Thursday, January 30, 2020

CADANGAN KEAMANAN TAHUNAN PEMIMPIN BUDDHA MEMUJI TINDAKAN IKLIM BELIA DAN MENGGALAKKAN PERJANJIAN SENJATA NUKLEAR

TOKYO, 29 Jan., 2020/Kyodo JBN-AsiaNet/--

Pada 26 Januari, 2020, cadangan keamanan tahunan ke-38 oleh Daisaku Ikeda, presiden bagi rangkaian penganut Buddha Soka Gakkai International (SGI), yang bertajuk “Ke Arah Masa Hadapan Kita yang Dikongsi: Membina satu Era bagi Perpaduan Manusia” telah dikeluarkan, yang menandakan ulang tahun bagi penubuhan SGI.

Tindakan iklim dan pemansuhan senjata nuklear adalah tema utama bagi Ikeda, dengan satu tumpuan kepada kehidupan individu dan penderitaan yang seringkali tersembunyi di sebalik indeks makroekonomi. Beliau menggambarkan perubahan iklim sebagai “satu cabaran asas, di mana takdir manusia bergantung,” dan menekankan bahawa ia mengancam untuk menjadikan usaha global tidak bermakna ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Sambil memuji tenaga aktivis iklim belia, beliau menyatakan, “Apabila keinginan orang muda untuk mengubah realiti disatukan dengan suatu keyakinan yang tidak dapat dialahkan, kemungkinannya adalah tidak terbatas.”

Ikeda mencadangkan agar Sidang Kemuncak Iklim Belia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu diadakan setiap tahun ke arah tahun 2030 dan menggesa agar satu Resolusi Majlis Keselamatan mengutarakan penyertaan belia di dalam membuat keputusan berkaitan iklim.

Selaras dengan tindakan beliau selama beberapa dekad terhadap pemansuhan senjata nuklear, Ikeda menggesa usaha untuk memastikan bahawa Perjanjian ke atas Larangan Senjata Nuklear (TPNW) mencapai 50 pengesahan dan dengan itu boleh dikuatkuasakan pada tahun ini, iaitu ulang tahun ke-75 bagi pengeboman dengan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

Beliau mencadangkan agar diadakan sebuah Forum Rakyat untuk sebuah Dunia Tanpa Senjata Nuklear yang berpusat pada hibakusha dan masyarakat madani di Hiroshima atau Nagasaki untuk mengikuti penguatkuasaan perjanjian itu. Beliau juga menggesa bagi satu pelanjutan lima tahun bagi Perjanjian START Baharu di antara Amerika Syarikat dan Rusia sebagai langkah pertama ke arah rundingan perlucutan senjata nuklear pelbagai hala.

Cemas oleh risiko bahawa serangan siber atau Kecerdasan Buatan (AI) boleh menjejaskan sistem senjata nuklear, beliau menggesa agar perbincangan mengenai satu rejim larangan yang berkaitan dengan serangan siber terhadap sistem nuklear, AI dan teknologi baharu yang lain harus dimulakan pada Persidangan Kajian Perjanjian Pengawalan Senjara Nuklear (NPT) yang akan diadakan dari April di Ibu Pejabat PBB di New York.

Ikeda juga menyoroti penderitaan kanak-kanak dan belia yang tidak mendapat hak kepada peluang pendidikan disebabkan oleh konflik bersenjata atau bencana alam, dan oleh itu menyeru untuk memperkuatkan asas kewangan bagi dana global Education Cannot Wait yang dianjurkan oleh UNICEF.
Ikeda membuat kesimpulan dengan satu komitmen untuk meneruskan tindakan di peringkat akar umbi, dengan berkata, “SGI akan terus menggalakkan pemerkasaan bagi, oleh dan untuk rakyat, ketika kita menangani krisis iklim dan cabaran-cabaran lain dengan satu pergerakan perpaduan global yang berkembang.”

Soka Gakkai International (SGI) adalah sebuah rangkaian penganut Buddha yang berasaskan komuniti yang menggalakkan keamanan, budaya dan pendidikan dengan 12 juta ahli. Setiap tahun sejak tahun 1983, Presiden SGI Daisaku Ikeda (1928- ) telah mengeluarkan satu cadangan keamanan yang menawarkan satu perspektif dan penyelesaian fahaman Buddha kepada masalah-masalah global pada 26 Januari, untuk memperingati penubuhan SGI. Tahun 2020 menandakan ulang tahun ke-90 bagi penubuhan Soka Gakkai dan ulang tahun ke-45 bagi pewujudan SGI.

Sumber: Soka Gakkai International

Hubungi:
Joan Anderson
Pejabat bagi Maklumat Awam
Soka Gakkai International
Tel: +81-80-5957-4711
E-mel: Anderson[at]soka.jp
www.sgi.org

--BERNAMA

Tuesday, January 28, 2020

TOSHIBA LANCAR PENGGANDING FOTO OUTPUT LOGIK KOMUNIKASI BERKELAJUAN TINGGI YANG KOMPAK UNTUK ALAT PENGAWAL LOGIK YANG BOLEH DIPROGRAMKAN



Table
Toshiba: sebuah pengganding foto 10Mbps “TLP2363” output logik komunikasi berkelajuan tinggi   (Foto: Business Wire)

- Menyokong input digital IEC 61131-2 jenis 1 –

TOKYO, 28 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan “TLP2363,” sebuah pengganding foto 10Mbps output logik komunikasi berkelajuan tinggi  untuk antara muka input digital 24V bagi Alat Pengawal Logik Yang Boleh Diprogramkan (PLC). Penghantaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200127005229/en/

Spesifikasi bagi pengganding foto yang baharu itu termasuk kedua-dua nilai minimum dan maksimum bagi ambang arus input mereka pada julat suhu pengendalian (-40 hingga 105℃). Penggunaan bagi pengganding foto itu yang digabungkan dengan perintang yang sesuai untuk kawalan arus merealisasikan sebuah modul input digital 24V yang mengikuti spesifikasi IEC 61131-2 Jenis 1[1].

Di samping itu, litar produk baharu itu menahan bunyi bising agar outputnya adalah jelas sama ada “rendah” atau “tinggi,” walaupun dengan isyarat input yang perlahan dengan masa naik atau masa jatuh (60s atau kurang) yang lama. Ini menghapuskan keperluan bagi sebuah litar membentuk bentuk gelombang di dalam bahagian output, sekali gus mengurangkan jumlah komponen.

Pengganding foto itu dibungkus di dalam 5pin SO6 yang nipis, dan mempunyai ketinggian maksimum 2.3mm. Bentuknya yang tipis membawa kebebasan yang lebih besar kepada susun atur komponen pada papan litar bercetak.

Penggunaan
  • Antara muka digital berkelajuan tinggi (PLC, peralatan pengukuran dan peralatan kawalan, dll.)
Ciri-ciri
  • Nilai minimum bagi ambang arus input: IFHL=0.3mA (minimum)
  • Nilai maksimum bagi ambang arus input: IFHL=2.4mA (maksimum)
  • Julat suhu operasi yang luas: Topr = -40 hingga 105℃
  • Kadar pemindahan data: 10Mbps (jenis)
  • Imuniti tinggi kepada input yang perlahan (maksimum 60s)
  • Beroperasi untuk sistem voltan bekalan 3.3V / 5V
Spesifikasi Utama
Sila klik di sini

Nota:
[1] Menentukan keperluan dan ujian bagi peranti PLC

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TLP2363
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TLP2363

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan peranti optik Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari: 
TLP2363
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TLP2363.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200127005229/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

COLLABNET VERSIONONE DAN XEBIALABS BERGABUNG UNTUK MEWUJUDKAN PLATFORM BERSEPADU AGILE DEVOPS

·      Syarikat Gabungan itu  mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu untuk memacukan fasa pertumbuhan seterusnya

·    Urus niaga, yang disokong oleh TPG Capital, menandakan satu langkah transformasi dalam satu strategi yang lebih luas untuk mewujudkan sebuah platform Agile DevOps yang terkemuka, bersepadu bagi perusahaan

ATLANTA & BOSTON, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CollabNet VersionOne (CollabNet), sebuah pembekal utama bagi perancangan dan pembangunan kolaboratif Agile, dan XebiaLabs, pemimpin di dalam pengeluaran pengorkestraan, pergerakan, dan penyampaian berterusan, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat itu telah bergabung. Gabungan itu, yang disokong oleh TPG Capital, menyatukan fungsi perancangan huluan Agile dan kawalan versi perusahaan CollabNet dengan keupayaan pengeluaran pengorkestraan hiliran dan pergerakan automasi XebiaLabs untuk mewujudkan sebuah platform Agile DevOps, akhir-ke-akhir, bagi perusahaan.

