Tuesday, January 30, 2024

BOSTON METAL MEMPEROLEH $20J DALAM PENDANAAN SIRI C2, DENGAN ITU MENINGKATKAN JUMLAH PUSINGAN KEPADA $282J



Modal akan meningkatkan pengeluaran logam inovatif, termasuk keluli hijau dan mengukuhkan jangkauan dalam pasaran Asia


BOSTON, 30 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boston Metal, sebuah syarikat penyelesaian teknologi logam global, hari ini mengumumkan pelaburan Siri C2 bernilai $20 juta daripada Marunouchi Innovation Partners yang berpangkalan di Tokyo. Pendanaan baharu itu meningkatkan jumlah siri ini kepada $282 juta.

Dengan modal baharu ini, Boston Metal melebarkan sayap di Asia, pasaran yang menyumbang lebih 70% daripada pengeluaran keluli dunia. Di samping itu, pendanaan akan mempercepat laluan syarikat ke arah pengkomersialan dan menyokong pertumbuhan berterusan dengan menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam industri.

"Komitmen kami terhadap inovasi dan kemampanan dalam pengeluaran logam kekal teguh dan pendanaan ini akan memainkan peranan penting dalam memajukan matlamat jangka panjang kami," ujar Tadeu Carneiro, Ketua Pegawai Eksekutif Boston Metal. “Walaupun keadaan pasaran yang mencabar, penilaian Boston Metal terus meningkat manakala keupayaan berterusan kami untuk memperoleh pendanaan daripada pelabur peringkat teratas menunjukkan keyakinan yang teguh terhadap visi dan keupayaan kami.”

Memanfaatkan momentum pendanaan Siri C1, Boston Metal mempercepat misi syarikat tersebut untuk mengkomersialkan kejayaan cemerlang dalam teknologi keluli hijau menjelang tahun 2026 bagi menyokong matlamat sifar karbon industri keluli untuk tahun 2050. Syarikat itu menjangkakan untuk mula menjana pendapatan daripada perniagaan logam bernilai tinggi seawal tahun 2024.

"Kami mengakui bahawa amat penting untuk memajukan amalan mampan dalam pengeluaran logam," ujar Ichiro Miyoshi, Ketua Pegawai Eksekutif Marunouchi Innovation Partners. "Pelaburan kami dalam Boston Metal ialah bukti keyakinan kami bahawa teknologi Boston Metal mewakili penyelesaian jangka panjang yang inovatif untuk pengeluaran komersial keluli hijau dalam menghadapi permintaan keluli global yang semakin meningkat."

Dorongan untuk penyahkarbonan dalam sektor seperti pengangkutan dan infrastruktur meningkatkan permintaan untuk penyelesaian keluli hijau. Teknologi Molten Oxide Electrolysis (MOE) Boston Metal ialah proses satu langkah langsung yang boleh menghasilkan keluli berkualiti tinggi daripada bijih besi gred sederhana dan rendah yang banyak. Fleksibiliti ini adalah unik dan meletakkan MOE bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk keluli yang mampan alam sekitar dalam pelbagai industri. Sebagai teknologi platform, MOE juga membenarkan pengekstrakan logam bernilai tinggi daripada bahan berkepekatan rendah yang sebelum ini tidak boleh digunakan, seperti sisa perlombongan.

Pengumuman pendanaan ini dibuat selepas Boston Metal baru-baru ini dipilih oleh Jabatan Tenaga A.S untuk menubuhkan sebuah kilang pembuatan logam kromium di Weirton, Virginia Barat bertujuan untuk melakukan pengeluaran bahan penting di darat kepada aeroangkasa, pemprosesan kimia dan industri nuklear.

Perihal Boston Metal

Boston Metal mengkomersialkan Molten Oxide Electrolysis (MOE), platform teknologi logam tan yang dikuasakan oleh elektrik, untuk menyahkarbonkan pembuatan keluli dan mengubah cara logam dibuat. MOE menyediakan industri logam dengan penyelesaian yang boleh skala, berdaya saing dari segi kos dan mampan alam sekitar untuk pengeluaran keluli dan logam bernilai tinggi menggunakan pelbagai stok suapan dan gred bijih besi. Disokong oleh pelabur berwawasan dan diterajui oleh pasukan bertaraf dunia, Boston Metal mempunyai ibu pejabat di Woburn, Massachusetts dan anak syarikat milik penuh di Brazil. Ketahui lebih lanjut di bostonmetal.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Media
Derek Brekken
Antenna Group bagi pihak Boston Metal
bostonmetal@antennagroup.com

media@bostonmetal.com
 
Sumber: Boston Metal

Monday, January 29, 2024

PEMENANG HADIAH JEPUN 2024 DIUMUMKAN

TOKYO, 29 Jan., 2024 /Kyodo JBN/ --


Yayasan Hadiah Jepun telah mengumumkan pemenang bagi hadiah Jepun 2024 pada 23 Januari, 2024. Prof. Sir Brian J. Hoskins (United Kingdom) dan Prof. John Michael Wallace (Amerika Syarikat) adalah pemenang bersama bagi Hadiah Jepun di dalam bidang Infrastruktur Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Sosial, dan Prof. Ronald M. Evans (Amerika Syarikat) telah dianugerahkan dengan Hadiah Jepun di dalam bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal.

- Bidang bagi Infrastruktur Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Sosial

Prof. Sir Brian J. Hoskins

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202401155280/_prw_PI4fl_MnpACdsk.jpg

Prof. John Michael Wallace

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202401155280/_prw_PI3fl_RS9kF6a4.jpg

- Bidang bagi Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal

Prof. Ronald M. Evans

https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000319/202401155280/_prw_PI2fl_YIMVuEE8.jpg

Untuk Hadiah Jepun pada tahun ini, Prof. Hoskins dan Prof. Wallace telah diiktiraf di atas sumbangan cemerlang mereka kepada Penubuhan sebuah  asas saintifik untuk memahami dan meramalkan kejadian cuaca yang ekstrem, dan Prof. Evans untuk Penemuan beliau bagi keluarga penerima hormon nuklear dan aplikasinya kepada pembangunan ubat-ubatan.

Untuk Hadiah Jepun 2024 itu, Yayasan berkenaan telah meminta kira-kira 15,500 ahli sains dan jurutera terkemuka dari seluruh pelosok dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja di dalam bidang berkenaan pada tahun ini. Ia menerima 130 pencalonan untuk bidang Infrastruktur Sumber, Tenaga, Alam Sekitar dan Sosial, dan 198 pencalonan bagi bidang Sains Perubatan dan Sains Farmaseutikal. Pemenang tahun ini telah dipilih daripada 328 orang calon. 

Maklumat mengenai Hadiah Jepun
Penubuhan Hadiah Jepun pada tahun 1981 telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan satu anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan daripada pelbagai sumbangan, Yayasan Hadiah Jepun telah menerima pengesahan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.

