Tuesday, June 30, 2020

KIOXIA MENUNJUKKAN FAKTOR BENTUK SSD NVME™ GENERASI SETERUSNYA UNTUK PUSAT DATA AWAN DAN PERUSAHAAN


Table

Sampel penilaian SSD E3.S Kioxia dipasang pada prototaip pelayan yang dipasang di rak bersaiz 2U yang boleh memasang 48 unit SSD E3.S (Gambar imej) (Foto: Business Wire)


Faktor bentuk EDSFF[1] (Faktor Bentuk SSD Perusahaan dan Pusat Data) E3.S membolehkan ketumpatan dan prestasi yang lebih tinggi memacukan skala data pusat


TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation telah membangun dan memulakan penghantaran bagi sampel kejuruteraan bagi Faktor Bentuk SSD Perusahaan dan Pusat Data (EDSFF) E3.S generasi seterusnya yang diseragamkan oleh Kumpulan Kerja Teknikal SNIA SFF TA.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200629005901/en/

E3.S adalah satu standard faktor bentuk baharu bagi SSD NVMe™ di pusat data Awam dan perusahaan, terutamanya yang menyasarkan PCIe® 5.0 dan seterusnya. E3.S itu akan menyumbang kepada reka bentuk dan pengembangan sistem generasi akan datang, seperti awan, pelayan hiper bertumpu dan serbaguna dan sistem All Flash Array (AFA) di dalam pusat data awan dan perusahaan.

Spesifikasi E3.S itu memungkinkan pilihan untuk saiz, kuasa dan kapasiti, kesemuanya dengan satu penyambung biasa. Direka untuk generasi PCIe masa depan yang menawarkan bajet kuasa yang lebih tinggi, EDSFF E3.S memberikan prestasi, penyejukan dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding dengan faktor bentuk yang lain.

Sampel kejuruteraan E3.S Kioxia, yang didasarkan kepada CM6 Kioxia Siri PCIe 4.0 NVMe 1.4 SSD dalam faktor bentuk 2.5 inci, menunjukkan prestasi kira-kira 35% lebih tinggi dengan alat kawalan yang sama dan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D TLC di dalam faktor bentuk EDSFF E3.S dengan lorong x4 dan 28W (+ 40%) kuasa.

Faedah EDSFF E3.S termasuk:
- Ketumpatan storan kilat yang lebih tinggi untuk penggunaan kuasa, tapak storan dan penggunaan rak sistem yang lebih cekap
- Menyokong PCIe 5.0 dan seterusnya melalui peningkatan integriti isyarat
- Ciri-ciri penyejukan dan terma yang lebih baik
- Prestasi dan faedah melebihi versi faktor bentuk 2.5 inci
- Status pemanduan dapat ditunjukkan dengan petunjuk LED
- Menyokong konfigurasi lorong x8 PCIe

Nota
[1] Promoter Kumpulan Kerja EDSFF merangkumi sistem pelayan perusahaan dan penyedia perkhidmatan awan seperti Dell EMC, Facebook, HPE, Lenovo dan lain-lain. Kioxia mengambil bahagian sebagai sebuah penyumbang.

* NVMe adalah merupakan tanda perniagaan bagi NVM Express, Inc.
* PCIe adalah merupakan sebuah tanda perniagaan berdaftar milik PCI-SIG
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
Tel: +81-3-6478-2427
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200629005901/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Kioxia Corporation

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGUMUMKAN BAKAL PENGERUSI LEMBAGA BAHARU DAN EMPAT AHLI LEMBAGA BAHARU

Ahli baharu dari Afrika dan India mencerminkan peningkatan sifat global pendidikan pengurusan siswazah

RESTON, Va., 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Graduate Management Admission Council (GMAC), sebuah persatuan global untuk sekolah perniagaan siswazah, hari ini mengumumkan pengerusi lembaga baharu dan penambahan empat ahli baharu kepada lembaga pengarah. Penggal akan bermula pada 1 Julai 2020.

Martin Boehm, Dekan dan Profesor Pemasaran di IE Business School telah berkhidmat dalam lembaga GMAC sejak tahun 2017 dan akan mewakili GMAC sebagai pengerusi lembaga baharu untuk dua tahun berturut-turut, menggantikan William Boulding yang mengakhiri penggal dua tahun beliau pada Jun 30. Profesor Boehm telah menjawat beberapa peranan dalam IE Business School termasuk Dekan Program dan Dekan Madya dalam Sarjana Program Pengurusan. Beliau mengajar di seluruh Sarjana Pengurusan di Sekolah tersebut, MBA, MBA Eksekutif dan program PhD. Penyelidikan Prof. Boehm memberikan implikasi pengurusan tentang cara membina hubungan pelanggan yang menguntungkan dan berpanjangan. Kepentingan utamanya adalah untuk mengukur impak pelbagai aktiviti pengurusan pelanggan terhadap nilai hayat pelanggan.

“Saya teruja untuk mengembangkan lagi pengalaman saya bersama GMAC dalam peranan baharu ini sebagai pengerusi,” kata Boehm. “Saranan nilai sekolah perniagaan ini adalah kukuh dan tidak berubah walaupun dalam persekitaran COVID-19. Hakikatnya, kini perkara itu semakin penting, kita membantu pelajar hari ini bersedia untuk cabaran yang tidak dijangka hari esok, melalui pembelajaran fleksibel dan mudah suai di dalam dan di luar kelas. Industri mempunyai kisah berimpak untuk diceritakan merentasi beberapa penunjuk berbeza dan saya teruja untuk membantu dalam mengetuai perbincangan tersebut.”

