Tuesday, August 31, 2021

IJAZAH MBA SEGI BANTU PACU KERJAYA MASA DEPAN

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Landskap pekerjaan kini dikuasai oleh bakat berkemahiran tinggi sejajar dengan transformasi negara ke arah ekonomi digital dan inisiatif Revolusi Industri 4.0. Para majikan kini mencari calon-calon pekerja yang memiliki prospek pekerjaan dari segi aspek kepimpinan demi kepentingan pertumbuhan syarikat dan perniagaan di masa depan seiring dengan usaha mereka ke arah transformasi digital. Oleh yang demikian, Universiti SEGi mengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada profesional muda untuk memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) mereka secara percuma di SEGi. Memperoleh ijazah MBA merupakan proses untuk mempersiapkan kerjaya anda di masa depan dalam memperbaiki kemahiran seperti empati, pengurusan pasukan, membuat keputusan dan komunikasi strategik untuk mempengaruhi pihak berkepentingan dari pelbagai latar belakang.  

Tidak dapat dinafikan lagi, setelah pandemik COVID-19 melanda seluruh negara, ia bukan sahaja memberi impak kepada aspek kesihatan malah turut melumpuhkan beberapa sektor ekonomi dan ini turut menjejaskan ramai pihak hilang pekerjaan dan amat sukar untuk orang ramai mencari pekerjaan baru. Ramai di luar sana terpaksa menghadapi persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan dan kerjaya yang di impikan. Justeru, langkah perlu di ambil bagi menyelesaikan isu ini dengan menambah baikkan kemahiran perniagaan untuk menggabungkan pengetahuan yang sedia ada. Usaha seperti ini sekaligus dapat membantu memperoleh kerjaya dan peluang menjadi usahawan perniagaan yang berjaya. Di Universiti SEGi, para pelajar akan didedahkan dengan kombinasi pendidikan, pengalaman dan kemahiran tepat untuk menonjolkan jenama tersendiri sekaligus dapat membuka peluang untuk membina kerjaya semula.

Dengan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar, proses pembelajaran kini tidak lagi memerlukan interaksi bersemuka. Dengan mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum yang ada, SEGi berhasrat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam pengajian dan pembelajaran serta aktiviti penilaian untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif untuk memupuk kolaborasi dan rasa ingin tahu antara pelajar. SEGi sentiasa menyokong kaedah pembelaran dan interaksi dalam talian antara pelajar dan tenaga pengajar, termasuk menerusi e-mel serta perbincangan dalam talian, siaran langsung video, dan blog. Dengan berpandukan prinsip ini, kelas interaksi bersemuka berjalan mengikut jadual yang fleksibel di mana pelajar dapat mengakses bahan  pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Bagi golongan profesional yang bekerja, pilihan pembelajaran yang fleksibel akan memberikan mereka peluang untuk belajar mengikut keselesaan mereka dan sangat sesuai untuk mereka yang perlu menyeimbangkan antara komitmen kerja dan keluarga.
 
Oleh kerana kaedah pelaksanaaan pembelajaran atas talian merevolusikan corak pengajian terkini untuk golongan profesional yang bekerja, Program MBA Percuma di Universiti SEGi juga memberikan peluang kepada para pelajar menguruskan jadual pembelajaran tersendiri. Pengalaman belajar tanpa tekanan juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dan memperoleh kelayakan untuk membantu memajukan atau memfokuskan kembali perjalanan kerjaya mereka. Pelbagai program sarjana ditawarkan di Universiti SEGi, menjadikan program MBA SEGi sesuai untuk profesional di setiap bidang. Beberapa program yang ditawarkan juga merangkumi kolaborasi dengan rakan universiti terkemuka di peringkat antarabangsa, seperti University of Central Lancashire, UK, University of Sunderland, UK, dan University of Southern Queensland, Australia

Program MBA di seluruh dunia menjadi titik permulaan bagi semua profesional dan mampu memberi pencapaian yang lebih kompetitif dengan kadar segera kepada para graduan. Para profesional yang bekerja kini boleh mendaftar kursus MBA secara atas talian untuk membantu mereka menggalas peranan baru, yang menjadikan mereka berada di kedudukan yang lebih tinggi.

Sekiranya anda salah seorang golongan profesional bekerja atau graduan yang ingin meningkatkan kerjaya anda dengan Program MBA Percuma SEGi, hubungi kaunselor SEGi untuk sesi rundingan dan lawatan kampus maya hari ini. Sila log masuk ke www.segi.edu.my atau hubungi 03-6145 1777 atau Whatsapp 011-12106389. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14919

PEMBAHARUAN PERATURAN UNTUK KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN PERATURAN

PETALING JAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan yang dilancarkan pada 30 Julai 2021 oleh Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) mendorong kepada produktiviti, ekonomi dan daya saing negara, serta dapat menerapkan pendekatan Amalan Baik Peraturan (GRP) di kalangan Pengawal Selia.
 
Selaras dengan Dasar ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah berjaya menganjurkan Hari Produktiviti: Sesi Libat Urus bersama Penyelaras Peraturan secara maya baru-baru ini. Seramai 400 peserta yang melibatkan 273 kementerian dan agensi Kerajaan telah menyertai program ini. Ia bagi meningkatkan kefahaman mengenai fungsi dan peranan Penyelaras Peraturan  dalam merealisasikan NPGRP serta berkongsi isu dan cabaran yang dihadapi oleh Penyelaras Peraturan dalam memastikan proses penggubalan dan semakan peraturan adalah telus, cekap serta terangkum.
 
Ketua Pengarah MPC, Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman berkata, sesi libat urus ini adalah satu platform yang dapat memberikan pencerahan kepada Penyelaras Peraturan berkaitan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam memastikan proses penggubalan dan semakan peraturan dapat dilaksanakan. Ini adalah penting untuk menghasilkan dasar dan peraturan berkualiti, yang akan mencerminkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian peraturan, malah dapat memberi impak dalam melonjakkan pertumbuhan produktiviti negara ke arah pemulihan ekonomi.
 
“Ini juga menjamin peraturan tangkas – agile regulation – iaitu dasar dan peraturan yang responsif mengikut kesesuaian keadaan serta cabaran semasa dan akan datang. Peraturan tangkas mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik agar syarikat-syarikat boleh beroperasi dan berkembang tanpa bebanan peraturan yang tidak wajar. Dengan itu, operasi perniagaan akan menjadi lebih produktif dan progresif”, katanya pada Majlis Perasmian Hari Produktiviti: Sesi Libat Urus bersama Penyelaras Peraturan.
 
Di dalam laporan tahunan IMD World Competitiveness Yearbook 2021, Malaysia berada di kedudukan ke-25 secara keseluruhan berbanding 64 ekonomi lain. Berdasarkan laporan tersebut, terdapat keperluan untuk membuat semakan dengan kadar segera ke atas peraturan tidak wajar agar seiring dengan pembangunan ekonomi yang pesat. Pembuat Dasar, Pihak Kawal Selia dan Pihak Berkuasa perlu menerapkan Amalan Baik Peraturan bagi meningkatkan pertumbuhan produktiviti negara seterusnya memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
 
“Hari ini, seluruh dunia termasuk Malaysia menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi akibat daripada pandemik COVID-19. Tanggungjawab kerajaan seluruh dunia, termasuk Malaysia adalah mengawal pandemik ini dari terus merebak serta memberikan penumpuan kepada agenda pemulihan ekonomi. Sehubungan itu, pembuat dasar dan peraturan Kerajaan perlu melaksanakan peranan secara sinergi di dalam memastikan negara kita berjaya keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi yang dihadapi sekarang”, ujarnya lagi.
 
