Tuesday, October 31, 2017

SYARIKAT BARANGAN PENGGUNA EDAR CEPAT PT. KINO INDONESIA TBK. MEMILIH PENYELESAIAN INVENTORI AWAN™ DSI UNTUK MENCAPAI KEBOLEHLIHATAN INVENTORI MERENTASI RANTAIAN BEKALAN MEREKA YANG DIPERLUASKAN

BANDAR RAYA KANSAS, Mo. & SINGAPURA, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DSI hari ini mengumumkan bahawa PT. Kino Indonesia Tbk. telah memilih penyelesaian Inventori Awan™ DSI  untuk menguruskan operasi pengedaran rantaian bekalan syarikat mereka yang kompleks.

PT. Kino Indonesia Tbk. (selepas ini: Kino) adalah satu daripada syarikat barangan pengguna edar cepat (FMCG) terbaik yang diperakui di Indonesia yang meliputi 19 jenama dalam 16 kategori produk termasuk penjagaan kulit, makanan & minuman dan farmasi. Selepas hampir dua dekad di dalam perniagaan, produk Kino banyak terdapat di pengedar-pengedar besar, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, kedai kosmetik dan kedai tradisional di seluruh kepulauan Indonesia. Untuk menyokong satu rangkaian pengedaran dan kedai runcit yang luas, Kino memerlukan sebuah penyelesaian pengurusan inventori yang terbukti untuk menyokong rantaian bekalan mereka yang diperluaskan.

Dengan kedai-kedai runcit di seluruh Indonesia, pelbagai lokasi pengedaran dan beratus-ratus van penghantaran, Kino mengenal pasti pengurusan inventori perusahaan sebagai tumpuan mereka yang paling utama. Sebelum penyelesaian DSI, Kino menggunakan operasi dalaman. Dengan menggunakan Inventori Awan DSI, Kino akan mendapat manfaat daripada kelajuan dan daya pengeluaran yang lebih baik, kebolehlihatan dan ketepatan inventori merentasi rangkaian rantaian bekalan mereka, dan pada masa yang sama mengurangkan pelaburan modal pendahuluan.

"Bergerak dari operasi dalaman dan kepada awan dengan Inventori Awan DSI akan membolehkan kami untuk mendapatkan suatu pandangan secara tepat masa bagi rangkaian rantaian bekalan kami yang diperluaskan, meningkatkan tindak balas kami dan kelajuan ke pasaran, dan akhirnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna kami. Dengan satu pendekatan berasaskan SaaS, kami akan mengurangkan pelaburan modal pendahuluan kami, dan apabila digabungkan dengan penjimatan kos operasi, ia akan menyelaraskan operasi kami," kata Likson Chandra, Naib Presiden Pengarah, PT. Kino Indonesia Tbk. "Oleh kerana DSI akan diintegrasikan ke dalam sistem SAP dan legasi kami, kami akan melihat kebolehlihatan rantaian bekalan bersepadu dan tepat masa merentasi ke seluruh rangkaian kami."

Mark Goode, Ketua Pegawai Hasil, DSI, berkata, "Pada masa lalu, kami telah melihat cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat di rantau ini untuk mengintegrasikan dengan rangkaian rantaian bekalan mereka, terutamanya apabila terlibat dengan pengedar luar. Platform Inventori Awan kami akan membolehkan perusahaan untuk mengintegrasikan pelbagai entiti rantaian bekalan, mendapatkan wawasan yang berharga dalam kebolehlihatan rantaian bekalan hujung-ke-akhir, dan dengan itu membantu mereka menguruskan perancangan dan pelaksanaan jualan dan operasi. Misi DSI adalah untuk memastikan pelanggan kami berjaya kerana ia berkaitan dengan semua perkara inventori di dalam ekonomi digital. Kami sentiasa menyedari bahawa aplikasi mudah alih pertama adalah kunci kepada pelaksanaan rantaian bekalan digital. Pelanggan kami merealisasikan bahawa pengalaman pengguna adalah penting dalam membangunkan sebuah strategi rantaian bekalan digital."

Maklumat mengenai PT. Kino Indonesia Tbk.

PT. Kino Indonesia Tbk. adalah sebuah syarikat tempatan terkemuka di Indonesia yang menghasilkan barangan pengguna (Barangan Pengguna Edar Cepat – FMCG). Kumpulan Kino, yang ditubuhkan sejak tahun 1991, menghasilkan lebih daripada 4600 SKU yang terdiri daripada kelengkapan dandanan, isi rumah dan penjagaan peribadi, dan minuman. Ia mengendalikan tujuh kilang, 31 cawangan dan lebih 200 pengedar, yang memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 1.1 juta kedai langsung & tidak langsung di seluruh Indonesia

Maklumat mengenai DSI

DSI adalah syarikat Platform Rantaian Bekalan Digital™ yang mewujudkan penyelesaian rantaian bekalan mudah alih dan awan untuk ekonomi digital. Layari www.dsiglobal.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungi
DSI
William Chaylis, + 65 6549 7067
Naib Presiden Serantau, Asia Tenggara
William.Chaylis@dsiglobal.com

Sumber: DSI

TOSHIBA ELECTRONIC DEVICES & STORAGE CORPORATION LANCAR IC PEMACU BRUSHED MOTOR PELETAKAN PERMUKAAN BAHARU

Menyokong pemacu bervoltan tinggi dan arus besar untuk pembersih vakum robot kegunaan di  rumah dan mesin pencetak.

TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation telah memperluaskan barisan pemacu brushed motor peletakan permukaan kecil mereka dengan penambahan "TB67H420FTG," yang menyokong pemacu bervoltan tinggi, arus besar untuk pembersih vakum robot kegunaan di rumah, mesin pencetak dan peralatan pejabat yang lain. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Sebuah pemacu berkuasa tinggi adalah satu keperluan asas untuk motor yang digunakan di dalam mesin pencetak dan peralatan pejabat yang lain, terminal perbankan, pendispens tunai, dan peralatan rumah yang memerlukan pemanduan tork yang tinggi. Kerana skop penggunaan meningkat, begitu juga permintaan untuk pengecilan dan peranti yang menjimatkan ruang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10540

NTT COM AKAN MEMBINA KABEL DASAR LAUT OPTIK YANG MENYAMBUNGKAN JEPUN, AMERIKA SYARIKAT DAN FILIPINA DENGAN KAPASITI BESAR DAN KEPENDAMAN RENDAH

Untuk bersesuaian dengan sistem penghantaran multipleks bahagian jarak gelombang optik 400Gbps sebagai kabel dasar laut terpantas di antara Jepun dan Amerika Syarikat.

TOKYO, 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa sebagai sebahagian daripada sebuah konsortium yang terdiri daripada SoftBank, Facebook, Amazon, PLDT dan PCCW Global, ia telah menandatangani satu perjanjian pada 27 Oktober untuk mengambil bahagian di dalam pembinaan dan penyelenggaraan kabel dasar laut optik berkependaman rendah dan berkapasiti besar JUPITER di antara Asia dan Amerika Syarikat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10537

PEMIMPIN DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS MELABUR DI DALAM INOVASI SIMEN DAN KONKRIT YANG MAMPAN OLEH SOLIDIA TECHNOLOGIES

Pelaburan akan membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan membawa teknologi ke pasaran

PISCATAWAY, N.J., 30 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Solidia Technologies® hari ini mengumumkan bahawa OGCI Climate Investments telah membuat satu pelaburan di dalam syarikat itu untuk menyokong penggunaan teknologi simen dan konkrit Solidia yang dipatenkan yang menggunakan CO2.

