Monday, February 26, 2024

RIMKUS RAIKAN WARISAN 40 TAHUN, MENDAPAT PELABURAN DARIPADA HGGC

 Kerjasama dengan HGGC akan Memperkasakan Rimkus untuk Mendalami Kepakaran dan Melanjutkan Jangkauan Pasaran


HOUSTON, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rimkus Consulting Group, Inc. ("Rimkus"), peneraju dunia dalam bidang perundingan kejuruteraan dan teknikal, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mendapat pelaburan pertumbuhan yang strategik daripada HGGC, sebuah firma peneraju dalam pelaburan pasaran pertengahan. Pelabur minoriti yang sedia ada, Century Equity Partners dan pasukan pengurusan Rimkus akan melaburkan ekuiti yang ketara ke dalam transaksi tersebut. Butiran kewangan tawaran tidak didedahkan.

"Kami amat gembira mendapat HGGC sebagai rakan kongsi strategik. Pelaburan mereka bukan sahaja mengiktiraf kerja keras dan dedikasi pasukan Rimkus tetapi juga memperkasakan kami untuk mempercepat unjuran pertumbuhan kami. Dengan kepakaran dan sumber HGGC, kami sedia untuk mencapai ketinggian baharu dan mengembangkan tawaran perkhidmatan kami bagi menyediakan nilai yang lebih tinggi untuk pelanggan kami," kata Jonathan Higgins, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di Rimkus.

Rimkus menyediakan perkhidmatan perundingan kejuruteraan dan teknikal kepada pelanggan global termasuk korporat, firma guaman, syarikat insurans, pentadbir pihak ketiga dan agensi kerajaan. Kerjasama baharu dengan HGGC akan membantu Rimkus mengembangkan portfolio perkhidmatan mereka, memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka dan lebih memantapkan syarikat tersebut sebagai firma perundingan teknikal premium.

"Rimkus ialah peneraju yang terbukti dengan jenama yang hebat dan budaya yang sangat unik. Kerja terdahulu dan reputasi mereka dalam kalangan pelanggan membuat mereka menjadi rakan kongsi yang sangat menarik bagi kami," kata HGGC. "Kami tidak sabar untuk membantu Rimkus meningkatkan pertumbuhan dengan mengembangkan tawaran perkhidmatan mereka, mendalami kepakaran mereka yang sudah kuat dan melabur dalam teknologi yang meningkatkan operasi."

Sejak tahun 2020, Rimkus telah membuat 15 pemerolehan strategik, serta mengembangkan rangkaian mereka kepada lebih daripada 1,500 pekerja dan lebih daripada 110 pejabat di seluruh dunia. Berikutan penjenamaan semula strategik pada tahun yang lalu, Rimkus telah menambah baik bahagian operasi mereka yang sedia ada untuk kekal maklum tentang keperluan pelanggan global dan melabur dengan ketara dalam penyelesaian teknologi dan pekerja yang membolehkan syarikat kekal sebagai peneraju dalam industri-industri yang mereka melibatkan diri.

Dengan daya pertumbuhan yang kuat ini, kami berbesar hati untuk meneruskan sokongan kami terhadap Rimkus dan untuk bekerjasama dengan HGGC dan pasukan pengurusan bagi mengembangkan kedudukan peneraju pasaran ini," kata Century Equity Partners.

J.P. Morgan menjawat sebagai penasihat kewangan eksklusif Rimkus. Baird merupakan penasihat Century Equity Partners manakala Piper Sandler merupakan penasihat HGGC.

Perihal Rimkus
Rimkus ialah penyedia global bidang perundingan kejuruteraan dan teknikal yang memberikan perkhidmatan kepada korporat, syarikat insurans, firma guaman dan agensi kerajaan. Kepakaran Rimkus bertumpu pada perundingan forensik, penyelesaian pertikaian dan perkhidmatan pengurusan pembinaan, penyelesaian untuk persekitaran terbina, dan sokongan faktor manusia untuk industri pengguna, perindustrian dan penjagaan kesihatan. Sepanjang lebih 40 tahun, komitmen kecemerlangan perkhidmatan jurutera, arkitek, saintis dan pakar teknikal syarikat ini telah diiktiraf oleh komuniti perniagaan tempatan, negara dan antarabangsa. Rimkus mempunyai lebih daripada 110 pejabat di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.rimkus.com.

Perihal HGGC
HGGC ialah firma pelaburan persendirian yang terdorong nilai dan berfokuskan kerjasama. Ekosistem pelabur, operator dah ahli profesional firma ini disatukan di bawah misi yang sama untuk membangunkan perusahaan peneraju dan membina nilai jangka panjang bersama. HGGC melabur dalam perusahaan teknologi, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kewangan dan pengguna, yang biasanya bernilai antara $200M - $1.5B+. Firma ini berpejabat di Palo Alto, CA dan menguruskan lebih $6.9 bilion komitmen modal kumulatif. Sejak penubuhannya pada tahun 2007, HGGC telah melengkapkan lebih daripada 600 pelaburan platform, pemerolehan penambahan, pemodalan semula dan peristiwa kecairan dengan nilai transaksi agregat lebih $71 bilion. Maklumat lanjut, termasuk senarai lengkap pelaburan semasa dan terdahulu, tersedia di sini www.hggc.com.

Perihal Century Equity Partners
Century Equity Partners, LLC ("Century") ialah firma ekuiti persendirian yang berpejabat di Boston, yang menyediakan modal kepada syarikat pasaran kecil dan sederhana yang mencari pelaburan untuk menyokong pertumbuhan atau pemerolehan dana, pembelian habis separa atau peluang pemodalan semula. Century bertumpu pada syarikat yang beroperasi merentas bidang insurans, pengurusan aset & kekayaan, kewangan khusus, serta sektor perkhidmatan perbankan dan pemberi pinjaman.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53899544/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Perhubungan
Media
Untuk Rimkus
Victoria Cook
Pierpont Communications for Rimkus
vcook@piercom.com
+1-713-627-2223

Untuk HGGC
Trevor Blaisdell
Stanton
TBlaisdell@StantonPRM.com
+1-646-502-3532
 
Sumber: Rimkus Consulting Group, Inc.

