memperkenalkan pendekatan baharu ini kepada terapi proton dan menyediakan sistem yang paling padat yang ada sekarang.

“Kami amat bangga kerana mempunyai sebuah rakan yang mapan seperti Hermes Advanced Therapy Systems sebagai rakan pasukan kami di Taiwan dan Asia Tenggara,” kata James Meng, Ph.D. presiden bagi Mevion Medical Systems. “Terdapat satu pasaran yang berkembang untuk terapi proton di rantau ini dan perkongsian kami dengan HATS akan membolehkan  akses kepada terapi proton bagi pesakit barah yang sangat memerlukannya.”

“Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Mevion untuk meningkatkan jangkauan bagi teknologi terkemuka industri ini ke satu pasaran yang lebih luas dan memperluaskan keyakinan kumpulan kami – ‘Perkhidmatan oleh Hermes-Epitek’,” kata Eddy Peng, pengerusi bagi Hermes Advanced Therapy Systems Corp.

Sistem Terapi Proton MEVION S250i dengan Imbasan Pancaran Terpencil HYPERSCAN® meningkatkan manfaat terapi proton dengan memaksimumkan satu kolimator pelbagai dedaun adaptif untuk mempertajamkan pancaran itu dan membolehkan satu dos yang lebih tepat dan sama bentuk dengan tumor itu daripada sebelumnya. Keupayaan klinikal lanjutan sistem itu bersama dengan saiznya yang padat telah mengubah landskap bagi terapi proton.

Maklumat mengenai Mevion Medical Systems

Sejak tahun 2004, Mevion Medical Systems telah menjadi penyedia utama bagi sistem terapi proton padat untuk rawatan barah. Berdedikasi kepada memajukan reka bentuk dan aksesibiliti bagi terapi proton di seluruh dunia, Mevion adalah merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan platform bilik tunggal baharu ini dan meneruskan usaha untuk memajukan sains dan penggunaan terapi proton. Produk unggulan Mevion, Sistem Terapi Proton MEVION S250i dengan imbasan pancaran terpencil HYPERSCAN, adalah sistem terapi proton paling kecil di dunia yang menghapuskan rintangan bagi saiz, kerumitan, dan kos yang wujud dengan sistem terapi proton yang lain. Mevion beribu pejabat di Littleton, Massachusetts, dengan kehadiran di Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mevion.com.
 
Ikuti kami di Twitter: @MevionMedical
Berhubung dengan kami di LinkedIn: Mevion Medical Systems
Suka Kami di Facebook: MevionMedical

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201019005068/en/

Hubungi

Melanie Benton
Mevion Medical Systems
Mbenton@mevion.com 1-978-540-1551

Sumber : Mevion Medical Systems

No comments:

Post a Comment