Sehubungan dengan urus niaga itu, Ashok Reddy, seorang veteran industri yang telah berjaya dan bekas eksekutif Broadcom, telah menyertai syarikat gabungan itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau menggantikan Flint Brenton, yang berundur untuk memberi tumpuan kepada kepentingan keluarga dan peribadi selepas hampir lima tahun mengawasi dengan jayanya. Derek Langone, Ketua Pegawai Eksekutif sekarang bagi XebiaLabs, akan berkhidmat sebagai Presiden bagi syarikat gabungan itu. Stephen Gregorio, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan bagi XebiaLabs, akan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Kewangan bagi syarikat gabungan itu.

“Gabungan CollabNet dan XebiaLabs itu akan menyediakan kepada pelanggan perusahaan dengan keupayaan kebolehlihatan dan pengurusan akhir-ke-akhir yang diperlukan untuk membangunkan perisian dengan cepat, dengan pasti, dan selamat, akhirnya membantu mempercepatkan transformasi digital mereka dan memacukan hasil perniagaan,” kata Nehal Raj dan Art Heidrich dari TPG Capital. “Kami mengucapkan tahniah kepada Flint di atas tempoh memegang jawatan yang berjaya, dan berharap untuk bekerjasama dengan Ashok, Derek, dan pasukan yang lebih luas untuk mempercepatkan lagi strategi kami bagi mewujudkan sebuah platform DevOps perusahaan yang terkemuka.”

Diasaskan pada tahun 2008, XebiaLabs adalah sebuah penyedia pertumbuhan tinggi bagi pengurusan pengeluaran dan peranti pemaju automasi. Syarikat itu menyediakan pengeluaran pengorkestraan dan perisian penyampaian aplikasi yang membolehkan perusahaan untuk mengkoordinasikan, mengautomasikan, dan menganalisis keseluruhan saluran pengeluaran perisian pada skala perusahaan. Keupayaan hiliran XebiaLabs melengkapkan portfolio produk huluan CollabNet, yang termasuk VersionOne untuk perancangan dan pengurusan Agile perusahaan, VS untuk aliran kerja yang berkaitan dan kebolehlihatan di sepanjang keseluruhan aliran nilai penghantaran, dan TeamForge untuk pengurusan kawalan versi skala perusahaan dan pengurusan kitaran hayat aplikasi. Platform dan peralatan bagi kedua-dua syarikat itu diiktiraf oleh penganalisis sebagai penawaran terkemuka di dalam industri yang memacukan inovasi ke dalam pasaran.

“Kami berada dalam satu misi untuk mengubah pada dasarnya bagaimana pembangunan perisian dan penyampaian perusahaan dijalankan,” kata Reddy. “Gabungan CollabNet dan XebiaLabs akan menyediakan sebuah platform yang membolehkan transformasi digital pada skala dengan proses Agile dan DevOps untuk terus menyesuaikan diri, belajar, dan memperbaiki, terutamanya dalam sebuah dunia mengenai aplikasi pintar dan pengalaman yang dipacu oleh AI. Saya sangat teruja untuk turut serta pada masa kritikal ini dan berharap dapat bekerja dengan seluruh pasukan untuk memimpin syarikat gabungan itu melalui  bab pertumbuhan mereka yang seterusnya.”

“XebiaLabs telah mewujudkan diri sebagai penstandardan untuk DevOps di dalam perusahaan besar. Dengan mengambil kira pelanggan kami di kalangan syarikat kewangan, penjagaan kesihatan dan pembuatan yang terbesar di dunia, tumpuan kami adalah untuk mewujudkan sebuah platform yang memanfaatkan peralatan dan proses yang sedia ada dan pada masa yang sama menyediakan skala, penstandardan, keselamatan, dan pelaporan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat besar,” kata Langone. “Saya bersyukur di atas apa yang dapat kami capai dengan sokongan Susquehanna Growth Equity dan Accel. Dengan menggabungkan XebiaLabs dan CollabNet, pelanggan bersama kami kini akan mendapat manfaat daripada platform Agile DevOps yang paling berkebolehan yang tersedia di pasaran. Ini adalah satu penggubah keadaan bagi perniagaan yang perlu untuk memaksimumkan aset aplikasi perisian mereka dan pada masa yang sama mengemudi peraturan, pematuhan, dan keperluan keselamatan yang rumit.”

Terkini, Reddy mengetuai Bahagian Perisian Perusahaan Broadcom yang bernilai beberapa bilion dolar, di mana beliau membantu mewujudkan sebuah platform bagi perusahaan global untuk meningkatkan transformasi digital mereka dan menjadi perniagaan digital tepat masa. Dengan sebuah kerjaya yang merangkumi lebih 25 tahun di dalam perisian perusahaan dan pengalaman yang mendalam di dalam transformasi Agile dan DevOps, Reddy telah memegang tampuk kepimpinan di beberapa syarikat Fortune 500 termasuk IBM, CA Technologies, Rational Software, Honeywell, dan Novartis. Reddy akan bekerjasama rapat dengan Langone dan Gregorio, kedua-dua eksekutif perisian yang berpengalaman, untuk mengetuai syarikat gabungan itu.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya di CollabNet di atas kejayaan yang dihasilkan oleh kerja keras dan dedikasi mereka,” kata Brenton. “Walaupun saya bangga dengan semua yang kita telah bina bersama, saya telah mengambil keputusan bahawa ini adalah masa yang tepat bagi saya untuk kembali ke California dan memulakan bab seterusnya dalam kehidupan saya. CollabNet dan XebiaLabs berada dalam kepimpinan yang mantap dan berkebolehan dengan Ashok, Derek, dan TPG Capital, dan saya yakin bahawa di bawah kepimpinan mereka, syarikat gabungan itu akan mencapai kejayaan dan skala yang lebih besar.”

Barclays, Evercore, dan KeyBanc berkhidmat sebagai penasihat kewangan untuk TPG Capital dan CollabNet, dan Ropes & Gray LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang. Shea & Company berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada XebiaLabs, dan Weil, Gotshal & Manges LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang. Pemegang saham XebiaLabs yang sedia ada, Susquehanna Growth Equity dan Accel, telah menjual kepentingan masing-masing di dalam syarikat itu sebagai sebahagian daripada gabungan itu. Terma tambahan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.

Saturday, January 25, 2020

MERIDIAN MELANCARKAN POLIMERASE FIDELITI TINGGI BAHARU UNTUK MENAWARKAN PENGUATAN KUKUH UNTUK APLIKASI NGS DAN PCR

CINCINNATI, 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ: VIVO) hari ini mengumumkan Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi yang bukan sahaja menyediakan penguatan fideliti tinggi, tetapi turut menawarkan penguatan untuk diagnostik seiring (CDx) dan ujian klinikal.

Penguatan fideliti tinggi adalah penting untuk aplikasi yang hasilnya bergantung kepada jujukan DNA yang betul, seperti penjujukan generasi hadapan (NGS), pengklonan, dan pengenotipan. Namun, keputusan daripada penguatan tersebut boleh dijejaskan oleh polimerase DNA yang tidak mampu menguatkan jenis jujukan yang berbeza secara sama rata atau jika sampel mengandungi perencat.

Bahagian Sains Hayat di Meridian Bioscience telah menangani cabaran ini dengan membangunkan Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi sebagai penyelesaian penguatan fideliti tinggi, dengan ciri-ciri utama pasaran dari segi ketahanan perencat, pemultipleksan dan bias GC yang rendah. Ini merupakan alat yang sesuai untuk teknologi NGS yang diaplikasikan kepada pasaran klinikal, terutamanya dalam bidang ujian genetik dan penyaringan kanser, iaitu pembangunan panel untuk penyusukan tumor atau mutasi.

Lourdes Weltzien, Ph.D., Naib Presiden Eksekutif Sains Hayat, mengomen, "Polimerase fideliti tinggi telah menjadi rentan kepada kesukaran dalam penguatan PCR dalam DNA penuh GC atau penuh perencat. Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi telah mengurangkan batasan ini dengan ketara dan akan meningkatkan kemampuan ujian pelanggan."