--BERNAMA

Saturday, February 24, 2024

PELANCARAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA VIDEO PENDEK KEFAHAMAN ISLAM (VIPKI) UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) 2024 DENGAN TEMA "HARMONI"

 



KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 21 Februari 2024 telah melancarkan  “Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2024 dengan tema “Harmoni”.

Pertandingan ini telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah IKIM, YBhg. Prof. Madya. Dato’ Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil.  Menurut beliau, penganjuran VIPKI pada tahun 2024 ini merupakan penganjuran buat kali yang kedua selepas VIPKI 2023 mendapat sambutan yang sangat baik daripada para penuntut IPT.  Pada tahun lalu seramai 618 peserta dari 49 IPT telah menyertai pertandingan ini dan 10 peratus daripada peserta merupakan penuntut bukan Islam.

VIPKI dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan penghasilan video pendek kefahaman Islam bagi membina minda Islami dan menanamkan nilai-nilai murni sejagat dalam kalangan masyarakat.

Pertandingan ini diharap dapat menarik minat ramai anak muda untuk memahami Islam dan menyampaikan mesej Islam itu melalui video pendek yang dihasilkan.  “VIPKI juga diharap dapat menggalakkan anak muda Islam dan bukan Islam untuk bergabung dan bersinergi bagi menghasikan karya yang hebat”, ujar Ketua Pengarah IKIM. 
 
Menurut Prof. Madya Dato’ Dr Mohamed Azam, pada tahun 2024 ini, tema pertandingan adalah “HARMONI” dan sehubungan itu, karya yang dipertandingkan hendaklah menggambarkan kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang harmoni.       

Idea teras VIPKI hendaklah berasaskan kehidupan masyarakat majmuk harmoni Malaysia seperti: (a) Menghormati perbezaan, menghargai persamaan dan mencintai kedamaian; (b) Menegakkan keadilan dan kesaksamaan; dan, (c) Menggalakkan kerjasama antara masyarakat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17922
 


Friday, February 23, 2024

BERSEDIA KE PERINGKAT GLOBAL: USIM TERUS MEMACU KECEMERLANGAN


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertekad untuk mengukuhkan reputasi institusi di peringkat global tanpa melupakan asal-usul penubuhannya.

Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM, pada Majlis Amanat beliau yang berlangsung pada 20 Februari 2024 di Dewan Tuanku Canselor berkata, USIM bersedia untuk menjadi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terkemuka dalam bidang sains Islam.

Mengangkat tema 'Mengakar ke Bumi, Memacu Impian', Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menekankan misi untuk menghasilkan individu yang berkualiti, bermaruah, dan berdaya saing tinggi, yang berakar pada nilai-nilai agama dan budaya,

Beliau juga mahu nilai-nilai tersebut terus dihayati oleh komuniti USIM untuk memacu impian umat sejagat.

”Adalah penting bagi setiap individu dalam universiti ini untuk memahami peranan mereka dalam merealisasikan aspirasi dan amanah penubuhan kampus ini. USIM diterajui oleh prinsip pendidikan Islam yang tercermin daripada objektif penubuhan USIM”.

“Pencapaian dan kelestarian USIM bergantung kepada kualiti pelajar dan alumni yang memegang teguh nilai objektif penubuhannya. Dengan nilai teras seperti Amanah, Muafakat, Profesional, Efisien, dan Global, USIM menetapkan standard yang tinggi dalam proses pembelajaran dan penghasilan ilmu,” tambah beliau.

Pada majlis Amanat tersebut Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menggariskan Perancangan USIM 2013-2025 melalui tujuh (7) teras utama yang menjadi landasan pembangunan USIM bersandarkan kepada empat (4) fokus utama bagi memacu pelan strategik termasuk penekanan pada keterlihatan institusi, kelestarian kewangan, kebajikan, dan penglibatan komuniti.

Hala tuju tersebut turut dijajarkan kepada lima (5) fokus utama yang memberi penekanan kepada Bakat Terbaik dan Talent Fluidity; Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi yang Kondusif; Pemindahan Ilmu kepada Komuniti; Pengantarabangsaan USIM; dan Kelestarian Penjanaan, Pendanaan dan Penjimatan selaras dengan hala tuju Pendidikan Tinggi yang diamanahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Dalam Majlis yang dihadiri seramai hampir 1900 warga USIM, Naib Canselor turut melancarkan buku Dokumen Pelan Anti Rasuah Organisasi USIM (OACP) serta terjemahan Kitab Matan Umm Al-Barahin sebagai langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan integriti dan kecemerlangan akademik.

Beliau juga menyempurnakan pelancaran nombor pendaftaran khas USIM bermula dari UQ1 hingga UQ9999 yang dibuka bidaan bermula 20 Februari 2024. Layari https://www.uqplat.com.my/ untuk maklumat lanjut berkaitan nombor plat khas tersebut.

SUMBER: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

--BERNAMA 

MALAYSIA: MENTAKRIFKAN SEMULA PIAWAIAN RAWATAN KANSER

 Mulakan Perjalanan Rawatan Termaju dan Kerjasama Penyelidikan


KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika dunia menyambut Bulan Kesedaran Kanser, Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam bidang rawatan kanser, memperoleh pengiktirafan sebagai destinasi utama bagi individu yang mendapatkan rawatan maju. Dengan kemudahan perubatan yang canggih, profesional penjagaan kesihatan yang terkenal dan komitmen terhadap penjagaan yang inovatif, Malaysia telah muncul sebagai mercu tanda harapan bagi pesakit yang melawan kanser.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia telah mengalami peningkatan yang ketara dalam pelancongan perubatan, khususnya dalam bidang rawatan kanser. Menurut Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), negara ini mengalu-alukan lebih 1.3 juta pelancong perubatan pada 2023 dan sebilangan besar mendapat rawatan berkaitan kanser¹. Lonjakan ini menggariskan reputasi Malaysia yang semakin berkembang sebagai destinasi utama bagi individu yang mencari pilihan rawatan kanser yang berkesan dan berpatutan.

Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas kecemerlangannya dalam penjagaan dan rawatan kanser. Sistem penjagaan kesihatan negara ini gah dengan infrastruktur perubatan termaju, termasuk hospital yang diiktiraf antarabangsa dan pusat kanser khusus yang dilengkapi dengan teknologi canggih. Kemudahan ini menawarkan rangkaian rawatan kanser yang komprehensif, termasuk kemoterapi, terapi sinaran, imunoterapi dan intervensi pembedahan, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik setiap pesakit.

Tarikan Malaysia yang paling utama adalah kepakaran profesional penjagaan kesihatannya. Pakar onkologi, pakar bedah, jururawat dan kakitangan sokongan menjalani latihan dan akreditasi yang ketat, memastikan pesakit menerima rawatan terbaik dan penjagaan peribadi sepanjang perjalanan kanser mereka. Dedikasi terhadap kecemerlangan ini telah memberikan pengiktirafan kepada Malaysia sebagai hab untuk rawatan kanser lanjutan di rantau ini.

Keberkesanan kos adalah satu lagi faktor yang mendorong individu memilih Malaysia untuk rawatan kanser. Kos prosedur perubatan yang agak rendah, digabungkan dengan harga yang kompetitif untuk penginapan dan pengangkutan, menjadikan Malaysia pilihan menarik untuk pesakit yang mencari rawatan berkualiti tinggi tanpa beban kewangan. Selain daripada rawatan perubatan, Malaysia mengutamakan kesejahteraan holistik pesakit kanser, menawarkan perkhidmatan sokongan yang komprehensif untuk menangani keperluan fizikal, emosi dan psikologi mereka.

Keselamatan dan kebolehcapaian adalah yang menjadi pertimbangan utama bagi pesakit yang melancong ke luar negara untuk rawatan perubatan dan Malaysia cemerlang dalam kedua-dua aspek ini. Persekitaran politik yang stabil di negara ini, infrastruktur pengangkutan moden dan layanan mesra memastikan pengalaman yang selamat dan lancar untuk pesakit antarabangsa yang mendapatkan rawatan kanser.

Komitmen Malaysia untuk memerangi kanser ditunjukkan dengan penubuhan Institut Kanser Kebangsaan yang pertama pada 2013. Pencapaian ini menandakan kemajuan ketara dalam usaha negara ini untuk menyediakan penjagaan kanser yang komprehensif, mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam bidang onkologi.

Untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai hab global rawatan kanser, Malaysia terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, memupuk kerjasama dengan institusi terkenal di seluruh dunia. Usaha ini bertujuan untuk memacu inovasi, menambah baik protokol rawatan dan akhirnya menyumbang kepada perjuangan global menentang kanser.

Dengan berlangsungnya Bulan Kesedaran Kanser, Malaysia berdiri tegak sebagai suar harapan bagi pesakit yang memerangi penyakit yang memusnahkan ini. Dengan infrastruktur canggihnya, profesional perubatan mahir, kemampuan, dan komitmen untuk memajukan penjagaan kanser, Malaysia menawarkan destinasi menarik untuk individu yang mencari pilihan rawatan kanser yang berkesan.

Untuk maklumat lanjut tentang Penjagaan Kesihatan Malaysia dan perkhidmatannya, sila layari https://malaysiahealthcare.org/ atau lawati suapan sosial kami di: www.facebook.com/MHTCMalaysia atau di LinkedIn (Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia).

Untuk pertanyaan media:

Chandrika Bhaskaran

Pengurus Kanan, Perhubungan Awam dan Komunikasi Kandungan
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia
chandrika.b@mhtc.org.my
 
Falliq Effendy
Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Kandungan
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia
m.falliq@mhtc.org.my

PERIHAL MAJLIS PELANCONGAN PENJAGAAN KESIHATAN MALAYSIA

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memudahkan dan mempromosikan industri pelancongan penjagaan kesihatan negara, yang diiktiraf sebagai sektor perkhidmatan eksport utama untuk negara. Ditubuhkan pada tahun 2009, MHTC berusaha untuk menyelaraskan pemain industri dan penyedia perkhidmatan dalam memudah cara dan mengembangkan industri pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia di bawah jenama “Penjagaan Kesihatan Malaysia” dengan matlamat menjadikan Malaysia destinasi penjagaan kesihatan global yang terkemuka. MHTC bekerjasama rapat dengan lebih 90 kemudahan penjagaan kesihatan swasta di Malaysia, yang merupakan ahli berdaftar MHTC.
___________________________________
¹ Informatik MHTC

Sumber: Malaysia Healthcare Travel Council

--BERNAMA

LANTRONIX MENGUMUMKAN PELANCARAN PERCEPXION™, PLATFORM PERISIAN AWAN BAHARU UNTUK PERANTI IOT

 Percepxion™ datang dengan prakonfigurasi dalam get laluan, penghala, penjejak dan suis Lantronix untuk mempercepatkan pasang atur peranti pinggir IoT


IRVINE, Calif., 23 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix Inc. (NASDAQ: LTRX), hari ini pembekal global bagi penyelesaian pengiraan dan kesalingsambungan IoT, mengumumkan Percepxion™, platform Cloud IoT Edge Solutions baharunya. Percepxion diprakonfigurasikan ke dalam gerbang IoT Lantronix yang memenangi anugerah, penghala, penjejak dan suis untuk menyediakan pengurusan kitaran hayat peranti yang selamat dan komprehensif. Platform Percepxion dengan cekap menskalakan pasang atur pinggir daripada serantau ke global dan diuruskan melalui anak tetingkap kaca tunggal yang intuitif.

"Platform Percepxion menyediakan penyelesaian IoT yang mudah digunakan kepada pelanggan kami yang diprakonfigurasikan pada produk sambungan dan pengiraan kami," kata Jacques Issa, naib presiden Pemasaran di Lantronix Inc. "Ciri berbilang penyewa Percepxion membolehkan B2B penyelesaian, menjana aliran pendapatan tambahan untuk pelanggan akhir kami."