Hadiah Jepun itu dianugerahkan kepada ahli sains dan jurutera dari seluruh dunia yang telah membuat pencapaian yang kreatif dan dramatik yang membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara signifikan untuk merealisasikan keamanan dan kemakmuran bagi manusia sejagat. Penyelidik di dalam semua bidang sains dan teknologi layak untuk anugerah itu, dengan dua bidang dipilih setiap tahun dengan mengambil kira trend semasa di dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu di dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah itu, dan menerima sebuah sijil, sebuah pingat, dan juga hadiah wang tunai. Setiap majlis penganugerahan dihadiri oleh Maharaja dan Maharani semasa, ketua bagi tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, dan wakil daripada pelbagai elemen masyarakat yang lain.

Sumber: Yayasan Hadiah Jepun

--BERNAMA

Tuesday, January 23, 2024

CONCEAL MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN KE ASIA TENGGARA DENGAN PERKONGSIAN NORDIC SOLUTIONS

Conceal bekerjasama dengan Nordic Solutions bertujuan mengintegrasikan teknologi ConcealBrowse yang canggih, meningkatkan tawaran proaktif dan responsif Nordic Solution untuk pangkalan pelanggan Asia Pasifik syarikat itu

AUGUSTA, Ga., 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Conceal, terkenal dengan pendekatan berinovatif terhadap keselamatan pelayar, berbangga untuk mengumumkan perkongsian pengedaran strategik bersama Nordic Solutions Asia Pte Ltd, yang beribu pejabat di Singapura, serta mempunyai pejabat di seluruh rantau di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, pengedar nilai tambah produk keselamatan siber rangkaian khusus yang terkemuka bertujuan membentuk masa depan penyelesaian teknologi di rantau Asia-Pasifik. Bersama gabungan ini, pelanggan khusus Nordic Solutions kini akan diperkasakan dengan perlindungan pelayar ConcealBrowse yang dipertingkat.

“Rantau Asia-Pasifik mewakili beberapa pelanggan siber terbesar dan paling canggih di dunia, dan kami amat teruja untuk membawa keupayaan ConcealBrowse yang tiada tandingannya kepada portfolio eksklusif Nordic Solutions. Kepakaran, pengalaman dan penghormatan Nordic Solutions di rantau ini menjadikan syarikat tersebut sebagai rakan kongsi yang ideal untuk Conceal,” kata Gordon Lawson, Ketua Pegawai Eksekutif Conceal. “Dengan menggabungkan ConcealBrowse ke dalam rangkaian tawaran Nordic Solutions, kami percaya perkongsian kami akan merevolusikan cara organisasi di Asia Tenggara mengesan, bertindak balas dan mempertahankan diri terhadap berbagai ancaman hari ini dan esok.”

"Kami tidak berbelah bahagi untuk berusaha mengejar kecemerlangan dalam perkhidmatan IT kami yang menyeluruh. Kerjasama dengan Conceal mewakili pencapaian penting dalam komitmen kami yang berterusan untuk menyediakan penyelesaian keselamatan siber yang canggih. Perkongsian ini menghimpunkan kepakaran dan pengaruh serantau Nordic Solutions yang luas dengan pendekatan berpandangan jauh Conceal kepada keselamatan pelayar. Dengan mengintegrasikan teknologi berinovatif Conceal ke dalam portfolio eksklusif kami dengan lancar, kami berada pada kedudukan untuk merevolusikan landskap keselamatan siber di rantau Asia-Pasifik. Bersama-sama, kami menyasarkan untuk memperkasa organisasi supaya menangani ancaman siber secara proaktif, memperkukuh dedikasi bersama kami bagi memupuk masa depan digital yang selamat untuk perniagaan di seluruh rantau ini," kata John Seet, Ketua Pegawai Eksekutif Nordic Solutions.

Dengan perkongsian ini, pangkalan pelanggan Nordic Solutions boleh menjangka pertahanan yang lebih teguh dan berintegrasi. Gabungan rangkaian perkhidmatan menyeluruh IT Nordic Solutions yang tiada tandingannya ini, digabungkan dengan pendekatan pelayar dinamik yang dikuasakan AI daripada ConcealBrowse, memastikan pelanggan Nordic Solutions dapat mengenal pasti dan meneutralkan ancaman yang muncul dengan kecekapan dan kelajuan lebih tinggi.

Maklumat Tentang Conceal

Misi Conceal ialah untuk mempertahankan organisasi terhadap ancaman berasaskan web. ConcealBrowse ialah sambungan pelayar berkuasa AI peribadi, ringan dan mudah digunakan yang mengesan, menghalang dan melindungi pengguna daripada pancingan data, kecurian kelayakan dan serangan kejuruteraan sosial canggih lain yang sentiasa berkembang. Dengan melindungi bahagian paling rentan dalam mana-mana organisasi, manusia yang menggunakan pelayar web, ConcealBrowse mengurangkan risiko serangan siber yang merosakkan dan mahal secara dramatik. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://conceal.io/conceal-browse/.

Maklumat Tentang Nordic Solutions

Nordic Solutions (Asia) Pte Ltd, ditubuhkan pada tahun 2014, merupakan pengedar keselamatan siber terkemuka yang khusus untuk membentuk masa depan penyelesaian teknologi di rantau Asia-Pasifik. Bersama asas yang kukuh dalam pengedaran dan Perkhidmatan Terurus, kami sentiasa berkembang untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan menyeluruh. Bahagian kami termasuk Keselamatan Siber, Penyelesaian dan Perkhidmatan Dron, serta Transformasi Digital. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://nordic-solutions.asia/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17831

Saturday, January 20, 2024

PELARASAN TARIF AIR DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN KELESTARIAN PERKHIDMATAN AIR NEGARA

 KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pengumuman pelarasan tarif air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 17 Januari telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAN, iaitu mulai 1 Februari 2024, tarif air domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan naik secara purata sebanyak 22 sen untuk setiap meter padu.

Sebahagian pengguna merasakan ia tidak sepatutnya berlaku ketika ini di mana rakyat sedang menghadapi cabaran ekonomi yang agak ketara. Walau bagaimanapun, ada yang menyetujui pelarasan tersebut memandangkan kos rawatan air yang semakin meningkat. Namun, mereka juga mahu kerajaan menjamin ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air. 

Ada juga menyatakan dengan kenaikan tarif air ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih berhemah dalam penggunaan air. Hal ini ialah kerana kadar penggunaan air rakyat  Malaysia adalah sebanyak 237 liter per kapita sehari, melebihi kadar saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 180 liter per kapita seorang sehari. 

Forum Air melihat pelarasan tarif air ini adalah satu keperluan untuk pelaburan jangka masa panjang memandangkan kos perkhidmatan bekalan air yang semakin bertambah dari pelbagai sudut merangkumi aspek-aspek penyenggaraan dan pembaikpulihan. 

