Friday, August 30, 2019

ANUGERAH STEVIE MENGUMUMKAN PEMENANG ANUGERAH TERBAIK IBA 2019

Pemenang Anugerah Grand Stevie akan dianugerahkan trofi di Hotel Andaz Vienna am Belvedere pada 19 Oktober

FAIRFAX, Va., 29 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Anugerah Stevie® telah mengumumkan pemenang Anugerah Terbaik IBA pada Tahun 2019 (Tahunan ke-16) International Business Awards®, pertandingan anugerah perniagaan ulung di dunia.

Calon dalam IBA 2019 tidak dapat memohon Anugerah Terbaik IBA secara langsung. Pemenang ditentukan melalui sistem mata berdasarkan jumlah bilangan anugerah yang dimenangi dalam IBA dengan kemenangan Stevie Emas dikira tiga mata, kemenangan Stevie Perak dikira dua mata dan kemenangan Stevie Gangsa dikira 1.5 mata.

Pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa pada tahun ini dalam The International Business Awards diumumkan pada 14 Ogos. Pemenang Anugerah Terbaik IBA akan dianugerahkan trofi Anugerah Grand Stevie dalam majlis jamuan International Business Awards Tahunan ke-16 di Hotel Andaz Vienna am Belvedere di Vienna, Austria pada 19 Oktober.

Pemenang Anugerah Grand Stevie 2019 ialah:

Organisasi Yang Paling Disanjung: Syarikat mel dan logistik antarabangsaDP DHL Group dengan 86.5 mata anugerah yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang diserahkan oleh pejabat dan sekutu mereka di 32 buah negara. Anugerah ini ialah Anugerah Grand Stevie ke-11 yang dimenangi oleh DP DHL Group dalam salah satu pertandingan Anugerah Stevie sejak tahun 2014.

Agensi Perhubungan Awam Yang Paling Disanjung: LLYC dengan 69.5 mata anugerah yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang diserahkan bagi pihak klien, seperti BBVA, Coca-Cola dan Starbucks.  Firma perundingan komunikasi global dan hal ehwal awam yang beribu pejabat di Madrid memenangi Anugerah Grand Stevie 10 Terbaik pada tahun 2018.

Agensi Pemasaran Yang Paling Disanjung: Switching-Time dengan jumlah 20 mata yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang kebanyakan diserahkan bagi pihak jenama luar Columbia.  Agensi ini berpangkalan di Shanghai, China.

Agensi Perkhidmatan Interaktif Yang Paling Disanjung: The XD Agency dengan 20.5 mata yang diperoleh melalui kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa yang diserahkan bagi pihak klien, seperti Porsche dan Red Bull.  Agensi komunikasi strategi yang berpangkalan di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat memberikan fokus yang tinggi terhadap reka bentuk pengalaman.  Agensi berkenaan juga memenangi Grand Stevie untuk agensi perkhidmatan interaktif yang paling disanjung dalam The 2019 American Business Awards®.

10 Terbaik: Berikut ialah pemenang Stevie Emas, Perak dan Gangsa antara semua organisasi lain yang disanjung dalam IBA 2019. Mereka juga akan dianugerahkan trofi Anugerah Grand Stevie.

1. MSL, seluruh dunia (66.5 mata)
2. IBM, seluruh dunia (65)
3. ASDA’A BCW, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (59.5)
4. The Audacious Agency, Coombabah, QLD, Australia (37)
5. PT Petrokimia Gresik, Gresik, Indonesia (35.5)
6. (tie) Dell Technologies, seluruh dunia (30)
    Ooredoo, seluruh dunia (30)
8. Dan Lok Education Inc., Vancouver, BC, Kanada (29)
9. (tie) Jeunesse Global, Lake Mary, FL, USA (24.5)
    Thai Life Insurance Plc., Bangkok, Thailand (24.5)

“Antara semua organisasi dan pencapaian cemerlang yang diiktiraf dalam bilangan pencalonan IBA yang terbanyak pada tahun ini, 14 buah organisasi ini menonjol sebagai organisasi yang memperoleh pencapaian yang paling besar,” kata Michael Gallagher, presiden dan pengasas Anugerah Stevie. “Anugerah Terbaik IBA bertujuan untuk menyanjung organisasi yang menunjukkan dedikasi tinggi untuk menyanjung sumbangan pekerja mereka, komitmen terhadap klien mereka dan memacu inovasi. Kami menanti-nantikan untuk meraikan kejayaan firma tersebut dengan trofi Anugerah Grand Stevie dalam acara gala kami di Vienna pada 19 Oktober.”

The International Business Awards menawarkan pelbagai kategori untuk mengiktiraf pencapaian dalam setiap aspek kehidupan kerja, termasuk anugerah pengurusan, anugerah produk baharu, anugerah pemasaran, anugerah PR, anugerah perkhidmatan pelanggan, anugerah laman web dan banyak lagi.

Penentuan kemenangan anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa dalam IBA 2019 dibuat berdasarkan purata skor lebih daripada 250 orang profesional di seluruh dunia dalam proses pengadilan selama tiga bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang The International Business Awards, termasuk senarai lengkap pemenang Anugerah Stevie dalam pertandingan 2019, lawati http://www.StevieAwards.com/IBA.

Tentang Anugerah Stevie
Anugerah Stevie diberikan dalam lapan program: Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, American Business Awards®, The International Business Awards®, Anugerah Stevie untuk Majikan Hebat, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Jualan & Perkhidmatan Pelanggan dan Anugerah Stevie Timur Tengah yang baharu. Pertandingan Anugerah Stevie menerima lebih daripada 12,000 entri setiap tahun daripada organisasi di lebih daripada 70 buah negara. Memberikan penghormatan kepada organisasi pelbagai jenis dan saiz dan warga di belakangnya, Stevies mengiktiraf prestasi cemerlang di tempat kerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Anugerah Stevie di http://www.StevieAwards.com.

Orang hubungan:
Daniel Ferguson
Penyelaras Pemasaran
Daniel@StevieAwards.com
+1 (703) 547-8389

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f45b2043-b235-403b-b196-2b73816e32f7 

Sumber: The Stevie Awards

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12492

UMP BINA HUBUNGAN ERAT DENGAN ALUMNI, JALIN KOLABORASI INDUSTRI

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mendapat kepercayaan menerusi jalinan kerjasama erat universiti dan industri yang memberikan impak positif terhadap keberhasilan graduan yang dihasilkan. Ianya dibuktikan apabila kadar kebolehpasaran graduan (GE) universiti ini mencapai peratusan tertinggi iaitu 96 peratus pada tahun 2018 melepasi sasaran iaitu 80 peratus pencapaian yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam mendepani transformasi digital dan untuk kekal berdaya saing menerajui industri 4.0, UMP menjalinkan kolaborasi dengan empat industri iaitu Cynerve Sdn. Bhd, Aito Firework Holding Sdn Bhd, Pakar@Work dan Agensi Pekerjaan Pikoje Sdn. Bhd berkongsi kepakaran dalam teknologi serta melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan juga seimbang yang menepati keperluan industri dan pasaran pekerjaan.

Syarikat Cynerve Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat berkepakaran dalam Games Development, Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), Mixed Reality (MR), Esports dan Showcase. Syarikat ini bakal menyediakan latihan kepada staf dan penempatan latihan industri agar mereka sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan yang menepati keperluan semasa.

Aito Firework Holding Sdn Bhd pula merupakan syarikat bertaraf Bumiputra yang menawarkan servis dan jualan pelbagai peralatan pemadam kebakaran, pemasangan sistem pemadam kebakaran, menyediakan seminar keselamatan kebakaran dan latihan, serta membekalkan peralatan perlindungan dan keselamatan peribadi. Manakala Pakar@Work Sdn. Bhd ialah sebuah firma perundingan ICT yang berkembang pesat, khusus dalam komunikasi rangkaian dan perkhidmatan keselamatan IT. Syarikat ini telah mempunyai reputasi untuk menyediakan keselamatan maklumat terperinci kepada industri yang merangkumi bidang telekomunikasi, sektor awam dan pengangkutan.