Pemasangan jauh peranti Lantronix termasuk peruntukan automatik sifar sentuhan yang diuruskan melalui Percepxion. Perisian tegar, konfigurasi dan sijil yang diperlukan tapak dimuatkan dari jauh untuk memastikan komunikasi data selamat dan peranti yang patuh. Ia sesuai untuk pengurusan infrastruktur kritikal, pengurusan armada, bandar pintar dan penyelesaian pinggir IoT hujung ke hujung yang lain.

Ciri-ciri Percepxion utama termasuklah:

· Keselamatan yang Teguh. Percepxion memudahkan kemas kini perisian untuk mengekalkan keselamatan siber peranti yang teguh. Platform awan mematuhi keperluan keselamatan yang kompleks daripada pejabat keselamatan korporat untuk peranti, akses data dan pengguna, memastikan integriti dan kerahsiaan merentas keseluruhan penyelesaian.
· Operasi Peranti Masa Nyata. Percepxion membolehkan akses jauh masa nyata untuk mendiagnosis dan menyelesaikan masalah serta kemas kini melalui udara dengan kumpulan terpilih dan pemantauan automatik yang menjana makluman dan pemberitahuan untuk meminimumkan masa henti sistem.
· Penyepaduan dan Analisis Data yang Berkuasa. Papan pemuka tersuai Percepxion menyediakan kebolehlihatan atas permintaan data telemetri peranti. Analisis trend menyediakan cerapan pinggir untuk meningkatkan kecekapan dan mencipta aplikasi penyelenggaraan jangkaan. Perusahaan yang menggunakan kelongsong boleh mengakses data menggunakan perkhidmatan API Percepion untuk operasi tanpa kepala.

Pendekatan holistik Percepxion terhadap penyelesaian pinggir IoT mempercepatkan masa kepada hasil dengan memudahkan pengurusan dan penyelenggaraan pinggir sambil menyediakan bantuan dan jaminan jangka panjang kepada pelanggan.

Perkhidmatan Percepxion untuk Peranti Lantronix

Dihantar sebagai perkhidmatan, platform awan berbilang penyewa Percepxion menyediakan perniagaan dengan pengurusan kitaran hayat peranti yang komprehensif melalui Web dan aplikasi mudah alih. Ia ditawarkan dengan Sokongan Teknikal Tahap, waranti terhad dan perkhidmatan pilihan lain yang digabungkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Percepxion dan menyemak tawaran percubaan percuma 60 hari, lawati https://www.lantronix.com/percepxion/.

Perihal Lantronix

Lantronix Inc. ialah pembekal global bagi penyelesaian IoT pengiraan dan kesalingsambungan yang menyasarkan industri pertumbuhan tinggi termasuk Bandar Pintar, Automotif dan Perusahaan. Produk dan perkhidmatan Lantronix memperkasakan syarikat untuk mencapai kejayaan dalam pasaran IoT yang semakin berkembang dengan menyampaikan penyelesaian yang boleh disesuaikan yang menangani setiap lapisan Tindanan IoT. Penyelesaian pinggir termaju Lantronix termasuk infrastruktur Pencawang Pintar, sistem Infotainment dan Pengawasan Video, ditambah dengan Pengurusan Luar Jalur (OOB) termaju untuk Pengkomputeran Awan dan Pinggir.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Laman Web Lantronix.

Pernyataan “Safe Harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995: Sebarang pernyataan yang dinyatakan dalam siaran berita ini yang tidak sepenuhnya bersifat sejarah dan fakta, termasuk tanpa pernyataan had yang berkaitan dengan penyelesaian, teknologi dan produk dan jangkaan kami mengenai pengurusan kami serta pertumbuhan dan keberuntungan masa depan kami. Pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian besar yang mungkin menyebabkan hasil sebenar, perniagaan masa hadapan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada hasil sejarah kami atau sebarang pernyataan prospektif yang dinyatakan atau tersirat yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian oleh pelanggan kami; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami disebabkan oleh wabak COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; tindak balas masa depan dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang digunakan; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar hutang dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2023, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 12 Sept. 2023, termasuk dalam bahagian bertajuk “ Faktor Risiko” dalam Butiran 1A Bahagian I laporan sedemikian, serta dalam pemfailan awam kami dengan SEC yang lain. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari semasa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini hanya berkuat kuasa pada tarikh penerbitan dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku seterusnya.

© 2024 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix ialah tanda dagangan berdaftar. Tanda dagangan dan nama dagangan lain adalah milik pemilik masing-masing.

Hubungan Media Lantronix:
Gail Kathryn Miller
Pengurus Pemasaran
Korporat & Komunikasi
media@lantronix.com
949-212-0960

Juruanalisis dan Hubungan Pelabur Lantronix:
Jeremy Whitaker
Ketua Pegawai Kewangan
investors@lantronix.com
949-450-7241

Sumber: Lantronix, Inc.

--BERNAMA

BENGKEL ANTARABANGSA YANG KE-15 MENGENAI BAHAN TERMAJU DILANCARKAN DI RAS AL KHAIMAH

Yang Amat Mulia Saud bin Saqr menghadiri pembukaan #IWAMRasAlKhaimah yang ke-15 dan mengambil bahagian dalam perbincangan spontan yang menonjolkan komitmen Ras Al Khaimah terhadap kemajuan saintifik dan inovasi. #Science (Foto: AETOSWire)

 Peserta termasuk 200+ ahli sains, penyelidik dan profesor terkenal di seluruh dunia dalam sains bahan termaju


RAS AL KHAIMAH, Emiriah Arab Bersatu, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, Bengkel Antarabangsa Bahan Termaju (IWAM) yang ke-15 anjuran Pusat Bahan Termaju Ras Al Khaimah (RAKCAM) dilancarkan di Pusat Peranginan Mövenpick di Pulau Al Marjan.