"Pihak SPAN haruslah memastikan syarikat-syarikat pembekal air akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bekalan air kepada rakyat. Hal ini termasuklah pemantauan secara aktif dan serius berdasarkan kriteria-kriteria KPI yang telah ditetapkan oleh SPAN serta tindakan segera dan wajar terhadap mana-mana operator air yang gagal mematuhinya.” kata wakil Forum Air, Amlir Ayat.

Rakyat juga haruslah memainkan peranan mereka dengan tangkas dan tegas dalammenyuarakan sebarang kelemahan atau kepincangan mengenai kualiti perkhidmatan bekalan air kepada pihak operator, termasuk insiden-insiden kerosakan infrastruktur seperti kerosakan paip dan pencurian air.

Penggunaan air dengan lebih berhemah termasuk mengelakkan pembaziran juga seharusnya menjadi amalan utama rakyat Malaysia demi mencapai kadar penggunaan air yang mampan.

Tanggungjawab dalam mencapai tahap kelestarian perkhidmatan air negara yang optimum perlu dipikul oleh semua pihak dengan memainkan peranan secara kolektif dan aktif. Air adalah keperluan asas manusia yang perlu dijaga dan dilindungi dengan sifat rasa tanggungjawab sepenuhnya.

Orang ramai juga boleh salurkan sebarang pendapat dan maklum balas jika mengalami isu berkenaan perkhidmatan air dan pembetungan melalui beberapa saluran iaitu pertama kepada pembekal (operator) seterusnya kepada Forum Air, iaitu platform rasmi Kempen #AirKita (https://www.airkita.org.my/) dan sekiranya masih tiada tindakan yang sewajarnya diambil oleh operator maka aduan berkenaan boleh disalurkan kepada SPAN.

SUMBER: Pertubuhan Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur and Selangor

--BERNAMA

BANLE ENERGY INTERNATIONAL LIMITED MENYOKONG PELAYARAN SULUNG BYD UNTUK PEMBAWA KERETA, BYD EXPLORER 1

HONG KONG, 18 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 9 Januari 2024, Banle Energy International Limited, anak syarikat CBL International Limited (NASDAQ: BANL), berbesar hati mengumumkan bahawa mereka telah mengatur perkhidmatan bunkering untuk menyokong perjalanan sulung pengangkut kereta pertama BYD, BYD Explorer 1, di sebuah pelabuhan di China. BYD ialah pengeluar kenderaan elektrik (EV) China. Menurut 'The Wall Street Journal', BYD mengatasi jualan EV Tesla pada suku terakhir tahun 2023 dan menjadi pengeluar EV terbesar di dunia.

Seperti yang dilaporkan oleh berita Seatrade Maritime, selepas menerima perkhidmatan pengisian bunker di pelabuhan Yan Tai, BYD Explorer 1, akan singgah di Shenzhen untuk memuatkan kereta sebelum mengeksport ke Eropah.

"Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa penting ini dan mengucapkan terima kasih kepada BYD kerana meletakkan kepercayaan mereka dalam perkhidmatan pengisian bunker kami," kata Encik William Chia, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CBL International Limited. “CBL telah mewujudkan rangkaian yang teguh dan mempunyai keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan pengisian bunker di 17 daripada 20 pelabuhan kontena terbaik di seluruh dunia. Selaras dengan rancangan pengembangan kami, baru-baru ini kami telah membuka pejabat di Ireland pada suku keempat tahun 2023 untuk meningkatkan lagi rangkaian kami di Eropah. Inisiatif ini sejajar dengan objektif strategik kami untuk mengembangkan kehadiran kami di Eropah."

CBL International Limited telah meluaskan kehadirannya lebih 55 pelabuhan di seluruh Asia Pasifik dan negara lain, seperti Belgium dan Turki. Selain itu, kami telah mengambil pendekatan proaktif dalam meneroka bahan api alternatif dan telah diluluskan untuk aktiviti perdagangan biobahan api. Ini menjadikan kami salah satu kumpulan pertama pembekal biobahan api B24 di Hong Kong. Pencapaian ini menunjukkan keghairahan kami untuk merebut peluang untuk menyediakan perkhidmatan pengisian bunker yang berdaya saing, mesra alam dan bersepadu kepada pelanggan kami yang dihargai." 

Thursday, January 18, 2024

'HILTON UNTUK PERNIAGAAN' MENGUBAH PENGALAMAN PENGURUSAN PERJALANAN UNTUK PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA





Program Global Menawarkan Platform Tempahan, Diskaun, Ganjaran Kesetiaan yang Menyeluruh dan Alatan Pengurusan Program yang Lancar
 
MCLEAN, Va., 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, Hilton memperkenalkan Hilton untuk Perniagaan, program perjalanan digital baharu yang memperkasakan ahli profesional perusahaan kecil dan sederhana bagi memudahkan pengurusan perjalanan sambil meningkatkan ganjaran dan diskaun untuk kesetiaan mereka.
 
Program global itu menawarkan set alatan yang menyeluruh bagi meningkatkan tempahan perjalanan perniagaan dan pengalaman pengurusan, serta memberikan manfaat Hilton Honors kepada pelanggan perniagaan dan pekerja pelanggan tersebut di seluruh dunia.
 
Hilton untuk Perniagaan memenuhi keperluan yang semakin meningkat: Data Hilton mendedahkan 75 peratus pelanggan perusahaan kecil dan sederhana menempah perjalanan perniagaan dan menguruskan perjalanan  masing-masing secara dalaman, tanpa menggunakan khidmat luaran. Manakala Laporan Trend 2024 Hilton mengetengahkan bahawa 80% pengembara global bersetuju dengan kepentingan menempah keseluruhan perjalanan mereka diatas talian.
 
“Di Hilton, kami mendengar keperluan pelanggan kami dan kemudian melakukan inovasi untuk memberikan pengalaman hotel yang unggul bagi setiap pengaturan penginapan. Ini termasuk pelanggan perusahaan kecil dan sederhana kami yang telah mencari platform perjalanan dan manfaat kesetiaan bagi memenuhi keperluan unik masing-masing dan mengurangkan titik geseran, daripada penempahan kepada pengebilan,” kata Chris Silcock, presiden Jenama Global dan Perkhidmatan Komersial, Hilton. “Kami amat teruja melancarkan Hilton untuk Perniagaan secara rasmi pada hari ini sebagai penyelesaian strategik kami yang bertujuan memperkaya pengalaman perjalanan perniagaan untuk pelanggan dan pekerja masing-masing.”
 
Kini, perusaha kecil dan sederhana dapat merasai pengalaman perjalanan perniagaan yang lebih lancar dan dipacu nilai dengan melibatkan diri bersama Hilton untuk Perniagaan melalui cara berikut:
 
Diskaun Seluruh Portfolio

Perusahaan kecil dan sederhana yang menyertai Hilton untuk Perniagaan memperoleh akses kepada kadar yang diberikan diskaun merentasi portfolio global Hilton sebanyak 7,400 hartanah di laman web dan dalam aplikasi Hilton Honors.
 
