Saturday, July 30, 2022

AGROBANK SERAH KUTIPAN DANA WAKAF TUNAI RM206,313.45 KEPADA PICOMS BAGI INISIATIF WAKAF TUNAI MESIN DIALISIS AGROBANK & PICOMS-MAIWP

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (kanan sekali) menyerahkan kutipan dana wakaf tunai berjumlah RM206,313.45 kepada kepada Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman (dua dari kiri) dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini. Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP dilancarkan pada tahun 2020 dengan objektif untuk membantu menangani masalah kekurangan mesin dialisis bagi pesakit-pesakit dari kalangan orang awam

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Selaras dengan matlamat untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat untuk beramal jariah dengan berwakaf, Agrobank, sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 2015, telah menggerakkan 140 cawangannya di seluruh Malaysia dengan menggunakan fasiliti perbankan internetnya, Agronet sebagai medium bagi mencapai sasaran kutipan dana wakaf tunai sebanyak RM200,000 bagi Program Wakaf Tunai Mesin Dialisis Agrobank & PICOMS-MAIWP.

Setelah lebih dua tahun sejak ia dilancarkan pada tahun 2020, Agrobank bukan sahaja telah berjaya mencapai sasaran kutipan, malah telah berjaya mengumpul kutipan dana wakaf tunai keseluruhan berjumlah RM206,313.45.

Penyerahan kutipan dana wakaf tunai terkumpul ini telah disempurnakan oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin kepada Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman dalam satu majlis yang telah berlangsung pada Rabu.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, “Kita sedia maklum akan kepentingan wakaf dalam pembangunan sosial dan kebajikan umat Islam dan bagaimana golongan yang berkemampuan turut dapat membantu mereka yang serba kekurangan. Agrobank amat berbesar hati dengan kolaborasi ini dalam menjadi agen kepada masyarakat untuk menyalurkan dana wakaf bagi memenuhi keperluan kesihatan dengan pembelian mesin hemodialisis ini. Fokus kesihatan merupakan salah satu fokus AgroWakaf di Agrobank, selain usaha memperkasakan ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan komuniti.”

Friday, July 29, 2022

EGON ZEHNDER MENAMAKAN RACHAEL DE RENZY CHANNER SEBAGAI KETUA GLOBAL BAGI KELESTARIAN

Peranan baharu yang diwujudkan itu menandakan satu daripada pelantikan pemimpin kelestarian secara formal yang pertama di dalam lima firma pencarian eksekutif dan penasihat kepimpinan global utama

ZURICH, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rachael De Renzy Channer telah dilantik sebagai Ketua Global bagi Kelestarian untuk Egon Zehnder, firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia.

Berpangkalan di London, De Renzy Channer telah mengetuai Kumpulan Amalan Kelestarian global di Egon Zehnder sejak tiga tahun yang lalu, dengan membantu organisasi di seluruh dunia membangunkan budaya, pasukan dan pemimpin mereka untuk menjadi kuasa bagi kebaikan. Beliau telah menjadi pengarang bersama bagi laporan kelestarian Firma itu baru-baru ini, yang meninjau beratus-ratus pemimpin di seluruh dunia mengenai keadaan kelestarian di dalam organisasi mereka. Sebelum menyertai Egon Zehnder, De Renzy Channer telah mengetuai strategi di dalam beberapa syarikat, termasuk Schneider Electric. Terdahulu di dalam kerjayanya, beliau berkhidmat di dalam Tentera British selama 12 tahun, di mana sebahagian besar daripada kerjaya ketenteraan beliau digunakan untuk memberi tumpuan kepada kepimpinan dan pembangunan.

“Firma kami telah komited kepada mewujudkan sebuah dunia yang lebih mapan selama bertahun-tahun, dan Rachael akan membawa kebolehlihatan, penjajaran dan komitmen yang lebih besar kepada matlamat Firma kami, iaitu Kepimpinan bagi sebuah Dunia yang Lebih Baik,” kata Edilson Camara, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Egon Zehnder.

Dalam peranan beliau sebagai Ketua Global bagi Kelestarian, De Renzy Channer akan mengetuai usaha impak Egon Zehnder, yang mencakupi daripada inisiatif kelestarian serantau sehingga ke peringkat global, untuk memacukan transformasi DEI, kepada berhubungan dengan organisasi lain bagi menambah baik dunia kita yang dikongsi bersama. “Egon Zehnder, seperti banyak organisasi lain, sedang berada dalam satu perjalanan kelestarian. Kami belajar bahawa kemajuan kami sendiri adalah berkait rapat dengan perubahan di dalam penetapan minda dan motivasi yang harus diutamakan,” kata De Renzy Channer. “Kelestarian bukan sekali-kali mengenai menandakan kotak-kotak, tetapi ia adalah mengenai memacu ke hadapan sebuah dunia yang lebih inklusif dan mapan. Perubahan ini bermula dari dalam, dan saya gembira untuk meneruskan perjalanan ini dengan Firma kita di dalam peranan baharu ini.”

Maklumat mengenai Egon Zehnder

Egon Zehnder adalah firma penasihat kepimpinan terkemuka di dunia, yang memberi inspirasi kepada pemimpin untuk mengemudi persoalan yang rumit dengan jawapan bersifat kemanusiaan. Kami membantu organisasi untuk mencapai cabaran kepimpinan mereka dan menawarkan maklumat balas dan pandangan yang jujur ​​untuk membantu pemimpin merealisasikan keberadaan dan tujuan sebenar mereka. Perunding kami seramai 560 orang di 62 pejabat dan 35 buah negara adalah bekas pemimpin industri dan fungsian yang bekerjasama secara lancar merentasi geografi, industri dan fungsi untuk menyampaikan kuasa penuh bagi Firma itu kepada setiap pelanggan, pada setiap masa.