IWAM yang ke-15 menghimpunkan 200+ ahli sains, profesor, penyelidik dan pelajar terkemuka dari institusi pendidikan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa, serta lebih 100 peserta dari universiti yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk membincangkan cara bahan termaju boleh membentuk masa depan. Acara tersebut sekali lagi diadakan di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Saud bin Saqr Al Qasimi, Ahli Majlis Tertinggi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Ras Al Khaimah, yang menyertai perbincangan spontan tentang kepentingan bahan termaju dalam menyelesaikan cabaran terbesar dunia.

Bahan termaju ditemui dalam telefon mudah alih, elektronik, sistem tenaga dan ini termasuk logam, seramik dan polimer, yang sama ada baharu atau dipertingkat melebihi keadaan asal. Inovasi dalam bahan termaju ini berpotensi merevolusikan banyak industri, termasuk aeroangkasa, pengangkutan, pembinaan dan penjagaan kesihatan, membolehkan sektor ini mengurangkan jejak karbon dan penggunaan tenaga masing-masing.

IWAM akan mengalu-alukan ahli sains bahan termaju yang terkenal dari institusi termasuk Universiti Cambridge, Universiti Oxford, Universiti New South Wales dan Institut Max Planck, serta pemenang Hadiah Nobel, dari Universiti Manchester.

Sebagai sebahagian daripada tugas IWAM untuk melibatkan golongan muda dalam bidang sains, lebih 500 pelajar dari sekolah dan universiti di Ras Al Khaimah telah mengambil bahagian dalam ‘Cabaran Inovasi dan Kelestarian’, menyeru mereka mencipta penyelesaian inovatif kepada cabaran global. Pemenang cabaran ini dan Hadiah Peringkat Antarabangsa Sheikh Saud berprestij tahunan untuk Sains Bahan (yang menawarkan ganjaran sebanyak AS$100,000) akan diumumkan lewat minggu ini.

Sir Anthony Cheetham, Pengerusi Pusat untuk Bahan Termaju Ras Al Khaimah, mengulas: “Yang Amat Mulia Sheikh Saud berdedikasi untuk memanfaatkan pendidikan dan sains sebagai pemacu inovasi yang menyumbang kepada kemajuan manusia - dan komited untuk memajukan bidang sains bahan. IWAM memainkan peranan penting dalam visi ini, memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk menjadi sebahagian daripada proses membina masa depan mampan bagi Ras Al Khaimah dan seterusnya, serta membantu membentuk masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.”

Maklumat lanjut tentang IWAM boleh didapati di sini.

*Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
https://www.businesswire.com/news/home/53897910/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Steven McCombe
Media@rakmediaoffice.ae
 
Sumber: Pejabat Media Kerajaan Ras Al Khaimah

--BERNAMA

Thursday, February 22, 2024

FORTREA TINGKATKAN KEUPAYAAN AKSES PESAKIT DAN KEPAKARAN RANGKAIAN SEJUK DENGAN PENGEMBANGAN FORTREARX™




Pengembangan farmasi khusus bukan komersial Fortrea memberikan penyelesaian yang fleksibel dan boleh skala kepada pelanggan dan ubat yang mengubah hidup secara terus kepada pesakit


DURHAM, N.C., 22 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Fortrea (Nasdaq: FTRE) (“Syarikat”), sebuah organisasi penyelidikan kontrak global (CRO) terkemuka, hari ini mengumumkan pembukaan farmasi khusus bukan komersialnya yang diperkembangkan, FortreaRx™, terletak di Lake Mary, Florida, yang menawarkan penyelesaian akses pesakit termaju di seluruh Amerika Syarikat, termasuk keupayaan dan kepakaran pengedaran ambien dan rangkaian sejuk.

Dilesenkan di semua 50 negeri dan wilayah A.S., FortreaRx menyampaikan penyelesaian yang fleksibel dan boleh skala yang memenuhi keperluan khusus pelanggannya sambil menyediakan ubat kepada pesakit yang mungkin tiada akses kepadanya. Farmasi khusus bukan komersial, seperti FortreaRx, menyediakan penyelesaian ini bagi pihak pelanggan pengilang farmaseutikal mereka dan diletakkan pada kedudukan yang unik untuk berfungsi sebagai penghubung antara pengilang farmaseutikal dan pesakit yang memenuhi keperluan pengilang untuk bantuan preskripsi.

Sejak penubuhan FortreaRx pada akhir tahun 2008, Fortrea telah mempelopori perkhidmatan farmasi khusus bukan komersial, memfokuskan secara eksklusif pada pengedaran produk barangan percuma sebagai komponen bersepadu bagi program bantuan pesakit (PAP) tajaan pengilang farmaseutikal yang direka untuk mengembangkan akses kepada terapi bagi pesakit yang layak yang tiada insurans kesihatan atau mereka yang kurang diinsuranskan. Kemudahan 40,000 kaki persegi milik FortreaRx menggandakan ruang operasinya dan meningkatkan keupayaannya, memberikan:
  • 1,800 kaki persegi storan ambien
  • 6,000+ kaki persegi storan rangkaian sejuk dengan lebih daripada 85 peratus preskripsi yang diisi oleh FortreaRx yang memerlukan pengendalian unik ini
  • Ruang pemprosesan dan pemenuhan yang lebih besar hingga 18,000 preskripsi setiap hari
  • Penyelesaian penghantaran yang dipertingkatkan dengan pilihan untuk penghantaran semalaman, dipercepatkan dan dalam masa 2 hari
“Tawaran perkhidmatan pesakit Fortrea yang mantap, digabungkan dengan keupayaan FortreaRx yang diperkembangkan, memberikan pendekatan hujung ke hujung, dari peringkat klinikal awal hingga penghantaran pascapasaran, memastikan pengalaman yang komprehensif dan diperibadikan untuk pesakit,” kata Bill Nolan, naib presiden dan ketua global Akses Pesakit di Fortrea. “Daripada kepakaran kami dalam keadaan penyakit yang luas kepada komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada bantuan pesakit, Fortrea cemerlang dalam menyampaikan penyelesaian yang tepat pada masanya dan memberi kesan kepada penaja farmaseutikal kami yang berusaha untuk mengurangkan cabaran pesakit dan pembekal dengan memperkemas proses pendaftaran dan dengan menawarkan integrasi penuh dengan inisiatif sokongan pesakit yang lebih luas.”