Ganjaran Perjalanan untuk Perusahaan Kecil dan Pekerja

Melalui program ini, syarikat akan memperoleh bonus dengan program kesetiaan Hilton yang telah meraih anugerah, iaitu Hilton Honors. Ini termasuk:
  • Syarikat yang mendaftar dalam Hilton untuk Perniagaan akan menerima 7,500 Mata Ganjaran Bonus Hilton Honors selepas mana-mana ahli program melengkapkan penginapan hotel pertama mereka.
  • Selepas setiap 10 malam tempoh menginap oleh ahli program, syarikat itu menerima 5,000 Mata Ganjaran Bonus Hilton Honors. Mata Ganjaran Bonus tersebut disimpan dalam akaun syarikat perniagaan dan boleh digunakan untuk diagihkan sesama sendiri dan/atau mana-mana ahli program Hilton untuk Perniagaan masing-masing.
  • Pengembara individu, termasuk pemilik dan pekerja, akan terus memperoleh Mata Ganjaran Hilton Honors dan manfaat peribadi mereka setiap kali mereka menginap.
 
Suai Tugas Pantas

Apabila mengunjungi Hilton.com/HiltonforBusiness, pemilik atau pentadbir perjalanan perusahaan kecil dan sederhana boleh mendaftarkan diri mereka dan syarikat mereka, melalui akaun Hilton Honors mereka sendiri, bagi memperoleh akses kepada sistem tempahan dan pengurusan perjalanan layan diri yang menyeluruh dan mudah digunakan. Memahami kekecewaan yang dialami ramai pelanggan berkenaan proses pendaftaran yang panjang dan rumit, pendaftaran Hilton untuk Perniagaan dibina bagi membolehkan proses pendaftaran dan pengesahan dilakukan secara pantas. Sebaik sahaja didaftarkan, pelanggan dan pekerja perniagaan akan memperoleh akses kepada laman web tempahan dan manfaat menarik yang lain. Pada peringkat itu, pengembara individu juga akan dapat mencipta profil perjalanan peribadi dan perniagaan secara berasingan dalam akaun Hilton Honors mereka sendiri, membolehkan pembezaan dan pengurusan yang lancar antara kedua-dua profil.
 
Pengurusan Program yang Lancar

Selain membolehkan mana-mana pengembara di sesebuah syarikat menempah kadar yang diberikan diskaun dengan mudah, pemilik perniagaan mengawal pengurusan program sepenuhnya dan boleh mewakilkan pengurusan tersebut kepada seberapa ramai pentadbir. Dan penambahan bilangan pekerja menjadi pantas – lebih ramai pekerja dimasukkan ke dalam program, maka lebih banyak manfaat yang diperoleh syarikat. Perniagaan boleh menjejaki perbelanjaan masing-masing yang akan datang, menyemak sejarah perbelanjaan dan memahami manfaat yang terkumpul apabila melakukan perjalanan.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, kunjungi Hilton.com/HiltonforBusiness.
 
Maklumat Tentang Hilton

Hilton (NYSE: HLT) ialah syarikat hospitaliti global terkemuka dengan portfolio 22 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada hampir 7,400 hartanah dan lebih daripada 1.1 juta bilik, di 124 negara dan wilayah. Berdedikasi untuk memenuhi visi penubuhan syarikat bagi menceriakan bumi ini dengan cahaya dan kemesraan layanan yang baik, Hilton telah mengalu-alukan kedatangan lebih daripada 3 bilion tetamu dalam sejarah perkhidmatan lebih 100 tahun, memperoleh tempat teratas dalam senarai 100 Syarikat Terbaik untuk Bekerja Fortune dan telah diiktiraf sebagai peneraju global dalam Indeks Kelestarian Dow Jones selama enam tahun berturut-turut. Hilton telah memperkenalkan beberapa peningkatan teknologi terunggul dalam industri bagi menambah baik pengalaman tetamu, termasuk Perkongsian Kunci Digital, naik taraf bilik percuma secara automatik dan keupayaan menempah bilik bersambung yang disahkan. Melalui program kesetiaan Hilton Honors yang telah meraih anugerah ini, lebih 173 juta ahli yang menempah secara langsung dengan Hilton boleh memperoleh Mata untuk penginapan hotel dan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Dengan menggunakan aplikasi Hilton Honors yang percuma, tetamu boleh menempah penginapan mereka, memilih bilik mereka, mendaftar masuk, membuka kunci pintu bilik mereka dengan Kunci Digital dan mendaftar keluar, semuanya dari telefon pintar mereka. Kunjungi stories.hilton.com untuk maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton di FacebookTwitterLinkedInInstagram dan YouTube.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53876389/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17822

Wednesday, January 17, 2024

XENCO MEDICAL MEMPERKENALKAN TRABECULEX CONTINUUM, PENUMPUAN RINTISAN KESIHATAN DIGITAL DAN BIOBAHAN, DI CES 2024 DI LAS VEGAS, PERSIDANGAN TEKNOLOGI TERBESAR DI DUNIA

 

Pada 11 Januari, syarikat teknologi perubatan rintisan Xenco Medical memperkenalkan teknologi penumpuan yang merapatkan Kesihatan Digital dan Biobahan dengan mempamerkan TrabeculeX Continuum™ di Pertunjukan Elektronik Pengguna 2024 di Las Vegas, Nevada. Mempunyai TrabeculeX Bioactive Matrix™ dan TrabeculeX Recovery App™, TrabeculeX Continuum ialah jambatan yang didayakan oleh teknologi pertama antara ortobiologi dan kesihatan digital, menyatupadukan implantasi biobahan pesakit dan perjalanan pascabedah. (Grafik: Business Wire)

SAN DIEGO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 11 Januari, syarikat teknologi perubatan rintisan Xenco Medical memperkenalkan teknologi penumpuan yang merapatkan Kesihatan Digital dan Biobahan dengan mempamerkan TrabeculeX Continuum™ di Pertunjukan Elektronik Pengguna 2024 di Las Vegas, Nevada. Mempunyai TrabeculeX Bioactive Matrix™ dan TrabeculeX Recovery App™ yang diluluskan oleh FDA, TrabeculeX Continuum ialah jambatan yang didayakan oleh teknologi pertama antara ortobiologi dan kesihatan digital, menyatupadukan implantasi biobahan pesakit dan perjalanan pascabedah. Memperkasa pakar bedah yang telah mengimplankan TrabeculeX Bioactive Matrix Xenco Medical yang diluluskan oleh FDA untuk mendaftarkan pesakit dalam Aplikasi Pemulihan TrabeculeX (TrabeculeX Recovery App) dan melibatkan diri dalam Pemantauan Terapeutik dari Jauh, serta video tak segerak dan pemesejan teks, TrabeculeX Continuum ialah persimpangan perubatan boleh jana semula dan kesihatan digital yang tidak pernah berlaku sebelum ini