Ahli lembaga baharu termasuk: Ranjan Banerjee, Dekan, Profesor Pemasaran, S.P. Jain Institute of Management and Research; Soojin Kwon, Pengarah Urusan, Kemasukan dan Program MBA Sepenuh Masa, Stephen M. Ross School of Business, University of Michigan; Enase Okonedo, Dekan, Lagos Business School, Pan-Atlantic University; dan Jay Nibbe, Naib Presiden EY Global – Pasaran sebagai pengarah bebas.

“Kami teruja untuk terlibat dan bekerjasama dengan antara orang terpintar dalam Pendidikan Pengurusan Siswazah dari seluruh dunia,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.  “Meningkatkan kepelbagaian dan perspektif global pada lembaga kita membolehkan GMAC membawa penyelesaian dan idea kepada pasaran yang membantu untuk menangani cabaran dan peluang unik yang berkaitan dengan industri kita secara lebih baik.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13538

Kerjasama Pulse Secure Dan Gigamon Mengukuhkan Akses Selamat Daripada Sebarang Peranti Sementara Permintaan Pasaran Untuk Akses Rangkaian Sifar Kepercayaan Meningkat

Penyepaduan disahkan yang baharu meningkatkan kebolehlihatan akses pada premis dan keupayaan Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti (UEBA)

SINGAPURA, 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, peneraju pembekal penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan kejayaan penyepaduan dan ujian keserasian bersama antara Gigamon dengan Pulse Secure untuk memberikan jaminan kepada pelanggan bahawa penyelesaian Kawalan Akses Rangkaian (NAC) Pulse Secure, Pulse Policy Secure, boleh memanfaatkan sepenuhnya maklumat kontekstual titik akhir yang diterima daripada Gigamon apabila pekerja jarak jauh kembali ke pejabat untuk bekerja. Gabungan Gigamon dan Pulse memberikan organisasi kebolehlihatan peranti disambungkan rangkaian masa nyata dan kawalan Sifar Kepercayaan yang memanfaatkan pengesahan boleh suai dan Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti (UEBA) untuk mengesan anomali dan menangani akses tanpa kebenaran dan hasad kepada aplikasi dan sumber rangkaian.

Pulse Policy Secure ialah penyelesaian Kawalan Akses Rangkaian paling laris dan berciri penuh yang mudah untuk dikerahkan, diuruskan, disepadukan dan diskalakan. Gigamon, menghantar maklumat trafik disatukan dengan penapisan dinamik terhadap Pulse Policy Secure untuk meningkatkan kebolehlihatan titik akhir merentasi rangkaian dan pematuhan keselamatan titik akhir automatik yang lebih banyak. Memanfaatkan ciri UEBA Pulse Secure, Pulse Policy Secure boleh mengenal pasti dan memberikan respons kepada aktiviti beranomali seperti aktiviti IoT yang mencurigakan, serangan DGA dan penspulan MAC sebagai sebahagian daripada keupayaan pengesahan boleh suai penyelesaian ini yang sejajar dengan kawalan Sifar Kepercayaan.

“Penggunaan Sifar Kepercayaan yang semakin berkembang bermakna penting untuk komuniti vendor keselamatan bekerja secara seragam untuk memastikan bahawa data analitis keselamatan penting mengalir secara lancar merentasi penyelesaian untuk memberikan kebolehlihatan dan kawalan yang diperlukan perusahaan untuk membuat keputusan akses selamat termaklum yang lebih baik dalam masa nyata,” kata Alex Thurber, Ketua Pegawai Hasil untuk Pulse Secure. “Kami telah bekerja secara rapat dengan Gigamon pada tahap teknikal untuk mewujudkan proses integrasi yang lancar dengan keupayaan yang akan memastikan pelanggan bersama kami mendapat manfaat yang boleh dilihat dalam mengerahkan teknologi bersama kami untuk membantu kedua-dua pengurusan dan akses selamat rangkaian dengan sokongan Sifar Kepercayaan.”

Manfaat Penyelesaian bersama termasuk:
 
• Menyokong strategi Sifar Kepercayaan. Mengenal pasti, memprofil dan mengesahkan pengguna dan peranti sebelum memberikan akses menurut postur keselamatan mereka.
• Menentukan dasar postur keselamatan untuk peranan pengguna dan titik akhir. Kemudian menguatkuasakan peraturan akses secara automatik pada semua titik akhir (berdasarkan identiti, peranan, kelas peranti dan postur keselamatan) sebelum dibenarkan pada rangkaian.
• Meningkatkan keselamatan keseluruhan . Menguatkuasakan pembahagian rangkaian dinamik peranti pada pinggir rangkaian untuk mengelakkan ancaman daripada tersebar secara lateral dan membolehkan penyepaduan dwiarah dengan infrastruktur keselamatan (SIEM dan NFW, contohnya) untuk respons ancaman dipercepat.
• Wawasan titik akhir 360 darjah. Pulse Policy Secure menangkap kecerdasan titik akhir secara mendalam dan memantau keadaan yang mencurigakan secara berterusan untuk menyediakan laporan tentang isu dan arah aliran capaian.
• Analitis Tingkah Laku. Korelasi akses pengguna, maklumat kontekstual peranti dan log sistem dalam enjin analisis baharu untuk mencari anomali dan mengurangkan risiko ancaman.
 