“Dalam cerakin klinikal berdasarkan NGS, keupayaan untuk menjujukkan semua bahagian DNA pada sampel secara bebas daripada kandungan GC adalah penting. Dengan kepakaran meluas kami dalam sistem enzim dan penimbal, Campuran HS Pfu Spesifikasi Tinggi telah direka untuk mencapai ini. Daripada pengayaan sasaran sehinggalah penguatan pustaka, ini membolehkan data NGS yang lebih baik dan keputusan lebih tepat,” kata Florent Chang-Pi-Hin, Ph.D., Pengarah Kanan, Penyelidikan & Pembangunan di Meridian.

Perihal Meridian Bioscience, Inc.

Meridian ialah syarikat sains hayat bersepadu sepenuhnya yang membangunkan, mengilangkan, memasarkan dan mengagihkan pelbagai produk diagnostik inovatif. Kami berdedikasi dalam membangunkan dan menyampaikan penyelesaian lebih baik yang memberikan jawapan dengan kelajuan, ketepatan dan keringkasan yang membawa perubahan kepada kemungkinan kehidupan bermula dengan penerokaan sehinggalah diagnosis. Menerusi penerokaan dan pembangunan, kami menyediakan bahan mentah sains hayat kritikal yang digunakan dalam ujian imunologi dan molekul untuk aplikasi manusia, haiwan, tumbuhan, dan alam sekitar. Menerusi diagnosis, kami menyediakan penyelesaian diagnostik dalam aspek termasuklah jangkitan gastrousus dan pernafasan atas dan ujian paras plumbum dalam darah.  Kami membina hubungan dan menyediakan penyelesaian kepada hospital, makmal rujukan, pusat penyelidikan, pusat ujian veterinar, pejabat pakar perubatan, pengilang diagnostik, dan syarikat bioteknologi di lebih 70 negara di seluruh dunia.

Saham Meridian didagangkan di NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Laman web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

Maklumat Hubungan:
Jack Kenny
Ketua Pegawai Eksekutif
Meridian Bioscience, Inc.
Telefon:  513.271.3700
E-mel: mbi@meridianbioscience.com

SUMBER: Meridian Bioscience Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13014

Friday, January 24, 2020

BIOTALYS MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN CHRYSAL UNTUK MENILAI POTENSI BIOFUNGISID DALAM BUNGA

GHENT, Belgium, 24 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biotalys NV, sebuah syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman transformatif pesat maju yang sedang membangunkan generasi baharu biokawalan berasaskan protein, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Chrysal untuk melindungi bunga daripada penyakit kulat dan memelihara keindahan bunga menggunakan biofungisid generasi baharu. Kajian ini akan dijalankan di Chrysal di Belanda dan akan menumpukan pada perlindungan kulat pascapenuaian untuk bunga yang dicantas.

Chrysal ialah pendorong utama dalam industri bunga dan peneraju pasaran dunia dalam makanan bunga untuk melindungi keindahan bunga demi memastikan bunga nampak segar untuk tempoh lebih lama. Menerusi pengalaman dan inovasi melebihi 90 tahun, komitmen terhadap kualiti dan pencarian penyelesaian mampan yang berterusan, mereka mempunyai tumpuan yang teguh pada mengurangkan sisa pada setiap peringkat dalam rantaian hortikultur, melalui produk, nasihat dan protokol mereka.

Patrice Sellès, CEO Biotalys, memberikan komen: “Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Chrysal, peneraju dunia dalam makanan bunga, dalam usaha kami untuk terus membangunkan perancangan biokawalan berasaskan protein kami yang selamat dan berkesan untuk memenuhi keperluan untuk amalan pertanian yang lebih mampan. Matlamat kerjasama ini adalah untuk menilai potensi biofungisid kami untuk melindungi bunga yang dicantas daripada penyakit kulat selepas penuaian. Jika berjaya, ini akan memberikan bukti potensi unik dan keterterapan luas dalam platform biokawalan kami, termasuklah penggunaannya dalam bunga.”

Peter Vriends, CEO Chrysal menambah: “Kami sangat teruja tentang kerjasama dengan Biotalys ini kerana ini bersesuaian dengan matlamat strategik kami untuk menawarkan penyelesaian mampan secara global. Teknologi baharu, seperti yang dibangunkan oleh Biotalys, sangat bersesuaian dengan keperluan pelanggan kita dan juga keinginan yang meningkat untuk menikmati bunga yang ditanam dengan rasa hormat kepada planet kita. Kami berasa sukacita untuk bekerja bersama-sama dan untuk membangunkan penyelesaian nilai tinggi yang baharu untuk pengguna akhir kami dalam sektor ini.”

Perihal Biotalys

Biotalys merupakan syarikat perlindungan Makanan dan Tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Syarikat telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat dengan mod tindakan unik, menangani perosak dan penyakit tanaman utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan.

Biokawalan berdasarkan protein unik Biotalys menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, menjadikannya agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan pra- dan pasca-penuaian. Syarikat berada pada landasan untuk melancarkan biofungisid pertamanya di AS pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €51 juta setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Perihal Chrysal

Chrysal ialah pendorong utama dalam industri bunga dan tumbuhan dan peneraju pasaran dunia dalam makanan bunga. Sama ada anda menanam, mengangkut, menjual, atau sekadar menikmati keindahan bunga yang dicantas dan tumbuhan berpasu di kediaman anda, Chrysal menawarkan penyelesaian terbaik untuk memastikan bunga dan tumbuhan itu kelihatan segar untuk tempoh lebih lama. Menerusi pengalaman dan inovasi melebihi 90 tahun, komitmen terhadap kualiti dan pencarian penyelesaian mampan yang berterusan, kami menyasarkan untuk menjangkau keperluan pelanggan kami untuk hari ini dan masa akan datang.

Chrysal berada di negara yang mempunyai kepentingan dalam industri bunga dan tumbuhan, sama ada kerana kawasan penanam mereka (Amerika Selatan, Afrika, Asia) atau kerana kedudukan pasaran mereka dalam runcit dan perdagangan (Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Jepun). Dengan operasi dan kerjasama rapat di 14 negara dan kemudahan pengeluaran di 5 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Biotalys NV
Marieke Vermeersch, Perunding Komunikasi Korporat
T: +32 (0)9 261 06 84
E: marieke.vermeersch@biotalys.com

Chrysal International B.V.
Anne Barmentloo
T: +31 35 69 55 880
E: anne.barmentloo@chrysal.nl 

SUMBER : Biotalys

PEREKA PAKAIAN KASUAL BANDAR LEGENDA JEFF STAPLE BERGANDINGAN DENGAN OVERWATCH LEAGUE™ UNTUK MEWUJUDKAN KIT ESPORT PERTAMA SEUMPAMANYA



Kesemua 20 pasukan dalam Overwatch League dilengkapi dengan kit aksi di tempat sendiri dan kit aksi di tempat lawan mereka yang unik semasa musim 2020, yang dilancarkan pada 8 Februari


IRVINE, Calif., 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Overwatch League™ hari ini mengumumkan kerjasama yang pertama seumpamanya dengan pereka dan penjana pakaian kasual bandar, Jeff Staple, untuk memikirkan semula, mereka bentuk, dan mencipta sebuah kit pemain yang tulen untuk esport. Kit baharu itu, yang direka bersama dengan maklum balas daripada pemain Overwatch League untuk suatu lihat dan rasa yang unik bagi kedua-dua sukan tradisional dan esport, dengan mencirikan fabrik ternaik, penggunaan grafik yang premium, pesak sampingan baharu untuk keselesaan laras dan satu padanan yang dipotong dan dijahit untuk meningkatkan kualiti dan kebolehgunaan semasa permainan. Setiap satu daripada 20 pasukan Overwatch League akan memiliki kit aksi di tempat sendiri dan kit aksi di tempat lawan mereka yang unik semasa musim 2020, yang dilancarkan pada 8 Februari.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200116005551/en/

Staple telah bekerjasama dengan pemain-pemain Overwatch League sepanjang proses mereka bentuk itu untuk memastikan kit itu adalah sebuah pakaian yang selesa dan berfungsi untuk pertandingan, dan pada masa yang sama mengekalkan estetika pengenalan Staple. Kit baharu itu menggunakan fabrik bintik mesh ternaik untuk mewujudkan jersi yang ringan dan lut udara untuk mengimbangi dan mengawal suhu pemain bagi keselesaan yang maksimum. Kit lengkap itu akan termasuk sehelai jersi lengan pendek, jersi lengan panjang, jaket, sarung kemampatan, topi, dan beanie bagi setiap 20 pasukan dalam liga itu.