Kami percaya bahawa bersama-sama kami dapat mengubah manusia, organisasi dan dunia melalui kepimpinan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari egonzehnder.com dan ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.
  
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16143

Thursday, July 28, 2022

"HERBAROMATRADE" - TEMPAT PASARAN B2B GLOBAL YANG EKSKLUSIF UNTUK PRODUK HERBA DAN AROMATERAPI - DILANCARKAN SECARA RASMI PADA 22 JULAI

YOKOHAMA, Jepun, 28 Julai, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Herbal Square Ltd. (kemudian daripada ini “Herbal Square”), beribu pejabat di Yokohama, Wilayah Kanagawa, telah melancarkan “HerbaromaTrade” secara rasmi – tempat pasaran B2B dalam talian yang khusus untuk produk herba dan aromaterapi -- pada 22 Julai (Jumaat), 2022.
 
URL HerbaromaTrade: https://herbaroma-trade.com/
 
Video Pengenalan HerbaromaTrade:
https://www.youtube.com/watch?v=65aNiTurxFU
 
Sejak bermulanya satu perkhidmatan prapelancaran pada 11 Jun (Sabtu), pembekal global daripada 21 buah negara telah mendaftarkan kira-kira 500 produk, dan permintaan kukuh untuk perkhidmatan ini telah disahkan melalui pelbagai pendengaran. Oleh itu, Herbal Square membuat keputusan untuk melancarkan HerbaromaTrade secara rasmi seperti yang dirancang pada asalnya.

Dalam beberapa bulan akan datang, HerbaromaTrade merancang untuk meningkatkan perkhidmatan itu mengikut jadual berikut.
- Setakat 22 Julai, 2022: Kira-kira 500 produk telah didaftarkan oleh pembekal dari 21 buah negara di seluruh dunia.
- Pada penghujung September 2022: HerbaromaTrade berhasrat untuk mendapatkan pendaftaran bagi 4,000-5,000 produk.
- Dari Oktober hingga Disember 2022: HerbaromaTrade akan memberi tumpuan kepada menarik pembeli.
- Pada separuh pertama tahun 2023: Versi peningkatan bagi fungsi HerbaromaTrade
 
Ciri-ciri Utama bagi HerbaromaTrade
1. Penawaran tempat pasaran B2B global dalam talian khusus untuk produk herba dan aromaterapi
2. Fungsi asas tersedia secara percuma. Ahli berbayar layak untuk fungsi yang dinaik taraf (termasuk mempamerkan lebih banyak produk dan penandaan produk kegemaran, dsb.).
3. Pembekal boleh mempamerkan produk mereka kepada pembeli global.
4. Pembeli boleh mengepos keperluan untuk produk yang dikehendaki kepada pembekal global.
 
Sumber: Herbal Square Ltd.

--BERNAMA

MAXIM E-HAILING TRAK DILANCARKAN

 

Kapsyen: Trak Maxim Malaysia dilancarkan

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pengguna perkhidmatan boleh menempah pengangkutan trak bagi pemindahan barang-barang besar seperti peralatan rumah dan barangan lain ke suatu tempat yang dituju. Serta memilih kenderaan yang disediakan oleh pihak Maxim yang berkapasiti dari 500kg sehingga 1 tan bergantung kepada situasi. Pengangkutan yang disediakan ialah kereta, trak dan pikap.

Kos tempahan pada kadar "Lori" hanya bermula daripada RM30 mengikut kadar yang dikenakan tidak termasuk perkhidmatan memuat naik barang. Namun, pengguna boleh meminta pemandu untuk membantu memuat dan membawa turun barang dengan memilih jenis surcaj dalam aplikasi ketika membuat tempahan. Perkhidmatan memuat naik dan turun barang adalah tambahan sekiranya pengguna memerlukan tenaga kerja tambahan.

Semasa membuat tempahan tersebut, pengguna perlu memaklumkan kepada pemandu mengenai barang yang akan dibawa, serta sekiranya memerlukan khidmat punggahan barang. Sila nyatakan dengan lebih teliti maklumat seperti tingkat rumah, jenis barang dan lokasi yang dituju.

Perkhidmatan trak ini dilancarkan di beberapa daerah dan negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan daerah baru yang dilancarkan iaitu Tawau, Bandar Miri, Kota Kinabalu, Kuching, Sandakan dan Bintulu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16134

Wednesday, July 27, 2022

CIIE KELIMA MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA-NEGARA DI SEPANJANG INISIATIF JALUR DAN LALUAN (BELT AND ROAD)

Ekspo Import Antarabangsa China ke-5 akan diadakan dari 5 Nov. hingga 10 Nov. 2022. (Gambar/IC)

SHANGHAI, 27 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Platform terbesar untuk pemerolehan antarabangsa, promosi pelaburan, pertukaran budaya dan kerjasama terbuka, Ekspo Import Antarabangsa China (China International Import Expo, CIIE) telah diadakan dengan jayanya selama empat tahun berturut-turut, dan dianggap secara meluas sebagai sistem perdagangan barangan awam antarabangsa dan multinasional, yang juga merupakan pembawa utama dalam membina ekonomi dunia terbuka dan komuniti dengan perkongsian masa depan kepada seluruh manusia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220726005590/en/

Sejak penubuhannya pada tahun 2018, CIIE telah berkembang dari segi skala dan pengaruh. Bidang pameran perniagaannya telah meningkat daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021. Pempamer dalam empat CIIE yang lalu telah melancarkan lebih daripada 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu, serta mencapai penyelesaian urus niaga tentatif bernilai lebih $270 bilion.