Direka bentuk untuk memanfaatkan keupayaan membentuk apatit hidroksikarbonat biokaca dalam setiap TrabeculeX Bioactive Matrix, biobahan boleh jana semula yang termasuk dalam TrabeculeX Continuum telah direka bentuk dengan rumit oleh Xenco Medical untuk menjalankan pembentukan tulang tiga dimensi. Dengan memanfaatkan topografi permukaan yang kompleks, seni bina baharu TrabeculeX Bioactive Matrix bermula pada skala submikron dan menjangkau ke keseluruhan jaringan itu sendiri. Merapatkan perjalanan daripada implantasi biobahan kepada pemulihan fizikal penuh, Aplikasi Pemulihan TrabeculeX (TrabeculeX Recovery App) membolehkan pakar bedah yang telah menggunakan jalur TrabeculeX Bioactive Matrix dalam pesakit mereka untuk menetapkan dan memantau dari jauh rancangan pemulihan fizikal khusus pesakit dengan keupayaan melibatkan diri dalam video tak segerak dan pemesejan teks.

“Sebagai syarikat teknologi pembedahan yang menumpukan bukan sahaja kepada penjagaan intrabedah pesakit kami tetapi kepada pemulihan longitudinal mereka, kami telah komited diri kami sendiri untuk meleraikan halangan yang wujud pada masa ini dalam laluan terpencil daripada pembedahan kepada pemulihan. Dengan TrabeculeX Continuum, kami teruja untuk memperkenalkan teknologi penghubung yang mengiktiraf arka penuh perjalanan pesakit dan bukannya contoh penjagaan tunggal,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xenco Medical Jason Haider.

Sebagai perintis dalam aplikasi sains bahan termaju untuk alat pembedahan dan reka bentuk implan juga, portfolio yang dipacu sains bahan bagi sistem pembedahan polimer komposit pakai buang dan implan tulang belakang busa titanium biomimetik baharu Xenco Medical,  telah diterima guna oleh kemudahan penjagaan kesihatan di seluruh negara. Sebagai pengiktirafan ke atas teknologi rintisan syarikat, Xenco Medical telah dinobatkan sebagai satu daripada Syarikat yang Paling Berinovatif di Dunia oleh Majalah Fast Company dalam senarai 2023 yang terkemuka.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/ 53882026/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Melissa Russell
858-202-1505
info@xencomedical.com
 
Sumber: Xenco Medical

--BERNAMA

Tuesday, January 16, 2024

ARAMCO DIGITAL DAN INTEL BERGABUNG TENAGA UNTUK MENUBUHKAN PUSAT PEMBANGUNAN RAN TERBUKA PERTAMA DI ARAB SAUDI

 DHAHRAN, Arab Saudi, 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aramco Digital dan Intel mengumumkan rancangan mereka untuk menubuhkan Pusat Pembangunan RAN (Rangkaian Akses Radio) Terbuka sulung di Arab Saudi. Kemudahan ini dijangka untuk mendorong inovasi, memupuk kemajuan teknologi dan menyumbang kepada landskap transformasi digital di negara itu.


Kerjasama ini bermatlamat untuk mempercepat pembangunan dan penggunaan teknologi RAN Terbuka, membantu membolehkan Arab Saudi membina infrastruktur telekomunikasi yang kukuh, tangkas dan bertumpukan pemecutan proses pendigitalan merentas industri. Kerjasama ini bermatlamat untuk menyelaraskan Visi 2030 Arab Saudi yang berfokus pada kemajuan teknologi dan pempelbagaian ekonomi.

RAN Terbuka, iaitu sebuah paradigma yang sedang membangun dalam seni bina rangkaian wayarles, akan membawa lebih banyak fleksibiliti, sifat saling kendali dan inovasi. Aramco Digital memiliki pemahaman mendalam tentang keperluan pembangunan dan impian negara itu, serta peluang untuk penggunaan teknologi RAN Terbuka, bersama dengan sudut pandangan unik tentang landskap ekonomi Arab Saudi. Intel pula, sebagai peneraju dalam teknologi pengkomputeran dan komunikasi, membawa kepakarannya dalam teknologi RAN Terbuka ke dalam kerjasama ini.

Sorotan kerjasama ini:

1. **Hab Inovasi:** Pusat Pembangunan RAN Terbuka bermatlamat untuk berfungsi sebagai hab inovasi, memupuk kerjasama antara para jurutera Aramco Digital dan Intel, penyelidik dan pakar dalam industri.

2. **Pembangunan Bakat Tempatan:** Pusat ini bermatlamat untuk menyumbang kepada pembangunan bakat tempatan dengan menyediakan latihan dan pengalaman amali dalam bidang RAN Terbuka dan teknologi pengkomputeran tepi yang sedang membangun dengan pesat.

3. **Impak Ekonomi:** Kerjasama ini bermatlamat untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan melalui inisiatif terdorong teknologi, yang menyelaraskan objektif Visi 2030 yang lebih luas.

4. **Kerjasama Skala Global:** Kerjasama RAN Terbuka antara Aramco Digital dan Intel dijangka untuk dilanjutkan merentas sempadan, yang menghubungkan Arab Saudi dengan landskap global pembangunan dan penggunaan RAN Terbuka dan Pengkomputeran tepi.

CEO Aramco Digital, Tareq Amin berkata: "Kerjasama ini merupakan bukti komitmen kami untuk membantu mendorong inovasi di Arab Saudi. Pusat Pembangunan RAN Terbuka dijangka menjadi pemangkin evolusi digital, yang menyediakan platform untuk kerjasama, pembangunan kemahiran dan penciptaan ekosistem teknologi yang bersemangat. Teras kerjasama ini ialah penciptaan himpunan keupayaan tempatan yang bersemangat untuk teknologi 5G canggih dan 6G pada masa depan."

"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama atas RAN Terbuka dengan Aramco Digital dan untuk menggabungkan kepakaran teknologi Intel dalam bidang rangkaian dan pengkomputeran tepi dan perisian dengan cerapan tempatan dan penerajuan industri Aramco Digital. Bersama-sama, kami ingin mempercepat penggunaan penyelesaian RAN Terbuka natif tepi di Arab Saudi dan di lebih banyak tempat," kata [Sachin Katti, naib presiden kanan Intel dan pengurus am Kumpulan Rangkaian dan Tepi].

Pusat Pembangunan RAN Terbuka dirancang untuk mula beroperasi pada tahun 2024, yang menandakan pencapaian penting dalam perjalanan Arab Saudi ke arah masa depan terdorong teknologi.