Agensi Pekerjaan Pikoje Sdn. Bhd adalah sebuah syarikat yang bertindak sebagai pengantara di antara graduan dan majikan. Mereka menyediakan platform di atas talian bagi graduan yang sedang mencari pekerjaan yang mana graduan boleh memuatnaik segala maklumat yang diperlukan. Selain daripada itu, syarikat ini turut menyediakan platform kepada majikan untuk mencari pekerja mengikut kemahiran dan kelayakan yang dikehendaki.

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Prof. Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff bertukar dokumen memorandum persefahaman (MOU) dengan Pengarah Cynerve Sdn. Bhd, Mohd Nasrul Radhi Mohd Nasir, Ketua Pegawai Operasi Aito Firework Holding Sdn Bhd, Aswan Khamis, Pengarah Urusan Pakar@Work Sdn.Bhd, Jamal Affandy  Jamaluddin dan Ketua Pengarah Operasi, Agensi Pekerjaan Pikoje Sdn.Bhd, Mohd Faizal  Mohd Nor. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato Dr Yuserrie Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan merangkap CEO UMP, Dekan Kanan FK, Prof Madya Ts. Dr Ruzaini Abdullah Arshah dan Dekan FK, Prof Madya Dr. Mohamad Fadli Zolkipli.

Menurut Prof Ir Dr Wan Azhar, kerjasama dengan empat industri ini memberikan peluang dalam penempatan Latihan Industri manakala UMP juga akan berkongsi kepakaran membantu syarikat dalam menyediakan satu pangkalan data yang lengkap berkenaan dengan graduan UMP.

“Kerjasama ini turut memanfaatkan bidang penyelidikan mengikut bidang-bidang tertentu dan bekerjasama untuk mendapatkan geran sama ada geran bersama atau pemadanan geran. Ianya termasuklah penganjuran persidangan, pameran, tanggungjawab sosial dan lain-lain,” katanya dalam Majlis Hi-Tea Bersama Alumni dan Industri anjuran Fakulti Komputeran di Hotel Everly Putrajaya pada 27 Ogos 2019.

Industri 4.0 menyaksikan  penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik sepenuhnya, cloud computingInternet of Things (IoT)dan perkara yang seumpamanya. Malah ianya melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

Ujarnya, pertemuan melibatkan 60 alumni dan 24 wakil industri bersama para pensyarah Fakulti Komputeran (FKom) dan sesi meja bulat ini mampu mendapatkan idea dan pandangan daripada pihak luar terutamanya berkaitan pembentukan struktur kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Selain itu memperkasa bidang penyelidikan dan inovasi, pengkomersialan, projek kerjasama, geran dan perkongsian peralatan yang dapat dimanfaatkan bersama. Beberapa inisiatif telah diambil pihak fakulti dalam menerajui industri 4.0 ini dan salah satunya mengkaji teknologi serta menambah nilai dalam beberapa subjek berkaitan mengikut keperluan industri terkini.

Sumber: Universiti Malaysia Pahang

Thursday, August 29, 2019

LANTIKAN SEMULA KETUA PENGARAH INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin, telah dilantik semula oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama dua (2) tahun mulai 1 September 2019 sehingga 31 Ogos 2021.
 
Beliau telah memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada 1 November 2011 dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pengarah IKIM kelima pada 1 September 2015.
 
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (kepujian) dalam Biologi daripada University of Tasmania dan PhD daripada University Lancaster, UK dalam bidang Sejarah dan Falsafah Sains (Sains dan Agama). Beliau berpengalaman luas dalam bidang agama dan sains, dialog peradaban serta etika alam sekitar.
 
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya pada 1979 dan menjadi Pengarah di Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya pada 2000 sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
 
IKIM mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas pelantikan semula ini dan berharap dengan pengalaman yang luas Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, akan berusaha untuk mencapai visinya iaitu untuk menjadi institusi utama kefahaman Islam bertaraf antarabangsa.
 
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Tel: 03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

Nama: Pn. Zarita Kasim
Tel: 017-366 1496

Nama: Pn. Suzanawati Sanil
Tel: 013- 2288 992

--BERNAMA

THE MARY KAY FOUNDATION(SM) DAN UT SOUTHWESTERN BERGABUNG UNTUK MENAMATKAN KANSER YANG MEMPUNYAI KESAN YANG HEBAT TERHADAP WANITA DI SELURUH DUNIA

Perkongsian jangka panjang itu akan memperkenalkan satu program fellowship antarabangsa yang baharu yang menawarkan kepada saintis di seluruh dunia dengan peluang untuk menjalankan penyelidikan kanser yang berinovatif
 
DALLAS, 29 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- The Mary Kay FoundationSM, sebuah peneraju sejak beberapa dekad yang lalu yang bertanggungjawab untuk menghapuskan kanser yang memberi kesan kepada wanita, baru-baru ini mengumumkan sebuah geran bernilai $500,000 untuk membiayai sebuah program fellowship global yang berinovatif dengan rakan mereka sejak sekian lama UT Southwestern Medical Centre. Fellowship baharu selama satu tahun itu akan menawarkan sehingga lima penyelidik pasca kedoktoran antarabangsa dengan peluang untuk melakukan penyelidikan kanser yang canggih di kemudahan UT Southwestern yang terkenal di dunia di Dallas, dan membolehkan mereka untuk meneruskan aktiviti penyelidikan di negara asal mereka. Program geran baharu ini menyokong komitmen The Mary Kay Foundation yang berterusan untuk menamatkan kanser yang berkaitan dengan wanita di seluruh dunia dan menandakan buat kali pertama bahawa program geran penyelidikan kanser Yayasan itu telah berkembang ke peringkat global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

“Mary Kay Ash, pengasas kami, melihat secara langsung kesan yang dibawa oleh kanser terhadap perunding kecantikan bebas kami, keluarga mereka, dan wanita di seluruh dunia,” kata Ryan Rogers, ahli lembaga The Mary Kay FoundationSM dan cucu lelaki kepada Mary Kay Ash. “Ia menjadi satu misi bagi Mary Kay Ash untuk menghapuskan kanser yang menjejaskan kaum wanita. Perkongsian kami yang diperluaskan dengan UT Southwestern akan membolehkan kami untuk meneruskan usaha menyelamatkan nyawa pada skala global.”

The Mary Kay FoundationSM mempunyai satu perkongsian jangka panjang dengan UT Southwestern melalui satu kerjasama yang mantap dengan Dr. Jerry W. Shay, profesor biologi sel di UT Southwestern dan Profesor Terbilang kehormat di The Mary Kay FoundationSM. Dr Shay telah berkhidmat sebagai pengerusi bagi jawatankuasa kajian semula saintifik bagi Program Geran Penyelidikan Kanser Inovatif/Translasi The Mary Kay Foundation di Amerika Syarikat selama 22 tahun yang lalu dan kini akan berkhidmat sebagai penyiasat utama ke atas program fellowship antarabangsa yang baharu itu.

“Memperluaskan program itu di peringkat antarabangsa akan membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada kanser yang paling banyak menjejaskan wanita,” kata Dr. Shay. “Kami merancang untuk mengenal pasti satu kumpulan calon pasca kedoktoran yang berdedikasi dari seluruh dunia, menjemput mereka ke Dallas, dan melengkapkan mereka dengan semua alat dan sumber yang mereka perlukan untuk meneruskan penyelidikan berinovatif mereka di makmal kanser kami yang serba canggih. Kerja mereka boleh memberikan impak besar kepada bagaimana kita memahami dan merawat kanser di seluruh dunia.”