“MPC sentiasa sedia untuk memberikan khidmat nasihat, advokasi, fasilitasi dan pemantauan pelaksanaan Amalan Baik Peraturan. MPC mempunyai pengalaman lebih 55 tahun dalam memacu produktiviti negara” tambah beliau.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14920

Monday, August 30, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAHKAN 315 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PETALING JAYA, SELANGOR

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) Hasil Prihatin yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) diteruskan dengan penyerahan 315 bakul makanan kepada penduduk kawasan Petaling Jaya, Selangor yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua bakul makanan tersebut telah disampaikan melalui wakil-wakil penduduk yang kemudiannya akan diserahkan pula kepada penerima yang telah dikenal pasti oleh wakil-wakil penduduk berkenaan.

Program ini telah berlangsung di Tingkat 20, LHDNM Cawangan Petaling Jaya dan disempurnakan oleh Tuan Haji Kamarudin B. Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor. Sumbangan bakul makanan telah diagihkan kepada wakil-wakil penduduk termasuk Encik Wan Mohd Zaid Wan Ismail (Komuniti Flora Damansara), Encik Anuar Asmawi (Komuniti Bukit Lanjan) dan Puan Siti Khadijah Samad (Komuniti PPR Kota Damansara).

Sejajar dengan aspirasi kerajaan yang menekankan konsep prihatin dan sentiasa peka dalam memelihara kebajikan rakyat, sehingga kini Program CSR Hasil Prihatin telah menyumbang sebanyak 5,370 bakul makanan kepada golongan rentan dan memerlukan. Pelaksanaan program ini akan diteruskan lagi ke seluruh negara dalam masa terdekat dalam usaha LHDNM memastikan rakyat yang kurang berkemampuan tidak diabaikan.

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAHKAN 315 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PETALING JAYA, SELANGOR

RICHWORKS PERKENAL DIGITAL MARKETING WORLD 2022 - KUASAI BISNES ONLINE DAN PEMASARAN DIGITAL

SHAH ALAM, 30 Ogos (Bernama) -- RichWorks International Sdn. Bhd. melancarkan program terbaru, Digital Marketing World 2022 (DMW) dalam menyokong bisnes online dan pemasaran digital usahawan-usahawan agar terus berdaya saing di masa ini malah masa depan.
 
Pengerusi RichWorks dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program terbaru tersebut akan menyediakan usahawan mahupun bakal usahawan untuk ‘menang’ dalam pandemik ini.

RICHWORKS PERKENAL DIGITAL MARKETING WORLD 2022 - KUASAI BISNES ONLINE DAN PEMASARAN DIGITAL

ENGAGESMART MENGEMUKAKAN KENYATAAN PENDAFTARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN YANG DICADANGKAN

BRAINTREE, Mass., 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EngageSmart, LLC (“EngageSmart”), sebuah penyedia terkemuka bagi perisian penglibatan pelanggan yang disesuaikan secara menegak dan penyelesaian pembayaran bersepadu, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah secara terbuka mengemukakan satu kenyataan pendaftaran pada Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”) berkaitan dengan cadangan tawaran awam permulaan bagi saham biasa mereka. Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi penawaran itu belum lagi ditetapkan. EngageSmart berhasrat untuk menyenaraikan saham biasa mereka di Bursa Saham New York di bawah simbol tiker “ESMT.”

ENGAGESMART MENGEMUKAKAN KENYATAAN PENDAFTARAN BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN YANG DICADANGKAN

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAHKAN 315 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PETALING JAYA, SELANGOR

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) Hasil Prihatin yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) diteruskan dengan penyerahan 315 bakul makanan kepada penduduk kawasan Petaling Jaya, Selangor yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua bakul makanan tersebut telah disampaikan melalui wakil-wakil penduduk yang kemudiannya akan diserahkan pula kepada penerima yang telah dikenal pasti oleh wakil-wakil penduduk berkenaan.

Program ini telah berlangsung di Tingkat 20, LHDNM Cawangan Petaling Jaya dan disempurnakan oleh Tuan Haji Kamarudin B. Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor. Sumbangan bakul makanan telah diagihkan kepada wakil-wakil penduduk termasuk Encik Wan Mohd Zaid Wan Ismail (Komuniti Flora Damansara), Encik Anuar Asmawi (Komuniti Bukit Lanjan) dan Puan Siti Khadijah Samad (Komuniti PPR Kota Damansara).

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM SERAHKAN 315 BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK DI KAWASAN PETALING JAYA, SELANGOR

Saturday, August 28, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: 355 BAKUL MAKANAN DIAGIHKAN DI SHAH ALAM, SELANGOR

SHAH ALAM, 27 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (Corporate Social Responsibility - CSR) melalui Program CSR Hasil Prihatin dengan menyumbangkan bakul makanan di sekitar Shah Alam, Selangor.
 
Penyerahan bakul makanan yang diadakan di ruang lobi Bangunan Plaza Perangsang ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Rashidi Bin Ruslan, Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian). Pada siri Program CSR Hasil Prihatin kali ini, sebanyak 355 bakul makanan telah diagihkan melalui wakil-wakil penduduk yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 untuk diserahkan kepada penerima yang telah dikenal pasti.
 
Program ini merupakan kesinambungan kepada CSR LHDNM yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2021 yang lalu dan sebahagian daripada beberapa siri Program CSR Hasil Prihatin LHDNM yang akan melibatkan pejabat-pejabat LHDNM di seluruh negara. Sebelum ini, Program CSR Hasil Prihatin LHDNM telah diadakan di negeri Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan dan sebanyak 4,055 bakul makanan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 
 
Menurut YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, inisiatif LHDNM ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia menempuhi kehidupan yang sukar pada masa ini sekali gus dapat membantu mereka dalam memastikan bekalan makanan serta keperluan asas mereka mencukupi.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Kamarudin Bin Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor serta pegawai-pegawai kanan LHDNM Cawangan Shah Alam.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14916

Friday, August 27, 2021

TEROKAI PENDIDIKAN KEJURUTERAAN BERTARAF DUNIA

 PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Pengadaptasian terhadap teknologi digital dan transformasi digital dalam industri masa kini telah membuktikan ia merupakan asas penting untuk kerjaya masa depan. Dengan momentum yang dicapai melalui revolusi industri 4.0 (IR4.0), perubahan ekonomi melalui automasi dan globalisasi akan terus mengubah peranan pekerja sedia ada di setiap organisasi perniagaan. Di samping itu, perubahan tenaga kerja dan corak permintaan pekerjaan juga akan mendesak mereka di luar sana untuk kekal relevan bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Beberapa pekerjaan yang dilihat mendapat permintaan tinggi pada hari ini mungkin akan menjadi usang dan tidak relevan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Hal ini dipengaruhi oleh struktur pekerjaan yang sentiasa berubah serta pengaruh bidang pengkhususan semasa pengajian dan kemahiran yang dibina sepanjang pembelajaran pelajar di universiti. Oleh yang demikian, peranan universiti serta graduan juga harus berubah seiring dengan persekitaran kita yang sentiasa berubah. Pelajar harus bersiap sedia untuk melangkah ke dunia pekerjaan masa depan bagi memenuhi keperluan dan kehendak industri.
 