Inisiatif Iklim Minyak dan Gas (OGCI) itu adalah sebuah inisiatif yang diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari 10 buah syarikat minyak dan gas yang bekerjasama dalam tindakan untuk menerajui tindak balas industri terhadap perubahan iklim. Pelaburan Iklim OGCI, cabang pelaburan mereka yang bernilai berbilion dolar, menyokong pembangunan, penggunaan dan peningkatan teknologi baharu itu yang akan mengurangkan dengan ketara pelepasan gas rumah hijau.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10536

SEORANG UTUSAN KHAS KEMANUSIAAN YANG BAHARU UNTUK MENYOKONG PELARIAN DI SELURUH DUNIA

TBHF telah memberikan lebih 647,000 penerima di 10 buah negara dengan bantuan kesihatan, pendidikan dan kecemasan

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu langkah penting untuk meningkatkan operasi bantuan yang berterusan untuk menyelamatkan nyawa mereka, Yayasan The Big Heart (TBHF), satu daripada organisasi kemanusiaan yang terkemuka di dunia yang berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah melantik Sheikh Sultan bin Ahmed Al Qasimi, Pengerusi bagi Majlis Media Sharjah, sebagai Utusan Khas Kemanusiaan mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10542


Monday, October 30, 2017

DUA TOKOH INDUSTRI PUSAT DATA DILANTIK UNTUK MENGETUAI PANEL PENGHAKIMAN BAGI DATACLOUD ASIA 2018

Kategori-kategori Anugerah Datacloud Asia 2018 akan Mempamerkan Perkhidmatan Pusat Data, Tenaga, Inovasi dan Terpenting

LONDON & SINGAPURA, 27 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dua eksekutif pusat data yang dihormati telah dilantik untuk mengetuai panel penghakiman bagi anugerah Datacloud Asia 2018. Joshua Au, Ketua, Pusat Data A*Star menyertai sebagai Pengerusi dan Billy Lee Kok Chi, Penasihat dan bekas Pengerusi Pengasas bagi Persatuan Pusat Data Malaysia sebagai Naib Pengerusi.

Dengan panel Hakim yang dilanjutkan, Anugerah Datacloud Asia untuk 2018 bertujuan untuk menjadi relevan di peringkat global dan memberikan pengiktirafan kepada syarikat dan orang yang paling berinovatif di dalam sektor itu. Upacara penyerahan anugerah, yang termasuk makan malam gala, akan diadakan pada malam 22 Mac di Hotel Capella yang berprestij di Singapura.

"Saya amat berbesar hati untuk menerima jawatan pengerusi, dan tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan panel hakim-hakim yang terhormat untuk memberi penghormatan kepada kecemerlangan dan inovasi yang ditunjukkan di dalam industri pusat data," kata Joshua Au, Pengerusi Anugerah Datacloud Asia 2018.

Naib Pengerusi Billy Lee menyuarakan sentimen yang sama, "Saya sangat gembira kerana terlibat di dalam satu daripada anugerah yang paling berprestij di dalam kalender anugerah IT Asia, yang dianggap setaraf dengan Oskar di dalam pusat data dan ruang awan. Terdapat peluang untuk belajar daripada pemimpin-pemimpin industri di Asia yang sedang membentuk ekonomi digital."

Pencalonan bagi anugerah itu ditutup pada 10 Februari 2018.

Dengan mengekalkan format yang disegarkan semula, Hakim-hakim akan menganugerahkan Anugerah-anugerah Pusat Data dan Kepimpinan Awan, dipilih daripada pencalonan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat dalam mana-mana kategori lain.

Semua kategori dibuka kepada kemudahan milik perusahaan atau pihak ketiga, menyediakan perkhidmatan awan, pakar-pakar tenaga dan orang perseorangan yang terlibat di dalam pusat data dan sektor awan.

Anugerah itu akan juga menyerlahkan Lokasi pusat data sebuah ruang yang sangat kompetitif di pasaran hari ini. Banyak agensi di seluruh Asia bersaing bukan sahaja di antara satu sama lain, tetapi juga di peringkat antarabangsa dan anugerah itu akan menandakan perbezaan industri.

Hakim-hakim itu juga ingin membawa perhatian khusus kepada penyedia perkhidmatan yang akan datang di dalam semua kategori industri. 

Saturday, October 28, 2017

ABIOMED MENGUMUMKAN HASIL S2 BT 2018 BERJUMLAH $132.8 JUTA, PENINGKATAN 29% DAN REKOD PENGGUNAAN PESAKIT A.S. MENINGKAT SEBANYAK 33%

DANVERS, Massachusetts, 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Abiomed, Inc. (NASDAQ:ABMD), peneraju pembekal bagi kejayaan cemerlang teknologi sokongan jantung, hari ini melaporkan hasil bagi suku kedua tahun fiskal 2018 berjumlah $132.8 juta, peningkatan sebanyak 29% berbanding hasil $103.0 juta untuk tempoh masa yang sama pada tahun fiskal 2017. Pendapatan bersih GAAP bagi suku kedua tahun fiskal 2018 berjumlah $24.5 juta atau $0.54 bagi setiap saham yang dicairkan, berbanding pendapatan bersih GAAP berjumlah $8.9 juta atau $0.20 bagi setiap saham yang dicairkan pada tahun sebelumnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10533


MAJLIS LAWATAN MUSLIM BUSINESS CHAMBER KE KUIS


KUALA LUMPUR, 26 Okt -- Timbalan Rektor Pengurusan Korporat, Pembangunan dan Pengantarabangsaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Dr Zulkifli Abdul Hamid (dua, kiri) bertukar dokumen Memorandum Persefahaman dengan Sha Pengcheng (dua, kanan) semasa menerima lawatan daripada Pengerusi Xi'an Muslim Business Chamber China itu hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Bangi Mohd Shafie Ngah (tiga, kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah KUIS Datuk Dr Yunus Hairi (empat, kiri).

--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA


KUALA LUMPUR, 26 Okt -- Pengerusi Xi'an Muslim Business Chamber China Sha Pengcheng (lima, kiri) ketika melawat perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini.

--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Friday, October 27, 2017

IKIM Terbit Buku Sanggah Pegangan Pluralis

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Buku 'Kenapa Islam: Menyanggah Pegangan Kaum Pluralis' terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mampu dijadikan panduan dalam menangkis cubaan pihak tertentu menghakis keyakinan sebahagian masyarakat Islam berkaitan perkara asasi dalam akidah Islam.

Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM Dr Mohd Farid Shahran berkata penerbitan buku itu amat kena pada masanya ketika persoalan agama dan hubungan antara agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia menjadi satu polemik yang tidak berkesudahan.

Beliau berkata walaupun telah sekian lama hidup secara harmoni, kepelbagaian itu mula menimbulkan masalah apabila ada pihak tertentu secara halus menggunakannya sebagai 'senjata' untuk menggugat keyakinan orang Islam sehingga terjebak ke dalam perangkap pemikiran pluralisme.

"Dalam konteks kepelbagaian etnik dan agama, kita tidak boleh lari daripada isu toleransi agama, iaitu pentingnya setiap penganut agama bertoleransi terhadap perbezaan yang ada antara mereka dengan agama-agama lain.

"Di sini kita kena jelas, dalam toleransi agama, kita (orang Islam) boleh bertoleransi dalam hal mengamalkan kefahaman masing-masing tetapi kita tidak boleh berkompromi dalam soal kebenaran agama Islam dan perlu tegas mengatakan Islam itu agama yang terbaik dan diterima di sisi Allah," katanya ketika menjadi panel pada sesi membedah buku itu di sini hari ini.