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyokong usaha dedikasi Mary Kay Ash untuk memperjuangkan bagi pihak wanita dan visi beliau dalam mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada kanser. Sehingga kini, The Mary Kay FoundationSM  telah menganugerahkan hampir $23 juta untuk menyokong usaha oleh 225 penyelidik kanser utama yang berkaitan dengan wanita di seluruh Amerika Syarikat, dengan membiayai usaha untuk mencari penyembuh bagi kanser payudara, uterus, kanser serviks dan ovari.

“Memerangi kanser adalah bersifat peribadi buat Mary Kay Ash,” kata Dr. Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay Inc. “Dan ia juga bersifat peribadi untuk kami. Beliau sudah pasti akan merasa bangga bahawa kami meneruskan legasi beliau dalam membantu kaum wanita pada skala yang lebih besar.”

Maklumat mengenai The Mary Kay Foundation℠

Dibimbing oleh impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di serata dunia, The Mary Kay FoundationSM  mengumpul dan mengedarkan dana untuk melabur di dalam penyelidikan kanser bagi mencari satu penawar untuk kanser yang berkaitan dengan wanita, dan menamatkan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, The Mary Kay FoundationSM  telah menyumbang lebih daripada $78 juta kepada organisasi yang sejajar dengan dua misi mereka. Di samping itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan masyarakat, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita boleh menjadikan dunia ini lebih baik buat kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara bagaimana mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menderma, dan menyertai kerja menyelamat nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayfoundation.org, cari kami di Facebook dan Instagram atau ikuti kami di Twitter.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190828005139/en/

Hubungi

The Mary Kay Foundation
marykay.com/ bilik berita
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : The Mary Kay Foundation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

Wednesday, August 28, 2019

SIDANG KEMUNCAK KUANTITATIF ANTARA BINTANG 1000 ORANG S BLOCK DIADAKAN DI BANGKOK

SIDANG KEMUNCAK KUANTITATIF ANTARA BINTANG 1000 ORANG S BLOCK DIADAKAN DI BANGKOK

FLODRAULIC MENGOPTIMUMKAN APLIKASI AUTONOMI DENGAN PENDERIA LIDAR LEDDARTECH

Flodraulic memanfaatkan penderia LiDAR LeddarTech yang berprestasi tinggi, berbilang unsur untuk sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh yang digunakan dalam aplikasi industri di seluruh dunia 

QUEBEC CITY, 27 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 LeddarTech®, ialah peneraju industri yang menyediakan auto and mobility LiDAR platform™ paling serba boleh dan boleh skala dalam pasaran, mengumumkan bahawa Flodraulic Group merupakan penyepadu sensor LiDAR perdana LeddarTech dalam kawalan mesin penuh dan pemantau sistem

Flodraulic, peneraju dalam reka bentuk dan pengeluar penyelesaian sistem kawalan tersuai, memilih teknologi LeddarTech kerana keupayaannya untuk menyampaikan penderia LiDAR berkeadaan pepejal yang berprestasi tinggi, kos efektif, yang boleh mengesan dan menentukan jarak, yang direka bentuk untuk sebarang persekitaran. Penderia LeddarTM IS16 LiDAR LeddarTech memberikan kedua-dua penentuan jarak dan sudut sementara melakukan analisis yang pantas, berterusan dan tepat bagi kawasan operasi. Hasilnya, penderia berkeadaan pepejal yang kalis cuaca boleh diharapkan untuk mengesan, mencari dan mengukur pelbagai objek, menjadikannya penyelesaian ideal untuk pengerahan dalam keadaan persekitaran yang teruk.

Baru-baru ini, Flodraulic telah mengerahkan 22 sistem kawalan dan pemantauan mesin penuh kepada Marcrest, pengeluar jentera pertanian yang berpangkalan di Ontario, Kanada. Swing-Max power hitch with Auto Guidance Marcrest dilengkapi sistem pengemudian sepenuhnya yang pertama untuk membandelakan dalam ladang dan perjalanan di atas jalan. Dengan memanfaatkan sistem Flodraulic, dan sensor LiDAR LeddarTech, pengendali pertanian yang menggunakan power hitch Marcrest boleh menggandakan produktiviti bandela kecil mereka serta-merta. "Flodraulic berbangga dapat menjadi perintis dalam teknologi LiDAR sebagai penyepadu sistem dalam reka bentuk dan pengeluaran penyelesaian tersuai bagi pasaran Mudah Alih, Minyak & Gas dan Industri dengan menyesuaikan penyelesaian LiDAR inovatif dari LeddarTech," kata Chris Passmore, Pengarah Teknologi di Flodraulic. "Dengan kepakaran lebih sedekad dalam teknologi LiDAR dan membangunkan penyelesaian berdasarkan LeddarEngine mereka, LeddarTech merupakan rakan kongsi yang paling sesuai untuk kami memenuhi keperluan kumpulan pelanggan kami yang pelbagai." 

Tuesday, August 27, 2019

KERJASAMA STRATEGIK ANTARA CHINA DAN THAILAND BERMULA TIGA TITIK PERTUMBUHAN BARU SELEPAS PELANCONGAN

KERJASAMA STRATEGIK ANTARA CHINA DAN THAILAND BERMULA TIGA TITIK PERTUMBUHAN BARU SELEPAS PELANCONGAN

SAVAGE X FENTY SHOW OLEH RIHANNA DISAMPAIKAN OLEH AMAZON PRIME VIDEO UNTUK DISTRIMKAN SECARA EKSKLUSIF DI WORLDWIDE SERVICE PADA JUMAAT, 20 SEPTEMBER

CULVER CITY, Calif. & NEW YORK, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Amazon Prime Video menyampaikan acara tahunan kedua yang sangat dinanti-nantikan Savage X Fenty Show, sebuah pertunjukan yang meraikan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 yang baharu dari ikon muzik dan fesyen Rihanna. Pengalaman fesyen yang luar biasa itu akan berlangsung semasa Minggu Fesyen New York yang diadakan bersempena dengan NYFW: The Shows dan akan menampilkan satu gabungan model, pelakon dan penari yang memakai gaya hebat yang terkini, dengan menawarkan satu jenis seksi yang baharu, di mana sikap bertemu dengan identiti tersendiri. Savage X Fenty Show akan disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia bermula pada Jumaat, 20 September.

Sebagai satu tindakan susulan kepada acara sulung pada tahun lepas, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan meningkatkan tahapnya. Malam itu yang akan dihadiri oleh bintang-bintang terkenal akan bakal menjadi satu penyimpangan radikal daripada tradisi, sebuah acara yang lain daripada yang lain yang menggabungkan muzik, fesyen dan budaya. Dengan pelbagai kejutan yang menarik di setiap sudut, termasuk persembahan daripada beberapa aksi yang paling hangat di dalam muzik, pertunjukan itu memperkenalkan koleksi musim Luruh/ Sejuk 2019 Savage X Fenty yang berani dan bersemangat waja.

“Saya sangat teruja kerana semua orang akan mempunyai akses penuh kepada The Savage X Fenty Show pada tahun ini! Kami sedang berusaha untuk mewujudkan suatu pengalaman yang berani, seksi dan sungguh hebat untuk penonton kami,“ kata Rihanna.

“Rihanna telah menakluki dunia muzik, filem, kecantikan dan fesyen. Beliau telah mencipta semula idea mengenai pakaian dalam bergaya jenis apa yang sesuai untuk seorang pelanggan global. Jenama itu secara autentik menggambarkan penyataan keterangkuman, positiviti badan dan keseronokan! The Savage X Fenty Showmenjanjikan pengalaman yang berinovatif dan benar-benar unik dan kami sangat teruja untuk memberikan kepada pelanggan global kami dengan kerusi barisan hadapan yang eksklusif,” kata Jennifer Salke, Ketua bagi Amazon Studios.