Fakulti Kejuruteraan Universiti SEGi memberi penekanan dalam memupuk persekitaran untuk para pelajar dan pensyarah akademik berinteraksi dengan rakan kongsi universiti di seluruh dunia termasuk di UK dan Australia. Kerjasama kukuh ini menggambarkan SEGi merupakan sebuah institusi yang dikenali seluruh dunia serta kurikulum akademik yang diterapkan diiktiraf di peringkat antarabangsa.  Pelajar yang mendaftar program Ijazah Berganda Kejuruteraan SEGi (SEGi Double Degree programme) akan mendapat dua kelulusan setelah mereka tamatkan pengajian – daripada Universiti SEGi bersama-sama University of Central Lancashire (UCLAN), UK. Di samping itu, para pelajar kejuruteraan SEGi turut mempunyai akses mudah untuk menggunakan peralatan dan bengkel yang amat diperlukan untuk membantu membina kemahiran dan input yang diperlukan oleh industri.
 
Di SEGi, pelbagai disiplin kejuruteraan ditawarkan dari peringkat Asasi dan Diploma hingga Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan mekanikal.
 
Manakala, pengurusan alam sekitar merujuk kepada pembinaan dan infrastruktur yang dihasilkan. Hal ini merangkumi aspek daripada pembinaan rumah sehingga seluruh pemandangan bandar. Ini terdiri daripada beberapa bidang seperti pembinaan, pengurusan projek, seni bina, reka bentuk dan perancangan alam sekitar.
 
SEGi menawarkan program kejuruteraan yang merangkumi pelbagai bidang pengkhususan, sebagai contoh Pengurusan Pembinaan, Teknologi Alam Sekitar dan Kejuruteraan Awam. Lebih daripada 95% graduan Kejuruteraan & Alam Bina Universiti SEGi mendapat peluang pekerjaan dalam tempoh 3 bulan setelah tamat pengajian.
 
Walaupun bidang kejuruteraan adalah sebuah bidang yang bukan mudah untuk dipelajari, tetapi ia tetap mendapat permintaan tinggi di Malaysia serta di peringkat global.
 
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai program Kejuruteraan & Alam Bina Unversiti SEGi, hubungi kaunselor kami di talian + 603-6145 1777. Sebagai alternatif, anda boleh melayari laman web www.segi.edu.my untuk maklumat lebih lanjut.
   
Dikeluarkan oleh SEGi  


ANALOG DEVICES MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN KE ATAS MAXIM INTEGRATED

 WILMINGTON, Mass., 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Analog Devices, Inc. (NASDAQ: ADI) hari ini mengumumkan penyiapan bagi pemerolehan yang telah diumumkan sebelum ini ke atas Maxim Integrated Products, Inc. (NASDAQ: MXIM). Gabungan itu akan terus mengukuhkan kedudukan ADI sebagai sebuah syarikat semikonduktor analog berprestasi tinggi dengan pendapatan dua belas bulan terakhir melebihi $9 bilion1, margin terkemuka industri, dan aliran tunai bebas melebihi $3 bilion1  pada asas pro forma.


“Hari ini merupakan satu peristiwa penting yang luar biasa bagi ADI dan saya sangat teruja untuk mengalu-alukan pasukan Maxim, yang berkongsi keghairahan kami untuk menyelesaikan masalah teknologi yang paling rumit bagi pelanggan kami,” kata Vincent Roche, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. “Dengan lebih 10,000 orang jurutera dan peningkatan kelebaran dan kedalaman bagi teknologi kami yang terbaik di dalam kelasnya, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk membangunkan penyelesaian canggih yang lebih lengkap bagi pelanggan kami. Bersama-sama, kami akan memacukan gelombang inovasi semikonduktor analog yang seterusnya, sambil merancang sebuah masa depan yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih lestari untuk semua.”

Di bawah syarat-syarat perjanjian muktamad itu, pemegang saham Maxim menerima 0.63 daripada saham biasa ADI bagi setiap saham biasa Maxim. Saham biasa Maxim tidak akan lagi disenaraikan untuk didagangkan di pasaran saham NASDAQ.

Gabungan Ahli Lembaga Pengarah

Sehubungan dengan penutupan urus niaga itu, Tunç Doluca, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxim, dan Mercedes Johnson, bekas Eksekutif Pengasas bagi Avago Technologies, akan menyertai Lembaga Pengarah ADI. Encik Doluca dan Cik Johnson berkhidmat di Lembaga Pengarah Maxim sehingga penutupan urus niaga itu.

Panggilan Persidangan Pelabur Khas dan Siaran Web

ADI merancang untuk mengadakan satu siaran web bagi membincangkan keutamaan peruntukan modal yang akan datang dan gambaran fiskal suku keempat 2021 yang dikemas kini. Siaran web itu dijadualkan bermula sekitar pukul 8:30 pagi Waktu Timur pada 8 September, 2021 dengan Vincent Roche, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Prashanth Mahendra-Rajah, Naib Presiden Kanan, Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan, dan Michael Lucarelli, Pengarah Kanan bagi Perhubungan Pelabur.

Siaran web itu dan pembentangan yang mengiringinya boleh diakses secara langsung di internet di laman web Perhubungan Pelabur Analog Devices di investor.analog.com, atau melalui telefon seperti berikut:

Dial Masuk Peserta (domestik & antarabangsa): (833) 423-0297
Kod Laluan Peserta Antarabangsa: 8334230297
*tiada kod laluan diperlukan untuk panggilan dail masuk domestik

Satu putar semula bagi panggilan persidangan itu akan tersedia kira-kira dua jam selepas panggilan itu berakhir dan boleh diakses sehingga tempoh dua minggu, dengan mendail 855-859-2056 dan memasukkan ID persidangan: 7115409.

Kedua-dua siaran akhbar dan versi siaran web yang diarkib akan tersedia di investor.analog.com.