Turut menjadi panel pada program bedah buku sempena Pesta Lelong Buku dan Komik 2017 itu ialah Felo Kanan Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik IKIM Md Asham Ahmad, yang juga penulis buku tersebut.

Mohd Farid berkata perbezaan dan kepelbagaian agama tidak harus menjadikan penganut Islam sebagai golongan pluralis dan buku berkenaan secara baik telah menjustifikasikan dari segi asas dan dalil berilmiah tentang kebenaran agama Islam berbanding agama lain seperti kesempurnaan syariat Islam, kewibawaan pembawa atau penyampai iaitu Nabi Muhammad S.A.W serta jalan penyampaiannya yang terpelihara sejak dari awal sehingga hari ini.

Dalam pada itu, Md Asham berkata penerbitan buku tersebut diharap dapat membantu menjernihkan semula kefahaman kaum muslimin tentang kedudukan sebenar agama Islam sekali gus membuang segala kekeruhan yang timbul berpunca daripada dakyah oleh kaum pluralis yang menyesatkan.

Masyarakat Islam boleh jadikan pencerahan yang diutarakan di dalam buku ini sebagai panduan dalam berhujah secara ilmiah, kemas dan bernas sekali gus boleh mengelak tindak balas beremosi ketika berhadapan pihak tertentu yang sentiasa cuba mengelirukan pemikiran orang Islam, katanya.

Buku 'Kenapa Islam: Menyanggah Pegangan Kaum Pluralis' setebal 70 halaman itu dijual dengan harga RM25 dan boleh didapati melalui pembelian secara dalam talian di www.ikim.gov.my atau di Galeri Penerbit IKIM, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

UNISYS MEMENANGI ANUGERAH PILIHAN PELANGGAN PAYLOAD ASIA BAGI PENYEDIA PERKHIDMATAN IT TERBAIK BAGI TAHUN BERKENAAN UNTUK KECEMERLANGAN DI DALAM KARGO UDARA

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama-AsiaNet) --

Penyelesaian kargo berinovatif Digistics menerima gelaran pilihan pelanggan selepas memenangi undi popular dalam talian bagi keupayaan untuk menyokong transformasi digital merentasi ke seluruh rantaian bekalan


Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memenangi Anugerah Pilihan Pelanggan bagi Penyedia Perkhidmatan IT Terbaik bagi Tahun berkenaan pada Anugerah Payload Asia (http://awards.payloadasia.com/), yang mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan di dalam rantaian bekalan kargo udara. Unisys telah diiktiraf bagi Digistics(TM) (http://www.unisys.com/digistics), sebuah penyelesaian holistik dan logistik digital bersepadu yang membolehkan pengangkut kargo udara menyelaraskan pengurusan pengangkutan mereka dan meningkatkan kecekapan operasi.

Anugerah itu, yang dianjurkan oleh penerbit industri terkemuka Payload Asia (http://www.payloadasia.com/), telah disampaikan di Singapura pada 12 Oktober 2017. Ditentukan oleh pengundian popular dalam talian, anugerah itu memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat rantaian bekalan kargo udara yang unggul walaupun dalam sebuah pasaran pengangkutan udara global yang mencabar – mempamerkan ketangkasan, inovasi dan perancangan strategik yang unggul – dan mempunyai impak yang baik terhadap trend pasaran.

Digistics mempunyai sebuah seni bina moden yang berasaskan awan yang mempertingkatkan dengan ketara kelajuan sesebuah syarikat pengangkutan ke pasaran, manakala analisis termaju dan teknologi pembelajaran mesin menganalisis data masa lalu, masa sekarang dan masa hadapan untuk mengoptimumkan operasi rantaian bekalan dan perancangan laluan. Penyelesaian yang berasaskan awan itu membolehkan penyatuan yang lancar ke dalam sistem sedia ada dan menyokong pelbagai jenis peranti – termasuk peranti mudah alih, tablet, peranti skrin sentuh dan komputer peribadi – sekali gus membolehkan ruang kerja digital yang lebih tangkas.

"Anugerah itu merupakan satu bukti kepada pelanggan kami, sama seperti ia untuk kami," kata Tony Windever, naib presiden dan pengurus besar, Unisys Asia Pasifik. "Kami telah melihat secara jelas komitmen dan dedikasi pelanggan-pelanggan kami ke arah melaksanakan transformasi digital untuk mengubah secara asas operasi perniagaan mereka, dan melalui perkongsian dan kerjasama kami, telah membangunkan perisian untuk memenuhi keperluan perniagaan yang paling penting."

Perakuan ini adalah pengiktirafan terkini untuk keupayaan kargo Unisys. Pada Julai, keupayaan muatan penguraian Unisys telah diiktiraf (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/news%20release/unisys-wins-three-icmg-awards) pada Anugerah Kecemerlangan Seni bina Australasia & Asia Pasifik ICMG 2017, dan pada September, Digistics telah memenangi anugerah global (http://www.unisys.com/offerings/advanced-analytics/news%20release/unisys-predictive-freight-wins-global-icmg-award) bagi "Seni Bina Perisian Terbaik" pada Anugerah Kecemerlangan Seni Bina Amerika Syarikat ICMG 2017.

Digistics adalah penyelesaian kargo udara digital komprehensif yang pertama yang menawarkan penyelesaian disruptif berasaskan katalog melalui awan, yang menyediakan fungsi hujung-ke-akhir dari operasi sehingga kepada perancangan laluan. Penyelesaian itu merapatkan jurang kepada era digital perjalanan dan pengangkutan, memanfaatkan analisis termaju – yang dijanakan oleh pembelajaran mesin – untuk membantu syarikat pengangkutan meningkatkan kelajuan mereka ke pasaran pada masa yang sama mengurangkan kos.

"Pertambahan kepada senarai bagi anugerah dan pengiktirafan pihak ketiga itu mengesah dan menyokong pendekatan kami untuk mengubah operasi rantaian bekalan. Kami amat berterima kasih kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam menyokong lagi Digistics sebagai pilihan produk mereka untuk operasi kargo udara," kata Dheeraj Kohli (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation/Thought%20Leader/dheeraj-kohli-id-2838), naib presiden dan ketua global bagi Perjalanan dan Pengangkutan untuk Unisys.

Unisys mempunyai lebih 55 tahun pengalaman di dalam menyediakan penyelesaian IT yang berinovatif kepada industri perjalanan dan pengangkutan (http://www.unisys.com/industries/commercial/transportation). Penyelesaian kargo Unisys digunakan oleh kebanyakan syarikat pengangkutan terkemuka di dunia, yang bekerjasama melalui Kumpulan Pengguna Kargo Unisys (UCUG). Ahli-ahli Unisys dan UCUG telah bekerjasama dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) selama lebih 20 tahun di atas inisiatif seperti e-Freight, Cargo iQ dan pemesejan XML.

Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang pakar di dalam menyediakan penyelesaian yang berfokuskan industri yang disepadukan dengan keselamatan canggih kepada pelanggan di dalam kerajaan, perkhidmatan kewangan dan pasaran komersial. Penawaran Unisys termasuk penyelesaian keselamatan, analisis data termaju, perkhidmatan awan dan infrastruktur, perkhidmatan aplikasi dan aplikasi dan perisian pelayan. Untuk maklumat lanjut: sila layari www.unisys.com.
 
Maklumat mengenai Unisys Asia Pasifik
Di Asia Pasifik, Unisys menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggan di lebih 15 buah negara merentasi rantau itu. Untuk maklumat lanjut sila layari:  www.unisys.com.au. Ikuti kami di twitter @UnisysAPAC (https://twitter.com/UnisysAPAC), LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys), dan di China di: www.weibo.com/unisyschina dan Akaun Rasmi WeChat: Unisys China.
 
