Thursday, February 8, 2024

NIQ MEMPERKENALKAN LAPORAN TINJAUAN PENGGUNA 2024 YANG MENYELURUH: MENAVIGASI ALIRAN DAN CERAPAN GLOBAL UNTUK PERTUMBUHAN STRATEGIK

CHICAGO, 8 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIQ, peneraju terkemuka dalam risikan pengguna, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Laporan Tinjauan Pengguna Global 2024 yang amat dinanti-nantikan. Dokumen menyeluruh ini meneroka trend dan cerapan kritikal yang membentuk landskap pengguna, menyampaikan data dan analisis yang tidak ternilai untuk perniagaan dan pihak berkepentingan di seluruh dunia.


Menavigasi keadaan rupa bentuk ekonomi global yang rumit, laporan itu menyelidik akibat peristiwa dan trend ekonomi yang ketara, menjelaskan impak tersebut terhadap keyakinan pengguna dan tingkah laku perbelanjaan. Melangkaui gambaran keseluruhan yang luas, analisis yang disampaikan menerokai varians serantau, memberikan cerapan mendalam tentang keadaan dinamik rantau Asia Pasifik, Eropah, Amerika Utara, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin yang unik. Kajian kepimpinan berwibawa dwitahunan ini mendedahkan nuansa dalam pilihan pengguna serta perubahan dalam sikap pengguna dan corak pembelian, memperkasa peruncit dan pengilang dengan pemahaman strategik mengenai pasaran sasaran masing-masing bagi memudahkan formulasi strategi yang disesuaikan untuk pertumbuhan mampan.

"Dalam ekonomi global yang mengganggu hari ini, Laporan Tinjauan Pengguna untuk tahun 2024 kami berfungsi sebagai kompas, menavigasi melalui kesan peristiwa ekonomi dan mendedahkan cerapan mengenai tingkah laku pengguna,” kata Tracey Massey, Ketua Pegawai Operasi NIQ. “Memandangkan perniagaan menghadapi cabaran landskap yang berubah-ubah, laporan ini melengkapkan diri masing-masing dengan pandangan jauh yang strategik, menawarkan pemahaman yang disesuaikan tentang varians serantau dan memperkasa perniagaan berkenaan untuk mengemudi haluan masing-masing ke arah pertumbuhan mampan."

Dapatan penting daripada Laporan Tinjauan Pengguna Global NIQ:

· Kelembapan Nilai dan Volum: Pada bulan November 2023, harga meningkat sebanyak 6.1%, penurunan ketara daripada kenaikan 13.6% yang diperhatikan pada bulan Januari 2023. Apabila inflasi berkurangan, ini mendedahkan bahawa pertumbuhan perlahan dalam nilai jualan tidak lagi menutupi kadar penggunaan yang rendah atau menurun. Peruncit dan jenama mesti memberikan respons secara strategik untuk mengelakkan promosi secara berlebihan dan melindungi keuntungan.
· Pengguna Mengalami Tekanan: Hari ini, 34% daripada pengguna global mengalami tekanan yang lebih teruk dari segi kewangan berbanding setahun yang lalu, kerana kadar pengangguran kekal stabil dan kegagalan upah bergerak seiring dengan inflasi. Memandangkan krisis global masih menjadi tumpuan utama, jangkaan peningkatan dalam persaingan untuk bahagian lebih kecil perbelanjaan pengguna akan berlaku.
· Proaktif dan Tepat dengan Kesejahteraan: 40% daripada pengguna global secara proaktif mengutamakan kesihatan mereka, menyumbang kepada peluang pertumbuhan khusus dalam pasaran. Menyedari kepentingan pengurusan kesihatan yang proaktif, pengguna berminat dengan perubahan gaya hidup dan ciri produk tertentu untuk mencapai matlamat kesihatan mereka.
· Pandangan Hibrid mengenai Nilai: Dalam analisis tersuai merentasi tahap harga yang berbeza, produk yang mempunyai harga berasaskan nilai merupakan satu-satunya kumpulan yang mengalami pertumbuhan dalam bahagian jualan (0.6 mata) pada tahun 2023. Polarisasi kewangan antara pengguna mewah dan rentan mendorong pencarian yang diperluas untuk pilihan nilai dan peruncit serta pengilang seharusnya menjangkakan permintaan untuk pelbagai produk mampu milik baharu pada tahun 2024.
· Pertumbuhan Inovasi Tertumpu kepada Nilai: Pengilang yang melakukan inovasi adalah 1.8 kali lebih berkemungkinan meningkatkan jualan keseluruhan. Inovasi berterusan telah terbukti paling menguntungkan syarikat semasa kelembapan pasaran berlaku. Inovasi tidak terhad kepada kedudukan premium; syarikat mesti meneruskan inisiatif yang dipacu nilai untuk berkembang maju.
· Dinamik Saluran yang Lancar: 11% daripada pengguna global melaporkan membeli-belah melalui saluran media sosial. Memandangkan landskap runcit berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan corak dalam cara pengguna meneroka, mencuba dan membeli produk adalah amat penting.

"Laporan Tinjauan Pengguna Global menyerlahkan bukan sahaja trend, malah anjakan kritikal dalam pilihan pengguna dan corak pembelian, merentasi sempadan dan merangkumi rantau dari Amerika Utara ke Asia Pasifik,” kata Lauren Fernandes, Pengarah Global Kepimpinan Berwibawa, NIQ. “Daripada pasang surut nilai dan volum kepada pandangan hibrid mengenai nilai, laporan ini menyediakan perniagaan dengan set peralatan yang menyeluruh untuk menyesuaikan diri, melakukan inovasi dan berkembang maju dalam persekitaran yang bertanda dengan perubahan. Ini bukan sekadar laporan; ini ialah panduan kepada perniagaan yang mencari daya tahan dan kaitan dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah."

Komitmen NIQ untuk menyampaikan cerapan yang boleh diambil tindakan terbukti dalam penyelidikan dan analisis yang dibentangkan dalam Laporan Tinjauan Pengguna itu. Sumber berguna ini memperkasa perniagaan untuk membuat keputusan termaklum dalam landskap pengguna yang sentiasa berkembang maju. Muat turun laporan pada hari ini.

Maklumat Tentang NIQ

NIQ ialah syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, menyampaikan pemahaman paling lengkap tentang tabiat membeli pengguna dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. Pada tahun 2023, NIQ digabungkan dengan GfK, menemukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada bandingannya. Dengan laporan runcit holistik dan cerapan pengguna paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis lanjutan melalui platform yang canggih—NIQ menyampaikan Full ViewTM.

NIQ ialah syarikat portfolio Advent International yang beroperasi di 100+ pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk maklumat lebih lanjut NIQ.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Media
Amerika Utara – Gillian Mosher (Gillian.Mosher@NIQ.com)
Afrika/Timur Tengah - Melina Mammidou (Melina.Mammidou@NIQ.com)
Asia Pasifik - Liza Martija (Liza.Martija@NIQ.com)
Eropah - Sebastien Monard (Sebastien.Monard@NIQ.com)
Amerika Latin – Ari Rodriguez (Ari.Rodriguez@NIQ.com)
 
Sumber: NIQ

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment