Friday, August 2, 2019

FLUKE CORPORATION MENGAMBIL ALIH PRÜFTECHNIK, PENERAJU DALAM KEBOLEHPERCAYAN INDUSTRI

EVERETT, Wash, 22 Julai (Bernama-Business Wire) – Fluke Corp,. peneraju global dalam instrumen ujian dan pengukuran, telah mengambil alih PRÜFTECHNIK, sebuah syarikat yang berpengkalan di Ismaning, Jerman. PRÜFTECHNIK merupakan peneraju pasaran dalam penjajaran aci laser jitu, pemantauan kondisi dan pengujian tanpa-musnah.
 
“Pembelian PRÜFTECHNIK oleh Fluke menunjukkan bagaimana para pelanggan kami amat mementingkan sistem kebolehpercayaan bagi mengekalkan peralatan mereka dalam keadaan operasi yang optimum,” kata Marc Tremblay, presiden Fluke Corporation.  “Perniagaan ini akan membantu kami memperkenalkan solusi generasi seterusnya kepada para pelanggan industri kami.”

Fluke Corporation

Untuk maklumat mengenai peralatan dan aplikasi Fluke, atau bagi mencari lokasi pengedar terdekat anda, hubungi Fluke Corporation, P.O. Box 9090, Everett, WA USA 98206, telefon  (800) 44-FLUKE (800-443-5853), faks (425) 446-5116, e-mel fluke-info@fluke.com atau lawati laman web Fluke di http://www.fluke.com.

Tentang Fluke
 
Ditubuhkan pada 1948, Fluke Corporation merupakan peneraju dunia dalam peralatan ujian  elektronik yang kompak dan profesional dan perisian untuk pengukuran dan pemantauan kondisi.  Para pelanggan Fluke terdiri daripada juruteknik, jurutera, juruelektrik, pengurus penyelenggaraan dan pakar meteorologi yang memasang, mencari dan memperbetulkan masalah dan menyelenggara peralatan industri, elektrikal dan elektronik dan proses-proses kalibrasi.

Tentang PRÜFTECHNIK

PRÜFTECHNIK merupakan pembekal dunia untuk teknologi penyelenggaraan yang menawarkan pelbagai jenis produk, perkhidmatan dan program latihan yang direka khas selaras dengan kehendak pakar penyelenggaraan dalam bidang penjajaran aci, analisis getaran, pemantauan kondisi dan ujian tanpa musnah.  Banyak syarikat di seluruh dunia mempercayai solusi yang kami tawarkan untuk penyelenggaran yang boleh dipercayai dan berdasarkan kondisi untuk mesin berputar.

Fluke didaftarkan di bawah tanda perniagaan Fluke Corporation.  Nama-nama syarikat dan produk yang disebutkan di sini adalah tanda perniagaan pemilik mereka masing-masing.  Untuk maklumat lanjut, layari laman web Fluke

No comments:

Post a Comment