Hubungi:                 
Asia Pasifik:          
Claire Hosegood,
Unisys Asia Pasifik,
+61 411 253 663
claire.hosegood@au.unisys.com
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
  
SUMBER: Unisys Asia Pasifik

--BERNAMA

Thursday, October 26, 2017

DASAR-DASAR YANG MENARIK, PERKHIDMATAN BERKUALITI MENINGKATKAN PELABURAN KE BANDAR RAYA DI TENGAH CHINA

JINGMEN, China, 26 Okt., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Untuk mendapatkan pelaburan dan menggalakkan penambahbaikan industri, kerajaan bagi Bandar Raya Jingmen di Wilayah Hubei di tengah China telah memperkenalkan beberapa siri dasar dan perkhidmatan sokongan di dalam pembangunan ekonomi bandar raya itu, dan memperolehi beberapa kejayaan.
 
Dari Januari hingga Ogos, bandar raya itu memperolehi 500 projek yang bernilai lebih 100 juta yuan, dengan jumlah volum pelaburan melebihi 200 bilion yuan. Jumlah perusahaan berskala besar juga telah mencapai 1,188. Kadar pertumbuhan bagi pelaburan aset tetap dan entiti pasaran memuncak di Hubei pada tahun 2016 dan separuh pertama 2017.
 
Disebabkan oleh pengangkutan yang kurang berkembang dan kekurangan sumber, pembangunan di bandar raya itu telah banyak bergantung kepada bahan kimia dan pertanian. Sepanjang dua tahun yang lalu, kerajaan bandar raya itu telah melakukan usaha yang konkrit untuk menyelaraskan prosedur bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan di Jingmen, dan memberikan sokongan yang menggalakkan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10526

PENGENDALI MUDAH ALIH TERBESAR THAILAND, AIS DAN BROADSOFT BEKERJASAMA UNTUK MEMBAWAKAN KOMUNIKASI BERSEPADU KEPADA PELANGGAN PERUSAHAAN

Perkhidmatan AIS Business Cloud UC Dijanakan oleh BroadSoft, Aplikasi BroadSoft Business UC-One® Memacu Kolaborasi Pasukan untuk Pelanggan Perniagaan AIS

PHOENIX, 25 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju saham pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), mengumumkan pelancaran komersial bagi AIS Business Cloud UC, sebuah perkhidmatan awan PBX dan komunikasi bersepadu (UC) berdasarkan aplikasi BroadSoft Business UC-One®. Perkhidmatan AIS Business Cloud akan menawarkan pengguna perniagaan Thailand perkhidmatan awan yang termaju, termasuk suit penuh perkhidmatan UC yang selamat termasuk persidangan suara dan video, pemesejan dan kehadiran segera (IM&P), serta alat kolaborasi pasukan.

AIS merupakan pengendali mudah alih terbesar Thailand, dengan lebih daripada 40 juta pelanggan nasional. Syarikat tersebut juga mempunyai kehadiran yang penting dan semakin berkembang dalam pasaran jalur lebar Thailand serta komunikasi suara dan data korporat, sedang memacu penerimagunaan perkhidmatan berasaskan awan yang inovatif secara agresif antara klien korporatnya.

“Sebagai syarikat komunikasi peneraju Thailand, dengan kemasukan kami ke dalam pasaran komunikasi bersepadu untuk klien korporat kami, adalah penting untuk kami memberikan penyelesaian bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan komunikasi awan pelanggan kami. Kami percaya bahawa bekerja dengan BroadSoft telah membenarkan kami untuk menyediakan set penyelesaian yang paling komprehensif dan mendorong untuk klien kami semasa mereka menukar perniagaan mereka daripada sistem peninggalan dan mengambil kesempatan daripada kepantasan, keselamatan, kefleksibelan dan alat kerjasama berkuasa yang ditawarkan oleh platform UC bertaraf dunia,” ujar Weerachai Patcharopartwong, Naib Presiden Kanan-Pemasaran & Jualan Perusahaan, AIS.

Jonathan Reid, Pengarah Urusan, Pasaran Asia Pasifik dan Membangun, BroadSoft, berkata “Kami gembira untuk bekerja dengan pasukan AIS kerana mereka mengatur perkhidmatan AIS Business Cloud di Thailand. AIS mempunyai pasukan yang sangat mendorong dan berbakat, serta kami percaya pelancaran perkhidmatan mereka akan mempunyai kesan yang berkuasa dan menjana perubahan pada pasaran UC di Thailand.  Kami tidak sabar untuk bekerja bersama dengan rapat untuk suku tahun yang akan datang kerana perkhidmatan AIS Business Cloud berterusan berkembang.”

Perkhidmatan AIS Business Cloud UC diketengahkan di Pusat Inovasi AIS yang baharu sahaja dilancarkan di Bangkok dan menampilkan suit penyelesaian penuh UC untuk pelanggan sedia ada dan prospektif. 

GARIS PANDUAN DITETAPKAN UNTUK MARATON AQUALINE CHIBA 2018: "PERLUMBAAN BERPASUKAN," "APLIKASI RASMI" AKAN DIPERKENALKAN

CHIBA, Jepun, 26 Okt., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Jawatankuasa Perancangan Maraton Aqualine Chiba telah menetapkan mengenai garis panduan untuk menganjurkan Maraton Aqualine Chiba 2018 apabila ia mengadakan mesyuarat agung ke-10 mereka pada 25 Oktober.
 
Maraton Aqualine Chiba, yang direka untuk "berlari sepanjang tepian laut" melalui bahagian jambatan di Lebuhraya Aqualine Teluk Tokyo, akan diadakan pada musim luruh tahun hadapan buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.
 
Foto daripada Maraton 2016
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201710257177/_prw_PI1fl_9fOWY3qV.jpg
 
https://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102229/201710257177/_prw_PI2fl_NX4MWQcD.jpg
 
1. Garis panduan pertandingan
(1) Tarikh/ Masa: Ahad, 21 Oktober, 2018
Separuh maraton berkerusi roda akan bermula pada 9:55 pagi
Maraton, separuh maraton akan bermula pada 10:00 pagi

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10530

​FUSIONEX MEMPEROLEH KONTRAK GIANT 2017 DENGAN BANK ASIA YANG TERKEMUKA

SINGAPURA, 26 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, sebuah penyedia penyelesaian perisian terkemuka yang telah memenangi pelbagai anugerah, dan membuat pengkhususan di dalam Analitik Data Besar (BDA), Internet untuk Segala-galanya (IoT), Kecerdasan Buatan, dan Pembelajaran Mendalam, telah mendapat sebuah kontrak pelbagai tahun dengan sebuah bank terkemuka di Asia untuk menggunakan GIANT 2017, menyediakan kepintaran dan pemahaman penting mengenai perniagaan bagi pembuat keputusan utama untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang bermaklumat.
 
Kontrak yang signifikan itu akan menyaksikan GIANT 2017 diperkenalkan bagi membantu mengembang dan meningkatkan visi pelanggan untuk menjadi sebuah pusat pembiayaan dan pusat perniagaan sehenti, membantu pelanggan memenuhi keperluan pembiayaan mereka dan menyokong pertumbuhan mereka menerusi khidmat nasihat perniagaan.
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10527

BROADSOFT MENGUMUMKAN PENGALAMAN KOMUNIKASI DAN KOLABORASI AWAN BERSEPADU DAN PINTAR BAHARU

Naik taraf bermanfaat kepada visi komunikasi bersepadu awan BroadSoft Business untuk memberikan pengalaman klien yang intuitif dan konsisten merentasi keseluruhan suit dan mereka semula efisiensi aliran kerja.