SMART MODULAR TECHNOLOGIES MENGUMUMKAN GENERASI SETERUSNYA BAGI SSD PCIE NVME




Portfolio baharu DuraFlash™ MP3000 bagi produk PCIe NVMe mengembangkan pilihan Kilat untuk pusat data, rangkaian dan aplikasi telekom


NEWARK, Calif., 26 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), satu bahagian daripada SGH (Nasdaq: SGH) dan sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, pemacu keadaan pepejal dan produk storan hibrid mengumumkan portfolio DuraFlash™ MP3000 bagi produk PCIe NVMe, yang merangkumi faktor bentuk M.2 2280, M.2 22110 dan E1.S. SSD ini tersedia dalam kedua-dua gred suhu industri dan komersial, dengan versi yang melaksanakan teknologi kehilangan kuasa, perlindungan data SafeDATA™ SMART untuk memastikan pengendalian turun naik kuasa dan kejadian kehilangan kuasa secara tiba-tiba.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220623005322/en/

“Kami teruja untuk mengumumkan siri baharu ini bagi produk SSD DuraFlash PCIe NVMe, yang akan membolehkan pelanggan kami untuk memanfaatkan keserasian PCIe Gen 4 x4 generasi seterusnya,” kata Victor Tsai, Pengarah bagi produk Kilat SMART. “Tersedia dalam tiga faktor bentuk, barisan MP3000 SMART menyediakan pilihan untuk platform pelayan dan pelanggan dalam kedua-dua persekitaran industri dan perusahaan dengan kapasiti di antara 240GigaBait sehingga 1920GigaBait.”

MP3000 itu menawarkan kelajuan sehingga 3500MB/s Bacaan Berurutan dan 2000MB/s Tulisan Berjujukan. Ia mematuhi spesifikasi NVMe v1.4 dengan ciri-ciri SSD perusahaan yang disokong seperti Pengurusan Ruang Nama (sehingga 16 ruang nama), Antara Muka Pengurusan NVMe luar jalur (NVMe-MI) dan format LBA 512 bait dan 4096 bait.

Untuk persekitaran Perusahaan, siri MP3000 itu memenuhi keperluan ketahanan sehingga 1 Pemacu Tulisan setiap Hari (DWPD) bagi beban kerja Perusahaan seperti yang ditakrifkan oleh JEDEC. Siri MP3000 itu juga ditawarkan dalam versi kitaran hayat lanjutan bagi aplikasi industri yang memerlukan ketersediaan yang lebih lama. Memandangkan kehilangan kuasa merupakan satu kebimbangan utama di dalam kebanyakan aplikasi, MP3000 itu juga disertakan dengan sistem SafeDATA™, sistem perlindungan data kehilangan kuasa SMART Modular yang termasuk litar perkakasan khusus dan algoritma untuk melindungi data dalam penerbangan dengan selamat semasa senario kehilangan kuasa atau turun naik kuasa. Produk siri MP3000 itu ialah Pemacu Penyulitan Sendiri (SED) yang menyokong ciri-ciri keselamatan lanjutan yang termasuk Secure Boot dengan pengesahan ketulenan perisian tegar berasaskan PKI dan standard Kumpulan Pengkomputeran Dipercayai (TCG) Opal 2.01 dengan penyulitan data AES-XTS 256. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16131

Tuesday, July 26, 2022

PUSAT PENDIDIKAN EKSEKUTIF SAINS KOMPUTER CARNEGIE MELLON DAN TALENTSPRINT BAKAL MENCIPTA PAKAR-PAKAR DEVOPS GLOBAL

Mengumumkan Program latihan dalam talian untuk profesional Teknologi di India, Asia Tenggara dan Timur Tengah

BENGALURU, India, 25 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TalentSprint, sebuah syarikat teknologi pendidikan global dan sebuah peneraju pasaran di dalam program teknologi mendalam transformasi, hari ini mengumumkan satu perkongsian pelbagai tahun dan pelbagai program dengan Pusat Sains Komputer (SCS) Universiti Carnegie Mellon (CMU), Pendidikan Eksekutif & Profesional – Pusat Sains Komputer Nombor Satu di Dunia. Program Sijil Lanjutan di dalam DevOps itu, yang pertama kali dilancarkan di bawah perkongsian ini, bertujuan untuk memenuhi satu keperluan yang semakin meningkat bagi profesional DevOps zaman baharu di rantau APAC.

Paling terjejas oleh transformasi digital, industri seperti BFSI, IT, Penjagaan Kesihatan, Peruncitan, Media dan Hiburan mencipta peluang besar untuk pakar-pakar DevOps di seluruh dunia. Dinamik pasaran ini meletakkan Program Sijil Lanjutan CMU yang diselidik dengan baik di dalam DevOps sebagai satu tambahan penting di dalam perjalanan peningkatan kemahiran calon.