Pulse Policy Secure bersepadu dengan Gigamon Visibility and Analytics Fabric, yang digunakan untuk memantau semua trafik rangkaian — termasuk trafik pusat data timur-barat dan beban kerja awan awam dan peribadi — jadi semua trafik boleh dianalisis bersama untuk mengurangkan titik buta dan meningkatkan kemungkinan mengesan tingkah laku mencurigakan.

“Perkongsian ekosistem adalah penting untuk penggunaan inisiatif Sifar Kepercayaan dan bekerjasama secara rapat dengan vendor Secure Access, seperti Pulse Secure, untuk membantu dalam memastikan penyepaduan lancar adalah penting bagi pelanggan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan mereka,” kata Gigamon dan Ketua Pegawai Presiden Operasi Shane Buckley.  “Sambil organisasi berusaha untuk melakukan lebih banyak dengan sumber yang kurang sedikit, mereka kerap melihat ke arah automasi untuk merealisasikan manfaat yang lebih besar daripada jumlah bahagian yang mereka sumbangkan.”

Manfaat tambahan daripada menggunakan Gigamon berserta Pulse Secure merangkumi pengagregatan trafik untuk mengurangkan penggunaan port. Dalam keadaan apabila pautan rangkaian mempunyai jumlah trafik rendah, Gigamon Visibility and Analytics Fabric boleh mengagregrat ini bersama-sama sebelum menghantarnya kepada penyelesaian NAC Pulse Policy Secure untuk meminimumkan bilangan port yang perlu digunakan. Dengan mengetag trafik, Fabric memastikan sumber trafik boleh dikenal pasti dengan mudah.

Selain itu, Gigamon Visibility and Analytics Fabric menawarkan kawalan penghalaan asimetrik untuk memastikan maklumat sesi disimpan bersama-sama. Pulse Policy Secure memperoleh konteks lengkap sambungan titik akhir dan analisis keselamatan yang dikukuhkan.

“Berdasarkan prinsip ‘jangan percaya, sentiasa sahkan,’ Perangkaian Sifar Kepercayaan (ZTN) memerlukan penyelarasan pelbagai teknologi keselamatan untuk membolehkan penguatkuasaan perimeter, pembahagian rangkaian dan kawalan akses mudah suai,” kata Tony Massimini, penganalisis industri kanan di Frost & Sullivan. “Kerjasama vendor, seperti antara Gigamon dan Pulse Secure, mempamerkan nilai saling kendali yang menyokong kepercayaan yang memajukan inisiatif Sifar Kepercayaan.”

Keupayaan penyepaduan yang dipertingkat tersedia secara bebas sebagai sebahagian daripada model pelesenan standard bagi kedua-dua platform tersebut, sebagai sebahagian daripada Pulse Policy Secure dan Gigamon Visibility and Analytics Fabric. Pulse Secure Partners juga menawarkan penyelesaian Gigamon kepada pangkalan klien, menjadikan perkongsian yang berkaitan khusus kepada komuniti saluran keselamatan.

Pelanggan dan rakan kongsi bersama boleh mengetahui lebih lanjut tentang penyepaduan Gigamon, Pulse Secure dengan melawati 
https://www.pulsesecure.net/gigamon/.

CIAPKAN INI: Pulse Secure dan Gigamon mengesahkan penyepaduan untuk mengesahkan keupayaan kebolehlihatan titik akhir pada premis, akses selamat dan Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti sementara pekerja mula kembali bekerja di pejabat #PulseSecure #Gigamon #NetworkAccessControl #SecureAccess #ZeroTrust

Perihal Pulse Secure Pulse
Pulse Secure menyediakan penyelesaian Secure Access dipacu perisian yang mudah dan menyeluruh untuk orang, peranti, benda dan perkhidmatan yang meningkatkan kebolehlihatan, perlindungan dan produktiviti bagi pelanggan kami. Suite kami menyepadukan awan, mudah alih, aplikasi dan akses rangkaian secara unik untuk mendayakan IT hibrid dalam dunia Sifar Kepercayaan. Lebih daripada 24,000 perusahaan dan pembekal perkhidmatan merentasi setiap vertikal mengamanahkan Pulse Secure untuk memperkasakan tenaga kerja mudah alih mereka untuk mengakses aplikasi dan maklumat dengan selamat dalam pusat data dan awan sambil memastikan pematuhan perniagaan. Ketahui lebih lanjut di www.pulsesecure.net

Ikut @PulseSecure di Twitter atau lawati kami di LinkedIn dan Facebook.

Orang Hubungan Media:
 
Tony Tan
Autonomy untuk Pulse Secure
tony@autonomy.marketing
+65 6570 9139

SUMBER: Pulse Secure, LLC

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13539

COINFLEX LANCAR PASARAN REPO YANG DIJELASKAN DAN DINIAGAKAN SECARA BERPUSAT

Merapatkan Jurang Di Antara Pedagang Kekal Berarah, Pedagang Spot, Peminjam dan Pemberi Pinjaman

Memberi Pelabur Kripto Kelonggaran Berdagang pada Bursa Niaga Hadapan yang Pertama Disampaikan secara Fizikal

HONG KONG, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CoinFLEX, bursa niaga hadapan mata wang kripto yang pertama disampaikan secara fizikal di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran pasaran repo yang pertama didagangkan secara berpusat di dalam industri yang dikuasakan oleh niaga hadapan kekal yang boleh dihantar. CoinFLEX adalah bursa pertama yang membangun dan menawarkan niaga hadapan kekal yang boleh dihantar.