Hab pusat panggilan pengurus kes FortreaRx menguruskan pertanyaan, kaunseling dan pengesahan data bagi preskripsi pesakit dengan lancar. Pasukan akses pesakit Fortrea membantu pesakit dan penyedia memahami dan menavigasi kerumitan liputan sambil menyingkirkan halangan untuk memberikan ubat kepada pesakit.

FortreaRx memberikan penyelesaian yang cekap, perundingan dan berkesan kos untuk program preskripsi pengeluar yang biasanya menghasilkan penjimatan tahunan yang ketara untuk pesakit.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang FortreaRx dan perkhidmatannya, sila lawati Fortrea.com.

Perihal Fortrea

Fortrea (Nasdaq: FTRE) ialah pembekal global terkemuka bagi pembangunan klinikal dan penyelesaian akses pesakit kepada industri sains hayat. Kami bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal, peranti perubatan dan diagnostik yang baru muncul dan besar untuk memacu inovasi penjagaan kesihatan yang mempercepatkan terapi mengubah hidup kepada pesakit yang memerlukan. Fortrea menyediakan pengurusan percubaan klinikal fasa I-IV, farmakologi klinikal, penyelesaian percubaan yang dibolehkan teknologi yang berbeza dan perkhidmatan pascakelulusan. Penyelesaian Fortrea memanfaatkan pengalaman tiga dekad yang merangkumi lebih daripada 20 bidang terapeutik, semangat untuk ketelitian saintifik, wawasan yang luar biasa dan rangkaian tapak penyelidik yang kukuh. Pasukan kami yang berbakat dan pelbagai terdiri daripada 19,000 orang yang bekerja di lebih daripada 90 buah negara dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penyelesaian berfokus dan tangkas kepada pelanggan di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang cara Fortrea menjadi daya transformatif daripada perancangan kepada pesakit di Fortrea.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X (dahulunya Twitter) @Fortrea.

Maklumat Hubungan Fortrea:
Media Fortrea: Galen Wilson – 703-298-0802, media@fortrea.com
Media Fortrea: Kate Dillon – 646-818-9115, kdillon@prosek.com 


SUMBER : Fortrea Holdings Inc

Tuesday, February 20, 2024

HOSPITAL PAKAR & PUSAT PENYELIDIKAN RAJA FAISAL MANTAP SEBAGAI PENERAJU PENJAGAAN KESIHATAN GLOBAL DAN SERANTAU

RIYADH, Arab Saudi, 19 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) sekali lagi memperoleh kedudukannya untuk tahun kedua berturut-turut sebagai peneraju global dalam penjagaan kesihatan dan nombor satu di Timur Tengah dan Afrika, berada di tempat ke-20 dunia dalam kalangan institusi penjagaan kesihatan terkemuka dalam laporan Brand Finance Global Top 250 Hospitals 2024. KFSH&RC terus berada di barisan hadapan di peringkat tempatan dan serantau, menggariskan komitmennya untuk menyampaikan penjagaan kesihatan dan inovasi perubatan berfokuskan pesakit yang bertaraf dunia.

Mendahului, KFSH&RC disertai oleh Bandar Perubatan Raja Saud, Hospital Universiti Raja Khalid, Hal Ehwal Kesihatan Pengawal Kebangsaan, dan Bandar Perubatan Raja Fahd, semuanya berada dalam kedudukan 100 teratas di seluruh dunia. Manakala Hospital Universiti Raja Fahd dan Bandar Perubatan Raja Abdullah berada di kedudukan antara 101 dan 250. Penilaian ini adalah berdasarkan cerapan daripada ribuan pengamal penjagaan kesihatan di lebih 30 negara.

Prestasi luar biasa KFSH&RC dalam kedudukan global ini adalah bukti kepada matlamat transformasi penjagaan kesihatan Kerajaan dan impak transformatif Wawasan 2030, dicerminkan melalui peningkatan berterusan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan mengejar kemajuan teknologi di seluruh Kerajaan untuk negara yang lebih sihat dan maju.

Brand Finance, diasaskan pada tahun 1996, menilai setiap tahun lebih 500 hospital di seluruh dunia, menggunakan lebih daripada 30 petunjuk prestasi merangkumi penjagaan kesihatan, pusat penyelidikan dan pendidikan untuk menyokong pembuatan keputusan strategik berasaskan sains.

Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal berdiri dalam kalangan peneraju global yang menyediakan penjagaan kesihatan khusus, memacu inovasi dan berkhidmat sebagai hab penyelidikan dan pendidikan perubatan termaju. Melalui perkongsian strategik dengan institusi tempatan, serantau dan antarabangsa yang terkemuka, hospital ini berdedikasi untuk memajukan teknologi perubatan dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Perihal Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC):

Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal (KFSH&RC) berdiri sebagai sebuah institusi penjagaan kesihatan terkemuka di Timur Tengah, dijangka bakal menjadi pilihan optimum bagi setiap pesakit yang mencari penjagaan kesihatan khusus. Hospital ini gah dengan sejarah merawat kanser, penyakit kardiovaskular, pemindahan organ, neurosains dan genetik.

Pada tahun 2024, "Brand Finance" menyenaraikan Hospital Pakar & Pusat Penyelidikan Raja Faisal sebagai pusat perubatan akademik terbaik di Timur Tengah dan Afrika serta antara 20 terbaik di dunia. Selain itu, pada tahun 2022, pusat ini diiktiraf sebagai salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan global terkemuka oleh majalah Newsweek.