PHOENIX, 25 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT) peneraju saham pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mendedahkan beberapa peningkatan kepada portfolio BroadSoft Business di persidangan pengguna tahunannya, BroadSoft Connections. Kini memanfaatkan seni bina perkhidmatan mikro, BroadSoft Business menawarkan pengalaman aplikasi yang dikemas kini dan keupayaan generasi seterusnya merentasi aplikasi BroadSoft Business, UC-One, Team-One dan CC-One.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10517

Wednesday, October 25, 2017

TATA STARBUCKS MENEKANKAN PERTUMBUHAN DI INDIA DENGAN KEMASUKAN KE KOLKATA PADA 2018 DAN KOMITMEN KEPADA PROGRAM IMPAK SOSIAL

  • Meraikan peristiwa penting kedai ke-100 dan ulang tahun ke-5  dengan rancangan  untuk membuka tiga kedai di Kolkata pada awal tahun 2018
  • Berhasrat untuk meningkatkan kepelbagaian dan mengambil 40% pekerja wanita menjelang tahun 2022 ketika ia menekankan komitmennya untuk menjadi majikan pilihan melalui program tempat kerja yang progresif
  • Memperluaskan impak positif di dalam komuniti dengan perkongsian Tata STRIVE yang menyokong belia yang menghadapi halangan kepada pekerjaan
  • Melancarkan promosi dan produk khas yang memperingati peristiwa penting
MUMBAI, India, 25 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tata Starbucks Private Limited, satu usaha sama 50/50 di antara Starbucks Coffee Company (Nasdaq: SBUX) dan Tata Global Beverages Limited, hari ini meraikan pembukaan kedai mereka yang ke-100 yang terletak di Mumbai dan ulang tahun kelima mereka di India dengan satu siri inisiatif strategik yang menekankan komitmen jangka panjang mereka ke pasaran itu.

"Ketika kami meneruskan perjalanan kami dengan Tata, sebuah syarikat yang berkongsi nilai dan visi yang sama untuk pertumbuhan, kami tetap komited untuk memperoleh kepercayaan dan rasa hormat pelanggan kami di India melalui Pengalaman Starbucks yang tidak ada tandingannya," kata John Culver, presiden kumpulan, Starbucks Antarabangsa dan Pembangunan Saluran. "Pada teras pengalaman ini adalah rakan kongsi kami di India, yang dengan bangganya mewakili lebih daripada 330,000 rakan Starbucks di seluruh dunia, dan melalui dedikasi dan semangat mereka telah mewujudkan satu asas yang kukuh bagi Starbucks ketika kami berkembang ke bandar raya baharu di seluruh India pada tahun-tahun yang mendatang."

Ketika Tata Starbucks berkembang untuk melayani lebih ramai pelanggan di seluruh negara itu, syarikat itu akan membuka tiga kedai di bandar raya Kolkata yang bersejarah itu pada awal tahun 2018, termasuk sebuah kedai di Taman Mansion yang ikonik yang direka untuk mencerminkan warisan kopi Starbucks. Kedai-kedai Starbucks akan menyajikan minuman eksklusif, penawaran makanan yang ekstensif dan "Tempat Ketiga" yang jelas di bandar raya itu.

Laluan kepada Peluang

Ketika Tata Starbucks terus berkembang, begitu juga komitmennya untuk menjadi sebuah daya positif di dalam menyumbang kepada kejayaan masa hadapan rakyat India. Syarikat itu menjangkakan untuk menggandakan bilangan rakan (pekerja) yang digunakannya kepada 3,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang dan, menekankan komitmennya untuk menjadi sebuah tempat kerja yang progresif, bertujuan untuk meningkatkan kadar jumlah wanita di dalam tenaga kerja mereka kepada 40 peratus menjelang tahun 2022, dari 25 peratus pada hari ini. Ini dibina di atas inisiatif sedia ada untuk memenuhi aspirasi Tata Starbucks untuk menjadi majikan pilihan, dengan faedah utama industri seperti jadual kerja lima hari, sebuah program yang pertama seumpamanya yang diperkenalkan pada tahun 2016.

"Kejayaan kami ditakrifkan oleh rakan-rakan luar biasa kami yang amat berbangga di dalam melayani pelanggan kami dengan bertanggungjawab dan penuh bersemangat," kata Sumi Ghosh, ketua pegawai eksekutif, Tata Starbucks. "Aspirasi kami, ketika kami terus berkembang, adalah untuk menjadi majikan pilihan di pasaran melalui pelaburan yang kami buat untuk rakan kami dan dengan mewujudkan peluang-peluang yang lebih cerah untuk orang ramai di seluruh negara."

Syarikat itu akan juga terus memperdalam hubungannya dengan komuniti India dan memanfaatkan skala mereka untuk melakukan perbezaan yang paling penting kepada perjuangan tempatan. Dalam tempoh lima tahun akan datang, Tata Starbucks akan melatih 3,000 orang muda yang menghadapi halangan di dalam pekerjaan melalui program Tata STRIVE, satu perkongsian yang menggabungkan latihan kemahiran pekerjaan dan kepakaran Starbucks di dalam operasi runcit.

"Perjalanan kami dengan Starbucks amat menyenangkan dan ini adalah saat dan ketika yang luar biasa bagi Tata Global Beverages dan Starbucks," kata Ajo Misra, ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan, Tata Global Beverages. "Kami berbangga dengan rasa nilai-nilai perniagaan kami yang bersama dan tumpuan kepada kualiti, dan kami sangat optimis mengenai peluang pertumbuhan yang berterusan di India."

Meraikan Kedai Starbucks ke-100 di India

Terletak di Victoria Mills (Kamala Mills), satu daripada hab komersial yang utama di Mumbai, kedai Tata Starbucks ke-100 mempunyai seni dinding kayu yang diukir yang menghormati warisan kopi India. Warna tanah dan bahan kayu semula jadi di kedai itu membangkitkan suasana hangat yang menjemput pelanggan untuk berehat dan berhubungan. Kedai itu adalah Starbucks pertama di India untuk menyajikan Starbucks® Nitro Cold Brew, kopi Bru Sejuk kecil yang direndam dengan kopi semalaman dan kemudian dicampurkan dengan nitrogen untuk rasa semulajadi yang manis dan rasa lembut seperti velvet di mulut. Beg bawa pulang di kedai ke-100 itu diperoleh daripada Srishti, satu inisiatif yang memberi peluang mata pencarian untuk golongan muda yang kurang upaya dari keluarga pekerja ladang.

Untuk memperingati pembukaan kedai mereka ke-100, Tata Starbucks memperkenalkan koleh seramik yang pertama di India Anda Berada Di Sini – Mumbai. Diilhamkan oleh mercu tanda tempatan yang unik seperti Gateway of India, Marine Drive, Worli Sea Link, Flora Fountain, Istana Taj Mahal dan menampilkan teksi Mumbai hitam dan kuning yang ikonik, reka bentuk yang merakamkan semangat metropolis kosmopolitan.

Dalam meraikan pembukaan kedai ke-100 dan ulang tahun pasaran lima tahun, Tata Starbucks juga memperkenalkan Golden Sparkle Frappuccino® Minuman Campuran di kesemua kedai di India dari 25 Oktober hingga 6 November. Golden Sparkle Frappuccino® adalah espreso yang dicampur dengan sos mocha yang diperkaya, yang dihiasi dengan krim putar dan ditabur dengan debu-debu emas gula-gula yang elegan. Untuk menghormati peristiwa penting itu, pada 28 Oktober mana-mana minuman yang bersaiz Pendek atau Tinggi boleh diperolehi dengan harga INR 100 ($1.50 USD) di semua kedai di seluruh India.