Pasaran Repo CoinFLEX itu bertujuan untuk memberi pelabur akses kepada peluang pemberian pinjaman, meminjam dan perolehan yang sangat cair tanpa perlu melalui saluran pasaran repo tradisional, seperti bank atau perantara lain, untuk menghasilkan di dalam perdagangan yang lebih fleksibel dan akses tepat masa kepada kadar hasil. CoinFLEX mewujudkan Pasaran Repo dan niaga hadapan kekal untuk mata wang kripto bagi menghasilkan sebuah persekitaran perdagangan yang memberi manfaat kepada peserta pasaran dengan meningkatkan kecairan dan mengurangkan dengan ketara kos modal.

Mark Lamb, Ketua Pegawai Eksekutif bagi CoinFLEX berkata: “Pembentukan pasaran repo itu adalah satu tindak balas langsung terhadap permintaan pasaran untuk perdagangan yang adil, telus dan fleksibel bagi kesemua peserta pasaran. Memperkenalkan niaga hadapan kekal yang boleh dihantar dapat memberikan pedagang akses kepada derivatif leveraj yang sangat cair dengan pilihan untuk membuat pilihan penghantaran, yang juga membolehkan satu peranti pengurangan risiko yang baharu bagi pelabur.”

Beliau seterusnya berkata: “Pasaran Repo CoinFLEX dengan Niaga Hadapan Kekal CoinFLEX yang boleh Dihantar memberi peluang kepada pelabur untuk meraih manfaat yang dikaitkan dengan perdagangan tradisional di sebuah pasaran kadar faedah yang baharu bagi kripto di mana mereka boleh memperolehi kadar hasil yang berkaitan dengan pelaburan mereka. Dalam persekitaran kadar hasil yang tidak menentu pada hari ini dalam pembiayaan tradisional, keupayaan untuk memperolehi kadar hasil terhadap mata wang kripto adalah satu keuntungan besar bagi sama ada bagi pelabur yang berasaskan dolar atau kripto.”

Dilancarkan pada awal tahun 2019, CoinFLEX memenuhi permintaan pedagang individu dan juga pasaran lindung nilai komersial, yang termasuk firma perlombongan, meja perdagangan OTC dan firma perdagangan proprietari global dan adalah merupakan yang pertama untuk membuka sebuah penawaran niaga hadapan awal terhadap syiling yang belum dilancarkan termasuk token Polkadot dan Dfinity. CoinFLEX telah memperdagangkan ratusan juta kontrak setiap hari sepanjang dua belas bulan yang lalu, dan kejayaannya membawa kepada sokongan pelabur secara meluas termasuk pembiayaan lebih $10 juta dari Polychain Capital, Digital Currency Group, Dragonfly Capital, B2C2 dan Grapefruit Trading.

Bakal pedagang & pelabur boleh mengakses CoinFLEX dengan mendaftar secara dalam talian di https://coinflex.com/.

Maklumat mengenai CoinFLEX

Ditubuhkan pada tahun 2019, oleh Mark Lamb dan Sudhu Arumugam, CoinFLEX (Bursa Niaga Hadapan dan Pinjaman Syiling) adalah bursa niaga hadapan mata wang kripto yang pertama yang disampaikan secara fizikal di dunia, yang dibangunkan untuk menyediakan jalan bagi pelabur untuk berdagang dan lindung nilai pendedahan mata wang kripto dengan risiko penyelesaian harga atau indeks yang minimum.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200629005543/en/

Hubungi

Carissa Felger
Gasthalter & Co.
coinflex@gasthalter.com

Sumber : CoinFLEX

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Aero-Engines Europe Maya, 16-17 September Akan Menggantikan Acara Langsung

NEW YORK, 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aviation Week Network akan mengadakan Aero-Engines Europe Maya, sebuah acara digital dengan peluang penghubungan yang ditingkatkan dan kandungan pendidikan berkualiti tinggi pada 16-17 September.  Keputusan proaktif untuk mentransformasikan persidangan tahunan ini kepada acara maya selepas menilai sekatan kerajaan dan perniagaan terhadap perjalanan dan dengan mengambil kira kesihatan dan keselamatan hadirin.  Aero-Engines Europe akan kembali sebagai acara langsung di Stavanger, Norway pada 15-16 September, 2021.  

Aero-Engines Europe ialah acara ulung yang didedikasikan secara eksklusif kepada aliran dan isu berkaitan komuniti MRO enjin Eropah, mengumpulkan pemegang berkepentingan merentasi rantaian nilai termasuklah OEM, MRO, syarikat penerbangan, pemberi pajak dan pembekal.  Acara maya akan menyediakan kandungan dan perangkaian digital dan forum tempat syarikat penerbangan, pemberi pajak enjin, OEM, dan komuniti pembekal MRO boleh berhubung dan mencari rakan kongsi perniagaan baharu dan sedia ada serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.