Mengenai persatuan berprestij ini, Santanu Paul, Ketua Pegawai Eksekutif bagi TalentSprint, berkata “Perkongsian ini telah mengukuhkan lagi kehadiran kami di Amerika Syarikat. Pusat Sains Komputer CMU adalah ikonik dan persatuan ini adalah satu pengesahan bagi kejayaan kami di dalam program pemecah laluan dengan institut terkemuka dan organisasi teknologi global di India dan Amerika Syarikat. Program pertama kami dengan CMU bertujuan untuk mewujudkan pakar-pakar DevOps yang bertaraf dunia.”

Mengulas mengenai pelancaran itu, Ram Konduru, Pengarah bagi Pendidikan Eksekutif di CMU-SCS berkata, “Kami sedang meneroka pasaran antarabangsa seperti pasaran India, Timur Tengah dan Asia Tenggara yang mempunyai permintaan yang semakin meningkat untuk profesional teknologi. Kami ingin bekerjasama dengan sebuah syarikat teknologi pendidikan yang serius yang boleh sejajar dengan kecekapan teras kami dan membantu kami menjangkau kepada geografi baharu. Kami gembira untuk mengumumkan perhubungan kami dengan TalentSprint dan melancarkan program pertama kami di dalam DevOps.”

Program Sijil Lanjutan di dalam DevOps akan membantu peserta dengan pengetahuan yang mendalam tentang pelbagai peranti DevOps zaman baharu. Program berimpak tinggi selama 6 bulan itu, yang direka dan diajar oleh pakar fakulti CMU-SCS, yang merupakan pemimpin pemikiran terkenal di peringkat global di dalam DevOps seperti Profesor Len Bass, dan saintis penyelidikan Hasan Yassar dan Joseph Yankel. Apabila selesai dengan jayanya, peserta akan menerima sijil CMU yang diiktiraf di seluruh dunia. Program ini akan disampaikan pada platform digital TalentSprint ipearl.ai. Permohonan bagi program ini kini dibuka. Untuk mengetahui lebih lanjut, pemohon boleh melayari halaman Program itu di cmu.talentsprint.com/devops 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16125

DARWIN ABORIGINAL ART FAIR DITETAPKAN UNTUK MEMPAMERKAN KARYA DARIPADA LEBIH 1,500 ARTIS FIRST NATIONS, YANG DIWAKILI OLEH REKOD 76 PUSAT SENI KOMUNITI DARI SELURUH AUSTRALIA

DARWIN, Australia, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kreatif Orang Asli dan Orang Kepulauan Selat Torres akan diraikan di Darwin, Australia, dari 2-7 Ogos dalam pameran seni, reka bentuk dan budaya yang tidak boleh dilepaskan di siri acara ikonik Yayasan Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF).

Darwin Aboriginal Art Fair (DAAF) merupakan acara seni visual First Nations yang terbesar dan paling terkenal di Australia, yang akan kembali bagi tahun ke-16 untuk dijalankan dalam talian dan secara peribadi pada 5-7 Ogos ini.

Pameran seni yang diraikan di peringkat antarabangsa berlangsung bersama dua acara Indigenous Fashion ProjectsCountry to Couture pada 2 Ogos dan National Indigenous Fashion Awards pada 3 Ogos, membawa artis dan pereka First Nations yang paling terkenal dan bersemangat ke peringkat nasional dan global.

Sebagai satu-satunya acara rakyat Australia yang seumpamanya, DAAF telah memperoleh reputasi sebagai salah satu acara seni yang paling penting dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, mewujudkan peluang unik untuk berhubung dan secara beretika membeli karya terus dari Pusat Seni, serta bertemu dengan artis dan belajar secara langsung tentang warisan budaya, cerita, sejarah dan amalan seni tradisional mereka melalui pelbagai kelas induk, ceramah dan demonstrasi.

DAAF 2022 berada di landasan untuk menjadi yang paling berjaya dan mencapai sasaran yang paling luas, dengan rekod 76 Pusat Seni yang mengambil bahagian dalam penyampaian hibrid sulung Yayasan bagi acara itu. Pada 2021, Pameran itu mencapai rekod jualan $3.12 juta AUD dengan 100 peratus keuntungan akan kembali kepada Pusat Seni dan komunitinya. Pameran itu sendiri tidak mengambil komisen daripada karya seni yang dijual.

Yayasan DAAF berbangga menjadi sebahagian daripada kolektif organisasi yang memperjuangkan muzik, seni dan idea daripada budaya hidup tertua di dunia. Berlangsung di Top End Australia setiap Julai-Ogos bersama acara Pameran dan fesyen Yayasan DAAF yang terkenal ialah:
  • Pesta Garma | Yothu Yindi Foundation | 29 Julai - 1 Ogos
  • Salon des RefusĂ©s | Salon Art Projects | 3-13 Ogos
  • Telstra National Aboriginal and Torres Strait Islander Art Awards | Museum and Art Gallery of the Northern Territory | 5 Ogos 2022 – Januari 2023
  • National Indigenous Music Awards | Music NT | 6 Ogos
Minggu pertama bulan Ogos diramalkan akan menjadi salah satu pameran terbesar bagi bakat First Nations di dunia. Muzik, seni dan budaya akan bertembung apabila The Collective bersatu untuk memberikan orang ramai pengalaman unik merentasi industri kreatif di Northern Territory.