Perihal Aramco Digital:

Aramco Digital ialah subsidiari digital dan teknologi Aramco, sebuah syarikat tenaga dan kimia yang tersepadu di seluruh dunia. Aramco Digital bermatlamat untuk membantu mendorong transformasi digital dan inovasi teknologi merentas pelbagai sektor.

Perihal Intel:

Intel (NASDAQ: INTC) ialah peneraju dunia dalam bidang inovasi pengkomputeran. Syarikat ini mereka bentuk dan membina teknologi yang penting yang berfungsi sebagai asas untuk peranti pengkomputeran dunia.

*Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53882082/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Perhubungan
Hosam M. Al-Gharib
media.inquires@aramcodigital.com
 
Sumber: Aramco Digital

--BERNAMA

JUALAN BESAR-BESARAN KOREA 2024, PESTA MEMBELI-BELAH DAN PELANCONGAN TERKEMUKA KOREA DIBUKA

 

Jualan Besar-besar Korea 2024 berlangsung dari 11 Januari hingga 29 Februari, menawarkan manfaat dan diskaun merentasi pelbagai kawasan, termasuk K-perjalanan, K-membeli-belah, K-budaya dan banyak lagi. (Grafik: Jawatankuasa Melawat Korea)


Ekstravaganza Membeli-belah Selama 50 Hari Berlangsung dari 11 Januari hingga 29 Februari
 
SEOUL, Korea Selatan, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jualan Besar-besaran Korea, acara utama yang pertama pada tahun ini, Tahun Melawat Korea 2023-2024, dilancarkan pada 11 Januari, bersedia untuk menyemarakkan "Detik Istimewa di Korea" anda.

Pesta menarik ini menawarkan koleksi manfaat dan diskaun berharga merentasi pelbagai sektor, termasuk K-perjalanan, K-membeli-belah dan K-budaya. Selami pelbagai pengalaman asli Korea dengan program K-kandungan yang terpilih secara eksklusif untuk acara ini.

AIRPORTER DAN MUIC KANSAI MELANCARKAN PERKHIDMATAN DAFTAR MASUK DI LUAR TERMINAL DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KANSAI

OSAKA, Jepun, 15 Jan., 2024 / Kyodo JBN-AsiaNet/--

Airporter, Inc. dan MUIC Kansai (Pusat Inovasi Kansai) telah memulakan perkhidmatan daftar masuk di luar terminal yang pertama di Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai. Perkhidmatan itu bertujuan untuk menyelaraskan proses bagasi untuk pelancong yang menuju ke luar, menyampaikan bagasi terus dari hotel (atau tempat serahan yang ditetapkan) ke  lapangan terbang berlepas di Jepun dan seterusnya ke lapangan terbang ketibaan antarabangsa.
  
Satu projek bukti konsep (PoC) yang mensasarkan pengguna JAL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai telah dilaksanakan dengan jayanya. Airporter dan MUIC Kansai merancang untuk mewujudkan kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan utama di Asia yang sering digunakan oleh pelancong antarabangsa yang melawat Jepun pada masa akan datang.

Ringkasan perkhidmatan
  
1. Airporter menyediakan penghantaran bagasi pada hari yang sama di antara lapangan terbang dan hotel, memperluaskan perkhidmatan mereka ke lapangan terbang antarabangsa. Ini membolehkan “perjalanan bebas tangan” dari hotel ke lapangan terbang ketibaan luar negara.

2. Dengan menggabungkan perkhidmatan penghantaran bagasi pada hari yang sama  Airporter dengan daftar masuk dalam talian yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbangan, perkhidmatan ini menyumbang kepada pendigitalan bagi prosedur menaiki kapal terbang, seterusnya mengurangkan berlakunya isu beratur panjang.

3. Dengan memberi tumpuan kepada Ekspo 2025 Osaka, Kansai, tumpuan awal untuk melaksanakan perkhidmatan itu adalah di Osaka. Satu demonstrasi PoC selama tiga bulan telah dijalankan bermula dari Julai 2023, dengan mensasarkan pengguna JAL yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai untuk pengesahan bagi operasi perkhidmatan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17815

PAMERAN CIIE MENYAMBUT LEBIH BANYAK FIRMA GLOBAL UNTUK MENEROKA PELUANG YANG LEBIH BESAR






SHANGHAI, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE)
 -- CIIE ke-7 akan memulakan satu siri global dari 15 hingga 24 Januari di negara Asia Tenggara, termasuk Vietnam, Thailand, Malaysia, dan juga menjemput banyak perniagaan untuk menyertai pameran CIIE 2024.

Pada seminar pameran CIIE yang diadakan di Geneva, Switerland pada 6 Disember, Biro CIIE menandatangani MOU dengan Switzerland untuk menyertakan lebih banyak perniagaan, terutama SMEs pada pameran CIIE ke-7 itu.

“CIIE menunjukkan sokongan China terhadap Agenda PBB untuk pembangunan yang mampan tahun 2030,” kata Sun Chenghai, timbalan pengarah Biro CIIE. Ia juga bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat global terutamanya dari negara maju dan yang kurang maju untuk membuka potengsi perdagangan dan pembangunan.

Sebagai pameran pertama peringkat nasional di dunia, CIIE juga telah dipuji oleh ramai pihak sebagai platform yang hebat dalam mempamerkan inovasi tahunan dengan cara melibatkan diri dengan berbagai pihak untuk bertukar idea.

CIIE ke-6 yang berakhir pada 10 November 2023 di Shanghai juga telah mengalukan banyak peserta dari 154 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa yang juga telah memecahkan rekod dengan jumlah tawarannya. Nilai dari tawaran yang dimaksudkan semasa pameran dengan enam hari itu ialah $78.41 billion, dari 6.7% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

Lebih daripada 3,400 firma, termasuk 289 daripada 500 perusahaan dan gergasi industri terbaik dunia telah mempamerkan 442 teknologi, produk dan perkhidmatan baharu di pameran ini.

Pameran ini membenarkan 72 negara dan organisasi antarabangsa untuk mempamerkan pencapaian saintifik dan teknologi, budaya dan seni mereka.

Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao ke-6 telah menetapkan sasaran untuk memberi cabaran di seluruh dunia. Sebagai bahagian penting dalam pameran tersebut, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao ke-6 juga dikenali sebagai Forum Hongqiao juga memiliki rekod kehadiran lebih daripada 8,000 peserta.

Hakikat organisasi antarabangsa seperti Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD), Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), dan Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC) juga telah menjadi tuan rumah bersama rekod bilangan sub-forum dengan kemuncak Forum Hongqiao ke-6 ini.