"Kami sedar akan kepentingan Aero-Engines Europe dan keseluruhan siri Aero-Engines terhadap industri dan usaha yang digunakan untuk menyediakannya," kata Lydia Janow, Pengarah Urusan Acara Aviation Week Network.  “Menggantikan acara langsung dengan acara mudah bukanlah suatu keputusan yang mudah, dan oleh yang demikian, dalam waktu yang sukar ini, kami ingin berterima kasih kepada komuniti kami atas pemahaman dan sokongan mereka. Kami menanti-nantikan untuk meneruskan peranan kami dalam memacu industri kita ke hadapan, menghubungkan komuniti kita dan menyokong perniagaan, kita akan menghadapinya secara bersama-sama.”

Pasukan acara Aviation Week sedang memperhalus butiran yang akan menyokong peralihan ini dan akan berkongsi kemas kini melalui laman web dan platform media sosial dalam minggu-minggu yang akan datang.

Syarikat induk Aviation Week Network, Informa, telah membangunkan AllSecure, sebuah set standard dan garis panduan ditingkatkan yang menyediakan tahap kebersihan dan keselamatan yang tertinggi di semua acara Informa. Semua acara Aero-Engines dan MRO akan datang akan dianjurkan menurut standard AllSecure, yang menyediakan pelanggan dengan jaminan bahawa penyertaan mereka adalah dalam persekitaran yang sihat dan terkawal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13540

Saturday, June 27, 2020

LIAM hulur sumbangan barangan kepada 4 rumah kebajikan kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan 16 syarikat ahlinya terus menyebarkan kasih sayang dan keprihatinan dengan menghulurkan sumbangan berbentuk barangan kepada empat rumah kebajikan kanak-kanak di Lembah Klang hari ini.
LIAM dalam satu kenyataan berkata ia menyantuni 150 kanak-kanak berusia dua hingga 17 tahun dari Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-anak Yatim Miskin, Cheras; Rumah Anak-anak Yatim Raudhatul Al Faeez, Gombak; Pertubuhan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse, Bangsar; dan Precious Children Home/Mikhalai School of Destiny, Segambut.
Kesemua rumah kebajikan tersebut menerima barangan keperluan rumah bernilai RM20,000 seperti barang makanan, barangan dapur, peralatan mandian, alat tulis, pelitup muka, cecair pembasmi kuman, barangan penjagaan diri dan kebersihan."Walaupun tiada juadah enak Hari Raya yang disediakan kali ini, anak-anak yatim dan penjaga mereka akan disajikan dengan juadah istimewa yang dikirimkan menerusi penghantaran makanan ke rumah mereka.

"Kami berharap sumbangan kecil kami ini akan mengukirkan senyuman di wajah mereka kerana kanak-kanak seharusnya memerlukan penjagaan dan kasih sayang yang berterusan tanpa batasan," kata Presiden LIAM Loh Guat Lan.

Pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya telah memberi kesan kepada banyak negara di seluruh dunia termasuk Malaysia menyebabkan tradisi tahunan Perjumpaan Hari Raya LIAM dengan anak-anak yatim dibatalkan.

"Kami sedar keperitan dan kepayahan yang dihadapi oleh rumah kebajikan kanak-kanak terutama pada masa yang sukar dan mencabar ini dan kami ingin memainkan peranan kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab melalui inisiatif ini untuk memastikan kesejahteraan golongan yang memerlukan terjaga," tambahnya.

-- BERNAMA

Friday, June 26, 2020

PENGENDALI SEKOLAH PERSEDIAAN PEPERIKSAAN, AZURITESTYLE CO. BARU-BARU INI MEMBANGUNKAN PELITUP MUKA ANTIBAKTERIA YANG MENYEJUKKAN YANG MEMBOLEHKAN PERNAFASAN MENERUSI HIDUNG, MEMULAKAN JUALAN KE LUAR NEGARA PADA 20 JUN

YOKOHAMA, Jepun, 25 Jun, 2020 /Kyodo JBN,AsiaNet/ --

Pengendali sekolah persediaan peperiksaan, AzuriteStyle Co., Ltd. telah membangunkan pelitup muka antibakteria yang menyejukkan yang membolehkan pernafasan menerusi hidung. Disebabkan oleh wabak koronavirus, pelajar-pelajar telah memakai pelbagai jenis pelitup muka, dan kebimbangan pensyarah bahawa “kesukaran bernafas telah menghalang daya penumpuan yang berterusan” dan bahawa “kualiti yang teruk bermaksud penurunan fungsi otak” membawa kepada pembangunan pelitup muka ini. “AzuriteStyle” adalah sebuah jenama yang sama sekali asal yang mengutamakan “Buatan Jepun” dari aspek merancang sehingga kepada menjahit. Penjualan ke luar negara bermula pada 20 Jun di 30 buah negara utama, termasuk negara-negara yang maju dari segi pendidikan di Eropah dan Asia, serta di Amerika Syarikat, yang sangat memberi perhatian kepada pernafasan melalui hidung.

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202006231187?p=images )

Tapak EC URL: http://www.azurite-style.com

Pelitup muka pakai buang, yang diperbuat daripada bahan-bahan pengap, mencirikan kebolehtelapan yang rendah oksigen. Pelitup muka yang diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik dijual, tetapi kebanyakannya menggunakan reka bentuk 3 dimensi yang menjimatkan tenaga kerja dan kos semasa pembuatan. Walau bagaimanapun, AzuriteStyle telah menetapkan bahawa reka bentuk 3 dimensi tidak dapat mewujudkan ruang yang mencukupi untuk mengekalkan pernafasan hidung. Syarikat itu menumpukan kepada membuat satu reka bentuk berlipat yang menjamin ruang bernafas yang tidak tertekan dengan padanan yang berkekalan untuk sebarang jenis muka atau hidung. Reka bentuk asal ini bukan sahaja memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk dibuat, tetapi juga menjadikannya mustahil untuk dihasilkan dengan betul tanpa teknologi yang tepat. Pelitup muka AzuriteStyle itu juga menampilkan fabrik buatan Jepun yang dipilih dengan teliti dan tidak rosak apabila ia dibasuh.