Maklumat mengenai Analog Devices

Analog Devices, Inc. (NASDAQ: ADI) beroperasi di tengah-tengah ekonomi digital moden, dengan mengubah fenomena dunia nyata menjadi wawasan yang boleh diambil tindakan dengan suite mereka yang komprehensif bagi isyarat analog dan campuran, pengurusan kuasa, frekuensi radio (RF), dan teknologi digital dan sensor. ADI melayani 125,000 pelanggan di seluruh dunia dengan lebih 75,000 produk di pasaran perindustrian, komunikasi, automotif, dan pengguna. ADI beribu pejabat di Wilmington, MA. Layari http://www.analog.com.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Komunikasi ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam konteks maksud undang-undang sekuriti persekutuan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan menangani pelbagai perkara, termasuk, sebagai contoh, kenyataan berhubung manfaat yang diharapkan daripada urus niaga itu, kesan yang dijangkakan daripada urus niaga itu terhadap perniagaan organisasi yang digabungkan dan hasil kewangan dan operasi masa depan, jumlah dan masa yang dijangkakan bagi sinergi daripada urus niaga itu. Kenyataan yang bukan fakta sejarah, termasuk kenyataan mengenai keyakinan, rancangan dan jangkaan ADI, adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan sedemikian adalah didasarkan kepada jangkaan semasa ADI dan adalah tertakluk kepada beberapa faktor dan ketidakpastian, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material daripada yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mengandungi perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “akan,” “menganggarkan,” “mensasarkan,” dan ungkapan serupa, juga sebagai variasi atau negatif bagi perkataan ini. Faktor-faktor penting dan ketidakpastian berikut, antara lain, boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material dengan yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini: ketidakpastian sejauh mana tempohnya, ruang lingkup dan kesan pandemik COVID-19; ketidakpastian politik dan ekonomi, termasuk sebarang kegoyahan di dalam keadaan ekonomi global atau kestabilan bagi pasaran kredit dan kewangan, kemerosotan keyakinan pengguna dan penurunan di dalam perbelanjaan pelanggan; tidak terdapatnya bahan mentah, perkhidmatan, bekalan atau keupayaan pembuatan; perubahan di dalam ruang lingkup geografi atau campuran produk atau pelanggan; perubahan di dalam klasifikasi eksport, peraturan import dan eksport atau duti dan tarif; perubahan di dalam anggaran ADI mengenai jangkaan kadar cukai mereka yang didasarkan kepada undang-undang cukai semasa; keupayaan ADI untuk dengan jayanya mengintegrasikan perniagaan dan teknologi Maxim; risiko bahawa faedah dan sinergi yang diharapkan daripada urus niaga itu dan prospek pertumbuhan bagi syarikat yang digabungkan tidak dapat dicapai sepenuhnya tepat pada masanya, atau sama sekali; keputusan buruk di dalam perkara-perkara litigasi, termasuk potensi bagi litigasi yang berkaitan dengan urus niaga itu; risiko bahawa ADI tidak akan dapat mengekal dan mengambil pekerja penting; kesukaran atau perbelanjaan yang tidak dijangka yang berkaitan dengan urus niaga itu, tindak balas oleh rakan perniagaan dan pengekalan akibat daripada urus niaga  tersebut; ketidakpastian mengenai nilai jangka panjang bagi saham biasa ADI; dan pengalihan bagi masa pengurusan untuk perkara-perkara yang berkaitan urus niaga. Untuk maklumat tambahan mengenai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza dari segi material daripada yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sila rujuk kepada laporan berkala ADI dan Maxim dan pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk faktor risiko yang terdapat di dalam Laporan Suku Tahun terbaharu ADI dan Maxim pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan mewakili jangkaan semasa pihak pengurusan dan sememangnya tidak pasti dan dibuat hanya setakat tarikh itu. Kecuali sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang, ADI tidak berjanji atau bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada berikutan terdapatnya maklumat baharu atau untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan selepasnya atau sebaliknya.

(ADI-WEB)
________________________________
1 Berdasarkan pada dua belas bulan terakhir yang berakhir pada 31 Julai, 2021 bagi Analog Devices dan dua belas bulan terakhir yang berakhir pada 26 Jun, 2021 untuk Maxim. Aliran tunai bebas ditakrifkan sebagai tunai bersih yang disediakan oleh aktiviti operasi, yang ditentukan bersesuaian dengan GAAP, ditolak penambahan kepada hartanah, kilang dan peralatan, bersih.


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210826005486/en/

Hubungi

Hubungan bagi ADI
Hubungan Pelabur:
Encik Michael Lucarelli
781-461-3282
investor.relations@analog.com

Hubungan Media:
Cik Brittany Stone
917-935-1456
Brittany.Stone@teneo.com


Sumber : Analog Devices, Inc.
 

ETAN HON DINAMAKAN PENGURUS PRODUK BAGI PERKHIDMATAN PASCAPASARAN TURBO UNTUK NIKKISO CRYOGENIC SERVICES

TEMECULA, Calif., 26 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Cryogenic Industries’ Clean Energy & Industrial Gases Group (Kumpulan), subsidiari Nikkiso Co., Ltd (Japan), berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa Etan Hon telah dilantik sebagai Pengurus Produk bagi Perkhidmatan Pascapasaran (AMS) Turbo untuk unit Nikkiso Cryogenic Services (NCS).

Tambahan kepada pasukan pengurusan mereka ini menyokong objektif Kumpulan untuk mengembangkan lagi AMS mereka untuk Pengembang turbo. Rangkaian Turbo All Brands juga akan berkembang untuk menyokong dan memberikan perkhidmatan untuk lebih banyak jenama termasuklah ACD, Rotoflow, Atlas Copco, dan Cryostar antara lainnya.

Etan menerima ijazah dalam Kejuruteraan aeroangkasa daripada University of California, San Diego. Beliau memulakan kerjayanya dengan menyediakan perkhidmatan medan minyak kepada pelanggan dalam industri minyak & gas di Texas semasa bekerja untuk Schlumberger dan Baker Hughes. Pada tahun 2017, beliau menyertai ACD LLC sebagai Pengurus Perkhidmatan Lapangan. Selepas pemerolehan oleh Nikkiso pada tahun 2019, beliau beralih kepada peranan Pengurus Perkhidmatan bagi AMS Turbo untuk NCS dan membantu untuk mengalihkan bahagian AMS Turbo ACD ke kemudahan baharu di Irvine, CA. Beliau membantu pembangunan semula piawai dan proses dengan pusat perkhidmatan antarabangsa untuk AMS Turbo di Irvine. Struktur baharu ini telah mewujudkan perniagaan pengendalian yang berjaya secara setempat dan akan memastikan sokongan yang baik kepada pasukan AMS Turbo di seluruh dunia.

“Pasukan NCS teruja untuk mengalu-alukan Etan dalam peranan Pengurusan Produk AMS Turbo baharu ini,” menurut Jim Estes, Presiden NCS. “Pengalaman dan fokus beliau terhadap perkhidmatan pelanggan telah melebihi jangkaan kami. Saya tidak sabar untuk menantikan kejayaan beliau berterusan dalam peranan baharu ini.”

Nikkiso Cryogenic Services menyediakan perkhidmatan dan sokongan di seluruh dunia, termasuk lokasi di Malaysia, Jerman, India, Australia, Taiwan dan China serta enam lokasi di Amerika Utara.

PERIHAL CRYOGENIC INDUSTRIES

Syarikat ahli Cryogenic Industries, Inc. (kini sebahagian daripada Nikkiso Co., Ltd.) mengeluarkan peralatan pemprosesan gas kriogenik dijuruterakan dan loji proses berskala kecil untuk gas semula jadi cecair (LNG), perkhidmatan telaga dan industri gas perindustrian. Diasaskan lebih 50 tahun yang lalu, Cryogenic Industries ialah syarikat induk ACD, Cosmodyne dan Cryoquip, dan kumpulan yang dikawal secara umum bagi kira-kira 20 entiti pengendalian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14906

RUBRYC THERAPEUTICS MENGUMUMKAN PEMBIAYAAN EKUITI PILIHAN SIRI A2, KERJASAMA, DAN LESEN RTX-003 DENGAN IBIO, INC.

SAN CARLOS, Calif., 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- RubrYc Therapeutics, Inc. (“RubrYc”) dan iBio, Inc. (“iBio”, NYSEA: IBIO) hari ini mengumumkan penutupan bagi Pembiayaan Pilihan Siri A2 RubrYc, dan Perjanjian Lesen dan Kerjasama yang seiring yang ditujukan ke arah penyelidikan, pembangunan, dan pengkomersialan bagi terapeutik antibodi yang bersasarkan epitop. Dengan urus niaga ini, iBio menjadi sebuah pelabur strategik yang penting dengan pelaburan mereka sebanyak $7.5 juta di dalam ekuiti Pilihan Siri A2 RubrYc, dan dengan itu menyertai Third Point Ventures, Paladin Capital Group, Vital Venture Capital, dan Hayan Health Networks di dalam sindiket pelabur Syarikat itu. Selain itu, iBio memperoleh hak eksklusif di seluruh dunia untuk memajukan program utama RubrYc, RTX-003, sebuah antibodi monoklonal yang disasarkan CD25 bagi penyusutan terpilih bagi kawal selia sel T di dalam persekitaran mikro tumor pepejal.