DAtang dan sertai kami! Lebih dari 200 syarikat termasuk pemain industri dan SMEs telah menempah lebih dari 100,000 meter persegi dengan kawasan pameran untuk CIIE ke-7 yang telah dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 10 November 2024. Dapatkan tempat untuk Anda sekarang di:
https://www.ciie.org/exhibition/f/book/register?locale=en&from=press 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17816

Saturday, January 13, 2024

PEMBERHENTIAN TERIMAAN INSTRUMEN BAYARAN CUKAI SECARA MANUAL DI PUSAT PENGURUSAN TERIMAAN HASIL (PPTH) KUCHING DAN KOTA KINABALU

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan menamatkan penerimaan instrumen bayaran cukai secara manual (tunai, cek dan bank deraf) bagi semua bayaran cukai langsung di Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuching dan Kota Kinabalu bermula 01 Februari 2024.
 
Pelaksanaan ini terpakai bagi semua jenis terimaan bayaran kecuali Bayaran Sijil Pendaftaran Nama Perniagaan di PPTH Kuching.
 
Bermula 01 Februari 2024, pembayaran cukai langsung boleh terus dilaksanakan dengan menggunakan Nombor Bil atau Nombor Pengenalan Cukai/Tax Identification Number (TIN) sebagai rujukan bayaran menggunakan pelbagai medium bayaran seperti berikut: 

Sila klik di sini


Maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan bayaran yang disediakan boleh dirujuk di portal rasmi HASiL menerusi langkah-langkah berikut:

• Perkhidmatan > Individu > Kitaran Cukai Individu > Bayaran atau;
• Perkhidmatan > Syarikat > Pembayaran Cukai Syarikat > Kaedah Pembayaran
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17813

TOKIWA PHYTOCHEMICAL CO., LTD. MENGUMUMKAN KAJIAN KLINIKAL TERKINI BAGI VENETRON (R) BERHUBUNG KESEJAHTERAAN HAID

SAKURA, Jepun, 12 Jan., 2024 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

TOKIWA PHYTOCHEMICAL CO., LTD. (kemudian dari ini "Tokiwa"), Jepun, telah mengumumkan penerbitan bagi penyelidikan terbaharu berhubung VENETRON (R), yang diekstrak daripada daun rafuma. Kajian itu, yang bertajuk "Kesan daripada Ekstrak Daun Apocynum venetum (VENETRON (R)) terhadap Aduan yang Tidak Dikenalpasti Berkaitan Haid di dalam Perkara Wanita Sihat – Satu Kajian Perbandingan kumpulan Selari secara Rawak, Dwi Buta, yang dikawal oleh Plasebo --," telah dipaparkan di dalam Farmakologi & Terapeutik Jepun yang berprestij edisi November 2023 (halaman 1685-96, No. 11, Jilid. 51).

Logo:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106604/202312204616/_prw_PI1fl_098u359q.jpg

 
 
Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan VENETRON (R) di dalam menangani aduan psikologi dan fizikal yang berkaitan dengan haid, yang dijalankan ke atas wanita sihat yang mengalami aduan berkaitan haid. Kajian itu menggunakan kaedah secara rawak, dwi buta, dan yang dikawal oleh plasebo. Penilaian bagi 8 subskala yang penting, termasuk kesakitan, pengekalan air, tindak balas autonomi, kesan negatif, kepekatan, perubahan tingkah laku, rangsangan, dan kawalan, telah dijalankan dengan menggunakan satu soal selidik gangguan haid (MDQ) sepanjang kitaran haid itu.
 
Imej 1: Maklumat mengenai VENETRON (R)
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106604/202312204616/_prw_PI3lg_l6t5RJVq.jpg

 
 
Keputusan MDQ itu menunjukkan bahawa VENETRON (R) sangat berkesan di dalam mengurangkan aduan psikologi dan fizikal yang berlaku SEBELUM dan SEMASA haid. Memandangkan VENETRON (R) ialah satu daripada produk wakil Tokiwa yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti tidur, ia telah juga dinilai di dalam penyelidikan ini oleh Inventori Tidur Oguri-Shirakawa-Azumi bagi versi Usia Pertengahan dan Orang Tua (OSA-MA). Hasilnya menunjukkan bahawa VENETRON (R) meningkatkan kualiti tidur. Hasil ini mencadangkan bahawa VENETRON (R) berpotensi untuk meningkatkan kualiti tidur bagi pelbagai individu, termasuk wanita yang mengalami ketidakselesaan berkaitan haid.
 
Imej 2: Pengingesan VENETRON (R) dengan ketara meningkatkan skor MDQ sebelum dan semasa haid
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106604/202312204616/_prw_PI5lg_2MP710eO.jpg



Penemuan ini menekankan kesan positif bagi VENETRON (R) sebagai satu bahan sokongan haid bukan hormon ke atas kesejahteraan haid secara keseluruhan. Di luar fokus utamanya, penyelidikan ini menyumbang kepada memajukan pemahaman dan menangani kebimbangan yang berkaitan dengan kesihatan wanita, sekali gus membuka jalan bagi saluran baharu di dalam penyelidikan dan pembangunan dalam bidang penting ini.
 
Maklumat mengenai  TOKIWA PHYTOCHEMICAL CO., LTD.
Ditubuhkan pada tahun 1949 di Chiba, Jepun, Tokiwa mencipta sejarah sebagai syarikat Jepun pertama yang menumpukan kepada bidang fitokimia yang rumit. Terkenal kerana pengeluaran ekstrak tumbuhan yang pelbagai dan penerokaan tanpa henti terhadap potensi terapeutik mereka, Tokiwa kini bersedia untuk memulakan satu perjalanan yang menarik di dalam pengembangan perniagaan. Dengan satu komitmen yang mendalam untuk meningkatkan kesihatan manusia sejagat, syarikat itu bersedia untuk membuat sumbangan penting kepada kesejahteraan individu di seluruh dunia.
 
Kod QR:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106604/202312204616/_prw_PI4lg_ErbwXti3.jpg

 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.tokiwaph.co.jp/en/
 
 
Sumber: TOKIWA PHYTOCHEMICAL CO., LTD.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17812

Friday, January 12, 2024

SENSORMATIC SOLUTIONS MEMAKSIMUMKAN PENGALAMAN PEMBELI MELALUI TINGKAH LAKU TETAMU GEDUNG YANG DIKUASAKAN OLEH ANALITIS VISI KOMPUTER DI NRF 2024

• Tawaran terbaru Sensormatic Solutions menggunakan AI untuk memberi peruncit alat analitis dan visualisasi yang mendayakan penambahbaikan berdasarkan hasil dan pengalaman runcit yang memuaskan hati.

NEUHAUSEN, Switzerland, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sensormatic Solutions, portfolio penyelesaian runcit global peneraju Johnson Controls, mengumumkan cara mereka mendayakan pengalaman pembeli yang dipertimbangkan dengan penyelesaian Tingkah Laku Gedung dikuasakan oleh Analitis Visi Komputer (CVA) di 2024 National Retail Federation (NRF) Big Show. Sebagai sebahagian daripada keupayaan visi komputer Sensormatic Solutions, Tingkah Laku Tetamu Gedung ialah penyelesaian kecerdasan buatan (AI) yang mengoptimumkan model pembelajaran mudah suai untuk membantu peruncit memahami perjalanan pembeli dan menyampaikan pengalaman pembelian yang menakjubkan, seronok dan unik.