Starbucks memasuki India dengan membuka kedai pertamanya di Horniman Circle di Mumbai pada tahun 2012. Hari ini, kedai-kedai Starbucks terletak di enam bandar raya: Mumbai, Pune, Hyderabad, Chennai, Delhi dan Bangalore.

Maklumat mengenai Starbucks

Sejak tahun 1971, Starbucks Coffee Company telah komited untuk mensumberkan secara etika dan memanggang kopi arabica yang berkualiti tinggi. Pada hari ini, dengan memiliki kedai di seluruh pelusuk dunia, syarikat itu merupakan pemanggang dan peruncit kopi istimewa yang utama di dunia. Melalui komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan dan prinsip panduan kami, kami dapat menghidupkan Pengalaman Starbucks yang unik bagi setiap pelanggan menerusi setiap cawan. Untuk berkongsi pengalaman itu, sila kunjungi kami di kedai-kedai kami atau secara dalam talian di Starbucks.com dan melalui Starbucks Newsroom.

Maklumat mengenai Tata Starbucks Private Limited

Starbucks memasuki pasaran India pada Oktober 2012 melalui satu Usaha Sama 50/50 dengan Tata Global Beverages dan kini mengendalikan 100 kedai di India merentasi Mumbai, Delhi NCR, Hyderabad, Chennai, Bengaluru dan Pune, menerusi satu rangkaian yang terdiri daripada lebih 1,600 rakan yang penuh bersemangat (pekerja). Kedai-kedai Starbucks dikendalikan oleh usaha sama itu, TATA Starbucks Private Limited, dan dilabel sebagai Starbucks Coffee - "Sebuah Perikatan Tata."

Maklumat mengenai Tata Global Beverages

Tata Global Beverages adalah sebuah perniagaan minuman dunia dengan suatu kehadiran jenama di lebih 40 buah negara. Syarikat itu mempunyai kepentingan yang signifikan di dalam teh, kopi dan air dan merupakan syarikat teh kedua terbesar di dunia. Lebih 300 juta sajian bagi jenamanya diminum setiap hari di seluruh dunia. Perolehan tahunan bagi Tata Global Beverages adalah AS$1.2 bilion dan ia mempunyai sekitar 3,000 orang pekerja di seluruh dunia. Syarikat itu memberi tumpuan kepada minuman semula jadi dan mempunyai jenama minuman serantau dan global yang berinovatif, termasuk: Tata Tea, Tetley, air mineral semulajadi Himalayan, Tata Gluco+, teh Earth Good, Grand Coffee dan Eight O’clock Coffee. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tataglobalbeverages.com.

Hubungi
Starbucks Coffee Company
Marianne Duong, +1-206-318-7100
press@starbucks.com

Sumber: Starbucks Coffee Company

Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20171024005885/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

PROGRAM SALURAN POWERED BY BROADSOFT MEMPERKENALKAN PLATFORM KITARAN HAYAT PELANGGAN DIGITAL BAHARU DAN PERKHIDMATAN UNTUK MENINGKATKAN PERTUMBUHAN PENDAPATAN

Powered by BroadSoft kini termasuk lebih daripada 100 rakan saluran global untuk merealisasikan potensi penuh peluang pasaran komunikasi dan kolaborasi bersatu awan (cloud)
 

PHOENIX, 25 Oktober (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT) peneraju saham pasaran global dalam perisian perniagaan awan (cloud) untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS) hari ini mengumumkan penambahan alat pengurusan kitaran hayat pelanggan digital baharu termasuk Sistem Sokongan Saluran (CSS) BroadCloud® dan tiga perkhidmatan baharu: Perkhidmatan pergi ke pasaran BroadSoft, perkhidmatan atas papan BroadSoft dan perkhidmatan penerimagunaan BroadSoft.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10522

BROADSOFT HOSPITALITY DIPERTINGKATKAN DENGAN KEMAMPUAN KERJASAMA WORKSTREAM MOBILE UC-ONE UNTUK MEMPERKUAT PRODUKTIVITI DAN PENGALAMAN TETAMU

Ciri-ciri BroadSoft Hospitality baharu disepadukan dengan UC-One Connect membolehkan hotel untuk mengakses, memberikan respons dan melayan permintaan tetamu dengan segera, tidak kira di mana mereka berada


PHOENIX, 25 Oktober (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), peneraju perkongsian pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi disatukan sebagai perkhidmatan (UCaaS), dan penyedia kerjasama dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan ciri-ciri mudah alih UC-One baharu untuk penyelesaian BroadSoft Hospitality . Ciri-ciri baharu tersebut menyediakan hotel dengan kemampuan untuk mengawal pengalaman tetamu pada bila-bila masa daripada pelanggan mudah alih UC-One.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10518

Tuesday, October 24, 2017

EKSPO BERTEKNOLOGI TINGGI YANGLING KE-24 AKAN DIUMUMKAN

Yangling, China, 24 Okt., 2017 /Xinhua-AsiaNet/--

Ekspo Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling ke-24 akan diadakan di Yangling, Shaanxi, China dari 5 hingga 9 November. Ekspo itu meliputi sebuah ruang seluas 188,000 meter persegi. Untuk mengetengahkan kerjasama dan pertukaran antarabangsa, Ekspo itu memberi tumpuan kepada "meningkatkan pemodenan pertanian melalui The Belt & Road". Lapan acara akan diadakan termasuk seminar mengenai pembangunan pertanian moden dan pameran berhubung produk-produk pertanian moden.

Pada kedudukan 34 darjah 16 minit 56 saat Utara dan 108 darjah 4 minit 27 saat Timur berdiri bandar raya pertanian bagi Zon Demonstrasi Industri Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling (AHIDZ) peringkat negara China di Shaanxi, China. Pada Julai 1997, "Zon Pertanian Khas" itu ditubuhkan untuk mencapai "misi kebangsaan" bagi pembangunan pertanian di kawasan gersang dan separa gersang di China.

Selama 23 tahun yang lalu sejak penampilan sulungnya, Ekspo itu telah menyaksikan pengaruh yang semakin meningkat. Setakat ini, seramai 26.55 juta pelanggan di dalam industri pertanian dengan lebih 10,000 buah syarikat dan unit teknologi & pendidikan, dari lebih 70 buah negara dan wilayah, telah mengambil bahagian di dalam pameran atau pesta itu. Jumlah urus niaga telah berjumlah lebih 774.8 bilion yuan. Ekspo itu telah disahkan oleh Union of International Fair (UFI). Pada tahun 2017, Ekspo itu, dengan 61.59 bilion yuan, menduduki tempat teratas di dalam Nilai Jenama Pertanian China.

Sebagai sebuah zon demonstrasi industri berteknologi tinggi pertanian peringkat negara, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, melalui usaha inovasi yang berterusan di dalam kerjasama dan pertukaran antarabangsa, Yangling AHIDZ telah mewujudkan perhubungan yang stabil dengan lebih 40 buah negara dan wilayah dari segi sains & teknologi pertanian dan kerjasama industri. Zon itu juga mempunyai kerjasama yang erat dengan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) dan Pusat Inovasi EU dll. Sebanyak 11 platform kerjasama antarabangsa, seperti "Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Pertanian China-Kanada untuk Kawasan Gersang", telah ditubuhkan. Lebih daripada 120 projek kerjasama saintifik dan teknologi antarabangsa telah dibangun dan dilaksanakan. Lebih daripada 150 pencapaian saintifik dan teknologi pertanian asing dan pelbagai jenis kualiti telah diperkenalkan. Lebih daripada 50 projek kerjasama antarabangsa di antara syarikat-syarikat China dan asing telah dijalankan.