Untuk maklumat lanjut tentang Darwin Aboriginal Art Fair ke-16 dan untuk akses keutamaan kepada Pameran Seni digital, lawati daaf.com.au/register

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16123

Saturday, July 23, 2022

TRANSPOD MEMPERKENALKAN BUAT PERTAMA KALINYA FLUXJET, SEBUAH KENDERAAN YANG PERTAMA SEUMPAMANYA DI DUNIA UNTUK PENGANGKUTAN BERKELAJUAN ULTRA TINGGI PADA LEBIH 1000 KM/SEJAM




Inovasi Kanada yang menjadi perintis itu akan meningkatkan secara drastik kemampuan dan masa perjalanan bagi penumpang, mengurangkan jejak karbon dan memacukan pertumbuhan ekonomi serantau dengan ketara


TORONTO, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TransPod, syarikat permulaan yang sedang membina sistem pengangkutan darat berkelajuan ultra tinggi terkemuka di dunia (Laluan TransPod) untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan penumpang dan kargo, telah melancarkan FluxJet, sebuah inovasi yang mendefinisikan industri yang mengubah cara kita hidup, bekerja, dan berjalan.

Berdasarkan kepada inovasi perintis di dalam perejangan dan sistem tenaga bersih yang bebas daripada bahan api fosil, FluxJet itu ialah sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya yang secara berkesan merupakan sebuah hibrid di antara sebuah pesawat dan sebuah kereta api. Dengan menampilkan lonjakan teknologi di dalam penghantaran kuasa tanpa sentuh dan sebuah bidang fizik baharu yang dipanggil veillance fluxFluxJet itu bergerak di dalam satu laluan pandu terlindung pada kelajuan lebih 1000 km/sejam – lebih pantas daripada sebuah pesawat jet dan tiga kali lebih pantas daripada sebuah kereta api berkelajuan tinggi.

FluxJet itu akan beroperasi secara eksklusif di Laluan TransPod, satu sistem rangkaian dengan stesen di lokasi-lokasi utama dan bandar raya utama, dengan menampilkan frekuensi pelepasan yang tinggi yang direka bagi membolehkan perjalanan yang cepat, berpatutan dan selamat. Terbaharu, TransPod mengesahkan pembiayaan sebanyak AS$550 Juta dan mengumumkan fasa seterusnya bagi sebuah projek infrastruktur bernilai AS$18 Bilion untuk membina Laluan TransPod untuk menghubungkan bandar raya Calgary dan Edmonton di Alberta, Kanada. Kerja awal pembinaan, termasuk penilaian kesan alam sekitar, telah dimulakan. Projek kritikal ini akan mewujudkan sehingga 140,000 peluang pekerjaan dan menambahkan $19.2 Bilion kepada KDNK rantau itu sepanjang pembinaan. Sebaik sahaja Laluan TransPod itu beroperasi, penumpang akan hanya membayar kira-kira 44 peratus lebih murah berbanding dengan tiket kapal terbang untuk mengembara koridor itu dan mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 636,000 tan setahun.

“Segala kerja berat yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu telah membawa kepada detik penting ini di mana perbincangan sudah menjadi satu kenyataan. Teknologi itu terbukti, dan kami mempunyai keyakinan pelabur, kerajaan dan rakan kongsi untuk terus maju ke hadapan bagi mentakrifkan semula pengangkutan dengan berkesan,” kata Sebastien Gendron, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, TransPod.

Pada acara pembukaan TransPod di Toronto, sebuah FluxJet yang skalanya diperkecilkan telah dipaparkan dalam satu demonstrasi secara langsung yang menunjukkan keupayaan penerbangannya. Kenderaan FluxJet seberat hampir 1 tan itu menunjukkan satu prosedur berlepas, perjalanan dan mendarat di dalam laluan pandunya. Rakaman acara dan demo boleh didapati di sini.

“Pencapaian penting ini adalah satu lonjakan besar ke hadapan,” kata Ryan Janzen, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi, TransPod. “FluxJet itu berada pada perhubungan penyelidikan saintifik, pembangunan perindustrian, dan infrastruktur besar-besaran untuk menangani keperluan penumpang dan mengurangkan pergantungan kita pada pesawat jet yang banyak menggunakan bahan api fosil dan lebuh raya.”

“TransPod mengubah sepenuhnya secara drastik dengan perjalanan penumpang berkelajuan tinggi, sifar pelepasan dan pengangkutan barang di antara bandar raya gerbang utama,” kata Yung Wu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Daerah MaRS Discovery. “Sudah tiba masanya untuk tindakan berani daripada penggubal dasar, pelabur dan pengendali kami untuk menyokong pengkomersilan bagi inovasi buatan Kanada seperti TransPod, untuk meraih kemenangan di dalam ekonomi inovasi global bernilai bertrilion dolar itu.”

FluxJet itu adalah yang pertama bagi inovasi Kanada dan merupakan projek infrastruktur hebat seterusnya yang dibawa ke pentas dunia,” kata Janzen. “Laluan TransPod itu sedang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi kami di Eropah, Amerika Syarikat, dan seterusnya, termasuk universiti, pusat penyelidikan, industri aeroangkasa, seni bina, kereta api dan rakan kongsi pembinaan.”

Pelancaran FluxJet TransPod berjalan lancar dengan sokongan dan kerjasama daripada Building Trades of AlbertaBuilding Trades Unions KanadaDassault SystèmesDHL ExpressMaRSIkos ConsultingREC Architecturedan SADE Engineering.

Maklumat mengenai TransPod Inc.

