Tuesday, January 14, 2020

TOMMY HILFIGER MENGUMUMKAN FINALIS USAHAWAN SOSIAL CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY HILFIGER

AMSTERDAM, 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan enam finalis di dalam Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger 2019. Kini dalam tahun kedua mereka, program global itu bertujuan untuk menyokong syarikat permulaan keusahawanan dan meningkat naik membangunkan penyelesaian yang menggalakkan perubahan inklusif dan positif di dalam fesyen. Pemilihan finalis adalah satu langkah yang seterusnya di dalam perjalanan untuk mengenal pasti dan memperjuangkan peluang-peluang inovatif yang menyokong kemajuan bagi industri itu. Pada 13 Februari, 2020, enam finalis itu akan melawat Campus of the Future Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda, untuk mengetengahkan konsep perniagaan mereka kepada barisan juri yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin perniagaan dan kemapanan dalaman dan luaran pada Acara Akhir Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200112005011/en/

“Adalah suatu inspirasi untuk melihat edisi kedua bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger menarik minat begitu banyak pemohon yang berusaha ke arah sebuah landskap fesyen yang lebih inklusif dan mapan,” kata Tommy Hilfiger. “Kami adalah komited untuk memperjuangkan penyelesaian yang gemilang dan berinovatif kepada beberapa cabaran besar bagi industri kami, dan saya tidak sabar untuk kembali sebagai seorang juri untuk mengiktiraf usahawan untuk tahun ini. Sikap optimis dan komitmen mereka yang dikongsi bersama kepada satu masa depan yang positif harus memberikan inspirasi kepada kita semua dalam impak yang boleh kita lakukan bersama.”

Sepanjang proses pelbagai langkah selama empat bulan, lebih 420 pemohon telah dikurangkan kepada enam peserta finalis yang telah dijemput untuk membangun dan memperhaluskan rancangan perniagaan mereka dengan sokongan sebuah pasukan berdedikasi yang terdiri daripada pakar-pakar usahawan sosial di Campus of the Future. Finalis itu termasuk:

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Bangladesh, Apon Wellbeing, membuka kedai-kedai harga wajar yang membawa keperluan harian di dalam kilang-kilang, dengan produk yang ditawarkan pada diskaun 10% berbanding  harga luaran dan sebuah skim mata yang dikumpulkan oleh pekerja untuk mendapatkan insurans kesihatan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma.

• Sebuah perniagaan yang berkembang yang berpangkalan di Amerika, Stony Creek Colors, menawarkan tanaman mapan indigo asli untuk petani tembakau bersaiz kecil dan sederhana yang menghadapi risiko kehilangan pendapatan mereka akibat daripada kejatuhan jualan tembakau. Tanaman kontan itu yang disediakan oleh Stony Creek Colors membolehkan petani untuk mengekalkan kehidupan mereka.

• Syarikat permulaan Belanda, A Beautiful Mess, menjalankan sebuah ruang kreatif untuk membantu pelarian dalam merealisasikan kebebasan sosial dan ekonomi dengan mewujudkan produk-produk pakaian yang mapan.

• Syarikat permulaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat Lab 141 mencipta kumpulan-kumpulan kecil pakaian yang dibuat mengikut potongan badan dengan menggunakan percetakan 3D. Melalui kaedah-kaedah ini, Lab 141 mempromosi dan menghidupkan konsep bagi fesyen “tanpa saiz.”

• Syarikat pakaian tidur yang meningkat naik di India Sudara mengembangkan kemahiran profesional dan jahitan pada wanita yang telah melarikan diri atau menghadapi risiko tinggi untuk pemerdagangan seks.

• Berasal dari Perancis, syarikat yang meningkat naik Constant & Zoe mencipta pakaian yang fungsi dan bergaya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak kurang upaya.


Barisan juri berprestij yang mengawasi acara akhir itu termasuk:

• Encik Tommy Hilfiger

• Ankiti Bose, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Zilingo

• Noor Tagouri, Wartawan, Aktivis dan Penceramah

• Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Martijn Hagman, Ketua Pegawai Kewangan, Tommy Hilfiger Global & Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah

• Willemijn Verloop, Rakan Pengasas, Social Impact Venture

• Steven Serneels, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah, EVPA

• Katrin Ley, Pengarah Urusan, Fashion for Good

Juri itu akan menganugerahkan €150,000 di antara dua pemenang untuk membiayai kemajuan bagi cadangan perniagaan mereka. Pemenang-pemenang itu akan juga menerima bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar global Tommy Hilfiger dan INSEAD, serta sebuah tempat di dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP). Tambahan €10,000 akan diberikan kepada pasukan finalis yang memenangi “Undi Kegemaran Penonton.”

Visi Tommy Hilfiger adalah untuk mewujudkan fesyen yang membuka minda dan menutup gelung. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha kemapanan jangka panjang jenama itu, terutamanya di dalam aspek keterangkuman dan bulatan, di: https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-sustainability.

Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu adalah dijemput untuk menyertai di dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger, #FashionFrontierChallenge, #MakeNewPossible dan @TommyHilfiger.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12989

No comments:

Post a Comment