Melalui Ekspo Yangling, lebih ramai pelanggan asing menunjukkan peningkatan minat dan secara aktif mencari kerjasama di China barat dan bidang pertanian di sana, yang telah membawa kesegaran kepada pembangunan pertanian moden China dan transformasi bagi pencapaian saintifik dan teknologi pertanian.

Sumber: Zon Demonstrasi Industri Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling (AHIDZ)

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=299122
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=299123

APLIKASI BROADSOFT BUSINESS CLOUD PBX, KOLABORASI PASUKAN DAN PUSAT HUBUNGAN KINI TERSEDIA UNTUK PERUSAHAAN MULTINASIONAL

Pusat data yang baharu dan setempat menawarkan pelanggan perusahaan multinasional panggilan dan kerjasama yang selamat dan berbilang bahasa di antara pejabat global melalui platform BroadCloud tunggal dan tanpa sempadan


PHOENIX, 24 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT) peneraju saham pasaran global dalam perisian perniagaan awan (cloud) untuk komunikasi bersepadu sebagai perkhidmatan (UCaaS) dan penyedia kolaborasi dan pusat hubungan sebagai perkhidmatan (CCaaS), hari ini mengumumkan suit komunikasi awan BroadSoft Business tersedia di serata dunia menerusi beberapa pusat data BroadCloud® di sepanjang EMEA dan APAC. Perkembangan ini membolehkan perusahaan multinasional untuk bergantung pada penyedia tunggal merentas lokasi antarabangsa mereka untuk bekerjasama dengan rakan dan pelanggan di serata dunia, sementara memenuhi pengawalseliaan penuh dan pematuhan keselamatan merentasi negara berbeza.

Laporan terbaharu Institut Global McKinsey 2016 menyedari bahawa lebar jalur merentas sempadan dijangka akan meningkat sembilan kali ganda dalam masa lima tahun akan datang disebabkan oleh peningkatan aliran maklumat, carian, komunikasi, video, transaksi dan trafik intra syarikat. Untuk menyokong komunikasi merentas sempadan ini dan berterusan merangsang pertumbuhan syarikat ke dalam pasaran baharu, perusahaan memerlukan penyelesaian yang membenarkan pekerja untuk bekerjasama dengan mudah dan selamat daripada satu identiti perniagaan dari mana-mana sahaja di serata dunia, pada sebarang peranti.

Jejak antarabangsa baharu ini akan memperluaskan capaian bagi lebih daripada 600 penyedia perkhidmatan, integrasi sistem dan rakan saluran jualan semula dalam lebih dari 80 negara yang menyediakan suit aplikasi BroadSoft Business kepada pelanggan perusahaan multinasional yang beroperasi dalam awan:

BroadSoft, yang berfungsi dengan pembawa terkemuka dan telah mengekalkan kehadiran antarabangsa yang lama, adalah sesuai untuk membuka sempadan global, telah membina perniagaan untuk membantu pelanggan memahami cara untuk menangani isu pengawalseliaan dan pematuhan antarabangsa yang rumit. Penyedia khidmat dan rakan saluran BroadSoft telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan perusahaan besar dengan sokongan jualan rantau dan global.

“Suit UC awan BroadSoft Business yang dikembangkan adalah sempurna untuk pelanggan perusahaan multinasional, yang memerlukan rangkaian awan global yang selamat untuk komunikasi, kerjasama dan pusat hubungan” ujar Dino Di Palma, ketua pegawai hasil,  BroadSoft. “Perusahaan moden memerlukan penyelesaian bersama yang membantu mereka melaksanakan di mana-mana sahaja mereka berada. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perusahaan yang membantu memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja mereka, tanpa mengira lokasi.”

BroadSoft Business adalah portfolio yang diintegrasikan secara penuh bagi aplikasi PBX awan sedia perusahaan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan pusat hubungan, disampaikan dalam awan yang menyediakan kepintaran kontekstual merentasi keseluruhan platform supaya pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi yang mereka perlukan pada satu tempat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara BroadSoft Business BroadCloud boleh menghubungkan perusahaan anda kepada ciri dan fungsi bertaraf pembawa secara lancar melalui platform yang selamat, boleh diharap dan boleh diskalakan, hubungi enterprise@broadsoft.com.

Untuk membaca lebih lanjut tentang sokongan perusahaan multinasional BroadSoft, klik di sini.

Perihal BroadSoft

BroadSoft merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kolaborasi pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia perkhidmatan merentasi 80 buah negara. Kami adalah peneraju pasaran untuk komunikasi bersepadu awan dengan platform yang terbuka, mudah alih dan selamat yang dipercayai oleh 25 daripada 30 buah penyedia perkhidmatan terkemuka di dunia berdasarkan pendapatan. Suit aplikasi BroadSoft Business kami mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja dengan mudah untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk maklumat tambahan, sila lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | BroadSoft Blog

Hubungan Pelabur:
Chris Martin
BroadSoft
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Hal berkaitan BroadSoft
Erin Knapp
Matter
+1 617-502-6546
BroadSoft@matternow.com

AxiCom (EMEA)
Tom Johnson
AxiCom
+44 7960 209361
BroadSoft@axicom.com

Navigate Communication (APAC)
Terry Alberstein
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com

SUMBER : BroadSoft, Inc.

Anjung PKNS Di Kota Damansara Dapat Sambutan Menggalakkan

SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Pusat Komuniti Kemasyarakatan yang diwujudkan di Kota Damansara hasil inisiatif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Pusat komuniti yang diikenali sebagai Pusat Komuniti 'Anjung PKNS' itu dirasmikan oleh PKNS pada 21 Okt lepas sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan itu dalam membantu usaha memartabatkan pendidikan di peringkat sekolah.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata pihaknya memberi peluang kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Semarak 1 untuk mengendalikan pusat berkenaan selama dua tahun.

"Bagi merealisasikan pengurusan Anjung berjalan lancar, PKNS telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 meliputi bayaran kepada pengendali, utiliti, penyelenggaraan, program cuti sekolah dan kemasyarakatan.

"Operasi Anjung PKNS terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kelas tuisyen yang dikhaskan kepada beberapa kelas iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Bermula Julai lepas, seramai 27 pelajar kumpulan pertama telah mengikuti kelas tuisyen peringkat UPSR dan seterusnya bertambah dengan penyertaan pelajar bagi peringkat PT3 serta SPM seramai 55 orang dengan jumlah tenaga pengajar seramai 14 orang.

Pusat komuniti yang siap dibina pada Mei 2017 itu turut memfokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan termasuk menawarkan kelas mengaji al-Quran, menjahit, dan seni silat.

-- BERNAMA

Monday, October 23, 2017

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERKUALITI MENYUMBANG KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI MAMPAN MYANMAR

YANGON, Myanmar dan TOKYO, 23 Okt., 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Infrastruktur yang berkualiti tinggi akan memainkan peranan penting di dalam merealisasikan pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang sebenar Myanmar. Peranan penting di dalam pembangunan infrastruktur berkualiti dan peranan yang sangat diperlukan dari Jepun di dalam pembangunan mampan Myanmar merupakan tema utama perbincangan di dalam "Dialog untuk Infrastruktur Berkualiti -- Membina Masa Depan Asia," yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10511

EIB Umum Agihan Pendapatan 0.027 Sen Seunit Bagi Target Income Fund

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Eastspring Investments Bhd (EIB) mengumumkan agihan pendapatan kasar sebanyak 0.027 sen seunit bagi Eastspring Investments Global Target Income Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei, 2017.

Dalam kenyataan hari ini, katanya, pemegang unit yang mengekalkan pegangan unit mereka dalam dana itu sehingga 20 Okt, 2017 layak untuk agihan pendapatan tersebut.