“Kerjasama yang pertama seumpamanya ini adalah satu gambaran besar dalam evolusi esport ke dalam sebuah gaya hidup yang sebenar. Ini bukan sekadar satu kemenangan bagi Overwatch League dan peminat kami, tetapi untuk esport sebagai sebuah industri,” kata Daniel Cherry, ketua pegawai pemasaran di Activision Blizzard Esports. “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan rakan kami dan legenda pakaian kasual bandar Jeff Staple pada kit-kit pasukan ini. Perkongsian rapat pemain-pemain kami dengan Jeff dapat dilihat dan dirasakan dalam elemen reka bentuk yang dipertimbangkan yang dimasukkan di dalam pakaian itu. Kita tidak sabar menunggu untuk melihat pakaian ini dipakai di jalan-jalan di setiap bandar raya pasukan-pasukan Overwatch League kami pada musim ini.”

“Saya telah memerhatikan esport selama bertahun-tahun dan merupakan seorang peminat utama  dalam melihat apa yang telah dicapai oleh Overwatch League, oleh itu apabila mereka meminta saya untuk mereka bentuk kit baharu mereka, saya merasa amat teruja,” kata Staple. “Ia merupakan satu peluang sekali seumur hidup untuk membawa yang terbaik dari dunia esport dan pakaian kasual bandar bersama-sama bagi mewujudkan sesuatu yang unik dan berinovatif. Kit itu bukan sahaja direka bentuk khusus untuk berfungsi mengikut spesifikasi pemain, tetapi ia juga direka untuk kelihatan hebat di luar arena.”

Staple telah berada di dalam industri itu selama lebih dari dua dekad dan telah bekerjasama dengan banyak jenama utama dalam reka bentuk, gaya hidup, dan ruang hiburan. Memaparkan Staple Pigeon beliau yang terkenal di dunia, gaya beliau yang unik membawa satu kelebihan baharu kepada setiap jenama pasukan.

Peminat akan dapat membuat tempahan awal bagi jersi OWL X STAPLE baharu itu bermula pada 28 Jan di shop.overwatchleague.com.

Aset Imej dan Video: PAUTAN 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12996

Wednesday, January 22, 2020

KEMAJUAN YANG AMAT BESAR DI DALAM TRANSFORMASI DAN PEMBANGUNAN EKONOMI HAINAN

HAIKOU, China, 22 Jan., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

Pada 17 Januari, wakil Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan telah mendedahkan pada sidang akhbar kedua yang diadakan pada Sesi Ketiga bagi Kongres Rakyat Kebangsaan Keenam bagi Wilayah Hainan bahawa Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan telah secara aktif mempromosikan pembinaan zon perdagangan bebas dan pelabuhan perdagangan bebas pada tahun 2019. Masyarakat ekonomi di wilayah itu telah menunjukkan kemajuan yang mantap, struktur yang lebih baik, momentum yang lebih kukuh, faedah yang lebih baik dan pembangunan berkualiti tinggi yang lebih mapan.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Wilayah Hainan telah memperkenalkan bahawa petunjuk utama Hainan pada tahun 2019 telah menyaksikan pertumbuhan yang mantap. Pada tahun 2019, pembangunan dan transformasi ekonomi yang berorientasikan eksport bagi Hainan telah mencapai hasil yang positif, dengan membawa banyak sorotan dan vitaliti kepada pembangunan pelaburan asing, perdagangan asing dan bidang-bidang lain. Di samping Hong Kong, Singapura dan Amerika Syarikat, pelaburan langsung asing di Wilayah Hainan dari Jerman, Kanada dan wilayah-wilayah maju yang lain di Eropah dan Amerika Syarikat turut mencapai kejayaan. Pada masa yang sama, Hainan terus menguatkan perdagangan mereka dengan negara-negara di sepanjang Belt and Road, mempromosikan projek “Jendela kepada Perdagangan Global”, dan mengoptimumkan struktur perdagangan mereka di sekitar tujuan membina sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa, dan menjadikan import bagi produk-produk bebas cukai satu kemuncak baharu di dalam pembangunan perdagangan luar negara.

Pada tahun 2019, Hainan telah mencapai keputusan yang berhasil di dalam pelarasan struktur dan transformasi bagi enjin-enjin pertumbuhan.

Dari segi pembangunan pertanian tropika, Hainan secara aktif memudahkan penyepaduan bagi industri utama, sekunder dan peringkat ketiga dan memberikan penekanan kepada ketiga-tiga industri tonggak iaitu getah, kelapa dan buah pinang, dan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran musim sejuk.

Ruang baharu telah diteroka untuk industri perkhidmatan moden. Industri Internet Hainan berkembang dengan pesat, dan sokongan mereka terhadap industri-industri penting dan projek-projek utama telah diperkuatkan dari segi industri kewangan. Hainan juga melancarkan Bandar Raya Sains dan Teknologi Sanya Yazhou Bay, Zon Perintis Inovasi Pendidikan Antarabangsa Lingshui Li'an dan projek-projek yang lain.

Pembangunan bagi industri berteknologi tinggi telah dipercepatkan. Hainan secara aktif membangunkan industri darat, laut dan udara yang baru muncul, memperluaskan rantaian industri minyak dan gas dan mengembangkan ruang pembangunan bagi industri farmaseutikal. “Dengan berlatarbelakangkan tekanan ke bawah ekonomi yang semakin meningkat, bilangan perusahaan berteknologi tinggi di Hainan telah mencapai tahap tinggi yang baharu kepada 566,” kata Xie Jing, Ketua Pengarah bagi Jabatan Sains dan Teknologi Wilayah Hainan, dengan menyatakan bahawa inovasi saintifik dan teknologi adalah berkesan dalam meningkatkan transformasi dan pembangunan ekonomi Hainan.

Dari segi pelancongan, Hainan telah menerima 83.112 juta pelancong domestik dan asing pada tahun 2019, dengan menjadikan jumlah hasil pelancongan kepada RMB 10.578 juta. Di antaranya, 1.4359 juta pelancong dalam negeri telah diterima, meningkat 13.6% tahun ke tahun. “Hainan mengambil pembinaan sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa sebagai tugas utama mereka pada tahun 2019 untuk mempromosikan transformasi dan peningkatan industri pelancongan di dalam pendalaman keseluruhan bagi pembaharuan dan keterbukaan,” kata Sun Ying, Ketua Pengarah bagi Jabatan Pelancongan, Budaya, Radio, Televisyen dan Sukan di Wilayah Hainan.

Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13006

KAJIAN AJC MENGENAI GVC DIBENTANGKAN DI SIMPOSIUM PERINGKAT TINGGI MENGENAI PERDAGANGAN DAN PELABURAN DALAM ASEAN YANG DIADAKAN DI HANOI


Table

SG Fujita dari AJC (tiga dari kanan) yang mengambil bahagian di dalam Simposium Peringkat Tinggi mengenai Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN. Dari sebelah kiri, Encik Hirokazu Kobayashi, Pengarah Eksekutif, JETRO Singapura; Cik Hoang Ngoc Anh, Pemangku Setiausaha Agung, Persatuan Tekstil dan Pakaian Vietnam - VITAS; Puan Le Thi Hai Van, Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Pelaburan Luar Negara, Kementerian bagi Perancangan dan Pelaburan Viet Nam; Encik Masataka Fujita, Setiausaha Agung, Pusat ASEAN-Jepun; Dr. Nguyen Duc Thanh, Profesor Madya, Pengasas dan Pengarah Institut Viet Nam bagi Ekonomi dan Penyelidikan Dasar (VEPR); dan Atty. Allan B. Gepty, Ketua SEOM bagi Filipina (Foto: Business Wire)


TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-Jepun (AJC), Encik Masataka Fujita telah dijemput ke Simposium Peringkat Tinggi mengenai Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN: “Meningkatkan Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN untuk Komuniti ASEAN yang Padu dan Responsif” yang telah diadakan di Hanoi, Viet Nam, pada 10 Januari 2020, untuk berkongsi pandangan beliau mengenai keadaan semasa berhubung perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN dengan satu tumpuan terhadap penyertaan ASEAN yang meningkat di dalam Rantaian Nilai Global (GVC).
 