Sebagai sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030, titah diraja telah dikeluarkan pada 21 Disember 2021 untuk mengubah hospital menjadi entiti bebas, bukan untung dan milik kerajaan, menempa jalan menuju program transformasi komprehensif yang bertujuan untuk mencapai kepimpinan global penjagaan kesihatan melalui kecemerlangan dan inovasi.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1cab7add-5d3e-482c-bd5b-cc8856cf7875 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17911

Friday, February 16, 2024

GRAND SEIKO MEMBUKA BUTIK UTAMA TERBESAR MEREKA DI DUNIA DI MADISON AVENUE DI NEW YORK

 TOKYO, 16 Feb., 2024 /Kyodo JBN/ --


Seiko Watch Corporation dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa sebuah “Butik Utama Grand Seiko” Amerika Syarikat yang baharu secara rasmi membuka pintu mereka di Madison Avenue yang ikonik dengan satu acara pembukaan besar-besaran pada 8 Februari, sekali gus menandakan satu peristiwa penting di dalam sejarah mereka. 

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202402076339?p=images

Bertempat di 540 Madison Avenue di Bandar Raya New York, kedai kemegahan berbilang peringkat yang baharu itu ialah Butik Grand Seiko yang terbesar di dunia. Dengan satu kehadiran yang mengagumkan di sudut Madison Avenue dan 55th Street, ia menjanjikan satu pengalaman yang sukar ditandingi bagi peminat dan pakar minat jam tangan, dengan meraikan kekayaan warisan keindahan seni dan inovasi bagi jenama itu.

Kedai kemegahan itu menampilkan satu reka bentuk yang elegan dan kontemporari yang mencerminkan mesej jenama Grand Seiko, “Hidup dalam Masa ini,” yang melambangkan semangat dinamik dan keinginan mereka untuk bertindak dengan cara yang mencabar norma yang ditetapkan bagi pembuatan jam.

Hiasan dalaman butik yang lapang dan canggih ini merakamkan intipati estetika dan budaya Jepun. Di pintu masuk dan di seluruh kedai itu, reka bentuk yang diilhamkan oleh satu bentuk tradisional kayu Jepun yang dikenali sebagai “kumiko” menghiasi pembinaan baharu itu. Pameran jam tangan, yang diperbuat daripada kayu yang berwarna terang, menunjukkan komitmen Grand Seiko terhadap seni ketukangan, ketepatan dan kualiti Jepun yang tersendiri.

Di dalam butik seluas 580 meter persegi setinggi dua tingkat itu, pelanggan dijemput untuk meneroka koleksi jam tangan Grand Seiko yang banyak, termasuk model Spring Drive, mekanikal dan kuarza mereka. Satu bilik persendirian yang khusus adalah tempat kepada Koleksi Karya Agung yang amat berharga. Setiap sudut dan perincian bagi butik itu telah dipertimbangkan dengan teliti untuk mewujudkan satu suasana yang unik dan menarik bagi menerokai dunia Grand Seiko. 

“Amerika Syarikat telah mempercepatkan pertumbuhan Grand Seiko di luar Jepun, dan butik baharu ini membuka satu lembaran baharu bagi pembangunan jenama itu,” kata Akio Naito, Presiden bagi Seiko Watch Corporation. “Berada di satu lokasi utama yang sebegitu, saya pasti ia akan membolehkan lebih ramai pelanggan dan peminat jam tangan dari seluruh dunia untuk menikmati pengalaman Grand Seiko dari sudut pandangan Jepun yang unik dan semangatnya yang tidak berkesudahan untuk kesempurnaan.”

Kedai kemegahan Grand Seiko Madison Avenue itu dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang, dan pada Ahad dari 12:00 tengah hari hingga 5:00 petang. Untuk maklumat lanjut mengenai Grand Seiko dan kedai utama Madison Avenue itu, sila layari https://www.grand-seiko.com.

Maklumat mengenai Grand Seiko
Sejak penciptaan pertama mereka pada tahun 1960, Grand Seiko telah mempesonakan pakar minat jam tangan di seluruh dunia dengan jam tangan yang mempunyai ketepatan yang sangat tinggi, mudah baca yang tertinggi dan estetika Jepun yang unik. Dibuat oleh satu daripada beberapa "pembuat" yang sebenar, Grand Seiko menggabungkan teknologi yang terkini dan seni ketukangan yang paling tinggi untuk mencipta pergerakan mekanikal, Spring Drive dan kuarza mereka, yang menjanakan kesemua ciptaan Grand Seiko. Setiap jam tangan berakar umbi di dalam warisan Jepun dan mencerminkan kerohanian masa Jepun yang diilhamkan sepenuhnya oleh alam semula jadi dan dihidupkan oleh “takumi,” atau ahli pakar pertukangan.

Sumber: Seiko Watch Corporation

--BERNAMA

Thursday, February 15, 2024

PERSEKUTUAN SUKAN SAUDI UNTUK SEMUA MENGALU-ALUKAN LEBIH 20,000 PESERTA UNTUK MARATHON RIYADH 2024





RIYADH, Saudi Arabia, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE
-- Lebih 20,000 peserta dari 125 negara, termasuk 60% warga Saudi, mengambil bahagian dalam Maraton Riyadh edisi ketiga pada 10 Februari - peningkatan lebih daripada 33%, dengan 15,000 pelari pada 2023.

Untuk kali pertama, lokasi permulaan dan penamat maraton, termasuk kawasan Perkampungan Marathon, terletak berdekatan dengan Kingdom Arena dan Boulevard World. Ini memudahkan peserta dari berbagai usia dan kemampuan untuk terlibat dalam empat jenis larian: maraton penuh (42.2km), separuh maraton (21.1km), larian 10km, dan larian keluarga 4km. Lebih dari 20,000 orang telah menyertai perlumbaan ini, dengan jumlah wanita yang mengambil bahagian meningkat dengan ketara, melebihi 7,200 orang. Dari jumlah keseluruhan peserta, 64% adalah lelaki dan 36% adalah wanita.