Berikutan dengan pertunjukan secara langsung itu, Savage X Fenty Show pada tahun ini akan tersedia untuk disiarkan secara eksklusif di Amazon Prime Video di seluruh dunia yang memberikan penonton sama ada hadir secara sendiri dan di rumah dengan pintu masuk ke dunia Savage X Fenty, serta peluang untuk menghidupkan semula pengalaman itu berulang kali. Rancangan khas Amazon Prime Video itu juga akan menampilkan segmen eksklusif di belakang tabir dalam pembuatan pertunjukan itu.

The Savage X Fenty Show dicipta di bawah arahan artistik Rihanna dan Savage X Fenty, dan Rihanna merupakan penerbit eksekutif dan ia dihasilkan oleh PRODJECT dan kumpulan tidak formal Endeavour Content’s.

MAKLUMAT MENGENAI SAVAGE X FENTY

Ikon muzik dan fesyen Rihanna memulakan usaha terbaharu beliau: pereka pakaian dalam. Mendapat ilham untuk mewujudkan satu barisan pakaian dalam yang intim yang melengkapkan pelbagai warna dan bentuk, Savage X Fenty meraikan perasaan tidak gentar, rasa yakin, dan keterangkuman. Dengan kerjasama bersama TechStyle Fashion Group, label itu telah menggerak dan mendefinisikan semula tempat pasaran dengan titik harga yang boleh diakses dan kepelbagaian jenisnya. “Kami mahu menjadikan orang kelihatan lebih anggun dan berasa seronok,” jelas Rihanna, yang mendekati Savage X dengan mentaliti yang sama yang dilakukan beliau bagi semua projeknya — untuk melakukan sesuatu yang baharu dan segar yang semua orang boleh kaitkan dan merasa yakin. “Kami mahu anda merasa seksi dan bergembira ketika melakukannya.” Dengan saiz dari 32A — 46DDD untuk coli, dan XS - 3X untuk pakaian dalam wanita dan pakaian tidur Savage X Fenty boleh dibeli di www.SavageX.com.

MAKLUMAT MENGENAI AMAZON PRIME VIDEO

Amazon Prime Video adalah satu perkhidmatan penstriman premium yang menawarkan kepada pelanggan dengan satu koleksi video digital yang besar — kesemuanya dengan mudah untuk mencari apa yang mereka suka tonton di satu tempat.
  • Termasuk dengan Prime: Menonton beribu-ribu filem dan rancangan TV yang popular, termasuk filem asal Amazon yang disanjung umum termasuk pemenang Anugerah Emmy The Marvelous Mrs. Maisel, Jack Ryan oleh Tom Clancy, Homecoming, Hanna, Fleabag, Good Omens, The Boys,  Guava Islandoleh Donald Glover, Manchester by the Sea  dan The Salesman, yang telah memenangi Anugerah Akademi, The Big Sick and Cold War  yang dicalonkan untuk Anugerah Akademi, dan Beautiful Boy yang disanjung umum, eksklusif, sukan secara langsung termasuk Thursday Night Football dan kandungan berlesen dan diterbitkan sendiri yang tersedia di lebih daripada 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
  • Tonton lebih banyak lagi dengan Saluran Prime Video: Ahli-ahli Prime boleh menambahkan lebih 150 saluran di Amerika Syarikat seperti HBO, Cinemax, STARZ, SHOWTIME, CBS All Access, NBA League Pass dan MLB.tv — tiada aplikasi tambahan untuk dimuat turun, dan tidak ada kabel diperlukan. Hanya bayar untuk apa yang anda mahukan, dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Lihat senarai lengkap bagi saluran yang tersedia di amazon.com/channels.
  • Sewa atau Beli: Nikmati ratusan ribu judul, termasuk filem-filem yang baharu dikeluarkan dan keseluruhan musim bagi episod TV semasa, yang tersedia bagi semua pelanggan Amazon untuk menyewa atau membelinya.
  • Akses segera: Tonton di mana-mana dan pada bila-bila masa anda mahu dengan aplikasi Prime Video di TV pintar anda, peranti mudah alih, Fire TV, tablet Fire, Apple TV, Chromecast, konsol permainan, Comcast X1 atau dari web. Untuk senarai lengkap bagi peranti yang serasi, sila layari amazon.com/howtostream.
  • Pengalaman yang dipertingkatkan: Manfaatkan sebaik-baiknya setiap tontonan dengan kandungan yang serasi dengan 4K Ultra HD dan High Dynamic Range (HDR). Lihat di sebalik tabir bagi filem dan rancangan TV kegemaran anda dengan akses X-Ray yang eksklusif, yang dikuasakan oleh IMDb. Simpan untuk kemudian hari dengan memuat turun mudah alih yang dipilih untuk tontonan di luar talian.

Di samping akses kepada filem dan rancangan TV yang disertakan dengan Prime, keahlian Prime termasuk pilihan penghantaran percuma tanpa had yang pantas merentasi semua kategori yang terdapat di Amazon, lebih daripada dua juta lagu dan beribu-ribu senarai main dan stesen dengan Prime Music, penyimpanan foto secara selamat dengan Prime Photos, bahan bacaan tanpa had dengan Prime Reading, akses tanpa had dengan satu katalog audiobook digital dengan Saluran Boleh Dengar untuk Prime, satu pemilihan putaran bagi permainan digital percuma dan barang rampasan dalam permainan dengan Twitch Prime, akses awal untuk memilih Tawaran Kilat, akses eksklusif dan diskaun untuk memilih barangan, dan banyak lagi. Untuk mendaftar dengan Prime atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari:  amazon.com/prime.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190826005454/en/

Hubungi

Hubungan Media 
The Lede Company
Amanda Silverman
Amanda.Silverman@ledecompany.com

Cara Hutchison
Cara.Hutchison@ledecompany.com

Emma Parker
Emma.Parker@ledecompany.com

Savage X Fenty
Emma Tully
etully@savagex.com

Amazon Prime Video
Alana Russo
Alana.Russo@amazonstudios.com

Sumber : Amazon

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

GOLONGAN MISKIN DISANTUNI MENERUSI PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM

KELANTAN, 26 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan usaha menyantuni masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial anjuran Pejabat Pengarah Negeri Terengganu/Kelantan (PPNTK) dan Cawangan Kota Bharu (CKB). LHDNM menunjukkan rasa keprihatinannya terhadap keluarga Puan Siti Hamidah Abdul Aziz yang kisahnya pernah di siarkan dalam media massa beberapa hari yang lepas.

Program yang dihadiri oleh Encik Kamaruddin Hashim, Pengarah Negeri PPNTK ini diadakan bagi membantu insan-insan yang memerlukan dan bertujuan untuk menyebarkan mesej kasih sayang dalam kalangan warga kerja LHDNM terhadap masyarakat setempat.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan sumbangan barangan dapur dan wang tunai kepada keluarga Puan Siti Hamidah. Sumbangan ikhlas ini adalah daripada seluruh warga kerja LHDNM di bawah seliaan PPNTK iaitu Cawangan Kuala Terengganu dan Cawangan Kota Bharu.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Shaufee Salleh (Pengarah Cawangan Kota Bharu), Encik Wan Roslan Wan Ismail, (Pengarah Cawangan Kuala Terengganu) dan pegawai-pegawai LHDNM.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12479

Monday, August 26, 2019

EKONOMI DIGITAL MENJADI PENGHUBUNG ANTARA NASIB CHINA DAN ASIA TENGGARA

BEIJING, 26 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Menurut laporan Maybank, pelaburan China di Asia Tenggara telah bermula dengan baik. Pada separuh pertama 2019, pelaburan China di Asia Tenggara mencapai USD 11 bilion, hampir dua kali ganda angka tahun lepas. Terhadap angin perlindungan perdagangan AS, hubungan ekonomi antara China dan Asia Tenggara masih unik, membuktikan sepenuhnya kelayakan Belt dan Inisiatif Jalan.
 