Simposium itu merupakan satu daripada acara rasmi yang pertama bagi ASEAN 2020 sejak Viet Nam memegang jawatan Pengerusi bagi ASEAN; dan dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Viet Nam dengan penyelarasan bersama Kementerian Perindustrian dan Perdagangan, dan Kementerian Perancangan dan Pelaburan. Ia telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang tetamu dan peserta yang termasuk bekas dan penjawat kini pegawai-pegawai peringkat kementerian dari beberapa negara ASEAN, pegawai-pegawai yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Ekonomi (SEOM) dari kesemua 10 buah negara anggota ASEAN, serta perwakilan dan pakar-pakar dari Sekretariat ASEAN dan organisasi serantau dan antarabangsa yang lain. Dengan berlatarbelakangkan bahawa keadaan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN adalah sederhana secara relatif berbanding dengan perkumpulan ekonomi yang lain, dan dengan keyakinan bahawa meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN akan menyumbang kepada merealisasikan keutamaan ASEAN dan sebuah Komuniti ASEAN yang padu dan responsif, simposium itu telah membincangkan tiga jenis isu, iaitu, mengetepikan halangan institusi dan dasar, bergerak maju bersama GVC dan meningkatkan logistik dengan lancar. Ia bertujuan untuk mengemukakan cadangan-cadangan dasar untuk dilaporkan kepada SEOM dan Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN pada 2020 bagi pertimbangan selanjutnya.

SG Fujita telah mengambil bahagian di dalam perbincangan panel bertajuk “ASEAN mengambil bahagian dengan lebih banyak dan bergerak ke hadapan dalam Rantaian Nilai Global.” Dalam ucapannya, beliau telah memberikan satu gambaran umum mengenai GVC di ASEAN; dan berkongsi pandangan beliau dengan merujuk kepada kerja penyelidikan AJC, tentang bagaimana ASEAN dapat turut serta dengan lebih banyak di dalam GVC dan bagaimana ia dapat menggerakkan lagi GVC mereka, berdasarkan kepada data perdagangan nilai ditambah. Beliau menekankan bahawa negara anggota ASEAN harus mengambil bahagian di dalam GVC kerana terdapat perhubungan yang positif di antara penyertaan GVC dan kadar pertumbuhan KDNK per kapita; iaitu jika sesebuah negara menyertai lebih banyak di dalam GVC, negara itu lebih cenderung mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempunyai kadar pertumbuhan KDNK per kapita yang lebih tinggi. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa terdapat juga satu hubungan positif di antara penyertaan GVC dan jumlah pelaburan langsung asing (FDI): iaitu, lebih banyak sebuah negara menerima FDI, negara itu mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai di dalam GVC; dan mengesyorkan negara-negara anggota ASEAN untuk menguatkan dan memperbaiki langkah-langkah mereka untuk menariknya lebih jauh lagi.

Setelah menjelaskan perkara ini, SG Fujita mencadangkan lima mata dasar bagi Negara Anggota ASEAN untuk mendapatkan akses kepada GVC, mendapat manfaat daripada penyertaan GVC dan merealisasikan peluang-peluang untuk menaik taraf di dalam GVC bagi pertumbuhan ekonomi yang seterusnya di rantau itu. Titik dasar itu termasuk (1) Pembenaman GVC di dalam strategi pembangunan keseluruhan dan dasar-dasar pembangunan perindustrian; (2) Membolehkan pertumbuhan GVC dengan mengekalkan sebuah persekitaran perdagangan dan pelaburan yang kondusif dan dengan menyediakan prasyarat infrastruktur; (3) Membina kapasiti produktif di firma-firma tempatan; (4) Mengurangkan risiko yang terlibat di dalam penyertaan GVC, yang memerlukan rangka kerja persekitaran, sosial dan tadbir urus yang kuat; dan (5) Menyelaraskan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan, yang membayangkan pengenalpastian sinergi di antara kedua-dua bidang dasar dan dalam institusi yang berkaitan.

Selepas menyertai simposium itu, beliau menghargai minat mendalam oleh pembuat dasar ASEAN di dalam kajian AJC mengenai GVC. “Saya berharap cadangan-cadangan kami dapat membantu ASEAN untuk meningkatkan penyertaan GVC dan bergerak maju bersama serta meningkatkan GVC mereka, kerana ia merupakan satu pilihan strategik yang penting bagi ASEAN sejak ia bergerak menuju ke arah mencapai Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 dengan ciri-ciri mereka bagi ‘sebuah ekonomi yang bersepadu dan padu’ dan ‘sebuah ASEAN yang kompetitif, inovatif dan dinamik’”, kata beliau.

AJC adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara-Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981, dengan objektif untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.

Laman Web Rasmi bagi Pusat ASEAN-Jepun: https://www.asean.or.jp/en/ 

Kertas-kertas AJC: https://www.asean.or.jp/en/centre-wide/centrewide_en/

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52160169/en

Hubungi

Junko Nukiyama
Pejabat bagi Setiausaha Agung
Pusat ASEAN-Jepun
Tel: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

HOTEL KEIO PLAZA TOKYO MENJADI TUAN RUMAH PAMERAN SENI FESTIVAL ANAK PATUNG KANAK-KANAK PEREMPUAN "HINA-MATSURI"

– 6,800 Peragaan Perhiasan Seni Gantung yang menakjubkan dan Keindahan Bunga-bungaan

TOKYO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), salah sebuah hotel berprestij negara Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara iaitu “Hina-Matsuri Pameran Seni Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan” bagi membantu para tetamu meraikan acara kebudayaan Jepun yang dikenali sebagai Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan atau Hina-Matsuri bermula 1 Februari sehingga 26 Mac, 2020. Acara yang amat popular ini dianjurkan sekali setahun dan memperagakan 6,800 perhiasan seni gantung yang menakjubkan dan penuh seni yang diperbuat menggunakan tangan daripada kain sutera lama. Perhiasan-perhiasan ini dibuat dengan teliti untuk pameran ini dan simboliknya mencerminkan harapan untuk kesihatan dan kegembiraan kanak-kanak.  Bunga pic juga ditampilkan sebagai tema untuk pameran, konsert dan bengkel untuk acara pada tahun ini selaras dengan “Festival Pic” dan kepercayaan bahawa pic memanjangkan usia memandangkan ia menghalau semangat-semangat jahat.

Siaran akhbar ini mempunyai multimedia. Lihat siaran penuh di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200120005118/en/

Karya-karya seni bertemakan bunga akan dipamerkan di aras 3 kawasan Lobi Seni. “Pameran Pasu Bunga Tanpa Bunga” mempamerkan pasu-pasu bunga yang diperbuat daripada lakuer, tembikar, buluh dan bahan-bahan lain menampilkan keindahan istimewa pasu-pasu ini.  Selain itu, pelukis Jepun Masatsugu Ito bakal mempamerkan lukisan-lukisan dinamik bunga sakura atas panel pintu gelangsar tradisional Jepun bagi menunjukkan kepada para tetamu keindahan lukisan Jepun yang elegan.

Penggubah bunga Hiroki Maeno berceramah mengenai maksud dan kegembiraan gubahan bunga Jepun ‘Ikebana”, dua kali sebulan pada hari Rabu. Para tetamu boleh membawa pulang gubahan bunga yang mereka buat bagi meraikan Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan dengan keluarga mereka. Selain itu, item menu istimewa bagi memperingati Festival Anak Patung Kanak-kanak Perempuan Hina-Matsuri ini akan dihidangkan di tujuh buah restoran kami dan ruang istirehat sepanjang bulan Februari dan Mac 2020.