Matlamat TransPod adalah untuk membuat perubahan radikal dan mendefinisikan semula pengangkutan komersial di antara bandar raya utama di pasaran maju dan sedang pesat membangun. Syarikat permulaan itu telah diasaskan pada tahun 2015 untuk membina sistem pengangkutan tiub terkemuka di dunia (Laluan TransPod) untuk menghubungkan orang ramai, bandar raya dan perniagaan dengan pengangkutan berkelajuan tinggi yang mampu dan mapan alam sekitar. TransPod Inc. beribu pejabat di Toronto, Kanada dan mempunyai syarikat gabungan di Alberta, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu. Layari www.transpod.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16121

Friday, July 22, 2022

BOOMI MEMPERCEPATKAN PENGEMBANGAN GLOBAL DENGAN PELABURAN LANJUTAN DI JEPUN



TOKYO, 21 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan pengembangan jejak pusat data awan mereka di Jepun untuk mempercepatkan penggunaan platform penyepaduan peneraju kategori mereka sebagai satu penyelesaian perkhidmatan (iPaaS) ketika permintaan di seluruh Asia Pasifik terus berkembang. Menurut satu tinjauan Net oleh Japan Keyman mengenai penggunaan iPaaS1, disebabkan oleh pertumbuhan pesat telekerja, responden mengulas tentang keperluan untuk menggunakan data terkumpul di dalam sistem teras melalui penyepaduan sistem, melahirkan satu keinginan yang semakin meningkat untuk penyepaduan data dan automasi perniagaan bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220720005335/en/

Pengembangan Boomi yang ketara di Jepun menangani satu peningkatan permintaan di dalam penyepaduan dan keperluan automasi perniagaan merentasi rantau itu, dan meningkatkan penyetempatan dan sokongan bagi produk dan perkhidmatan mereka yang telah memenangi anugerah untuk lebih 20,000 pelanggan dan 800 rakan mereka di seluruh dunia. Syarikat itu juga akan mengukuhkan lagi komuniti pengguna Boomiverse yang mempunyai 100,000 orang dengan maklumat dan sumber serantau yang disesuaikan ketika ia berhasrat untuk menjadikan dunia ini sebagai sebuah tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua orang kepada segala-galanya, di mana sahaja.

Pusat data awan Jepun Boomi menyediakan sebuah lokasi khusus untuk memajukan penggunaan Platform Boomi AtomSphereTM dan perkhidmatan Hab Data Induk, satu penyelesaian pengurusan data induk (MDM) natif awan yang turut menyediakan pematuhan yang dipertingkatkan dan kedaulatan data bagi pelanggan sedia ada.

“Peluasan bagi jejak pusat data awan Boomi di Jepun menekankan komitmen kami untuk menyampaikan perkhidmatan penyepaduan berasaskan awan yang tepat pada masanya kepada sebuah pasaran yang semakin berkembang,” kata Kazunori Hori, Ketua bagi Pembangunan Perniagaan, Jepun di Boomi. “Dengan pelaburan ini, Boomi akan terus memacukan hasil perniagaan yang lebih baik bagi pelanggan di seluruh rantau itu.”

Peluasan Portfolio Pelanggan Global dan Ekosistem Rakan Boomi

Jenama-jenama global yang terkenal dan syarikat-syarikat Jepun yang diiktiraf termasuk Dell Technologies, DNP Information Systems, JERA Corporation, dan banyak lagi organisasi lain yang merentasi industri, bergantung kepada platform natif awan Boomi untuk memenuhi keperluan penyepaduan sistem, ketersambungan dan automasi mereka.

Boomi mempunyai satu daripada tatasusunan penyepadu sistem global (GSI) terbesar di dalam ruang iPaaS, termasuk Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan tiga penyedia perkhidmatan awan hiperskala terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, antara lain. Syarikat itu akan mengembangkan hubungan mereka dengan rakan-rakan mereka di Jepun, membangunkan inisiatif bersama untuk terus memenuhi permintaan pelanggan.

Baru-baru ini, Boomi mengumumkan satu perjanjian perkongsian baharu dengan Institut Penyelidikan Nomura (NRI), Ltd., sebuah penyedia perkhidmatan perundingan dan penyelesaian sistem terkemuka global di Jepun. Boomi dan NRI telah melancarkan perkhidmatan untuk pemodenan IT dan kes penggunaan penyepaduan data dalam semua industri, berdasarkan kepada satu pemahaman bersama tentang nilai iPaaS untuk operasi perniagaan di dalam ekonomi digital pada hari ini.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, domain IT korporat semakin pantas meningkatkan penggunaan perkhidmatan awan,” kata Hideki Saito, Pengarah Urusan Kanan, Bahagian Platform DX di NRI. “Platform Boomi akan membantu pelanggan kami memenuhi keperluan pemodenan IT dan penyepaduan data mereka, dan bersama-sama, kami akan menyumbang untuk menyelesaikan sebahagian besar cabaran perniagaan mereka yang paling mendesak.”

Komuniti Pengguna Tempatan yang Khusus

Boomi mempunyai sebuah komuniti pengguna Boomiverse yang terlibat dan berkembang dengan lebih daripada 100,000 ahli di mana pelanggan berhubung dan berkongsi amalan terbaik dengan pengguna Boomi yang lain, bekerjasama dengan pakar-pakar Boomi, mengakses latihan atas permintaan dan mendapatkan kemas kini masa nyata tentang semua perkara berkaitan Boomi. Komuniti dalam talian tersuai untuk pelanggan Boomi di Jepun akan menumpukan pada penyediaan maklumat setempat dan yang boleh diambil tindakan, seterusnya menunjukkan dedikasi Boomi kepada sambungan di rantau itu. Platform kod rendah Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menghubungkan aplikasi data, memperkemas aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Syarikat itu baru-baru ini menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh penarafan 5 bintang yang berprestij di dalam Panduan Program Rakan CRN, satu senarai definitif bagi program rakan yang paling ketara daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan yang fleksibel melalui saluran IT.