Pusingan baru revolusi saintifik dan teknologi merupakan latar belakang penting bagi pelaburan pesat China di Asia Tenggara. Menurut statistik, pelaburan China dalam sektor sains dan teknologi Asia Tenggara mencapai USD 2.5 bilion pada separuh pertama tahun ini, lebih daripada jumlah pada tahun 2017. Pengkomersialan komunikasi 5G di seluruh dunia adalah faktor penting dalam melancarkan pelaburan teknologi di rantau ini. Dengan bantuan aktif China, negara-negara Asia Tenggara bergerak pantas komunikasi 5G dan telah membina dan mengubah sejumlah besar infrastruktur komunikasi, dengan itu meletakkan asas kukuh bagi revolusi perindustrian yang dibawa oleh 5G.
 
Untuk menjadi kaya, anda mesti terlebih dahulu menyediakan jalan. Pengalaman ini dengan pembangunan ekonomi China telah mengalami beberapa perubahan. Dalam era ekonomi digital, rangkaian komunikasi telah menjadi jalan dan jambatan baru yang menggalakkan pembangunan syarikat dan industri di negara-negara yang berbeza, dan merupakan sokongan yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan pemodenan. China dan negara-negara Asia Tenggara secara giat mengalu-alukan arus ekonomi digital dan berharap dapat mencapai negara-negara yang menjejaskan dan menawan dan maju untuk menjadi revolusi sains dan teknologi baru. Tujuan Belt dan Inisiatif Jalan juga untuk membina jalan dan hubungan baru ini, yang akan menghubungkan China dan Asia Tenggara dengan lebih dekat dan menjadi kutub baru pertumbuhan ekonomi global.
 
Perubahan baru ini berlaku di semua bidang ekonomi digital di Asia Tenggara. Menurut statistik, pengeluar telefon bimbit China menguasai pasaran Asia Tenggara dan bahagian pasaran terkini telah meningkat kepada 62%, jauh lebih besar daripada negara-negara Barat yang lain. Telefon bimbit dari pengeluar Cina adalah kos efektif dan telah disesuaikan dan dioptimumkan mengikut tabiat pengguna di Asia Tenggara. Telefon mudah alih ini akan menjadi kaunter dan kedai-kedai ekonomi digital di Asia Tenggara pada masa akan datang, membolehkan wilayah ini menyegerakkan dengan negara-negara maju untuk merealisasikan bentuk ekonomi Internet yang baru.
 
Untuk maklumat lanjut hubungi:
China Beijing
Yu.Ji
Queqi Media Culture Co.,Ltd
media.yu@foxmail.com
www.queqicn.com
17740545989
 
Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd

--BERNAMA

Saturday, August 24, 2019

MATTEL® LANCARKAN PERMAINAN PERLUMBAAN DIGITAL HOT WHEELS™ INFINITE LOOP, PERMAINAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA YANG DIMAINKAN SECARA PERCUMA UNTUK JENAMA HOT WHEELS®

• Membawa Francais Ikonik ke Platform Mudah Alih bagi Peminat Berumur 13 Tahun ke atas

EL SEGUNDO, Calif., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mattel, Inc. (NASDAQ: MAT) hari ini mengumumkan pelancaran Hot Wheels™ Infinite Loop, sebuah permainan perlumbaan digital baharu yang membawa katalog legenda Hot Wheels® ke peranti mudah alih untuk persaingan kelajuan langgar dan rempuh yang utama. Dengan pengenalan yang tepat dan bersesuaian dengan Gamescom, pameran perdagangan utama Eropah bagi budaya permainan digital yang diadakan di Cologne, Jerman, Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati di App Store bagi iPhone dan iPad dan membolehkan peminat untuk terlibat dengan jenama itu dengan satu cara baharu yang menarik.

Permainan Mattel yang pertama seumpamanya diterbitkan, permainan yang dimainkan secara  percuma untuk francais Hot Wheels, Hot Wheels Infinite Loop membayangkan semula kenderaan Hot Wheels yang paling terkenal di mana peminat-peminat telah membesar dengannya dalam satu permainan perlumbaan dan pengumpulan kereta bagi pemain yang berusia 13 tahun dan ke atas.

Sebahagian daripada keseronokan Hot Wheels adalah dalam mengumpul kereta-kereta yang menjadi rebutan itu, dan Hot Wheels Infinite Loop  membawa konsep itu kembali ke asal. Pemain-pemain akan bersaing dalam tepat masa dengan pelumba lain dari seluruh dunia untuk mendapatkan peningkatan dan mengumpulkan kereta-kereta Hot Wheels yang paling legenda, termasuk Bone Shaker™, Twin Mill™, Rodger Dodger™ dan banyak lagi.

“Hot Wheels adalah alat mainan #1 paling laris di dunia* dan kami kini memberikan kepada peminat dengan suatu pengalaman permainan digital yang dimainkan secara percuma yang baharu secara keseluruhannya,” kata Janet Hsu, Ketua Pegawai Francais di Mattel. “Hot Wheels Infinite Loop merupakan satu lagi contoh mengenai komitmen Mattel untuk menghidupkan francais kami yang diiktiraf secara global dalam cara baharu sebagai sebahagian daripada transformasi kami menjadi sebuah syarikat alat mainan yang dipacu oleh IP, berprestasi tinggi.”

Untuk meraikan pelancaran Hot Wheels Infinite Loop, Mattel menayangkan sebuah treler yang mempamerkan perlumbaan cas turbo di sini.

Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati sebagai sebuah muat turun percuma di App Store bagi peranti iOS dan akan datang ke Google Play Store tidak lama lagi. Pengguna Android boleh pra-daftar untuk permainan itu sekarang bagi menerima ganjaran istimewa termasuk kereta ultra bergaya Tur-Bone Charged™ dengan kulit eksklusif pada pelancaran. Hot Wheels Infinite Loop  telah dibangunkan dengan kerjasama Creative Mobile, pembuat bagi Drag Racing  dan Nitro Nation.

Imejan yang mempamerkan Hot Wheels Infinite Loop  boleh didapati di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Hot Wheels Infinite Loop  dan bagi mendapatkan kemas kini dengan semua berita dan peristiwa terkini, sila ikuti Facebook atau layari di laman web rasmi.

