Thursday, February 1, 2024

CHECKMYBUS DAN REDBUS BERGANDING BAHU DALAM PASARAN ANTARABANGSA BERTUJUAN MEMUDAHKAN PENGALAMAN PERJALANAN BAS

NUREMBERG, Jerman, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CheckMyBus, enjin carian meta terkemuka di dunia untuk bas antara bandar dan redBus, platform tiket bas dalam talian terbesar di dunia, telah mengumumkan perkongsian kedua-dua syarikat untuk pasaran Asia Tenggara dan LATAM.

redBus menawarkan perkhidmatan tempahan bas dalam talian di Singapura, Malaysia dan Indonesia, serta pasaran LATAM seperti di Peru dan Colombia. Dengan perkongsian ini, redBus akan menyediakan inventori dan kemudahan pilihan tempahan bas dalam talian yang menyeluruh untuk pengguna perkhidmatan bas domestik dan antarabangsa melalui platform CheckMyBus. Pengguna perkhidmatan bas boleh mendapat maklumat perjalanan bas terbaik di CheckMyBus, platform kandungan bas jarak jauh paling menyeluruh di dunia dengan jutaan sambungan merentasi lebih daripada 90 negara.

Selepas pemulihan industri pelancongan, terdapat lonjakan dalam perjalanan domestik dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, akibat daripada perubahan ini, penerbangan dan mod pengangkutan persendirian yang lain menjadi lebih mahal, menyebabkan pengguna perkhidmatan bas yang mengambil kira bajet mencari alternatif yang menjimatkan kos. Bas secara konsisten kekal sebagai pilihan yang berpatutan dan mesra bajet. Melalui kerjasama ini, CheckMyBus dan redBus komited untuk menyediakan pengalaman tempahan bas terbaik dan berpatutan bagi pengguna perkhidmatan bas kedua-dua syarikat itu. Selain pengguna domestik, kini lebih mudah bagi pengguna antarabangsa mencari bas yang sesuai ke destinasi menarik di Amerika Selatan dan Asia Tenggara yang mempunyai akses kepada inventori bas terbesar di rantau ini.

Marc Hofmann, Ketua Pegawai Eksekutif CheckMyBus, berkata: “Misi kami ialah untuk memudahkan perjalanan dengan bas. Dengan menyediakan akses kepada inventori redBus yang luas kepada khalayak global kami, ini merupakan langkah penting yang diambil oleh pihak kami ke arah mempromosikan perjalanan bas di Asia Tenggara dan LATAM, menjadikan perkhidmatan tersebut lebih mudah diakses. Kami teruja dapat menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan dengan membantu pengguna perkhidmatan bas domestik dan antarabangsa di rantau ini dengan kerjasama rakan kongsi yang kukuh seperti redBus.”

Krishnan Ramaswami, Ketua Pegawai Perniagaan - Perniagaan Antarabangsa, redBus, berkata: “Melalui perkongsian ini, kami boleh menawarkan pilihan tiket bas yang luas kepada pengguna perkhidmatan bas antarabangsa. Pengguna perkhidmatan bas global boleh menempah tiket & mendapatkan maklumat pelbagai perkhidmatan di pasaran Asia Tenggara dan Amerika Latin semudah penduduk tempatan. Kami menjangkakan perkara ini akan menambah baik keupayaan boleh mengesan kami di pasaran baharu dan menyediakan ketersampaian lebih baik kepada pangkalan pelanggan yang lebih besar. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan CheckMyBus bagi menambah baik kemudahan & keselesaan tempahan bas.”

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja,dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17858

No comments:

Post a Comment