Arkib Siaran Akhbar

Mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu negara Tokyo, merupakan salah satu hotel antarabangsa terkemuka di Jepun.  Hotel kami mempunyai lebih daripada 15 restoran dan bar, dan kami menjadi tuan rumah untuk barisan tetamu tempatan dan luar negara yang mengunjungi kami disebabkan kemudahan-kemudahan, layanan mesra dan perkhidmatan-perhidmatan unik kami yang membolehkan mereka mengalami sendiri budaya Jepun, termasuklah  pengalaman kimono pengantin, upacara teh dan banyak lagi.  Untuk maklumat lanjut mengenai kami, sila lawati laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13001

Saturday, January 18, 2020

KURITA WATER INDUSTRIES MEMENANGI ANUGERAH KETUA PENGARAH AGENSI BAGI SUMBER ASLI DAN TENAGA PADA HADIAH UTAMA PEMULIHARAAN TENAGA 2019 UNTUK PENINGKATAN KECEKAPAN PEMINDAHAN HABA MELALUI TEKNOLOGI PEMELUWAPAN TITISAN

TOKYO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kurita Water Industries Ltd. (TOKYO: 6370) (Ibu Pejabat: Nakano-ku, Tokyo; Presiden: Michiya Kadota; kemudian dari ini “Kurita”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menerima Anugerah Ketua Pengarah Agensi bagi Sumber Asli dan Tenaga dalam kategori Produk dan Model Perniagaan bagi Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga 2019 yang dianjurkan oleh Pusat Pemuliharaan Tenaga, Jepun (dengan disokong oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri). Hadiah itu telah diberikan kerana peningkatan kecekapan pemindahan haba melalui Teknologi Pemeluwapan Titisan Kurita. Ini menandakan kali kedua Kurita telah diiktiraf di dalam Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga, selepas memenangi Anugerah Pengerusi Pusat Pemuliharaan Tenaga bagi teknologi DReeM Polymer™ mereka pada tahun 2017.

Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga itu mengiktiraf inisiatif pemuliharaan tenaga yang menjadi contoh di pihak pengendali dan tapak perniagaan, serta produk dan model perniagaan yang menunjukkan pemuliharaan tenaga yang sangat baik. Usaha itu dianjurkan untuk mengembangkan kesedaran bagi pemuliharaan tenaga di Jepun, menggalakkan penggunaan produk yang menjimatkan tenaga secara meluas, dan membantu membina sebuah masyarakat yang berorientasikan pemuliharaan tenaga. Dalam Hadiah Utama Pemuliharaan Tenaga 2019 sejumlah 52 tema telah dikenal pasti untuk pengiktirafan, dengan Anugerah Ketua Pengarah Agensi bagi Sumber Asli dan Tenaga dalam kategori Produk dan Model Perniagaan diberikan kepada lima penerima.

Di bawah tema yang memenangi anugerah itu, Kurita telah diiktiraf kerana usaha mereka untuk mencapai pemuliharaan tenaga menerusi Teknologi Pemeluwapan Titisan mereka yang baharu dan bagi teknologi yang menjadi dasar. Secara umum, satu lapisan air membentuk pada permukaan logam di penghujung wap bagi penukar haba yang menggunakan wap yang dihasilkan oleh dandang, disebabkan oleh pemeluwapan wap. Walaupun sangat tipis, lapisan air ini secara drastik mengurangkan kecekapan pemindahan haba, sekali gus menghasilkan penggunaan tenaga yang lebih tinggi dan produktiviti yang lebih rendah disebabkan oleh jumlah wap yang lebih tinggi yang perlu digunakan. Teknologi Pemeluwapan Titisan milik Kurita memberikan ciri-ciri tak telap air kepada permukaan logam bagi penukar haba untuk menyingkirkan lapisan air dan meningkatkan kecekapan pemindahan haba. Ini seterusnya menjimatkan tenaga disebabkan oleh jumlah berkurangan bagi wap yang digunakan, dan meningkatkan produktiviti. Lebih-lebih lagi, memandangkan kesannya dihasilkan dengan hanya menambah kimia rawatan air dengan ciri-ciri tak telap air ke barisan wap secara serta merta sebelum sebuah penukar haba, penyelesaian itu boleh digunakan dengan kemudahan pengeluaran yang masih beroperasi.

Kurita pada masa ini sedang menghasilkan penyelesaian dengan menggunakan teknologi ini merentasi pelbagai bidang perniagaan, dan telah mengesahkan kesannya di sebuah kilang kertas, di mana penggunaan wap bagi setiap unit dan pelepasan CO2 telah berkurangan sebanyak 5-10% setahun secara purata. Kesan pemuliharaan tenaga itu boleh dipertingkatkan lagi dengan kawalan di dalam gabungan dengan teknologi IT dan penderiaan. Melangkah ke hadapan, Kurita mengeluarkan penyelesaian ini sebagai satu perniagaan berasaskan kontrak di mana ia berkongsi manfaat untuk pengeluaran peralatan seperti penggunaan tenaga yang berkurangan dan volum pengeluaran yang lebih tinggi dengan pelanggan.

Di bawah Rancangan Pengurusan Jangka Sederhana MVP-22, Kurita melihat “menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan sumber air” dan “merealisasikan penggunaan tenaga lestari” sebagai isu-isu sosial yang perlu ditangani secara satu keutamaan, dan memberi tumpuan kepada mewujudkan nilai bersama dengan masyarakat. Dengan perhatian yang mendalam tentang bagaimana penggunaan tenaga boleh dioptimumkan di dalam industri, Kumpulan Kurita berhasrat untuk menyampaikan peningkatan kecekapan terma secara meluas di kilang-kilang, dan akan terus bekerja dengan pelanggan dalam usaha untuk menggunakan tenaga yang mapan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12998

VIABTC MEMILIKI SAHAM TERBESAR DALAM BSV MINING, MENYOKONG "PERTUKARAN SATU KLIK" DAN MENAWARKAN 0 KADAR DAN PERKONGSIAN GANJARAN BSV MINING

SINGAPURA, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menurut CoinEx, BSV melonjak 321% dalam tempoh masa satu minggu. Pasaran itu menjangkakan bahawa BSV akan mengetuai trend pemisahan kepada separuh pada tahun 2020, dengan melonjakkan nilai bagi token-token lain yang terlibat dalam pemisahan kepada separuh itu.

Sehingga 15 Januari 2020, berdasarkan kepada data 15 Jan oleh miningpoolstats (https://miningpoolstats.stream/), BSV ViaBTC yang paling tinggi mencapai 717.52PH/s, iaitu mencakupi 54.8% daripada kadar hash iaitu ukuran bagi prestasi pelombong bagi keseluruhan rangkaian BSV, dan sejumlah 40,000 syiling BSV telah dilombong, menjadikannya kelompok perlombongan dengan kadar hash yang paling tinggi.

Menurut laman web rasmi ViaBTC, pulangan bagi setiap T adalah kira-kira 2.08 yuan/hari, angka paling tinggi adalah 106% lebih tinggi daripada kadar pulangan di BTC dan lebih tinggi kira-kira 59.2% berbanding pada BCH. ViaBTC telah mengumumkan bahawa pengguna boleh menukar kadar hash BSV dengan hanya “Satu Klik”. Dalam satu bulan dari 15 Januari, pengguna boleh menikmati 0 kadar dalam perlombongan BSV; ViaBTC juga dijangka melancarkan aktiviti perkongsian ganjaran perlombongan BSV baru-baru ini.

Untuk butiran lanjut, sila beri perhatian kepada pengumuman rasmi ViaBTC yang terkini, Untuk butiran,  Klik di sini>>>

ViaBTC telah mengumumkan bahawa pengguna boleh menukar kadar hash BSV, BCH dan BTC itu dengan hanya “Satu Klik”

Maklumat mengenai ViaBTC

Sebagai sebuah perlombongan mata wang digital yang komprehensif yang memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia, ViaBTC telah disokong secara kewangan oleh Bitmain. Lebih-lebih lagi, Ketua Pegawai Eksekutif Yang Haipo secara bersendirian telah melengkapkan semua pergerakan dan pembangunan bagi perlombongan ViaBTC, dan mempelopori model pengedaran PPS + pendapatan; Sejak pelancaran mereka, perlombongan itu telah beroperasi secara normal untuk 99.99% daripada masa itu, dengan kadar blok orphan yang paling rendah. Prestasi hebat seperti itu telah menjadikan ViaBTC sebagai satu daripada 5 perlombongan utama di dunia. Setakat ini, kelompok perlombongan ViaBTC itu telah menyediakan perkhidmatan perlombongan mata wang digital yang profesional, cekap, selamat dan stabil kepada hampir satu juta pengguna di lebih 130 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan nilai pasaran bagi perlombongan terkumpul hingga berbilion dolar.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12995

Friday, January 17, 2020

KAJIAN KESIHATAN DIGITAL:ESTONIA MENDAHULUI DENMARK SEBAGAI JUARA EKESIHATAN EROPAH

KAJIAN KESIHATAN DIGITAL:ESTONIA MENDAHULUI DENMARK SEBAGAI JUARA EKESIHATAN EROPAH

LHDNM BELAJAR DARIPADA ORANG KANAN TENCENT

GEORGETOWN, 15 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menjemput Encik Lau Seng Yee atau SY LAU yang merupakan Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent merangkap Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad ke Persidangan Pengarah-Pengarah LHDNM Bilangan 1/2020 untuk sesi perkongsian ilmu pada 14 Januari 2020 di Hotel The Wembley, Pulau Pinang.

