Tuesday, October 10, 2017

PATTON DAN FIBERPLEX BERGABUNG UNTUK MEMBINA USAHASAMA INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI PERUSAHAAN

GAITHERSBURG, Md., 10 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics— pengilang UC, awan (cloud) dan penyelesaian IoT untuk rangkaian pembawa, perusahaan dan industri yang berpangkalan di AS—telah melaksanakan transaksi strategik dengan FiberPlex Technologies—pembekal komunikasi digital berasaskan gentian selamat untuk Kerajaan AS dan pasaran komersial.

Patton telah memperoleh beberapa aset dan hak milik intelek FiberPlex dan telah mula menyatukan operasi FiberPlex di fasiliti Patton di Gaithersburg Maryland. Terma lain transaksi tersebut tidak didedahkan.

Penyatuan ini mencipta perniagaan bersama yang meningkatkan keuntungan Patton dan menambahkan sumber, kemahiran dan keupayaan baru yang signifikan untuk kumpulan Patton. Penyelesaian baharu daripada penggabungan teknologi teras dan portfolio produk tersebut meningkatkan nilai untuk pelanggan, saluran dan rakan ekosistem Patton dan FiberPlex.

Pelanggan FiberPlex akan terus menikmati perkhidmatan dan bekalan produk yang stabil, tanpa gangguan dengan waranti dan perjanjian perkhidmatan ditepati. Rakan saluran FiberPlex akan dilayakkan kepada program saluran Patton serta diberikan akses ke suite penuh produk pelengkap. Saluran Patton juga akan mendapat akses ke produk FiberPlex.

“Terdapat banyak lagi kerjasama antara kami,” ujar Bobby Patton, CEO Patton Electronics. “Produk keluaran kami saling melengkapi antara satu sama lain dan gabungan keupayaan pengilangan bermakna kami dapat menawarkan tahap baru integrasi vertikal kepada pasaran dunia.”

“Kami teruja dengan perkembangan terbaru buat jenama FiberPlex ini,” kata Buddy Oliver, CEO FiberPlex. “Kami mempunyai visi yang sama dalam pasaran ini dan berhasrat untuk membawa nilai baru untuk pekerja, vendor dan pelanggan kami.”

“Pengetahuan teknologi fiber FiberPlex yang terkini meningkatkan sumbangan kepada gabungan pelanggan baru kami. Operasi pengilangan hasil logam FiberPlex menjadikan kami lebih berintegrasi secara vertikal, meningkatkan keupayaan penghasilan prototaip kami dengan pantas dan mempercepat pengkomersilan teknologi,” kata Bobby.

Produk FiberPlex berfokus pada penyelesaian komunikasi digital berasaskan gentian selamat yang melindungi pelanggan daripada ancaman serta menawarkan keselamatan fizikal, penghindaran pintasan dan keselamatan siber aras bawah.

Kedua-dua syarikat adalah milik penuh keluarga dan operasi pengilangan mereka dibuat menurut prinsip perniagaan konservatif dan nilai Amerika serta berfokus pada teknologi, produk dan perkhidmatan terkini.

Di samping itu, Majalah InsightsSuccess baru-baru ini mengiktiraf Patton sebagai penyedia penyelesaian UC sepuluh teratas untuk tahun 2017.

Hubungan Media: Glendon Flowers | +1 301 975 1000 | press@patton.com

SUMBER : Patton Electronics Co.

No comments:

Post a Comment