Wednesday, October 11, 2017

KAJI SELIDIK HERBALIFE NUTRITION MENDEDAHKAN PARA PENGGUNA ASIA PASIFIK BIMBANG DENGAN ISU-ISU BERKAITAN PENUAAN TETAPI KURANG BERI TUMPUAN PADA KEPENTINGAN PEMAKANAN UNTUK PENUAAN SIHAT

HONG KONG, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pemakanan premium global, Herbalife (NYSE: HLF) hari ini mengeluarkan hasil Kajian Penuaan Sihat Asia Pasifik, daripada 6,000 responden berumur 40 tahun ke atas dari Australia, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Kaji selidik itu mendapatkan pandangan mengenai kebimbangan dan sikap pengguna-pengguna Asia Pasifik berkaitan dengan penuaan, dan mendedahkan bahawa walaupun majoriti pengguna Asia Pasifik bimbang tentang potensi masalah kesihatan yang disebabkan oleh penuaan dan percaya bahawa langkah-langkah aktif dapat diambil untuk membantu mereka dengan peningkatan usia secara sihat, ramai di antara mereka meremehkan kepentingan pemakanan dalam penuaan sihat.

Berdasarkan penemuan Penyelidikan Penuaan Sihat Asia Pasifik Herbalife Nutrition, sembilan dari 10 responden bimbang tentang potensi masalah kesihatan yang disebabkan oleh penuaan, dengan 53 peratus responden menganggap bahawa masalah berkaitan dengan tulang /sendi, diikuti oleh mata (46 peratus), jantung (45 peratus) dan otak (44 peratus) mengambil tangga teratas dalam senarai kebimbangan mereka.  Walaupun tahap kebimbangan tinggi, 80 peratus responden bersetuju bahawa mereka boleh mengambil langkah aktif untuk membantu peningkatan usia secara sihat.

Di antara langkah-langkah yang mungkin diambil oleh responden untuk berada dalam keadaan sihat ketika berusia, penglibatan dalam aktiviti secara kerap muncul sebagai pilihan utama di kalangan 43 peratus responden. Sebagai perbandingan, hanya 22 peratus responden mengatakan mereka berkemungkinan besar akan membuat pilihan pemakanan yang lebih baik, dan 8 peratus mengatakan mereka akan mengambil makanan tambahan atau membuat pemeriksaan kesihatan yang lebih kerap.

"Kami gembira melihat majoriti pengguna Asia Pasifik sedar akan potensi isu-isu kesihatan yang disebabkan oleh penuaan. Walau bagaimanapun, kami bimbang melihat pilihan pemakanan yang lebih baik mengambil keutamaan yang lebih rendah dalam senarai langkah-langkah yang mungkin diambil oleh pengguna untuk membantu mereka memperbaiki kualiti hidup mereka seiring dengan usia mereka," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition. "Pemakanan yang baik tidak semestinya menjadi sesuatu yang difikirkan kemudian hari, tambahan sekarang terdapat keperluan yang mendesak bagi kami untuk menggandakan lagi usaha untuk membantu para pengguna memahami peranan penting pemakanan yang sihat dalam membolehkan penuaan sihat."

Selain daripada mendedahkan pandangan mengenai masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan dan langkah-langkah yang berkemungkinan besar diambil oleh pengguna Asia Pasifik untuk menghalangnya, kaji selidik itu juga menemui perkara berikut:

• Apabila ditanya mengenai persepsi mereka tentang keadaan kesihatan mereka sendiri, majoriti - 82 peratus daripada responden beranggapan bahawa diri mereka sama sihat atau lebih sihat daripada orang lain.
• Walau bagaimanapun, untuk kesihatan jantung, emosi dan mental di mana tanda awal anomali tidak mudah dikesan, mereka menunjukkan tahap keyakinan yang lebih tinggi terhadap keadaan kesejahteraan mereka, dengan 87 peratus, 84 peratus dan 88 peratus responden menganggap diri mereka sama sihat atau lebih sihat daripada orang lain, meletakkan mereka dalam keadaan berisiko dengan anggaran keadaan kesihatan mereka pada tahap yang lebih tinggi.
• Di seluruh Asia Pasifik, kekurangan masa (46 peratus) dan kekurangan motivasi (44 peratus) secara amnya dilihat sebagai halangan terbesar terhadap penuaan sihat.

Untuk memberi petua mengenai bagaimana para pengguna Asia Pasifik boleh menjalani kehidupan yang sihat, aktif dalam jangka masa panjang, dengan tumpuan pada penuaan yang sihat, Herbalife Nutrition melancarkan Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik ke-8. Rombongan jelajah ini dipimpin oleh Dr. John Agwunobi, Ketua Pegawai Kesihatan dan Pemakanan di Herbalife Nutrition.

