Thursday, October 19, 2017

PERSIDANGAN MEDIA HARI RABU UNTUK PERSIDANGAN DUNIA BAGI KANSER PARU-PARU: KEMAJUAN DAN INTERVENSI PD-1/PD-L1 UNTUK MENCEGAH DAN MERAWAT KANSER PARU-PARU


YOKOHAMA, Jepun, 19 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persidangan media terakhir daripada Persidangan Dunia bagi Kanser Paru-paru (WCLC) Ke-18 oleh Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) menyoroti kemajuan baharu sekitar penemuan PD-1 and PD-L1, termasuk perbincangan daripada penyelidik yang dikreditkan dengan menemui PD-1, serta intervensi untuk mencegah kanser paru-paru dan meningkatkan kualiti hidup untuk pesakit kanser paru-paru. 

Inovasi dalam rawatan kanser paru-paru dikaitkan dengan penemuan PD-1
Prof. Tasuku Honjo dari Jepun, merupakan individu pertama yang mengenal pasti PD-1 pada tahun 1992, berkongsi perkembangan tentang cara penghalang PD-1 telah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai jenis kanser. Selepas beberapa dekad kajian dilakukan, penyelidikan tentang PD-1 telah membawa kepada kejayaan cemerlang dalam rawatan imunoterapi yang dianggap sebagai “detik penisilin” dalam rawatan kanser.

“Saya percaya, sama seperti bilangan antibiotik yang dibangunkan akibat penemuan penisilin kini melindungi manusia menentang ancaman penyakit berjangkit, penemuan ini akan memainkan peranan penting dalam kemajuan imunoterapi kanser,” ujar Prof. Honjo. “Pada masa hadapan, kebimbangan mati akibat kanser tidak akan wujud lagi.”

Penyelidikan yang meluas tentang terapi kombinasi telah dilaksanakan oleh beberapa institusi. Khususnya, Prof. Honjo merasakan bahawa terapi penggabungan sekatan PD-1 menggunakan pengaktif mitokondria, terutamanya pengaktif PGC-1α, mampu menjanjikan sesuatu.  

No comments:

Post a Comment