EIB merupakan antara syarikat pengurusan aset yang utama di Malaysia dalam sektor runcit dan institusi, mempunyai aset bawah pengurusan (AUM) bernilai lebih RM40 bilion sehingga 30 Jun, 2017.

Ia menguruskan dana unit amanah, dana borong dan mandat swasta.

-- BERNAMA

PKZ Pahang Juarai Kejohanan Badminton Piala Zakat 2017

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasukan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang menjuarai Kejohanan Badminton Piala Zakat 2017 pada pusingan akhir hari ini yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa, di sini.

Di atas kemenangan itu, PKZ Pahang membawa pulang Piala Pusingan Piala Zakat berserta hadiah iringan.

Tempat kedua pula dimiliki pasukan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), manakala pasukan dari Indonesia, Dompet Dhuafa Republika dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pula masing-masing memenangi kedudukan ketiga dan keempat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Mohd Rais Alias berkata kejohanan itu yang mula diperkenalkan pada 2002 bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan kakitangan pusat zakat negeri melalui aktiviti sukan selain menjadi platform membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan zakat.

"Kejohanan kali ini juga turut mendapat penyertaan dua pasukan dari Indonesia iaitu Dompet Dhuafa Republika dan Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS), penyertaan mereka ini dapat merapatkan hubungan pusat zakat dari kedua-dua negara menerusi sukan dan dapat bertukar pandangan mengenai operasi dan pengurusan zakat di Malaysia dan Indonesia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan itu di sini hari ini.

Mohd Rais berkata kejohanan badminton itu juga memberi peluang kepada kakitangan pusat zakat dari seluruh negara membincangkan strategi untuk memperhebatkan hebahan zakat ketika waktu santai selepas berakhirnya kejohanan itu.

-- BERNAMA

Saturday, October 21, 2017

CUKAI TERTUNGGAK: EMPAT INDIVIDU DAN TUJUH SYARIKAT DIISYTIHARKAN MUFLIS

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- 11 pembayar cukai yang terdiri daripada empat individu dan tujuh syarikat diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang keseluruhannya berjumlah RM5,509,977.92.

Senarai individu dan syarikat tersebut adalah seperti berikut:
Sila klik di sini untuk 'Senarai individu dan syarikat'


Sumber : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10505

Pengarah Syarikat Didenda RM17,000 Gagal Kemuka Penyata Cukai Syarikat

KUALA LUMPUR, 20 Oktober (Bernama) -- Dua pengarah syarikat didenda RM17,000 atas kegagalan mengemukakan penyata cukai dalam Borang C di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Wan Nasir Wan Mustafa dan Saiful Nizam Adnan masing-masing berusia 42 tahun merupakan Pengarah Syarikat Ratusan Digital Sdn Bhd, didapati gagal mengemukakan Borang C bagi Tahun Taksiran 2014 dan 2015 berdasarkan hasil penemuan siasatan yang dijalankan.

Tertuduh menghadapi 2 pertuduhan di bawah Seksyen 77A(1) dan Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa kepada hukuman denda tidak kurang daripada RM200.00 dan tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh mengaku salah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin hari ini dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM8,000.00 penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan tahun taksiran 2014 terhadap Wan Nasir manakala hukuman denda RM9,000.00 penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan tahun taksiran 2015 terhadap Saiful Nizam.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa LHDNM Nurul Nasyrah Mohd Nasir dan Mohd Shafuddin Hasan dan tertuduh diwakili peguam Dinesh Nandrajog.

-- BERNAMA

PERFECTUS ALUMINUM INC. MEMBERI MAKLUM BALAS KEPADA KUMPULAN DAGANG

ONTARIO, Calif., 20 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Perfectus Aluminum Inc. telah mengeluarkan yang berikut: Pada 12 Oktober 2017, Majlis Penyemperit Aluminum (AEC), sebuah kumpulan industri yang mewakili penyemperit aluminum yang kebanyakannya dari Amerika, menyiarkan naratif palsu di blognya berkenaan satu tuntutan yang menamakan Perfectus Aluminum Inc. sebagai pihak yang berkaitan. Kerajaan bukan “meminta duti yang tidak dibayar daripada Perfectus untuk barangan yang dibawa masuk ke dalam negara.” Sebaliknya, kerajaan sedang cuba untuk menggunakan keazaman Jabatan Perdagangan 2017 untuk menilai duti anti-lambakan retroaktif pada barangan yang diimport seawal tahun 2011. Mengecewakan apabila AEC menganggap silap langkah kerajaan sebagai “kemenangan” untuk ahlinya dan industri: jika salah satu ahli AEC sendiri menghadapi pelanggaran yang nyata terhadap keadilan dan proses wajar ini, ia akan berhujah dengan sepatutnya bahawa tindakan kerajaan yang melampui batas kemampuan adalah ancaman untuk pengeluar di mana-mana sahaja.

Sebagai tambahan pada hipokrasi bagi promosi AEC ke atas kes ini, pendiriannya terhadap isu asas perlu diteliti dengan serius. Pendirian AEC, yang ia telah nyatakan dalam pelbagai pemfailan di hadapan Jabatan Perdagangan, iaitu membenarkan produk Perfectus untuk memasuki aliran perdagangan Amerika akan, dari kenyataan AEC sendiri, “membahayakan pengeluar A.S.” Perlu diulang bahawa pada masa itu produk Perfectus telah ditahan—dalam respons terus terhadap kemenangan AEC di hadapan Jabatan Perdagangan—ia berada di pelabuhan untuk meninggalkan Amerika Syarikat. Jika AEC mencapai hasratnya dan barangan Perfectus memang dirampas, ia akan dicairkan dan akan, mengikut undang-undang, dilepaskan dalam bentuk tertentu ke dalam pasaran terbuka; akibat yang kononnya paling ditakuti oleh AEC.

Akhir sekali, tuduhan tidak bermakna bersalah. Memilih hanya setengah fakta daripada aduan awam untuk mempromosikan naratif palsu adalah tidak beretika dan tidak benar. Untuk tujuan ini, Perfectus telah melampirkan pemfailannya secara keseluruhan, di akhir siaran ini.

Sila ajukan sebarang soalan kepada Harris, Baio & McCullough di 215-440-9800.

Pautan ke PDF tersedia di sini: http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d8d784b3-d89d-4b14-bbdc-a453d13731d8


SUMBER : Perfectus Aluminum Inc.

Friday, October 20, 2017

Negara Perlukan 45 Peratus Pekerja Mahir Menjelang 2030

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 45 peratus pekerja mahir diperlukan menjelang 2030 bagi merealisasikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi, kata Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Datuk Saroni Judi.

Saroni berkata sehubungan itu tenaga mahir tempatan perlu dipertingkatkan dengan latihan yang berterusan supaya lebih kompetitif dalam pekerjaan serta mampu memiliki pendapatan lumayan.

"Usaha pemerkasaan bidang TVET (Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional) semakin diiktiraf masyarakat dunia kerana peranannya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Malaysia memiliki hampir 28 peratus pekerja mahir dan menyasarkan peningkatan jumlah itu kepada 35 peratus pada 2020, sementara negara maju seperti Switzerland memiliki hampir 50 peratus tenaga mahir,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelaburan dalam bidang pendidikan penting bagi menambah baik kesejahteraan rakyat secara inklusif dan mampan di mana kerajaan melalui Pembangunan Sumber Manusia memperuntukkan dana RM50 juta bagi mewujudkan tenaga buruh yang berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, katanya kerajaan komited memastikan TVET dilaksanakan secara berkesan dengan mengiktiraf bidang tersebut sebagai teras ketiga dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.