Tiga pelari teratas dalam kategori maraton elit lelaki adalah Kigen Wilfred Kirwa dari Kenya, Tilahun Abe Gashahun dari Ethiopia, dan El Ghouz Anouar dari Maghribi, yang masing-masing mendapat hadiah AS$30,000, AS$20,000, dan AS$10,000. Untuk kategori wanita, tiga teratas yang semua dari Ethiopia—Badane Bedatu Hirpa, Desta Nigist Muluneh, dan Jebesa Zenebu Fikadu—juga menerima hadiah dengan jumlah yang sama. Sementara itu, hadiah untuk pelari elit dalam separuh maraton bermula pada AS$5,000 untuk tempat pertama.

Presiden SFA, Duli Yang Amat Mulia Putera Khaled bin Alwaleed bin Talal Al Saud, menyatakan: “Acara ini selari dengan tujuan Wawasan Saudi 2030 untuk mencipta masyarakat yang lebih sihat dan bahagia. Dengan semakin banyaknya peserta dari luar negara, kami juga dapat memperkenalkan Arab Saudi sebagai destinasi utama untuk sukan.”

Pengarah Urusan SFA, Shaima Saleh Al-Husseini, berkata: "Penyertaan wanita sebanyak 36% adalah bukti usaha kita bersama untuk memeperkasa wanita melalui sukan dan mendukung cita-cita Wawasan Saudi 2030. Kejayaan ini menunjukkan kita menuju ke arah masa depan yang lebih baik dan lebih sihat."

Acara ini dianjurkan oleh Persekutuan Sukan untuk Semua Saudi (SFA) dengan kerjasama Kementerian Sukan, Jawatankuasa Olimpik & Paralimpik Arab Saudi, serta Persekutuan Olahraga Arab Saudi. Penajaan acara melibatkan Bank Awwal Saudi dan penaja utama seperti ROSHN, PepsiCo, ASICS, Tawuniya, Genesis, dan Al Arabiya, dengan total hadiah wang tunai sebanyak AS$197,000 untuk para pemenang. Juga turut disokong oleh penaja seperti JPMorgan, Hisamitsu, Activia, L’OrĂ©al, GSK, CALO, Kudu, Delta Sports, dan MDLBeast.

*Sumber: AETOSWire

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53894849/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17905

PELANGGAN QUANTEXA MENCAPAI 228% PULANGAN PELABURAN (ROI) DENGAN FAEDAH $34.8M DALAM KAJIAN KESAN EKONOMI MENYELURUH BAHARU

Kajian bebas mendapati 228% ROI dalam tempoh tiga tahun dengan pelaksanaan Platform Decision Intelligence Quantexa
 
LONDON, 14 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Organisasi memerlukan asas data yang dipercayai untuk membolehkan keputusan berkesan yang membolehkan mereka beroperasi dengan cekap, merancang untuk masa depan dan berkembang. Namun, banyak organisasi terus bergelut dengan kekurangan paparan pelanggan tunggal, rekod pendua, proses yang tidak cekap dan keputusan yang tidak berkesan.

Hari ini, Quantexa telah menerbitkan kajian The Total Economic Impact™ of Kepintaran Keputusan Platform Quantexa, yang menyediakan analisis justifikasi nilai perniagaan untuk membantu organisasi memahami kesan kewangan pelaburan teknologi mereka. Quantexa menugaskan Forrester Consulting untuk menemu bual enam pelanggan dalam peranan kepimpinan berkaitan data merentas perbankan, telekomunikasi dan sektor awam bagi mengkaji potensi pulangan pelaburan dan faedah lain yang boleh direalisasikan oleh perusahaan melalui penggunaan Kepintaran Keputusan.

Dalam kes ini, kajian menggariskan pecahan faedah kuantitatif dan kualitatif, potensi kesan kewangan dan risiko yang berkaitan dengan pelaksanakan Kepintaran Keputusan Platform Quantexa untuk organisasi komposit berdasarkan pelanggan yang ditemu bual.

Faedah-faedah pelanggan termasuk:
  • Pulangan Pelaburan Tiga tahun sebanyak 228%
  • Tempoh bayar balik kurang dari lapan bulan
  • Anggaran $34.8M Nilai Kini Bersih dalam manfaat pelanggan selama tiga tahun

Ketua Pengesanan Jenayah Kewangan Global, pelanggan Perkhidmatan Kewangan menyatakan bahawa, “Quantexa memberikan kami keupayaan untuk mendapatkan dan menggabungkan data dalam ekosistem yang fleksibel dan berskala serta menyediakan paparan berbilang dimensi kepada pelanggan hampir dalam masa nyata. Ini membolehkan kami menggunakan model ini untuk mengurangkan risiko, jumlah infrastruktur dan sumber manusia serta mengewangkan aset data."

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Total Economic Impact™ Kepintaran Keputusan Platform Quantexa, sila muat turun kajian penuh 2024 .

Mengenai Quantexa

Quantexa ialah syarikat perisian data dan analitik global yang merintis Kepintaran Keputusan yang memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan operasi yang dipercayai dengan menjadikan data bermakna. Kepintaran Keputusan Platform Quantexa mendedahkan risiko tersembunyi dan peluang baharu dengan menyediakan paparan kontekstual, melihat sambungan data dalaman dan luaran di satu tempat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam data besar dan AI. Platform ini menyelesaikan cabaran besar merentas pengurusan data, KYC, kepintaran pelanggan, jenayah kewangan, risiko, penipuan dan keselamatan di seluruh kitar hayat pelanggan.

Platform Kecerdasan Keputusan Quantexa meningkatkan prestasi operasi dengan peningkatan ketepatan sehingga lebih daripada 90% dan resolusi model analisis sebanyak 60 kali lebih pantas berbanding dengan kaedah tradisional. Ditubuhkan pada tahun 2016, Quantexa kini mempunyai lebih daripada 675 pekerja dan beribu-ribu pengguna, memproses berbilion-bilion transaksi dan titik data di seluruh dunia. Syarikat itu mempunyai pejabat di London, Dublin, Brussels, Malaga, UAE, New York, Boston, Toronto, Sydney, Melbourne dan Tokyo. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17901