Kerjasama itu akan membolehkan pihak-pihak itu untuk menggabungkan RubrYc Discovery Engine dan kepakaran penemuan antibodi dengan keupayaan iBio sebagai sebuah pemaju bagi biofarmaseutikal generasi seterusnya dan pelopor bagi FastPharming Manufacturing System® yang lestari untuk mencipta terapi baharu bagi pesakit yang memerlukan. Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, RubrYc akan bertanggungjawab bagi penemuan calon ubat yang disasarkan epitop dengan menggunakan Molekul Tereka Bentuk berskala Meso milik RubrYc untuk membawa kempen penemuan antibodi kepada epitop tertentu pada sasaran penyakit yang boleh dipersetujui bersama. iBio akan bekerjasama dalam kempen penemuan dan akan bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti praklinikal, klinikal dan pengkomersialan bagi calon-calon ubat terpilih daripada kerjasama itu.

Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, sekiranya iBio membangun dan mengkomersialkan banyak calon yang dihasilkan di dalam kerjasama itu, RubrYc berpeluang untuk menerima lebih dari $84 juta sebagai pembayaran tonggak iaitu pembayaran yang dibuat setelah mencapai objektif yang ditentukan, berkaitan dengan aktiviti penemuan dan pembangunan. RubrYc juga boleh menerima royalti atas penjualan bersih di seluruh dunia bagi setiap produk komersial yang dibangunkan melalui kerjasama tersebut.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan iBio,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif RubrYc, Isaac Bright, MD, “sebuah rakan yang bercita-cita tinggi di mana transformasi strategik mereka adalah selaras dengan visi kami untuk menemui dan mengembangkan terapi yang disasarkan secara epitop secara cekap yang menjanjikan untuk mengungguli molekul duluan yang ditemui secara konvensional. iBio juga merupakan sebuah rakan yang hebat untuk memajukan kempen utama kami, RTX-003, sebuah antibodi monoklonal anti-CD25 yang kami temui yang menunjukkan potensi luar biasa sebagai sebuah penyusut Sel T kawal atur bagi pelbagai petunjuk tumor pepejal.”

“Kami mengharapkan teknologi penemuan antibodi yang mensasarkan epitop RubrYc untuk mendorong kempen serangan sasaran yang berbeza dan mencabar, dan untuk secara berkesan memberikan banyak peluang untuk menemui dan memajukan antibodi epitop yang lebih baik terhadap sasaran onkologi yang dicirikan dengan baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif iBio, Tom Issett yang akan sertai Lembaga Pengarah RubrYc. “RTX-003 adalah sebuah aset yang luar biasa untuk ditambahkan kepada saluran terapeutik kami, dan kami berharap dapat menyiapkan aktiviti yang dibolehkan IND ketika kami terus memperluaskan keupayaan penemuan dan pengembangan kami.”

Maklumat mengenai RubrYc Therapeutics, Inc.

RubrYc Therapeutics, Inc., adalah sebuah syarikat bioteknologi yang menggunakan penyelesaian pembelajaran mesin proprietari dan biologi pengiraan untuk menemui antibodi mono dan bispesifik terpilih epitop. Mendapat inspirasi oleh kemajuan baru-baru ini dalam sintesis perpustakaan molekul, penyaringan dan pengkomputeran selari secara besar-besaran, RubrYc menempa satu jalan baharu untuk penemuan yang dipacu oleh maklumat bagi antibodi terapeutik. RubrYc Therapeutics, Inc. memanfaatkan teknologi Discovery Engine mereka untuk mengenal pasti dengan pantas sebilangan besar antibodi dengan ciri-ciri mengikat yang unik terhadap sasaran yang disahkan dan mencabar. RubrYc keluar dari HealthTell, Inc. pada tahun 2018 untuk memajukan penemuan bioterapeutik, dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal utama yang berkongsi misi mereka untuk memperluaskan pilihan terapeutik dan meningkatkan hasil keputusan bagi pesakit yang memerlukan. RubrYc berpusat di San Carlos, California. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rubryc.com.

Maklumat mengenai iBio, Inc.

iBio adalah sebuah peneraju dunia di dalam pembuatan biologik berasaskan tumbuhan yang lestari. FastPharming System® mereka menggabungkan pertanian vertikal, hidroponik berautomatik, dan teknologi pengglikosilan baharu untuk membangunkan antibodi monoklonal, vaksin, bioink dan protein lain yang berkualiti tinggi dengan pantas. iBio sedang membangunkan calon ubat proprietari yang termasuk biofarmaseutikal untuk rawatan barah, serta penyakit fibrotik dan berjangkit. Anak syarikat Syarikat itu, iBio CDMO LLC, menyediakan Perkhidmatan Pembangunan dan Pembuatan Kontrak FastPharming bersama dengan Glycaneering Development Services™ untuk reka bentuk protein rekombinan termaju. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ibioinc.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14909

Thursday, August 26, 2021

KUMPULAN DOLE FOOD & BEVERAGES AKAN MENGUBAH PERANCANGAN DAN KETAMPAKAN RANGKAIAN BEKALAN MEREKA SECARA DIGITAL DENGAN BLUE YONDER

Syarikat CPG global akan meningkatkan ramalan dan menyelaraskan proses S&OP dan S&OE merentasi organisasi itu dengan Menara Kawalan Luminate dan Perancangan Luminate

SINGAPURA & SCOTTSDALE, Ariz., 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Semasa pandemik COVID-19, syarikat-syarikat barang bungkusan pengguna (CPG) telah menyaksikan gangguan yang ketara terhadap aspek permintaan dan bekalan bagi rantaian bekalan mereka, yang mengakibatkan dalam perlunya keupayaan untuk meramalkan permintaan bagi memenuhi perubahan tingkah laku pengguna, mengoptimumkan keupayaan untuk melebihi tahap perkhidmatan dan membina rantaian bekalan yang boleh disesuaikan dengan visualisasi hujung ke hujung. Ini telah mendorong Kumpulan Dole Food & Beverages untuk mengubah rantaian bekalan mereka secara digital untuk meramalkan kelewatan dan deriaan penghantaran, menetap dan mengoptimumkan permintaan, yang dibolehkan  dengan dua penyelesaian berasaskan awan Blue Yonder: portfolio Menara Kawalan Luminate™ dan Perancangan Luminate.

Kumpulan Dole Food & Beverages, satu cabang daripada Syarikat The Dole Sunshine, adalah satu daripada pengeluar dan pemasar terbesar di dunia bagi buah-buahan segar dan produk berasaskan buah-buahan yang dibungkus yang berkualiti tinggi. Syarikat itu mencari ketampakan dan ramalan hujung ke hujung, satu perancangan jualan dan operasi (S&OP) dan satu proses pelaksanaan jualan dan operasi (S&OE), dan keupayaan menara kawalan. Menjadi pelanggan Blue Yonder selama lebih 20 tahun, Kumpulan Dole Food & Beverages melalui satu proses penilaian yang komprehensif untuk memilih penyedia rantaian bekalan jangka panjang mereka bagi memperoleh satu penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan baharu mereka dan menyokong perjalanan mereka ke arah Janji Dole.