*Sumber: Kumpulan NPD/ Perkhidmatan Pengesan Runcit/ G12/ Jan-Dis 2018/ Jumlah Alat Mainan/ Unit

Maklumat mengenai Mattel

Mattel adalah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak global terkemuka yang mengkhusus di dalam reka bentuk dan pengeluaran alat mainan dan produk pengguna yang berkualiti. Kami mencipta produk-produk dan pengalaman yang berinovatif yang memberi inspirasi, menghibur dan membangunkan kanak-kanak melalui permainan. Kami melibatkan pengguna melalui portfolio kami bagi francais ikonik, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® and MEGA®, serta jenama-jenama popular yang lain yang kami miliki atau mempunyai lesen dengan kerjasama bersama syarikat-syarikat hiburan global. Penawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan acara-acara secara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat-syarikat peruncitan dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel amat berbangga untuk menjadi sebuah rakan yang dipercayai di dalam menerokai keajaiban masa kanak-kanak dan memperkasakan kanak-kanak untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya. Layari kami di dalam talian di www.mattel.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12472

BLUEJEANS NETWORK MENGUMUMKAN KEPIMPINAN RANTAU UNTUK ASIA PASIFIK

BLUEJEANS NETWORK MENGUMUMKAN KEPIMPINAN RANTAU UNTUK ASIA PASIFIK

Friday, August 23, 2019

PENGERUSI DAN CEO IDEAL INDUSTRIES, INC. AKAN BERSARA PADA 31 JANUARI, 2020

Jim James akan Bersara dan Steve Henn Menyertai IDEAL sebagai CEO
 
Meghan Juday Pemimpin Keluarga Generasi ke-4 untuk Menjadi Pengerusi Syarikat Keluarga berusia 103 tahun ini
 
SYCAMORE, Ill., 23 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jim James, Pengerusi dan CEO IDEAL INDUSTRIES, INC. telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara pada 31 Januari, 2020. Steve Henn, Presiden Kumpulan dari Illinois Tool Works (ITW) akan menggantikan Jim sebagai CEO pada 23 September, 2019. Seperti yang telah lama dirancang, Meghan Juday, eksekutif keluarga generasi keempat, akan menjadi Pengerusi syarikat keluarga yang berusia 103 tahun pada 1 Februari, 2020 apabila James bersara.
 
James telah mengumumkan keputusan beliau kepada keluarga dan Lembaga Pengarah lebih dua tahun dahulu.  “Saya yakin selepas 11 tahun lebih, tiba masanya untuk orang lain memperoleh peluang untuk meninggalkan impak mereka dalam organisasi,” kata James. “Saya ingin berterima kasih kepada Dave Juday (Pengerusi sebelum ini), Meghan Juday dan ahli keluarga lain atas kepercayaan, keyakinan dan sokongan berterusan mereka sepanjang tahun-tahun ini. Saya benar-benar suka keluarga ini. Ini merupakan suatu penghormatan dan keistimewaan untuk bekerja dengan mereka. Mereka membuatkan saya berasa seperti sekeluarga,”
 
CEO Baharu

“Steve Henn merupakan orang yang sesuai untuk organisasi ini,” kata Chris Baldwin, Pengerusi Jawatankuasa Penggantian. “Beliau menjana pendapatan dan pertumbuhan keuntungan secara konsisten dalam pasaran yang dinamik, mencabar dan berubah-ubah.”
 
Henn menyertai IDEAL dari Illinois Tool Works, di situ beliau merupakan Presiden Kumpulan, Peralatan Industri & Plastik, Platform terbesar dalam Segmen Produk Pengkhususan yang bernilai $2.0B.  Platform tersebut terdiri daripada 6 Bahagian dengan lebih daripada 3,000 pekerja yang beroperasi di lebih 30 kemudahan yang menawarkan perkhidmatan dalam berbilang pasaran di 15 buah negara. Sebelum itu, Steve telah membina perniagaan yang bernilai kira-kira $600 juta dan menjadi Presiden Kumpulan bagi Platform Penyelesaian Pembungkusan Global ITW.
 
Pengalaman beliau menjalankan perniagaan global pelbagai yang berkhidmat untuk banyak industri telah mempersiapkan beliau untuk memimpin syarikat seperti IDEAL. Baldwin menyatakan bahawa Henn membawa bersama beliau kepakaran yang terbukti dalam pengurusan global, pemerolehan dan penyepaduan, inovasi, pembangunan pasukan berprestasi tinggi dan pengeluaran.
 
IDEAL Bersedia untuk Pertumbuhan Berterusan, Inovasi dan Pengembangan
 
“Kita semua akan merindui visi, kepintaran dan tenaga Jim,” kata Meghan Juday. “Sepanjang 11 tahun yang lepas, Jim telah mentransformasikan syarikat.” Beliau menyatakan IDEAL telah berkembang dengan ketara di bawah arahan beliau, bukan sahaja semakin besar sebagai sebuah syarikat, tetapi juga menjadi sebuah syarikat yang lebih canggih. “Beliau merupakan rakan dan mentor serta rakan kongsi yang berwawasan.”
 
Juday berkongsi penghargaan keluarga dan Lembaga Pengarah terhadap pencapaian James yang banyak. Beliau memperkukuh lagi kedudukan kewangan IDEAL yang kukuh berserta budaya dan prinsip penubuhan syarikat. Beliau menyokong inisiatif keluarga untuk mengekalkan pemilikan kekal syarikat, dan berserta dengan keluarga, bekerja untuk mencapai pencapaian penting ini bagi keluarga dan perniagaan. Beliau menetapkan asas untuk pemerolehan yang mengubah platform seperti CMD, Enatel dan Cree Lighting.
 
“Ini mengembangkan jejak global kita sementara mempelbagaikan perniagaan dan mempercepat pembangunan dan penghantaran bagi inovasi yang mengubah kategori. Jim memfokuskan bahagian pengendalian IDEAL terhadap pengguna akhir produk dan perkhidmatan kita. Beliau juga memacu pembangunan dan pengerahan transformasi digital kita dan mewujudkan keupayaan edagang untuk meningkatkan hubungan dengan pelanggan kita. Pencapaian beliau yang banyak ini telah meletakkan kita pada kedudukan yang baik pada masa hadapan,” sambung Juday.
 
“Kami akan merindui Jim, tetapi kami beruntung kerana beliau telah mengukuhkan IDEAL dan perniagaan kita telah berada pada kedudukan untuk kejayaan dan pertumbuhan berterusan.”
 
Pengawasan Keluarga di IDEAL
 
Juday menekankan bahawa IDEAL INDUSTRIES akan kekal milik keluarga. “Kami dipersiapkan untuk kejayaan jangka masa panjang. Kami melihat perkara dalam generasi bukan setakat suku tahunan.” Beliau menjelaskan bahawa syarikat akan terus melabur dalam latihan dan pembangunan, inovasi dan dalam memperoleh syarikat yang “melengkapi perniagaan teras kami dan memberi kami kedudukan penting dalam pasaran global yang semakin berkembang.”
 
Tentang IDEAL INDUSTRIES, INC.
 
IDEAL INDUSTRIES, INC. merupakan perniagaan keluarga global pelbagai yang mereka bentuk dan mengeluarkan produk dan alat unggul, penyelesaian teknologi canggih untuk kawalan elektrik, pencahayaan dan lampu wayarles, pengurusan tenaga, pemprosesan wayar, komunikasi data, industri aeroangkasa, automotif, kuasa, pembinaan dan pembuatan. Syarikat ini telah berkembang secara konsisten dengan setia pada platform asasnya: rancang dan urus untuk generasi akan datang, bukan setakat suku tahunan seterusnya. Keluarga dan pasukan pengurusannya dibimbing oleh nilai pengasasnya: bina yang syarikat ideal dengan mewujudkan hubungan ideal dengan pelanggan, pekerja, rakan kongsi dan komuniti.
 
Maklumat Hubungan:
 
Mike Grossman
mgrossman@sccadv.com
M – 312.560.1171
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e2530741-b11b-4ec3-b300-ccb84051760d
 
SUMBER: IDEAL INDUSTRIES, INC.
 