Memandangkan pelitup muka itu akan dipakai semasa musim panas, syarikat itu telah menambahkan satu ciri “sejuk-apabila-disentuh”. Ia dengan teliti telah memilih fabrik pelbagai fungsi yang mempunyai ciri-ciri termasuk “antibakteria,” “menghalang sinar ultraungu,” “sejuk-apabila-disentuh,” “menyerap air dan kering dengan pantas,” “kesan penekanan kenaikan suhu,” dan “tekstur yang selesa.” Pelitup muka itu menghapuskan penyebab kulit kasar yang berpunca daripada kepengapan dan ketumbuhan bakteria. Jenis organik juga tersedia bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif terhadap alahan.

Pelitup muka itu juga dilengkapi dengan satu lapisan yang menjadi sejuk apabila disentuh dengan hanya membasahkan dan menggoncangnya. Sekiranya pengguna memasukkan lapisan ini ke dalam poket dalam, ia menyejukkan bahagian dalam pelitup muka itu. Barisan pelitup muka syarikat itu yang terdiri daripada kecil, sederhana dan besar mempunyai saiz yang sesuai dengan semua orang dari bayi sehingga kepada dewasa.

Sila periksa laman web berikut untuk melihat siaran asal.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106117/202006231187
/_prw_PA1fl_nkFm1eY9.pdf


Sumber: AzuriteStyle Co., Ltd.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13530

Tuesday, June 23, 2020

​KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MEMULAKAN USAHA KEDUA

CHONGQING, China, 23 Jun, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

18 Jun, 2020 menandakan ulang tahun ke-10 bagi penubuhan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang. Menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, KDNK wilayah tersebut meningkat dari 100.2 bilion yuan kepada 339.1 bilion yuan dari tahun 2010 sehingga tahun 2019, untuk berada pada kedudukan ke-4 di antara 19 kawasan baharu nasional China.

​KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MEMULAKAN USAHA KEDUA

Monday, June 22, 2020

PICOMS PENERAJU KOLEJ UNIVERSITI DALAM TALIAN SEMASA COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Tiada istilah rehat bagi Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu berikutan penularan wabak COVID-19.

Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS Profesor Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman berkata semua program pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sebelum ini diadakan secara bersemuka telahpun beralih ke platform dalam talian hampir sepenuhnya.

“Sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), inisiatif ini adalah selari dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) waktu itu. Walaupun pelajar kami berada di rumah, program pembelajaran tetap diteruskan sehingga kini,” katanya.

Beliau menyifatkan PICOMS sebagai peneraju dan perintis dalam talian dalam memperkasakan pengajaran dan pembelajaran memandangkan pelajar-pelajar universiti awam (UA) sedang bercuti dalam tempoh PKP bermula 18 hingga 31 Mac.

Di saat negara dilanda krisis COVID-19, PICOMS meneruskan pengambilan pelajar bagi April-Mei 2020 dalam talian. Semasa peringkat awal COVID-19, PICOMS telah merancang program Hari Terbuka, Pengambilan Pelajar dan Orientasi secara maya.

Dari sejumlah 3,000 permohonan yang diterima bagi pengambilan April-Mei, 400 telah mendaftar dalam talian. Baki selebihnya yang masih berminat telah memohon bagi pengambilan pelajar bagi Julai dan September.

Prof. Wan Azizi berkata di bawah fasa normal baharu dalam PdP, pelajar PICOMS telah didedahkan kepada pelbagai sistem dan aplikasi dalam talian yang mudah diperolehi seperti Google Classroom dan Google Meet.

Menurut beliau, kebajikan pelajar dan kakitangan tidak diabaikan kerana PICOMS telah melaksanakan inisiatif Musaadah COVID-19 bagi membantu meringankan beban mereka yang mungkin terkesan dengan perlaksanaan PKP.

Di bawah program ini, pelajar menerima elaun sara diri bulanan, bantuan komputer riba, bantuan pengecualian bayaran asrama, perkhidmatan tele-kaunseling, makanan percuma/Food bank dan perkhidmatan bas. Kakitangan PICOMS juga diberi pinjaman komputer, pinjaman peribadi dan elaun khas PKP.

Prof. Wan Azizi berkata pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Terdapat kira-kira sejuta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini pada masa PKP.

Seramai 3,000 pelajar dan 200 pensyarah PICOMS telah menjalani program dalam talian sejak tercetusnya penularan pandemik COVID-19.

"Hikmah dari pandemik COVID-19 ini telah mengetengahkan PICOMS secara tidak langsung kepada pasaran antarabangsa melalui maklumat yang dimuatnaik secara digital,” katanya.

Sehingga kini, PICOMS telah menjalin kerjasama dengan institusi-institusi luar negara seperti Osaka Rojin Home di Osaka, Jepun dan melalui program German Professional Employment PICOMS di Jerman.

