Thursday, October 12, 2017

GPCI 2017: TOKYO, SINGAPURA, SEOUL, HONG KONG, SYDNEY KESEMUANYA MENDUDUKI TEMPAT 10 TERATAS DI PERINGKAT GLOBAL

TOKYO, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lima bandar raya utama di rantau Asia Pasifik —Tokyo, Singapura, Seoul, Hong Kong dan Sydney — menduduki tempat 10 teratas di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global 2017 (GPCI) yang diterbitkan hari ini oleh Institut bagi Strategi Bandar di Yayasan Memorial Mori, sebuah institut penyelidikan yang ditubuhkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar terkemuka di Tokyo. Kali pertama diterbitkan pada tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu menilai dan menempatkan 44 bandar raya utama mengikut "daya tarikan" mereka, atau kuasa keseluruhan mereka untuk menarik individu dan perusahaan yang kreatif dari seluruh dunia. Bandar raya dinilai berdasarkan enam kategori: Ekonomi, Penyelidikan & Pembangunan, Interaksi Kebudayaan, Sesuai Didiami, Alam Sekitar, dan Kebolehcapaian.
 
Tokyo, yang mengatasi Paris dan menduduki tempat ke-3 buat pertama kalinya pada tahun lalu, meningkatkan markah mereka di dalam bidang "Interaksi Kebudayaan" dan "Kebolehcapaian", untuk merapatkan jurang dengan bandar raya yang menduduki tempat kedua New York. Singapura dinilai sebagai sebuah bandar raya dengan mempunyai antara keseimbangan kualiti yag terbaik secara keseluruhan di Asia, dan disenaraikan dalam 10 teratas dalam semua kategori kecuali "Sesuai Didiami". Yang terutamanya, bandar raya itu menduduki tempat ke-3 di dalam bidang "Alam Sekitar" disebabkan terutamanya kerana memiliki alam yang luas dan kualiti udara yang unggul. Seoul menduduki tempat ke-6 secara keseluruhan untuk tahun keenam berturut-turut, dengan prestasi yang kukuh di dalam bidang "Penyelidikan & Pembangunan" kerana jumlah paten yang banyak yang difailkan di sana dan kumpulan penyelidiknya yang besar. Walaupun Hong Kong merosot dari tangga ke-7 kepada ke-9 di dalam kedudukan keseluruhan, bandar raya itu terus mencatatkan markah tinggi di dalam kategori "Kebolehcapaian", dan Sydney mencapai kedudukan keseluruhan 10 teratas untuk pertama kalinya dalam tempoh tujuh tahun dengan peningkatan yang tinggi di dalam penilaian "Sesuai Didiami" mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10480

No comments:

Post a Comment