Projek transformasi digital itu akan membolehkan Kumpulan Dole Food & Beverages untuk membina sebuah rantaian bekalan yang tangkas dengan tumpuan kepada tiga komponen teras: orang ramai, proses dan sistem. Dengan melaksanakan penyelesaian Blue Yonder itu yang dikuasakan oleh Platform Luminate, syarikat itu merancang untuk:

· Menjajarkan struktur rantaian bekalan masa depan dengan sebuah menara kawalan global dan tempatan yang bekerja lancar bersama-sama untuk memperoleh kebertanggungjawaban dari hujung ke hujung merentasi rantaian bekalan itu.
· Meningkatkan kepuasan pelanggan dan penjimatan kos melalui tahap inventori yang lebih rendah dan pengoptimuman inventori.
· Meningkatkan fleksibiliti dan ketangkasan dalam proses perancangan.
· Membolehkan keupayaan membuat keputusan yang dipacu oleh data melalui sebuah platform bersepadu hujung ke hujung.
· Meningkatkan S&OP, senario perancangan dan kewangan, termasuk P&L dan aliran tunai.
· Meningkatkan visualisasi merentasi rantaian bekalan itu.
 
“Ketika mencari sebuah menara kawalan dan penyelesaian perancangan rantaian bekalan, matlamat kami adalah untuk membolehkan Proses rantaian bekalan fungsi bersilang yang tangkas dan responsif yang memberi kuasa kepada Orang Ramai dengan keupayaan membuat keputusan yang dipacu oleh data yang berdasarkan asas sebuah platform Teknologi bersepadu dari hujung ke hujung. Perancangan Luminate dan Menara Kawalan Luminate Blue Yonder menyediakan kepada kami dengan penyelesaian yang tepat untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih pantas yang meningkatkan operasi kami, dan menghasilkan kos yang lebih rendah dan masa perancangan yang dipertingkatkan,” kata Fritz Zeh, Naib Presiden, Pembuatan Global, Kumpulan Dole Food & Beverages.

KUMPULAN DOLE FOOD & BEVERAGES AKAN MENGUBAH PERANCANGAN DAN KETAMPAKAN RANGKAIAN BEKALAN MEREKA SECARA DIGITAL DENGAN BLUE YONDER

BUDAYA INOVATIF DAN KREATIF BERJAYA MEMPERKASAKAN KECEKAPAN PROSES PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

 PETALING JAYA, 26 Ogos (Bernama) -- Budaya inovatif dan kreatif yang diterapkan secara menyeluruh telah berjaya meningkatkan kecekapan dan memperkasakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak. Penglibatan semua pekerja dalam aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah dapat menjana idea-idea baharu dan kreatif dalam melaksanakan inisiatif penambahbaikan secara berterusan supaya penyampaian perkhidmatan terbaik dapat diberikan melalui penggunaan sumber-sumber sedia ada secara berkesan.

 
Johan projek inovasi Kategori Sektor Awam (Negeri) Konvensyen Team Excellence (TE) 2020 peringkat kebangsaan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini telah melaksanakan penambahbaikan melalui projek inovasi proses bagi menyelesaikan isu kesukaran operasi pemantauan pergerakan keluar bahan batuan dan mineral dari negeri Perak.  
 
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Program Perkongsian Amalan Terbaik secara atas talian bagi berkongsi dan menyebar luas amalan terbaik daripada pemenang Konvensyen Team Excellence (TE) 2020 peringkat kebangsaan dan telah dihadiri oleh 278 peserta dari pelbagai sektor. Menurut Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman, Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), “Perkongsian ini telah berjaya meningkatkan motivasi dan memberi galakan kepada semua peserta untuk menanda aras inisiatif penambahbaikan melalui projek inovasi proses”.  
 
Dalam program perkongsian amalan terbaik ini, Encik Mohd Hidhayat Mansor, Penolong Pengarah, Unit Penguatkuasaan dan Teknikal PTG Negeri Perak, berkata “Sebelum penambahbaikan dijalankan, PTG Negeri Perak telah mengalami kerugian sebanyak RM3.6 juta sebulan kerana kesukaran memantau aktiviti pengambilan pasir dari pihak yang tidak bertangungjawab”. Kerugian ini bukan sahaja ditanggung oleh kerajaan negeri bahkan memberi kesan terhadap alam sekitar. Justeru itu, usaha meningkatkan keberkesanan proses pemantauan ke atas aktiviti pemindahan bahan batuan dan mineral telah menjadi pemangkin kepada inisiatif penambahbaikan di PTG Negeri Perak”.
 
Menurut beliau lagi, “PTG Negeri Perak telah mengambil beberapa langkah bagi menangani masalah tersebut. Pertama, menubuhkan Pusat Kawalan Setempat (Command Centre) untuk menyelaras operasi pemantauan bahan batuan dan mineral keluar dari negeri Perak. Pusat ini berjaya mengintegrasikan maklumat pergerakan keluar bahan batuan dan mineral yang diberikan oleh pelbagai agensi penguatkuasa seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan lain-lain agensi yang berkaitan. Kedua, PTG Negeri Perak berjaya membangunkan pangkalan data Quantum Geographic Information System (QGIS) bagi pematuhan pintar sempadan kuari dan bahan binaan yang lebih berkesan. Ketiga, sistem drone telah digunakan untuk memantau aktiviti pengambilan bahan batuan dan mineral dengan lebih efektif. Akhir sekali, sistem e-Report telah dibangunkan bagi mengurangkan masa penjanaan laporan tangkapan pelanggaran syarat dari 144 jam kepada 1 jam.
 
Mohd Hidhayat turut menyatakan “Peningkatan kutipan hasil royalti bahan batuan dan mineral sebanyak 43% sebulan menunjukkan projek inovasi yang dijalankan telah meningkatkan keberkesanan proses pemantauan dan penguatkuasaan pemindahan bahan batuan dan mineral oleh PTG Negeri Perak".
 
Penglibatan dalam budaya inovatif dan kreatif telah meningkatkan motivasi semua pekerja untuk menambahbaik proses secara berterusan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Inisiatif ini sangat signifikan dalam mentransformasikan idea ke dalam operasi harian yang mana ia dapat meningkatkan kecekapan bekerja dan akhirnya memaksimumkan hasil negeri.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi. 


SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

Wednesday, August 25, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM AGIH 750 BAKUL MAKANAN DI TERENGGANU

 KUALA TERENGGANU, 25 Ogos (Bernama) -- Sebagai menzahirkan komitmen dan menjunjung hasrat kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menggerakkan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (Corporate Social Responsibility - CSR) melalui Program CSR Hasil Prihatin dengan menyumbangkan bakul makanan di Negeri Terengganu.

 
Pada kali ini sebanyak 750 bakul makanan telah diagihkan oleh YBhg. Datuk Mohd Jaafar Embong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDNM kepada wakil-wakil penduduk di negeri ini melibatkan empat buah daerah iaitu Daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Nerus. Majlis penyerahan sumbangan ini telah berlangsung di Dewan Pulau Redang, LHDNM Cawangan Kuala Terengganu, Kompleks Perniagaan PB Square, Kuala Terengganu.
  