--BERNAMA

MARY KAY LANTIK KATHERINE WENG PENGURUS BESAR BAGI CHINA

Kuasa Kosmetik Global Memperjuangkan Kepimpinan Wanita di Seluruh Dunia


DALLAS, 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., penyokong korporat terkemuka di dalam pemerkasaan dan keusahawanan wanita, mengumumkan pelantikan Katherine Weng sebagai Pengurus Besar bagi Mary Kay (China) Co., Ltd. Berpusat di Shanghai, Weng akan melapor terus kepada Presiden Mary Kay Wilayah Asia Pasifik, KK Chua.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190822005337/en/

“Etika kerja Katherine yang tidak mengenal penat, pemikiran strategik, dan keupayaan untuk menjalin hubungan jangka panjang telah membolehkan Mary Kay China untuk mencapai kemuncak baharu,” kata Chua. “Beliau sangat ghairah dengan misi kami untuk memperkayakan kehidupan wanita. Beliau memahami keperluan Perunding Kecantikan Bebas kami dan berusaha keras untuk memenuhi keperluan tersebut bagi menyokong perniagaan mereka. Di dalam syarikat itu, beliau berjaya mencipta satu hubungan yang lancar di antara jualan, pemasaran dan operasi. Kami mengharapkan pertumbuhan yang berterusan di China di bawah kepimpinan beliau.”

Mary Kay memulakan operasi di China lebih 20 tahun yang lalu dan dengan pantas berkembang menjadi satu daripada tiga pasaran antarabangsa yang utama bagi syarikat itu.

Pelantikan Weng adalah yang terbaharu di dalam komitmen Mary Kay Inc. sepanjang beberapa dekad yang lalu bagi memperkasakan wanita untuk berkhidmat di dalam jawatan-jawatan kepimpinan di seluruh dunia. Wanita dalam jawatan kepimpinan di Mary Kay adalah merupakan penggerak utama kepada kejayaan mereka:
  • 61 peratus daripada tenaga kerja global Mary Kay adalah wanita;
  • Dalam kedudukan kepimpinan bagi pengarah dan ke atas, 59 peratus daripada pekerja adalah wanita;
  • Dalam kedudukan kepimpinan bagi naib presiden dan ke atas, 51 peratus adalah wanita;
  • 46 peratus daripada pasukan eksekutif global Mary Kay adalah wanita; dan,
  • 68 peratus daripada kepimpinan pasaran antarabangsa Mary Kay adalah wanita.
“Saya amat berbesar hati untuk berkhidmat untuk kaum wanita dan keluarga mereka di China,” kata Weng. “Adalah menjadi satu penghormatan untuk bekerja bagi sebuah syarikat yang didedikasikan untuk bukan sahaja memperkayakan kehidupan wanita melalui satu peluang perniagaan yang hebat dan produk-produk yang canggih, tetapi juga melalui usaha bersifat dermawan dan kemapanan mereka.”

Weng memulakan kerjaya beliau sebagai seorang Pengurus Khidmat Pelanggan dan Cawangan Shanghai untuk Mary Kay China pada tahun 1995 dan telah memegang pelbagai jawatan penting dalam tempoh 24 tahun yang lalu, dengan yang paling baharu sebagai Naib Presiden Kanan Komersial. Beliau telah menjadi sebahagian penting di dalam pasukan kepimpinan di China dan telah membuat sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan Mary Kay China.

Weng memperoleh ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Latrobe di Melbourne, Australia.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna dan pemakanan tambahan. Melalui The Mary Kay Foundation™, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah. Ketahui dengan lebih lanjut di www.marykay.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190822005337/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

​ANUGERAH STEVIE® MENGUMUMKAN PEMENANG DALAM INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS® TAHUNAN KE-16 DARI SELURUH DUNIA

​ANUGERAH STEVIE® MENGUMUMKAN PEMENANG DALAM INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS® TAHUNAN KE-16 DARI SELURUH DUNIA

Thursday, August 22, 2019

FESTIVAL SENI BUMI TAOYUAN 2019 AKAN DIMULAKAN DI UTARA TAIWAN SEPTEMBER INI

Festival Seni Bumi Taoyuan 2019 dijadual berlangsung di antara 6 Sept dan 22 Sept, di Bandar Raya Taoyuan, di utara Taiwan. (Foto: Business Wire)


TAIPEI, Taiwan, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Festival Seni Bumi Taoyuan 2019 yang bertemakan “Landskap Baharu” akan berlangsung di antara 6 Sept dan 22 Sept, yang memaparkan 34 karya seni yang dihasilkan oleh artis tempatan dan luar negeri, lima forum, 40 pertunjukan terkenal dan 200 acara termasuk bengkel dan pertukaran seni antarabangsa.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190821005292/en/

Acara tahunan itu, yang akan diadakan di Daerah Bade, Taoyuan, di mana Kem Tentera Dainan, yang pernah menjadi Ibu Pejabat Pertama Polis Khas, akan menjadi kawasan pameran utama yang disokong oleh kawasan kolam di sekeliling.

Di samping itu, dua kawasan pameran kecil di Muzium Seni Kanak-kanak Taoyuan di Qingpu dan Taman Ekologi Kolam Xipo serta pameran di Kolam Bade dan Taman Eko akan juga dipersembahkan pada tahun ini.

Festival Seni Bumi Taoyuan yang didasarkan kepada konsep “Melindungi Masa Kini dan Berusaha untuk Suatu Masa Hadapan Yang Lebih Baik,” akan menerokai, mengingatkan, mentafsir, mempamer dan menemui semula pelbagai aspek bagi “landskap”.

Sementara itu, satu siri aktiviti dan acara, yang berkaitan dengan budaya tempatan, kenangan sejarah, persekitaran kehidupan, adalah bertujuan untuk menghubungkan alam semula jadi, kemanusiaan bersama dengan emosi di Taoyuan. Ia akan menggunakan tanah tempatan untuk mewujudkan kenangan biasa dan suatu masa depan yang cerah serta memaparkan pelbagai seni untuk memacukan inovasi dan membuka perbatasan baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara itu, sila layari http://taoyuanlandart.com.tw/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190821005292/en/

Hubungi

Chen Kuei-Chun, MUZIUM SENI HALUS TAOYUAN
TEL: 886-2-3393-9663
Telefon Bimbit: +886-912-227-297
E-MEL: tmofaps@gmail.com 
6F., No.728, Seksyen 1, Jalan Jieshou, Daerah Bade, Bandar Raya Taoyuan 334, Taiwan (Republik China)

Sumber : Festival Seni Bumi Taoyuan
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

PRA HEALTH SCIENCES MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA SYMPHONY HEALTH DENGAN CLOSE-UP INTERNATIONAL

PRA HEALTH SCIENCES MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA SYMPHONY HEALTH DENGAN CLOSE-UP INTERNATIONAL

Wednesday, August 21, 2019

TASCENT BERPRESTASI TERBAIK DALAM UJIAN DHS BAGI PENGECAMAN MUKA KOOPERATIF

Produk InSight Face baharu syarikat berjaya mendapat skor ketepatan, kecekapan dan kepuasan pelanggan yang tertinggi


LOS GATOS, Calif., 21 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tascent, Inc., peneraju dalam biometrik intuitif, hari ini mengumumkan mereka telah menerima markah prestasi terbaik dalam semua kategori pada 2019 Biometric Technology Rally yang diadakan oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air (DHS) AS. Dibandingkan dengan sejumlah 14 produk utama, penyelesaian pengecaman muka kooperatif InSight Face Tascent menyampaikan ketepatan tertinggi, kecekapan tertinggi dan kepuasan pelanggan tertinggi bagi semua pesaing, dan merupakan satu-satunya penyelesaian yang memenuhi semua matlamat DHS untuk penilaian.

Diadakan buat tahun kedua, DHS Biometric Technology Rally berusaha untuk membandingkan prestasi pelbagai peranti penangkapan, algoritma, dan modaliti dalam keadaan penggunaan realistik yang meniru situasi naik pesawat atau persekitaran pemudahan perjalanan yang mempunyai jumlah pemprosesan tinggi yang boleh dibandingkan. Untuk setiap peranti yang diuji, pengguna yang mewakili taburan demografi yang luas diarahkan untuk berjalan melalui zon tangkapan sepanjang 8 kaki, mengikut sebarang arahan yang diberikan dan memberikan maklum balas tentang pengalaman pengguna. Imej biometrik muka yang terhasil kemudiannya dibandingkan dengan galeri yang didaftarkan dan dinilai untuk prestasi pemadanan.

