Wednesday, August 14, 2019

PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MELEBIHI MATLAMAT IKRAR, MERAIKAN 100,000 JAM YANG DISUMBANGKAN SECARA SUKARELA DI PERINGKAT GLOBAL SEBAGAI MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-50

Persatuan mengiktiraf usaha global yang memanfaatkan pengurusan projek pro bono untuk kebaikan sosial


PHILADELPHIA, 14 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah menggandakan matlamat ikrar asal mereka dan pemegang kepentingan mereka telah berikrar untuk menyumbangkan 100,000 jam secara sukarela bagi memajukan sebab-sebab yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mapan PBB (SDG). Sebagai sebahagian daripada Sambutan bagi Perkhidmatan Global setahun organisasi itu, kalangan profesional dari seluruh pelusuk dunia menyumbangkan kepakaran pengurusan projek mereka bagi membolehkan organisasi tempatan dan memperkuatkan komuniti mereka.

Matlamat ikrar PMI untuk Hari Ulang Tahun ke-50 dan Sambutan bagi Perkhidmatan Global mereka adalah merupakan sebahagian daripada pengembangan keseluruhan bagi kempen Made Possible oleh persatuan itu yang memanfaatkan minat profesional projek di seluruh dunia bagi memacukan perubahan sosial. Pada mula dilancarkan pada musim luruh tahun 2018, Made Possible ditumpukan kepada melibatkan pihak berkepentingan PMI yang pelbagai – dari ahli-ahli dan pemegang surat tauliah, kepada pemimpin cawangan dan sukarelawan – dan pihak lain yang berminat untuk melakukan perbezaan, menghimpunkan mereka dengan satu visi bersama untuk membuat impak yang positif kepada masyarakat.

“Kami tidak dapat memikirkan cara yang lebih baik untuk memperingati ulang tahun ke-50 kami selain daripada menawarkan kepada orang ramai dengan peluang untuk menerapkan kemahiran dan pengetahuan pengurusan projek mereka terhadap sebahagian daripada masalah sosial masyarakt yang paling mendesak,” kata Sunil Prashara, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PMI. “Kami tahu pengurusan projek adalah teras untuk menguruskan perubahan dan menyampaikan keputusan strategik, mengubah idea menjadi realiti – pada asasnya menjadikan impian menjadi kenyataan – dan kami sangat teruja untuk memperlihatkan bagaimana kemahiran ini dapat membuat perbezaan yang mantap dengan turut mengukuhkan masyarakat.”

Semua pihak berkepentingan di PMI dijemput untuk mengambil bahagian dengan melafazkan ikrar bagi menggunakan kepakaran kepimpinan projek mereka bagi kebanyakan pada projek yang sesuai dengan SDG di laman web Sambutan bagi Perkhidmatan Global PMI.

Made Possible oleh Pengurusan Projek

Pandangan untuk mengukuhkan masyarakat bukanlah sesuatu yang baharu bagi pihak yang berkepentingan di PMI. Sebagai contoh, PMI Cawangan Ecuador menggunakan kepakaran pengurusan projek mereka untuk membantu memulihkan komuniti berikutan gempa bumi 7.8 magnitud yang dahsyat pada tahun 2016 yang mengorbankan sekurang-kurangnya 676 orang, mencederakan lebih daripada 16,000, meninggalkan 700,000 orang yang memerlukan bantuan segera dan memusnahkan 90 peratus daripada infrastruktur di banyak kawasan.

Pengurus projek, Santiago Cartagena, dari PMI Cawangan Ecuador meningkatkan usaha untuk menjalin satu perkongsian dengan organisasi bukan kerajaan tempatan yang sudah mempunyai jaringan jangkauan di Esmeraldas, Ecuador, satu daripada wilayah yang paling teruk dilanda. Santiago dan rakan-rakan cawangan beliau telah memberikan latihan dan sokongan pengurusan projek yang bukan dalam bentuk wang, kedua-duanya kepada organisasi tempatan dan secara terus kepada usahawan wanita di rantau itu.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memberikan kembali apa yang telah kita terima,” kata Santiago. “Usaha kami membantu menyokong dan melatih lebih dari 200 wanita di Wilayah Esmeraldas, dan ini hanya detik permulaan. Bagi saya, pengurusan projek menjangkau lebih daripada peralatan; ia adalah berupa sokongan, sandaran, berada bersama-sama dengan rakyat.”

PMI berbangga untuk menyokong projek-projek sukarelawan seperti ini dan akan terus berkongsi impak bagi projek-projek global dan kesan mereka terhadap komuniti tempatan melalui Made Possible dan Sambutan bagi Perkhidmatan Global mereka.

Menyokong Matlamat Pembangunan Mapan

Sebagai tambahan kepada masa sukarela dan mengiktiraf mereka yang memberikan impak, PMI mengambil langkah sebagai sebuah organisasi bagi memformalkan komitmen mereka untuk menjadi satu daya bagi kebaikan sosial. PMI baru-baru ini telah menandatangani Perjanjian Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dengan menyertai satu rangkaian yang terdiri daripada lebih daripada 9,500 organisasi yang berpusat di lebih 160 buah negara dan mewakili hampir setiap sektor. Rakan-rakan Perjanjian Global bekerja untuk menyelaraskan strategi dan operasi mereka dengan prinsip sejagat mengenai hak asasi manusia, tenaga kerja, alam sekitar, dan anti-rasuah, dan komited untuk mengambil tindakan yang memajukan matlamat masyarakat. Melalui kerjasama ini, PMI akan mencari jalan untuk menerapkan pengurusan projek, program dan portfolio untuk membantu mencapai SDG menjelang tahun 2030.

“Bagi mana-mana organisasi, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mapan PBB memerlukan perancangan dan pengurusan projek yang teliti,” kata Prashara. “Banyak SDG hanya boleh dicapai menerusi kerjasama kompleks pelbagai sektor yang benar-benar global.  Itulah sebabnya PMI berkomited secara terbuka untuk menggunakan kepakaran mereka bagi membantu organisasi menyelaraskan dengan matlamat ini secara efisien.”

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ulang Tahun ke-50 PMI, ikrarkan sokongan anda dan sentiasa mengikuti perkembangan dan kisah-kisah mengenai Made Possible, sila layari PMI.org/Anniversary.

Ikuti perjalanan PMI untuk menyelaraskan dengan SDG PBB dengan mengikuti @PMInstitute di Twitter dan Facebook dan di LinkedIn.

Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI) 

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.com,  www.facebook.com/PMInstitute  dan di Twitter @PMInstitute.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190813005172/en/

Hubungi

Mary Ortega, +1 610 356 4600 X7030  
mary.ortega@pmi.org

Sumber : Project Management Institute

No comments:

Post a Comment