Thursday, October 19, 2017

PERSIDANGAN MEDIA HARI AHAD UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: MEMPERKENALKAN ANUGERAH DAN GARIS PANDUAN GLOBAL BAHARU

YOKOHAMA, Jepun, 17 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taklimat akhbar pertama di Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-Paru (WCLC) ke-18 oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC), menyoroti anugerah dan inovasi baharu yang menggalakkan dan menyokong rawatan kanser paru-paru dan kemalignan toraks yang lain, termasuk pengiktirafan pasukan penjagaan yang cemerlang, memperkenalkan garis panduan baharu untuk jururawat dan memupuk generasi penyelidik yang seterusnya.

Persidangan media bermula dengan ucapan alu-aluan dari Presiden Bersama Persidangan Dr. Hisao Asamura dan Dr. Keunchil Park, yang tanpa mengenal penat bekerja untuk menjayakan persidangan di Yokohama pada tahun ini.

Anugerah Pasukan Penjagaan Kanser pertama yang mengiktiraf penjagaan pesakit yang cemerlang
IASLC memberikan Anugerah Pasukan Penjagaan Kanser pertama kepada pasukan penjagaan kanser pelbagai disiplin di seluruh dunia yang berusaha memberikan khidmat penjagaan pesakit yang paling berkualiti. Anugerah ini dicadangkan oleh Dr. Matthew Holman dan isterinya, Marilyn, seorang bekas pesakit kanser paru-paru. Jill Feldman, seorang pemandiri kanser paru-paru dan penyokong dari Amerika Syarikat, memperkenalkan anugerah itu dengan menceritakan kisah hidupnya dan berkongsi sebab anugerah ini sangat bermakna untuk dirinya.

“Pasukan saya di Rush University selalu mengutamakan pesakit dan memang layak mendapat anugerah ini, bersama dengan penerima anugerah yang lain pada hari ini,” kata Jill Feldman. “Perkara yang menakjubkan mungkin berlaku apabila pasukan merentas disiplin bekerja bersama untuk mengutamakan pesakit. Saya berterima kasih kepada Yayasan IASLC kerana memperkenalkan anugerah yang menggalakkan kerjasama luar biasa seperti ini.” 

No comments:

Post a Comment