Program ini merupakan kesinambungan kepada CSR LHDNM yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2021 yang lalu dan sebahagian daripada beberapa siri Program CSR Hasil Prihatin LHDNM yang akan melibatkan pejabat-pejabat LHDNM di seluruh negara.
 
Menurut YBhg. Datuk Mohd Jaafar Embong, penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk memastikan keluarga-keluarga yang terkesan dalam tempoh penularan wabak COVID-19 ini mempunyai bekalan makanan serta keperluan asas yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan harian.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Kamarudzaman B. Bahrain, Pengarah Pejabat Pengarah Negeri LHDNM Terengganu dan Kelantan serta pegawai-pegawai kanan LHDNM Cawangan Kuala Terengganu. 


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 25 Ogos 2021


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Tuesday, August 24, 2021

ZOLL DAN WALLABY MEDICAL MENGUMUMKAN PERJANJIAN UNTUK MENGEDARKAN PRODUK PENGURUSAN SUHU DI CHINA

CHELMSFORD, Mass., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZOLL® Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei yang mengeluarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang berkaitan, dan Wallaby Medical Technologies, sebuah syarikat peranti perubatan yang khusus untuk merawat strok dan jantung terhenti, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian pengedaran di mana Wallaby akan menguruskan penjualan dan pengedaran bagi produk pengurusan suhu ZOLL di China.

Di China, jantung terhenti dan strok masing-masing menyumbang bagi lebih daripada 544,0001 dan 1.79 juta2  kematian setiap tahun. “ZOLL sangat teruja untuk bekerjasama dengan Wallaby bagi memperluaskan penggunaan Thermogard XP® di China, yang membolehkan lebih banyak pesakit untuk mendapat manfaat daripada pengurusan suhu disasarkan (TTM) berkualiti tinggi,” kata Neil Johnston, Presiden, ZOLL Circulation.

TTM yang berkualiti tinggi bergantung kepada kelajuan pada aruhan untuk mencapai satu suhu tertentu dan mengekalkan suhu yang ditentukan dengan tepat sepanjang fasa penyejukan dan normotermia, yang termasuk satu fasa pemanasan semula terkawal yang berlanjutan.3 Peranti penyejukan semasa berbeza-beza secara umumnya di dalam keupayaan mereka untuk memberikan kelajuan dan ketepatan, tetapi latitud dalam pemilihan dos memerlukan kekhususan yang tinggi. Matlamat bagi satu program TTM berkualiti tinggi adalah untuk meningkatkan potensi bagi hasil neurologi yang baik semasa pelepasan pesakit.3-4 Pesakit yang menjalani rawatan neurologi dalam keadaan baik sering mengalami pemulihan yang lebih mudah dan kembali kepada kualiti hidup yang lebih tinggi dan jangka masa panjang, termasuk kembali kepada produktiviti normal mereka dan tinggal bersama orang yang mereka sayangi. 5-6

Sistem Pengurusan Suhu Intravaskular Thermogard XP (IVTM™) menawarkan kepada penyedia penjagaan kesihatan dengan ketepatan dan kelajuan seperti yang dicirikan di dalam TTM berkualiti tinggi, yang menunjukkan peningkatan secara klinikal dalam hasil neurologi di kalangan pesakit yang terselamat daripada jantung terhenti.7-9 Sistem itu termasuk satu keluarga kateter pertukaran haba yang membolehkan klinisian untuk menguruskan suhu badan teras mengikut keperluan khusus seseorang pesakit. Di Amerika Syarikat, penggunaan IVTM pada pesakit jantung terhenti belum lagi dipersetujui atau diluluskan oleh FDA.

“Wallaby Medical berusaha untuk meningkatkan penjagaan pesakit di China melalui teknologi termaju, ketika kami meneruskan visi kami untuk menjadi syarikat teknologi perubatan yang membantu menyelamatkan paling banyak nyawa yang terjejas oleh strok dan jantung terhenti. Sistem Pengurusan Suhu Intravaskular Thermogard XP itu adalah satu bahagian penting dalam portfolio produk komprehensif kami untuk mencapai matlamat itu,” kata Michael Alper, Ketua Pegawai Eksekutif, Wallaby Medical.

Maklumat mengenai ZOLL Medical Corporation

ZOLL Medical Corporation, sebuah syarikat Asahi Kasei, membangun dan memasarkan peranti perubatan dan penyelesaian perisian yang membantu memajukan penjagaan kecemasan dan menyelamatkan nyawa, dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan klinikal dan operasi. Dengan produk untuk defibrilasi dan pemantauan jantung, peningkatan peredaran dan maklumat balas CPR, terapi oksigen tepu lampau, pengurusan data, pengudaraan, dan pengurusan suhu terapeutik, ZOLL menyediakan satu set yang komprehensif bagi teknologi yang membantu klinisian, EMS dan pemadam kebakaran profesional, serta penyelamat awam, meningkatkan keadaan pesakit di dalam keadaan kardiopulmonari kritikal. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zoll.com.

Maklumat mengenai Asahi Kasei

Kumpulan Asahi Kasei menyumbang kepada kehidupan dan penghidupan bagi orang ramai di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1922 dengan perniagaan amonia dan serat selulosa, Asahi Kasei telah berkembang secara konsisten melalui transformasi proaktif bagi portfolio perniagaan mereka untuk memenuhi keperluan pengembangan bagi setiap umur. Dengan lebih daripada 40,000 orang pekerja di seluruh dunia, syarikat itu menyumbang kepada masyarakat mapan dengan menyediakan penyelesaian kepada cabaran dunia melalui tiga sektor perniagaan mereka iaitu Bahan, Kediaman dan Penjagaan Kesihatan. Operasi penjagaan kesihatan mereka termasuk peranti dan sistem untuk penjagaan kritikal akut, dialisis, apheresis terapeutik, transfusi, dan pembuatan bioterapeutik, serta farmaseutikal dan reagen diagnostik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asahi-kasei.com.

Maklumat mengenai Wallaby Medical

Wallaby Medical memberi tumpuan kepada pengembangan dan pengkomersialan produk peranti perubatan untuk merawat strok. Produk Wallaby termasuk Sistem Gegelung Avenir, yang secara teknikal merupakan sistem gegelung neuro embolik terbeza untuk merawat aneurisme intrakranium dan keabnormalan neurovaskular lain dan kateter Esperance DAC untuk prosedur rawatan strok iskemik dan strok hemoragik. Produk Wallaby dikomersialkan di lebih 20 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wallabymedical.com.