PICOMS juga menempah sejarah dengan memperolehi pengiktirafan bagi program Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan pada 10 Jun dari Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (IOSH), United Kingdom yang diiktiraf lebih 135 negara dengan keahlian melebihi 48,000 orang.

Sementara itu, Prof. Wan Azizi telahpun melancarkan 30 siri video pendidikan mengenai ‘Science is Islam’ melalui drwandrazizi YouTube channel yang mempunyai pautan dari laman web PICOMS.

Timbalan Naib Canselor (Akademik) PICOMS Profesor Dr Mohd Nazil Salleh berkata pengambilan pelajar UA biasanya dilakukan Unit Pengambilan Universiti (UPU) pada September manakala di IPTS dilaksanakan pada April, Jun dan Julai. PICOMS adakan tiga kali setahun.

“Bila tercetusnya wabak COVID-19, PICOMS yang berada di pertengahan semester sedang menghadapi peperiksaan akhir. Setiap program diubah hampir 100 peratus dalam talian,” katanya.

Menurut beliau, sebelum pandemik COVID-19, hanya 20 peratus pengajian dilaksanakan secara dalam talian. Program yang memerlukan kemahiran jururawat misalnya, ditangguhkan.

“Pada dasarnya, kumpulan senior yang mengambil peperiksaan dalam talian pada 27 Mac lalu, merupakan program pilot (perintis) PICOMS," katanya.

Beliau berkata PICOMS telah menyediakan garis panduan untuk kemasukan pelajar ke kampus tidak lama lagi. Bagi pelajar yang akan menjalani praktikal, mereka perlu lapor diri mengikut jadual dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sumber: Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Nurul Iman Dzulkefly
Pengarah Komunikasi Korporat
Tel: 03-6192 0600

--BERNAMA

Saturday, June 20, 2020

PRA Health Sciences Sedia Meneroka Keperluan Akta RACE Untuk Onkologi Pediatrik

RALEIGH, N.C., 19 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Antara tahun 2007-2017, 78 agen kanser dewasa yang baharu telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S.,¹ tetapi tiada satu pun ubat tersebut telah diselidik untuk menentukan keberkesanannya bagi kanser pediatrik.

Perkara itu bakal berubah pada 18 Ogos apabila Akta RACE – Akta Penyelidikan untuk Mempercepat Penawar dan Ekuiti untuk Kanak-kanak – dikuatkuasakan. Diluluskan pada tahun 2017, Akta RACE meminda PREA sedia ada– Akta Ekuiti Penyelidikan Pediatrik – dan menyingkirkan pengecualian daripada kewajipan PREA untuk ubat-ubatan kanser yang berstatus yatim. Undang-undang baharu itu mewajibkan penilaian pediatrik bagi ubat-ubatan dan bahan biologi yang disasarkan untuk rawatan kanser dewasa dan ditujukan pada sasaran molekul yang sebahagian besarnya relevan kepada tumbesaran atau perkembangan kanser pediatrik.

Syarikat penyelidikan klinikal dan pakar penyelidikan pediatrik mereka termasuk PRA Health Sciences akan diminta untuk menyokong syarikat farmaseutikal dan bioteknologi apabila mereka menaja penyelidikan yang diwajibkan untuk indikasi onkologi pediatrik.

“Kini kita ada 60 hari lagi sebelum Akta RACE dikuatkuasakan, yang telah menimbulkan perlumbaan untuk membangunkan pelan kajian pediatrik bagi kajian onkologi,” kata Dr. Mark Sorrentino, Naib Presiden, The Center for Pediatric Clinical Development di PRA Health Sciences. “Di PRA, kami telah mempersiapkan diri untuk Akta RACE sejak akta itu diluluskan pada tahun 2017, jadi kami dapat menyokong klien dan penaja kami yang ingin melaksanakan penyelidikan ini secara pantas dan berkesan. Kami telah mengumpulkan satu pasukan dalaman yang amat bertauliah untuk berkhidmat sebagai perunding amali dalam pembangunan dan pelaksanaan pelan penyelidikan pediatrik.”

Center for Pediatric Clinical Development dan pasukan PRA yang terlibat dalam pelaksanaan Akta RACE termasuk Dr. Sorrentino serta Dr. Martine Dehlinger-Kremer, Naib Presiden, Hal Ehwal Saintifik, Pakar Bidang Pediatrik; Dr. Jacqui Whiteway, Pegawai Perhubungan Strategi Pediatrik Kanan; Jo Dewhurst, LLB Dip; dan Missy Hansen, MSN, APRN, CNP-Pediatrics, Pegawai Perhubungan Strategi Pediatrik. Bersama-sama, di samping pelbagai penyelidik PRA dan pakar pediatrik lain, pasukan khas yang terdiri daripada pakar ini bersedia untuk menggunakan pengalaman kolektif mereka dalam pembangunan klinikal pediatrik untuk menyokong inisiatif berdasarkan Akta RACE.  

“Ibu bapa dan pakar onkologi pediatrik perlu yakin bahawa terapi dan rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak adalah selamat dan berkesan untuk melawan kanser dalam kalangan pesakit pediatrik,” kata Dr. Dehlinger-Kremer. “Akta RACE mendorong kita semua – pembangun ubat-ubatan, penyelidik, dan pasukan penjagaan perubatan – untuk mencari rawatan terbaik untuk kanak-kanak dan keluarga mereka dan untuk membangunkan rawatan yang disesuaikan secara khusus untuk kanak-kanak.”