SY Lau yang merupakan rakyat Malaysia yang pertama menerima anugerah ‘Global Media Person of The Year’ oleh Cannes Lions pada tahun 2015 telah dijemput berkongsi pengalaman serta kejayaan dalam penggunaan teknologi untuk kebaikan dan kelestarian manusia sejagat. Tencent adalah sebuah syarikat teknologi gergasi yang bertempat di China yang telah memperkenalkan aplikasi media sosial iaitu WeChat. Beliau juga aktif menyampaikan ceramah dalam forum-forum antarabangsa seperti PBB, UNESCO, Forum IMF dan pelbagai lagi.

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Sri Dr Sabin Bin Samitah, barisan pengurusan atasan LHDNM dan 240 orang pengarah dari seluruh Malaysia. Pengarah Jabatan Khidmat Korporat, Encik Hishamudin Mohamed telah bertindak sebagai moderator dalam program tersebut.

Antara perkongsian utama dalam sesi tersebut adalah pengurusan bakat, penekanan kepada digitalisasi dalam proses kerja dan kepentingan integriti dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Perkongsian topik ini adalah selaras dengan hasrat LHDNM dalam memastikan mutu perkhidmatan percukaian yang diberikan kepada rakyat adalah yang terbaik.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Dikeluarkan Oleh:

Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

  
Tarikh: 15 Januari 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tuesday, January 14, 2020

TOMMY HILFIGER MENGUMUMKAN FINALIS USAHAWAN SOSIAL CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY HILFIGER

AMSTERDAM, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan enam finalis di dalam Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger 2019. Kini dalam tahun kedua mereka, program global itu bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan keusahawanan dan meningkat naik membangunkan penyelesaian yang menggalakkan perubahan inklusif dan positif di dalam fesyen. Pemilihan finalis adalah satu langkah yang seterusnya di dalam perjalanan untuk mengenal pasti dan memperjuangkan peluang-peluang inovatif yang menyokong kemajuan bagi industri itu. Pada 13 Februari, 2020, enam finalis itu akan melawat Campus of the Future Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda, untuk mengetengahkan konsep perniagaan mereka kepada barisan juri yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin perniagaan dan kemapanan dalaman dan luaran pada Acara Akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200112005011/en/

“Adalah suatu inspirasi untuk melihat edisi kedua bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger menarik minat begitu banyak pemohon yang berusaha ke arah sebuah landskap fesyen yang lebih inklusif dan mapan,” kata Tommy Hilfiger. “Kami adalah komited untuk memperjuangkan penyelesaian yang gemilang dan berinovatif kepada beberapa cabaran besar bagi industri kami, dan saya tidak sabar untuk kembali sebagai seorang juri untuk mengiktiraf usahawan untuk tahun ini. Sikap optimis dan komitmen mereka yang dikongsi bersama kepada satu masa depan yang positif harus memberikan inspirasi kepada kita semua dalam impak yang boleh kita lakukan bersama.”

Sepanjang proses pelbagai langkah selama empat bulan, lebih 420 pemohon telah dikurangkan kepada enam peserta finalis yang telah dijemput untuk membangun dan memperhaluskan rancangan perniagaan mereka dengan sokongan sebuah pasukan berdedikasi yang terdiri daripada pakar-pakar usahawan sosial di Campus of the Future. Finalis itu termasuk:

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Bangladesh, Apon Wellbeing, membuka kedai-kedai harga wajar yang membawa keperluan harian di dalam kilang-kilang, dengan produk yang ditawarkan pada diskaun 10% berbanding  harga luaran dan sebuah skim mata yang dikumpulkan oleh pekerja untuk mendapatkan insurans kesihatan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma.

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Amerika, Stony Creek Colors, menawarkan tanaman mapan indigo asli untuk petani tembakau bersaiz kecil dan sederhana yang menghadapi risiko kehilangan pendapatan mereka akibat daripada kejatuhan jualan tembakau. Tanaman kontan itu yang disediakan oleh Stony Creek Colors membolehkan petani untuk mengekalkan kehidupan mereka.

• Syarikat permulaan Belanda, A Beautiful Mess, menjalankan sebuah ruang kreatif untuk membantu pelarian dalam merealisasikan kebebasan sosial dan ekonomi dengan mewujudkan produk-produk pakaian yang mapan.

• Syarikat permulaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat Lab 141 mencipta kumpulan-kumpulan kecil pakaian yang dibuat mengikut potongan badan dengan menggunakan percetakan 3D. Melalui kaedah-kaedah ini, Lab 141 mempromosi dan menghidupkan konsep bagi fesyen “tanpa saiz.”

• Syarikat pakaian tidur yang meningkat naik di India Sudara mengembangkan kemahiran profesional dan jahitan pada wanita yang telah melarikan diri atau menghadapi risiko tinggi untuk pemerdagangan seks.

• Berasal dari Perancis, syarikat yang meningkat naik Constant & Zoe mencipta pakaian yang fungsi dan bergaya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak kurang upaya.


Barisan juri berprestij yang mengawasi acara akhir itu termasuk:

• Encik Tommy Hilfiger

• Ankiti Bose, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Zilingo

• Noor Tagouri, Wartawan, Aktivis dan Penceramah

• Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Martijn Hagman, Ketua Pegawai Kewangan, Tommy Hilfiger Global & Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Willemijn Verloop, Rakan Pengasas, Social Impact Venture

• Steven Serneels, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah, EVPA

• Katrin Ley, Pengarah Urusan, Fashion for Good

Juri itu akan menganugerahkan €150,000 di antara dua pemenang untuk membiayai kemajuan bagi cadangan perniagaan mereka. Pemenang-pemenang itu akan juga menerima bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar global Tommy Hilfiger dan INSEAD, serta sebuah tempat di dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP). Tambahan €10,000 akan diberikan kepada pasukan finalis yang memenangi “Undi Kegemaran Penonton.”

Visi Tommy Hilfiger adalah untuk mewujudkan fesyen yang membuka minda dan menutup gelung. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha kemapanan jangka panjang jenama itu, terutamanya di dalam aspek keterangkuman dan bulatan, di: https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-sustainability.

Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu adalah dijemput untuk menyertai di dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger, #FashionFrontierChallenge, #MakeNewPossible dan @TommyHilfiger.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12989

Saturday, January 11, 2020

SEBUAH PANGKALAN LIPUTAN MEDIA UNTUK SUKAN TOKYO 2020 PUSAT MEDIA TOKYO KINI MENERIMA PERMOHONAN KAD AKREDITASI

— Konsep itu Telah Diputuskan! "Sambungkan di Tokyo" —

TOKYO, Jepun, 10 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat Media Tokyo (TMC) adalah sebuah kemudahan yang diwujudkan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo bagi berkhidmat sebagai sebuah pangkalan liputan media untuk media dalam negeri dan antarabangsa semasa Sukan Tokyo 2020. Sehingga hari ini, ia kini menerima permohonan kad akreditasi melalui laman web rasmi TMC. Dengan mendapatkan sebuah kad akreditasi, anda boleh menggunakan ruang kerja di TMC dan kemudahan lain semasa Sukan itu, serta menggunakan perkhidmatannya, termasuk persidangan media dan lawatan media.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200109005899/en/

Bersama dengan berita ini, TMC telah mengumumkan konsep rasmi mereka “Sambungkan di Tokyo” serta menerbitkan satu perutusan dari Gabenor Koike di laman web rasmi mereka.
Malah media yang tidak mempunyai akreditasi untuk Sukan Tokyo 2020 boleh menggunakan perkhidmatan TMC itu. Sila lawati liputan media dan pangkalan pengumpulan maklumat ini semasa Sukan itu berlangsung!

• Laman Web Rasmi

Sila layari laman web rasmi atau imbas kod QR untuk memohon bagi sebuah kad akreditasi.
URL: https://tokyo.mediacenter.jp/
* Anda mesti mempunyai sebuah akaun berdaftar di laman web rasmi itu untuk memohon bagi sebuah kad akreditasi.