Keputusan rasmi ujian DHS, yang merujuk Tascent melalui nama kod pasukan “Teton.” menunjukkan bahawa InSight Face Tascent menyampaikan 0.0% Kadar Gagal untuk Mendapatkan, 99.5% Kadar Pengenalpastian Sebenar, 98.1% Rating Kepuasan, dan daya pemprosesan purata (“Kecekapan”) 2.7 saat, termasuklah transit melalui zon 8 kaki. Hasil ini tidak dapat ditandingi dalam mana-mana kategori oleh peserta ujian lain. Keputusan rasmi boleh ditemui di https://mdtf.org/Rally2019/Results2019.

“Kami teruja untuk keputusan daripada 2019 Biometric Technology Rally mengesahkan perspektif kami bahawa sistem biometrik boleh menyampaikan kemudahan, ketepatan, pengalaman pengguna dan keterangkuman tanpa berkompromi,” kata Dan Potter, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan di Tascent. “Dengan pengesahan biometrik semakin diiktiraf sebagai pendaya teknologi penting, pendekatan holistik ini terhadap prestasi biometrik akan menjadi penting untuk kedua-dua perniagaan dan organisasi kerajaan.”

InSight Face, sistem biometrik daya pemprosesan tinggi generasi kelima Tascent, akan dikeluarkan pada lewat 2019. InSight Face, menggabungkan reka bentuk industri yang memenangi anugerah InSight One Tascent dengan keupayaan penangkapan pengecaman muka "dalam perjalanan" lancar yang berfungsi dengan individu atau kumpulan kecil. Berbanding penyelesaian pengecaman muka berdasarkan pemantauan atau CCTV, InSight Face ialah sistem kooperatif yang melibatkan pengguna secara aktif untuk menyampaikan pengalaman intuitif dan mengalu-alukan.

“Biometrik sudah pun mentransformasikan perjalanan udara pada skala global, menyampaikan tahap kecekapan, pemperibadian, dan kemudahan yang baharu kepada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan pengembara,” kata Alastair Partington, Pengasas dan CEO bersama Tascent.  “Tahap prestasi dan kebolehgunaan yang kita lihat sekarang membolehkan pengesahan biometrik untuk menggegarkan bukan sahaja perjalanan udara, tetapi setiap industri yang menitik beratkan keterlibatan pelanggan positif dan melancarkan pengalaman pelanggan.  Kami berasa teruja untuk penyelesaian biometrik kooperatif generasi baharu ini memberikan individu lebih banyak pilihan dalam cara mereka memilih untuk berinteraksi dengan organisasi – dengan selamat, dengan mudah dan dengan yakin.

Tentang Tascent

Tascent menggunakan kuasa biometrik untuk mendayakan pengalaman lancar dalam dunia yang terhubung. Kami berfokus pada mencipta perkakasan, perisian dan perkhidmatan intuitif, menyediakan keupayaan menyeluruh untuk penyelesaian identiti tersuai. Melalui perkongsian, kami menyampaikan kelebihan identiti dipercayai untuk memberikan impak positif terhadap perjalanan, perkhidmatan kewangan, jualan tiket dan acara, akses tempat kerja, perkhidmatan kerajaan dan usaha kemanusiaan.

Tascent memudahkan rakan kongsi kami menyepadukan dan mengerahkan sistem identiti biometrik berbilang modal yang mudah digunakan tetapi mantap sementara banyak syarikat biometrik menawarkan produk yang kompleks dan tidak intuitif. Hari ini, peranti dan penyelesaian biometrik kami berkhidmat untuk puluhan juta orang setiap tahun dalam sesetengah persekitaran yang paling mencabar. Kami berusaha untuk menginovasi dan mencipta produk yang menangani keperluan yang belum dipenuhi untuk proses identiti rutin tetapi penting, meringkaskan dan memudahkan kehidupan.

Berpangkalan di Silicon Valley, CA, Tascent menyokong pelanggan dan rakan kongsi secara global di pejabat kami di Washington DC, Dubai, London, dan Singapura.

www.tascent.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/72d1ca66-9694-445b-8178-316a70bf9283

Foto juga tersedia melalui AP PhotoExpress

info@tascent.com 408-335-4700

SUMBER : Tascent, Inc.

PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2019 THE WE COMPANY

PANGGILAN PERSIDANGAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEDUA 2019 THE WE COMPANY

Thursday, August 15, 2019

CHINA DAN ASEAN ADALAH TELADAN YANG BAIK BAGI HUBUNGAN ANTARABANGSA YANG BARU

BEIJING, 15 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hubungan sejarah antara China dan ASEAN adalah asas inisiatif Cina “Jalan Sutera Maritim”. Hari ini, perkongsian strategik antara China dan ASEAN menjadi model untuk hubungan antarabangsa yang baru. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dalam menghadapi keadaan antarabangsa yang tidak stabil, China dan ASEAN telah menjadi peneraju dalam mengekalkan keamanan di rantau ini dan mempromosikan pembangunan bersama manusia.
 
Trend masa telah menjadikan perhubungan antara China dan ASEAN lebih dekat. China dan ASEAN berkongsi konsep strategik yang sama dan berharap dapat mewujudkan dunia inklusif, saling menghormati dan pembangunan damai. Dalam menghadapi “Amerika pertama” dan perlindungan perdagangan yang dicadangkan oleh pentadbiran Trump, China dan ASEAN mempunyai kedudukan yang sama dan menentang politik kuasa dan pemikiran hegemoni. Dasar AS mencerminkan persamaan strategik antara China dan ASEAN dan membina kepercayaan dan pemahaman antara kedua-dua pihak.
 
Pengumpulan sejarah telah memperkukuhkan kerjasama China-ASEAN. Selepas pembaharuan dan pembukaan, ASEAN adalah keutamaan utama persahabatan negara yang baik. Dari krisis kewangan Asia 1997 hingga krisis kewangan antarabangsa 2008, perkongsian strategik antara China dan ASEAN telah diuji. Pada tahun 2003, China dan ASEAN menubuhkan perkongsian strategik dengan objektif bersama untuk saling membantu dan pembangunan bersama. Pengumpulan dasar, emosi dan mekanisme yang disebutkan di atas telah membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dengan lancar di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan. Kerjasama antara kedua belah pihak dalam bidang ekonomi dan perdagangan, koordinasi dasar, infrastruktur, bantuan maritim, kaunter keganasan, budaya dan pendidikan sedang berjalan dengan hasil yang luar biasa.
 
Trend yang akan datang akan memastikan kerjasama yang teratur dan substansial antara China dan ASEAN. Pada 2018, dengan kelulusan Wawasan Strategik China-ASEAN 2030, China menjadi negara pertama yang membangun hubungan jangka panjang dengan ASEAN. Konsep asas "komuniti masa depan bersama untuk kemanusiaan" yang dianjurkan oleh China telah dimasukkan dalam dokumen itu, yang ertinya visi itu akan menjadi model sejarah untuk mewujudkan masyarakat masa depan bersama antara China dan ASEAN. Pengembangan hubungan antara China dan ASEAN juga akan menjadi model penting bagi dunia untuk mengkaji jenis baru hubungan antarabangsa dan masyarakat masa depan bersama yang dicadangkan oleh China.
 
Nama syarikat: Queqi Media Culture Co., Ltd.
Hubungi: Moca Yu
E-mel: media.yu@foxmail.com
Negara: China Beijing
Laman web: www.queqicn.com
 
Sumber: Queqi Media Culture Co., Ltd
 
--BERNAMA