Boomi juga meraikan pelbagai anugerah sebagai sebuah majikan pilihan, termasuk penyenaraian baru-baru ini sebagai satu daripada Tempat Kerja Terbaik Majalah Inc., dan menerima dua anugerah Comparably untuk Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik bagi Kepelbagaian dan Syarikat Terbaik untuk Pengembangan Kerjaya. Ketika syarikat itu terus berkembang pesat untuk memenuhi permintaan global, permintaan perusahaan untuk sambungan digital, penyepaduan dan automasi, Boomi merancang untuk mengambil beberapa ratus ahli pasukan baharu Boomi di seluruh dunia, mengembangkan semua fungsi dan rantau bagi perniagaan itu.

Sumber Tambahan
Penafian Gartner:
 
Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021
 
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi

Boomi serta-merta menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja dengan platform natif awan mereka yang disatukan, terbuka dan pintar. Platform penyepaduan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) dipercayai oleh lebih 20,000 pelanggan di seluruh dunia untuk kelajuan, kemudahan penggunaan dan jumlah kos pemilikan mereka yang lebih rendah. Sebagai perintis di dalam memacukan penggunaan data secara bijak, visi Boomi adalah untuk memudahkan pelanggan dan rakan untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan orang ramai untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.
 
© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo 'B', Boomiverse dan AtomSphere adalah tanda dagangan bagi Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing.

Nota Khas:

Kenyataan di dalam bahan ini yang berkaitan dengan keputusan masa depan, pengambilan pekerja pada masa hadapan dan acara atau pelaburan masa hadapan adalah kenyataan yang berpandangan ke hadapan dan didasarkan kepada jangkaan semasa Boomi. Dalam sesetengah kes, anda boleh mengenal pasti kenyataan ini dengan perkataan yang berpandangan ke hadapan seperti “menjangka,” “percaya,” “boleh,” “anggaran,” “jangka,” “berhasrat,” “keyakinan,” “boleh,” “rancang,” “berpotensi,” “sepatutnya,” dan “akan,” atau ungkapan yang serupa. Keputusan sebenar, pengambilan pekerja, aliran pelanggan dan peristiwa dalam tempoh akan datang mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini disebabkan oleh beberapa risiko, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk cabaran untuk mencari dan memasukkan kakitangan baharu, trend tempat pasaran, perhatian pengurusan yang berterusan terhadap pasaran, ketidakpastian yang berkaitan dengan perubahan teknologi dan pembangunan serta pengeluaran teknologi baharu. Boomi tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan tersebut.

1Keyman’s Net, iPaaS (Platform Penyepaduan sebagai satu Perkhidmatan) Status Penggunaan, 2021
 

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220720005335/en/

Hubungi

Boomi:
Kristen Walker
Komunikasi Korporat Global
kristenwalker@boomi.com
+1-415-613-8320

Boomi Jepun
boomi@jspin.co.jp

Sumber : Boomi

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16115

Wednesday, July 20, 2022

ANUGERAH DISERTASI KEDOKTORAN MARY KAY AKADEMI SAINS PEMASARAN DISAMPAIKAN PADA PERSIDANGAN TAHUNAN 2022

 







Pelajar-pelajar kedoktoran menerima geran sebagai sebahagian daripada Anugerah Disertasi Kedoktoran Tajaan Mary Kay untuk meneruskan matlamat profesional dan pendidikan mereka di dalam bidang berkaitan pemasaran


DALLAS, 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, meneruskan sokongan mereka selama beberapa dekad bagi pendidikan dan penyelidikan akademik dengan pengumuman bagi pemenang Anugerah Disertasi Kedoktoran dan Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay di Persidangan Tahunan Akademi Sains Pemasaran (AMS) yang diadakan pada 25 – 27 Mei di Monterey, California. Selama hampir 30 tahun, syarikat kecantikan global itu telah menganugerahkan geran tahunan ini kepada calon-calon kedoktoran di dalam bidang pemasaran, untuk memberi mereka peluang mempamerkan disertasi mereka yang berjaya dipertahankan di hadapan rakan sebaya mereka. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada pembentangan akhir mereka di Persidangan Tahunan AMS.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005732/en/
 
Penyerahan dibuka kepada pelajar kedoktoran yang meliputi mana-mana topik yang berkaitan dengan pemasaran, metodologi dan minat penyelidikan di seluruh dunia. Finalis bagi Anugerah Disertasi Kedoktoran dan Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2022 adalah:
 
Finalis Anugerah Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay
  • Pemenang – Ali Anwar, Calon PhD, Universiti Wilfrid Laurier (Kanada) – “Kebolehan Jualan dalam Usaha Niaga Awal: Esei tentang Peranan Kebingkasan dan Modal Sosial Dalaman dalam menghadapi Gangguan Buruk
  • Naib Johan Pertama – Alexander Fulmer, Calon PhD, Universiti Yale – “Mempersoalkan mengenai Keutamaan Intuitif bagi Kesengajaan
  • Naib Johan Kedua – Jen Riley, Calon PhD, Universiti Negeri Kennesaw – “Menilai Kesan Teknologi Jualan terhadap Jualan Profesional: Satu Analisis Mengenai Keberkesanan Jualan Sosial” 
Finalis Anugerah Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2022
  • Pemenang – Ishita Chakraborty, PhD, Universiti Yale – “Pemarkahan Atribut Sentimen dengan Ulasan Teks Dalam Talian: Perakaunan untuk Struktur Bahasa dan Atribut Yang Hilang” 
“Anugerah Disertasi dan Cadangan Disertasi Mary Kay Akademi Sains Pemasaran menyediakan peluang-peluang yang unik untuk profesional pemasaran bagi  mempamerkan hasil kerja mereka dan menerima maklumat balas yang membina daripada rakan sebaya mereka, yang penting bagi pertumbuhan profesional mereka,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran di Mary Kay Inc. “Di Mary Kay, kami kekal komited untuk menyediakan platform bagi kemajuan pendidikan dan kerjaya, serta pembangunan profesional. Kami berbangga untuk menyokong profesional pemasaran berbakat ini dan sumbangan mereka kepada bidang pemasaran.”
 