• Perkhidmatan yang Disediakan

Di dalam kemudahan itu

- Ruang kerja, bilik mesyuarat, dan bilik temu duga
Beberapa ruang mungkin perlu dirizabkan.
- Sambungan internet percuma (berkabel dan Wi-Fi)
- Perkhidmatan tetamu
- Persidangan media dan taklimat
- Kit Media

Lain-lain

- Khidmat sokongan untuk penggambaran di sekitar Tokyo
- Lawatan media
- Artikel eksklusif di laman web TMC dan lain-lain

* Senarai ini bagi perkhidmatan yang disediakan akan terus menerus dikemas kini. Butiran lanjut akan diumumkan kepada anggota-anggota yang bertauliah pada kemudian hari.

• Lokasi

Tokyo Sports Square 2-3F (Alamat: 3-8-3, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo)
- 1 minit berjalan kaki dari Stesen JR/ Tokyo Metro Yurakuchō
- Berdekatan dengan Stesen Tokyo, satu daripada hab pengangkutan utama di bandar raya itu
- Sebuah lokasi yang sangat sesuai untuk membuat liputan Sukan itu

• Jadual Kemudahan yang Dirancang

Jumaat, 10 Julai  – Khamis, 23 Julai, 2020: dari 9:00 pagi hingga 9:00 malam
Jumaat, 24 Julai – Isnin, 10 Ogos, 2020: dibuka 24 jam
Selasa, 11 Ogos – Sabtu, 22 Ogos, 2020: ditutup
Ahad, 13 Ogos – Isnin, 7 September, 2020: dibuka 24 jam

• Perutusan dari Koike Yuriko, Gabenor Tokyo

Anda boleh melihat perutusan itu dari Gabenor Koike di laman web di bawah.
Laman Web Rasmi Pusat Media Tokyo
https://tokyo.mediacenter.jp/about/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12987

Thursday, January 9, 2020

PVH CORP. MENAMAKAN TOM CHU SEBAGAI PRESIDEN SERANTAU, PVH ASIA PASIFIK

NEW YORK, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. (NYSE: PVH), satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia dan pemilik jenama-jenama ikonik, termasuk CALVIN KLEIN dan TOMMY HILFIGER, hari ini mengumumkan bahawa Tom Chu akan menjadi Presiden Serantau bagi PVH Asia Pasifik, berkuat kuasa pada 1 Februari, 2020.

Chu sebelum ini telah berkhidmat sebagai Presiden, PVH Jepun. Dalam peranan baharu beliau, beliau akan melapor kepada Stefan Larsson, Presiden PVH.

“Keupayaan pengurusan Tom yang kukuh dan rekod prestasi yang konsisten akan meletakkan PVH pada kedudukan yang lebih baik untuk meneruskan pengembangan kami di Asia. Ketika kami bergerak ke hadapan, kami memberi tumpuan kepada memanfaatkan kekuatan jenama kami, terus menawan hati pengguna dan menyampaikan pertumbuhan keuntungan yang mapan di satu daripada wilayah kami yang paling pesat berkembang,” kata Larsson.

Frank Cancelloni, yang sebelum ini merupakan Presiden Serantau, PVH Asia Pasifik, akan meninggalkan PVH pada akhir Mac 2020 untuk memburu peluang-peluang baharu.

“Bagi pihak PVH, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Frank di atas sumbangan beliau dalam memimpin perniagaan kami di Asia Pasifik selama enam tahun yang lalu. Dalam peranan beliau, Frank telah mengetuai pertumbuhan dan pengembangan operasi jenama kami yang signifikan di rantau itu,” kata Larsson.

Chu telah bersama PVH selama lebih enam tahun. Bersama dengan pasukan beliau, beliau telah mengembalikan TOMMY HILFIGER kepada status jenama premium dan perniagaan mereka kepada keberuntungan di Jepun, dan melancarkan semula produk CALVIN KLEIN JEANS ke pasaran itu. Tumpuan jenama, produk dan pengguna beliau, kepintaran dalam perniagaan yang kukuh dan pengalaman Asia akan meningkatkan potensi pertumbuhan jangka panjang PVH.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH adalah satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio jenama kami termasuk jenama ikonik CALVIN KLEINTOMMY HILFIGERVan HeusenIZODARROWSpeedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa Kami. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

Ikuti kami di TwitterInstagramFacebook dan LinkedIn.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat masa hadapan Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) rancangan, strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar daripada aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; (iii) tahap penjualan bagi pakaian, kasut dan produk berkaitan bagi Syarikat itu, baik kepada pelanggan borong dan di gedung jualan mereka, tahap penjualan bagi pemegang lesen Syarikat itu di peringkat borong dan runcit, dan sejauh mana diskaun dan harga promosi di mana Syarikat itu dan pemegang lesen mereka dan rakan perniagaan yang lain dikehendaki untuk terlibat, kesemuanya boleh dipengaruhi oleh keadaan cuaca, perubahan dalam ekonomi, harga bahan api, pengurangan dalam perjalanan, trend fesyen, penyatuan, peletakan semula dan kebankrapan di dalam industri runcit, dan faktor lain; (iv) keupayaan Syarikat itu untuk menguruskan pertumbuhan dan inventori mereka, termasuk keupayaan Syarikat untuk merealisasikan faedah daripada pengambilalihan; (v) sekatan kuota, pengenaan bagi kawalan perlindungan dan pengenaan bagi duti atau tarif ke atas barang dari negara-negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya menghasilkan barangan di bawah tanda dagangan mereka, yang mana antara lain, dapat membatasi keupayaan untuk menghasilkan produk di negara-negara yang kos efektif, atau di negara-negara yang mempunyai kepakaran buruh dan teknikal yang diperlukan; (vi) ketersediaan dan kos bagi bahan mentah; (vii) keupayaan Syarikat itu untuk menyesuaikan dengan tepat masa kepada perubahan dalam peraturan perdagangan dan penghijrahan dan pembangunan pengeluar (yang boleh menjejaskan di mana produk-produk Syarikat itu boleh dihasilkan dengan terbaiknya); (viii) perubahan di dalam ketersediaan kapasiti kilang dan penghantaran, kenaikan kadar upah dan kos penghantaran, konflik sivil, peperangan atau tindakan pengganas, ancaman oleh apa-apa ketidakstabilan yang sebelum ini, atau politik atau tenaga kerja di mana-mana negara di mana Syarikat itu atau pemegang lesennya atau produk rakan perniagaan lain dijual, dihasilkan atau dirancang untuk dijual atau dihasilkan; (ix) wabak penyakit dan kebimbangan berkaitan kesihatan, yang boleh mengakibatkan kilang ditutup, mengurangkan tenaga kerja, kekurangan bahan mentah dan mengawal rapi atau sekatan barangan yang dihasilkan di kawasan yang dijangkiti, serta mengurangkan trafik dan pembelian pengguna, kerana pengguna menjadi sakit atau membatasi atau menghentikan pembelian untuk mengelakkan pendedahan; (x) pemerolehan dan penyahlaburan dan isu-isu yang timbul daripada pengambilalihan, penyahlaburan dan urus niaga yang dicadangkan, termasuk, tanpa had, keupayaan untuk mengintegrasikan sesebuah entiti atau perniagaan yang diperolehi ke dalam Syarikat itu tanpa kesan buruk yang besar ke atas entiti yang diambil alih, perniagaan yang diperolehi atau operasi Syarikat yang sedia ada, hubungan pekerja, hubungan vendor, hubungan pelanggan atau prestasi kewangan, dan keupayaan untuk beroperasi dengan berkesan dan menguntungkan bagi perniagaan Syarikat itu secara berterusan selepas penjualan atau pelupusan lain bagi sesebuah anak syarikat, perniagaan atau asetnya; (xi) kegagalan oleh pemegang lesen Syarikat itu untuk memasarkan produk berlesen dengan jayanya atau untuk mengekalkan nilai jenama-jenama Syarikat itu, atau penyalahgunaan bagi jenama Syarikat itu; (xii) turun naik yang ketara bagi dolar Amerika Syarikat berbanding dengan mata wang asing di mana Syarikat itu menjalankan urus niaga yang signifikan; (xiii) kesan kepada undang-undang dan peraturan cukai baharu dan disemak semula; dan (xiv) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”).

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200108005788/en/

Hubungi

PVH Corp.
Dana Perlman
Bendahari, Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Pelabur
(212) 381-3502
danaperlman@pvh.com

Sumber : PVH Corp.