"Di Herbalife Nutrition, kami percaya dalam mengambil pendekatan proaktif untuk membantu memupuk tabiat pemakanan yang baik, menggabungkan aktiviti fizikal secara berkala, mengambil makanan tambahan yang betul dan menjadualkan pemeriksaan kesihatan secara tetap untuk kesejahteraan diri mereka," kata Dr Agwunobi. "Melalui Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik, kami akan berkongsi petua-petua dan nasihat untuk membantu mereka memanfaatkan kuasa pemakanan dan mencapai hidup lebih sihat dan lebih bahagia."

Jelajah Kesejahteraan Asia Pacifik Herbalife Nutrition, yang akan berlangsung dari 4 September hingga 26 Oktober, akan menampilkan siri simposium perubatan, ceramah pemakanan dan bengkel kesihatan di Kemboja, Hong Kong, Indonesia, India, Korea, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Semasa Jelajah tersebut, ahli kepimpinan Herbalife Nutrition dan Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife Nutrition (NAB) akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan, termasuk peranan pemakanan yang baik dalam penuaan sihat, metabolisme dan pemakanan sihat, makanan dan sains pemakanan, serta prestasi dan pemakanan sukan.

Pakar-pakar Herbalife Nutrition yang mengambil bahagian dalam Jelajah Kesejahteraan termasuk:
  • Dr. Zhen-Yu Chen, seorang pakar yang pernah memenangi anugerah dalam sains makanan dan pemakanan, dan Ketua Profesor untuk Program Sains Makanan dan Pemakanan di The Chinese University of Hong Kong.  
  • Dr. Chin-Kun Wang, seorang pakar dalam metabolisme dan pemakanan, yang dianugerahkan Anugerah Kebangsaan dalam Bio Perubatan di Taiwan pada tahun 2008 untuk sumbangan beliau dalam pendidikan perubatan.  
  • Samantha Clayton, Pengarah Kanan Prestasi dan Kecergasan Seluruh Dunia Herbalife Nutrition, seorang bekas atlet Olimpik yang juga bekerja sebagai seorang pelatih peribadi dan jurulatih latihan berkumpulan dengan Persatuan Kecergasan dan Aerobik Amerika serta Persatuan Sains Sukan Antarabangsa.  
  • Shyamal Vallabji, Jurulatih Kecergasan Herbalife Nutrition bagi India, yang bekerja rapat dengan atlet-atlet profesional untuk membantu mereka mencapai prestasi tinggi di kejohanan-kejohanan antarabangsa.

Mengenai Herbalife:

Herbalife Nutrition adalah sebuah syarikat pemakanan bertaraf global yang matlamatnya adalah untuk membuat dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Kami mempunyai satu misi untuk pemakanan – mengubah kehidupan orang ramai dengan produk dan program pemakanan yang hebat – sejak 1980. Bersama-sama dengan ahli-ahli persendirian Herbalife Nutrition kami, kami komited untuk menyediakan penyelesaian kepada masalah pemakanan yang tidak sihat dan obesiti di seluruh dunia, sebuah populasi yang semakin menua, kos penjagaan kesihatan awam yang melambung tinggi dan  peningkatan di dalam usahawan di semua peringkat umur. Kami menawarkan produk-produk berkualiti tinggi yang disokong oleh sains, sebahagian besarnya dihasilkan di kemudahan-kemudahan yang dikendalikan oleh Syarikat, bimbingan satu-dengan-satu bersama ahli persendirian Herbalife Nutrition, dan pendekatan komuniti yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih aktif.

Produk sasaran pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta penjagaan peribadi kami boleh didapati secara eksklusif daripada dan melalui ahli-ahli Herbalife Nutrition yang berdedikasi di lebih 90 buah negara.

Melalui usaha-usaha tanggungjawab sosial korporat kami, Herbalife Nutrition menyokong Yayasan Keluarga Herbalife (HFF) dan program Casa Herbalife kami bagi membantu membawa pemakanan yang baik kepada kanak-kanak yang memerlukan. Kami juga berbangga untuk menaja lebih daripada 190 atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia, termasuk Cristiano Ronaldo, LA Galaxy, dan pelbagai pasukan Olimpik.

Herbalife Nutrition mempunyai lebih 8,000 orang pekerja di seluruh dunia, dan sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE: HLF) dengan jualan bersih sebanyak kira-kira AS$4.5 bilion pada 2016. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com. Maklumat kewangan boleh diperolehi di ir.herbalife.com.

           
Pertanyaan Media:
Herbalife Asia Pacific
Daliea Mohamad-Liauw, +852 3589 2643
NP, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
dalieal@herbalife.com

Sumber: Herbalife Nutrition

No comments:

Post a Comment