© 2021 ZOLL Medical Corporation. Hak cipta terpelihara. IVTM, Thermogard XP, dan ZOLL adalah tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi ZOLL Medical Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua tanda perniagaan lain adalah hak milik bagi pemilik mereka masing-masing.
  1. Zhang et al. P Europace, Volum 17, Keluaran suppl_2, Oktober 2015.
  2. GBD 2016 Kolaborator Strok (Johnson CO, et al.). Lancet Neurol. 2019;18:5:439–458. Epub 2019 11 Mac.
  3. Taccone, et al: Penjagaan Kritikal (2020) 24:6.
  4. Institute of Medicine. 2015. Strategi untuk Meningkatkan Kelangsungan Hidup Jantung Terhenti: Masa untuk Bertindak. Washington, DC: The National Academies Press.
  5. Sawyer et al. Pengedaran Volum 141, Keluaran 12, 24 Mac 2020; Halaman e654-e685.
  6. Kongpolprom et al. Indian Journal of Critical Care Medicine, Januari 2019; 23(1),20-26.
  7. Bartlett et al. Resusitasi 146 (2020) 8295.
  8. Calabró et al. Penjagaan Kritikal (2019) 23:285.
  9. Liao et al. Penjagaan Kritikal (2020) 24:27. 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14893

ANALOG DEVICES DAN MAXIM INTEGRATED MENGUMUMKAN KEBENARAN ANTITRUST CHINA UNTUK PENGGABUNGAN

 WILMINGTON, Mass. & SAN JOSE, Calif., 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Analog Devices, Inc. (NASDAQ: ADI) dan Maxim Integrated Products, Inc. (NASDAQ: MXIM) hari ini mengumumkan bahawa Pentadbiran Negara China bagi Peraturan Pasaran telah memberikan kebenaran antitrust bagi perolehan ke atas Maxim yang sebelum ini diumumkan oleh Analog Devices.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210823005195/en/

Urus niaga tersebut kini telah menerima kesemua pelepasan pengawalseliaan yang diperlukan. Analog Devices dan Maxim menjangkakan bahawa urus niaga itu akan dimeterai pada atau kira-kira pada 26 Ogos, 2021, tertakluk kepada kepuasan bagi baki syarat-syarat penutupan biasa.

Maklumat mengenai Analog Devices

Analog Devices (Nasdaq: ADI) adalah sebuah syarikat semikonduktor global terkemuka yang berdedikasi untuk menyelesaikan cabaran kejuruteraan yang paling sukar. Kami membolehkan pelanggan kami untuk menafsirkan dunia di sekeliling kita melalui penyambungan dengan pintar fizikal dan digital dengan teknologi yang tidak dapat ditandingi yang dapat merasa, mengukur, menguasai, menghubung dan menafsirkan. Sila layari http://www.analog.com.

Maklumat mengenai Maxim Integrated

Maxim Integrated, sebuah syarikat kejuruteraan jurutera, wujud untuk menyelesaikan masalah paling sukar bagi pereka untuk memperkasakan inovasi reka bentuk. Portfolio kami yang luas bagi semikonduktor berprestasi tinggi, yang digabungkan dengan peranti dan sokongan bertaraf dunia, menyampaikan penyelesaian analog penting termasuk kuasa yang cekap, pengukuran yang berketepatan, penyambungan yang boleh dipercayai dan perlindungan yang mantap bersama dengan pemprosesan pintar. Pereka dalam bidang aplikasi seperti automotif, komunikasi, pengguna, pusat data, penjagaan kesihatan, industri dan loT mempercayai Maxim untuk membantu mereka dengan pantas membangunkan reka bentuk yang lebih kecil, lebih pintar dan lebih selamat. Ketahui lebih lanjut di https://www.maximintegrated.com.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang menangani pelbagai subjek, termasuk, sebagai contoh, kenyataan berhubung cadangan Analog Devices, Inc. (“ADI”) untuk memperoleh Maxim Integrated Products, Inc. (“Maxim”) dan tarikh tutup yang dijangka bagi urus niaga yang dicadangkan itu. Kenyataan yang bukan berbentuk fakta sejarah, termasuk kenyataan mengenai kepercayaan, rancangan dan harapan ADI dan Maxim, adalah berupa kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan sedemikian adalah didasarkan kepada jangkaan semasa ADI dan Maxim dan adalah tertakluk kepada beberapa faktor dan ketidakpastian, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mengandungi perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “akan,” “menganggarkan,” “mensasarkan,” dan ungkapan serupa, juga sebagai variasi atau negatif bagi perkataan ini. Faktor-faktor penting dan ketidakpastian berikut, antara lain, boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material dengan yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini: kegagalan untuk memenuhi syarat-syarat yang berbaki sehingga penutupan urus niaga itu di antara ADI dan Maxim, pada jangka masa yang dijangkakan atau sama sekali; ketidakpastian sejauh mana tempoh, ruang lingkup dan impak wabak COVID-19; ketidakpastian politik dan ekonomi, termasuk sebarang keadaan yang merosot dalam keadaan ekonomi global atau kestabilan pasaran kredit dan kewangan, penurunan keyakinan pengguna dan penurunan di dalam perbelanjaan pelanggan; ketiadaan bahan mentah, perkhidmatan, bekalan atau keupayaan pembuatan; perubahan di dalam skop geografi atau campuran produk atau pelanggan; perubahan di dalam klasifikasi eksport, peraturan import dan eksport atau duti dan tarif; perubahan di dalam anggaran ADI atau Maxim mengenai kadar cukai jangkaan mereka berdasarkan kepada undang-undang cukai semasa; keupayaan ADI untuk mengintegrasikan dengan jayanya perniagaan dan teknologi Maxim; risiko bahawa faedah dan sinergi yang diharapkan daripada cadangan urus niaga itu dan prospek pertumbuhan bagi syarikat gabungan itu tidak dapat dicapai sepenuhnya tepat pada waktunya, atau sama sekali; keputusan buruk di dalam perkara berkaitan litigasi, termasuk potensi bagi litigasi yang berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan itu; risiko bahawa ADI atau Maxim tidak dapat mengekalkan dan mengambil kakitangan penting; risiko yang berkaitan dengan waktu penutupan urus niaga yang dicadangkan itu, termasuk risiko bahawa syarat-syarat urus niaga itu tidak dipenuhi tepat pada waktunya atau sama sekali atau kegagalan bagi urus niaga itu untuk ditutup disebabkan oleh alasan lain atau ditutup pada terma-terma yang dijangkakan, termasuk perlakuan cukai yang dijangkakan; kesulitan atau perbelanjaan yang tidak dijangkakan yang berkaitan dengan urus niaga itu, tindak balas rakan niaga dan pengekalan akibat daripada pengumuman dan penangguhan urus niaga itu; ketidakpastian mengenai nilai jangka panjang bagi saham biasa ADI; dan pengalihan bagi masa pengurusan bagi perkara-perkara yang berkaitan urus niaga. Untuk maklumat tambahan mengenai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza dari segi material daripada dijelaskan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu, sila rujuk kepada laporan berkala ADI dan Maxim masing-masing dan pemfailan lain dengan Suruhanjaya Bursa Sekuriti, termasuk faktor risiko yang terkandung di dalam Laporan Suku Tahunan terbaharu ADI dan Maxim pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan mewakili jangkaan semasa pengurusan dan sememangnya tidak pasti dan dibuat hanya setakat tarikh itu. Kecuali seperti yang disyaratkan oleh undang-undang, ADI atau Maxim tidak berjanji atau berkewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapansama ada berikutan hasil daripada maklumat baharu atau untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan berikutnya atau sebaliknya.

(ADI-WEB)

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210823005195/en/

Hubungi

Hubungan untuk ADI
Pelabur:
Encik Michael Lucarelli
781-461-3282
investor.relations@analog.com

Media:
Cik Brittany Stone
917-935-1456
Brittany.Stone@teneo.com

Hubungan bagi Maxim
Pelabur:
Cik Kathy Ta
408-601-5697
kathy.ta@maximintegrated.com

Media:
Cik Ferda Millan
408-601-5429
Ferda.Millan@maximintegrated.com


Sumber : Analog Devices, Inc.