"Benar-benar memahami perjalanan pembeli ialah kunci kepada cara memberikan impak kepada tingkah laku pembeli, dan gambaran holistik tentang pergerakan pelanggan dalam ruang runcit akan memberikan keputusan termaklum yang lebih baik yang membawa kepada pengalaman pembelian yang lebih unggul," kata Subramanian Kunchithapatham, ketua pegawai teknologi di Sensormatic Solutions. "Peruncit mana-mana saiz atau kategori boleh mencapai kesan tersebut dengan penyelesaian Tingkah Laku Tetamu Gedung dan mereka cipta pengalaman terunggul yang menyelaraskan jenama dan misi keseluruhan serta keperluan pelanggan mereka."

Menggabungkan Data Dalam Gedung untuk Membantu Mereka Semula Pengalaman Pembeli

Data boleh mencipta semula segala-galanya daripada cara peruncit berinteraksi dengan pembeli mereka sehingga cara, sebab dan tempat pembeli membuat keputusan dan pembelian mereka. Tingkah Laku Tetamu Gedung mendedahkan cerapan pembeli yang diperkaya dan boleh diambil tindakan, yang peruncit boleh guna untuk membantu meningkatkan jualan dalam gedung melalui strategi dan reka letak yang teliti dalam persekitaran runcit. Hal ini kerana teknologi ini meningkatkan nilai program analitis trafik asas, dengan menggunakan pengiraan orang, perjalanan pembeli dan data tingkah laku untuk memudahkan kecemerlangan operasi dan meningkatkan perbualan.

Hasil itu didayakan dengan memahami:

• Laluan pembelian Pembeli. Tingkah Laku Tetamu Gedung menggunakan pelbagai strim data seperti masa inap tahap zon dan analisis pergerakan, yang boleh mengukur masa yang pembeli berinteraksi dengan barang pameran dan barang niaga. Penyelesaian menyediakan peta panas yang menyerlahkan perjalanan dan laluan pembelian para pembeli, memperkasakan peruncit untuk mereka cipta lebih banyak reka letak dan pelan lantai, amalan pengurusan inventori dan model pekerja yang berkesan.
• Pengukuran khalayak. Tingkah Laku Tetamu Gedung boleh membantu peruncit memahami pelanggan dan keperluan mereka dengan lebih baik. Dengan sentimen, demografi dan strim data yang lebih relevan, peruncit dilengkapi dengan data yang diperlukan untuk mendayakan pengujian A/B yang ringkas dan menyeluruh untuk menyatakan nilai mengelilingi keputusan tentang campuran barang niaga, peletakan pameran promosi, reka cipta planogram dan strategi aneka.

Tingkah Laku Tetamu Gedung dikuasakan oleh CVA membolehkan peruncit dengan gabungan teknologi yang serasi untuk menggunakan infrastruktur video yang sedia ada dengan menggunakan perkakas canggih untuk mencapai ekosistem digital mereka. Sama seperti kebanyakan aplikasi visi komputer Sensormatic Solutions, penyelesaian baharu ini didayakan melalui kerjasama dengan Intel dan Lenovo dan dioptimumkan untuk runcit menggunakan set penyelesaian Sensormatic Solutions yang bersifat proprietari, terhubung dan berdasarkan hasil.

Tingkah Laku Tetamu Gedung Sensormatic Solutions dikuasakan oleh CVA tersedia sekarang—terbaru dalam barisan lanjut Analitis Visi Komputer aplikasi yang boleh membantu menyediakan cerapan tentang tingkah laku pembeli sambil mengukuhkan usaha pencegahan kerugian serta mengekalkan persekitaran yang selamat untuk pembeli dan rakan sekutu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang portfolio visi komputer penuh Sensormatic Solutions dan kes penggunaan, lawat sensormatic.com/computer-vision. Untuk melihat penyelesaian ini dan banyak lagi secara bersemuka, kunjungi kami di NRF 2024 reruai #4865, 13-16 Jan 2024, di Pusat Konvensyen Jacob K. Javits di Bandar New York. Untuk meminta lawatan gerai atau perjumpaan dengan pengurus akaun, lawati halaman penjadualan Sensormatic Solutions. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, ikuti #SensormaticNRF2024 pada X dan LinkedIn.

Berita Relevan Baru-baru Ini: Sensormatic Solutions Mempamerkan Penyelesaian Analitis Runcit Berdasarkan Hasil Terbaru untuk Menangani Cabaran Peruncit yang Paling Mendesak 

Perihal Johnson Controls:

Di Johnson Controls (NYSE:JCI), kami mengubah persekitaran hidup, bekerja, belajar dan bermain semua orang. Sebagai peneraju global dalam sektor bangunan yang pintar, sihat dan mapan, misi kami adalah untuk mencipta semula prestasi bangunan untuk memberikan perkhidmatan kepada manusia, tempat dan Bumi.

Dengan sejarah inovasi hampir 140 tahun kami banggakan, kami sedia menyampaikan rangka tindak masa depan untuk industri seperti penjagaan kesihatan, sekolah, pusat data, lapangan terbang, stadium, perkilangan dan banyak lagi melalui OpenBlue, iaitu tawaran digital kami yang menyeluruh.

Hari ini, dengan pasukan global yang terdiri daripada 100,000 pakar di lebih daripada 150 negara, Johnson Controls menawarkan portfolio teknologi dan perisian yang terbesar di dunia serta penyelesaian perkhidmatan daripada sesetengah nama yang paling dipercayai dalam industri.

Lawati www.johnsoncontrols.com untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan ikuti @Johnson Controls pada platform sosial.

Perihal Sensormatic Solutions:

Sensormatic Solutions ialah portfolio penyelesaian runcit global peneraju Johnson Controls yang memperkasakan kecemerlangan operasi mengikut skala dan mendayakan penglibatan pembeli yang pintar dan terhubung. Platform operasi digital cerdas kami– Sensormatic IQ – menggabungkan portfolio Sensormatic Solutions penuh, termasuk data pihak ketiga untuk menyampaikan cerapan yang tidak terpadan ke dalam pengalaman pembeli, kecerdasan inventori, pencegahan kerugian dan keberkesanan operasi dengan teknologi canggih, seperti AI dan Pembelajaran Mesin. Hal ini mendayakan peruncit untuk bertindak ke atas hasil terdorong data yang bersifat preskripsi dan ramalan untuk beralih ke masa hadapan dengan yakin. Sila lawati Sensormatic Solutions atau ikuti kami pada LinkedInX, dan saluran YouTube kami.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17808