“Ia adalah menjadi semakin kompetitif untuk membolehkan hasil kerja anda diterbitkan di dalam jurnal Pemasaran yang utama, dan bagi mempunyai peluang untuk mendapatkan maklumat balas daripada golongan terpelajar di dalam Pemasaran terkemuka sebelum penyerahan adalah sesuati yang tidak ternilai,” kata Julie Moulard, Presiden Terdahulu (setakat 1 Jun) bagi Akademi Sains Pemasaran. “Anugerah Disertasi Mary Kay menyediakan sebuah platform kritikal bagi profesional pemasaran ini untuk menyemak kerja mereka dan diperhalusi untuk meningkatkan peluang mereka dalam menerbitkan penemuan penyelidikan di dalam jurnal Pemasaran yang boleh dipercayai, yang akhirnya memberi manfaat kepada reputasi dan kredibiliti akademik mereka secara keseluruhan.”
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Disertasi Mary Kay Akademi Sains Pemasaran, klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dalam perjalanan mereka menuju kebebasan ekonomi melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di FacebookInstagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter

Maklumat mengenai Akademi Sains Pemasaran

Akademi Sains Pemasaran ialah sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan, bersifat antarabangsa, ilmiah, profesional. Ia berdedikasi untuk menggalakkan standard yang tinggi dan kecemerlangan di dalam penciptaan dan penyebaran pengetahuan pemasaran dan pelanjutan bagi amalan pemasaran melalui satu peranan kepimpinan di dalam disiplin pemasaran di seluruh dunia. Akademi itu komited kepada standard etika dan kekolejan yang paling tinggi dalam usaha mencapai misi ini.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005732/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
(+1) 972.687.5332 atau
 media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16108

Tuesday, July 19, 2022

PEOPLECARE MEMILIH BOOMI DAN ATTURRA UNTUK MENGHUBUNGKAN DATA AHLI BAGI PENGALAMAN DANA KESIHATAN YANG DIPERIBADIKAN

Penanggung Insurans Kesihatan Australia Memilih Boomi dan Atturra Untuk Menyediakan Pengalaman Kesihatan Yang Diperibadikan (Grafik: Business Wire)

Penanggung insurans kesihatan Australia mempertingkatkan pemperibadian, meningkatkan nilai ahli dan menyokong pematuhan perniagaan dengan rangka kerja data yang berhubungan

CHESTERBROOK, Pa., 19 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa Peoplecare, sebuah dana bersama insurans kesihatan Australia, telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere™ untuk menyampaikan pengalaman ahli yang lebih baik dan insurans kesihatan yang diperibadikan dengan data yang berhubungan, tepat dan boleh diakses.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220718005014/en/

“Kami bangga untuk menjadikan insurans kesihatan mudah dan mengutamakan nilai bagi memastikan ahli kami dapat memaksimumkan perlindungan mereka. Kaedah komunikasi legasi kami tertumpu kepada ahli yang menghubungi pusat hubungan kami, namun rakyat Australia pada hari ini adalah celik teknologi dan menuntut pengalaman pelbagai saluran merentasi platform dan peranti,” kata Joanne Williams, peneraju penyelesaian perusahaan, Peoplecare. “Kami memilih Boomi untuk membantu membolehkan layan diri digital yang baharu, di samping mengukuhkan pusat hubungan kami yang sedia ada bagi mereka yang masih mahu bercakap dengan seseorang. Boomi membantu kami membuka titik buta kami, memperkasakan kami untuk menyediakan komunikasi yang lebih diperibadikan dan proaktif kepada ahli kami mengenai dasar-dasar mereka.”

Peoplecare, sebuah organisasi milik ahli dan yang tidak mencari keuntungan (NFP) sejak tahun 1952, menyediakan perkhidmatan insurans kesihatan persendirian kepada rakyat Australia. Pada asalnya dana kesihatan untuk John Lysaght Australia, syarikat itu kemudian berkembang ke dalam insurans kesihatan sebagai sebuah dana terbuka pada tahun 2006. Pada tahun lepas, Peoplecare distruktur semula, dengan memulakan satu inisiatif pemodenan untuk memudahkan seni bina IT mereka yang kompleks dan memenuhi keperluan 33,000 ahli mereka dengan lebih baik.

Untuk memusatkan data mereka dan mewujudkan persekitaran IT yang mampu menyediakan pengalaman yang diperibadikan, termasuk memastikan ahli mendapat nilai terbaik dengan dasar yang betul, Peoplecare memilih platform penyepaduan natif awan Boomi sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) untuk menyepadukan sistem kritikal perniagaan dan pelbagai legasi dan aplikasi awan merentasi perniagaan itu.