• Kertas Putih: Parents as Gatekeepers for Children with Cancer
• Pandangan Jelas: The RACE Act is coming this August. Here’s what you need to know.
• Video: Ketahui lebih lanjut tentang Akta RACE daripada pakar PRA.  

Dengan penguatkuasaan Akta RACE, undang-undang tersebut akan memenuhi keperluan kritikal bagi pembangun ubat-ubatan untuk menumpukan perhatian kepada onkologi pediatrik.

• Sejak tahun 1980, hanya empat ubat-ubatan onkologi diluluskan pada mulanya untuk kegunaan kanak-kanak²
• Hanya 4 peratus daripada pembiayaan untuk penyelidikan kanser disalurkan untuk kanser kanak-kanak³
• Ubat kanser yang diluluskan oleh FDA mengambil masa median sebanyak 6.5 tahun untuk melalui percubaan klinikal pertama dalam kalangan orang dewasa hingga percubaan pertama dalam kalangan kanak-kanak⁴
• Walaupun dianggap sebagai keadaan yang jarang berlaku, 46 kanak-kanak telah didiagnosis dengan kanser setiap hari⁵ dan pesakit tersebut, keluarga dan pasukan perubatan mereka memerlukan lebih banyak rawatan yang sesuai untuk indikasi pediatrik

“Daripada perspektif penyelidikan, banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kehidupan kanak-kanak,” kata Dr. Sorrentino. “PRA telah melaksanakan lebih daripada 130 kajian pediatrik dalam lima tahun kebelakangan ini, dan janji kami kepada kanak-kanak dan keluarga mereka, adalah untuk bekerja secara pantas dan selamat, demi mereka, untuk membangunkan pilihan rawatan yang berkesan untuk pesakit kanak-kanak. Hal ini memerlukan usaha pasukan secara kolektif antara pembangun ubat-ubatan dengan penyelidik – kami bersedia untuk cabaran itu.”

Untuk maklumat lanjut tentang Akta RACE, lawati https://prahs.com/centers/
the-center-for-pediatric-clinical-development/race-act
. Jika anda mahu bercakap dengan salah seorang pakar onkologi pediatrik PRA, sila hubungi kami di https://prahs.com/contact/capabilities.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13515

Friday, June 19, 2020

Hillstone Networks Diiktiraf Di Dalam Panduan Pasaran Gartner 2020 Bagi Pengesanan Dan Tindak Balas Rangkaian Untuk Penyelesaian sBDS Mereka

SANTA CLARA, Calif., 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hillstone Networks, sebuah penyedia terkemuka bagi penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko, sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Hillstone Networks telah disenaraikan di dalam Panduan Pasaran bagi Pengesanan dan Tindak Balas Rangkaian* bagi penyelesaian Sistem Pengesanan Pelanggaran Pelayan (sBDS) mereka.

Laporan itu menyediakan satu gambaran keseluruhan yang terperinci mengenai pasaran dan menganalisis pengesanan dan tindak balas rangkaian (sebelum ini dikenali sebagai analisis trafik rangkaian) vendor untuk dipertimbangkan oleh pemimpin keselamatan dan pengurusan risiko global.

“Perusahaan harus bersungguh-sungguh mempertimbangkan penyelesaian NDR untuk melengkapkan peranti yang berasaskan tandatangan dan mekanisme keselamatan rangkaian,” kata penganalisis Gartner, Lawrence Orans, Jeremy D'Hoinne dan Josh Chessman. “Banyak pelanggan Gartner telah melaporkan bahawa peranti NDR telah mengesan trafik rangkaian yang mencurigakan yang terlepas pandang oleh peranti keselamatan perimeter yang lain.”

Sistem Pengesanan Pelanggaran Pelayan (sBDS) Hillstone mengamalkan pelbagai teknologi pengesanan ancaman yang termasuk kedua-dua teknologi berasaskan tandatangan tradisional serta pemodelan data pintar ancaman berskala besar dan pemodelan analitik tingkah laku pengguna, yang menyediakan satu penyelesaian yang ideal untuk mengesan serangan ancaman yang tidak diketahui, bagi melindungi pelayan yang bernilai tinggi dan kritikal dan data sensitif mereka daripada terbocor atau dicuri.

“Hillstone sBDS menggabungkan teknologi pengesanan tradisional dan enjin analitik yang dikuasakan oleh AI untuk secara efektif mengesan ancaman keselamatan di intranet, dan boleh disepadukan dengan produk Hillstone yang lain bagi mencapai tindak balas ancaman. Ini membolehkan pasukan keselamatan pelanggan kami untuk melihat, memahami, dan bertindak bagi menghentikan sesuatu ancaman dengan pantas,” kata Timothy Liu, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas bersama di Hillstone Networks.

*Gartner, Panduan Pasaran bagi Pengesanan dan Tindak Balas Rangkaian, Lawrence Orans, Jeremy D'Hoinne, Josh Chessman, 11 Jun, 2020

Penafian Gartner:

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor tertentu dengan penilaian paling tinggi atau penentuan yang lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh diertikan sebagai kenyataan berfakta. Gartner menafikan semua jaminan, yang tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan bagi kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan tertentu.

Maklumat mengenai Hillstone Networks

Penyelesaian Keselamatan Rangkaian Perusahaan dan Pengurusan Risiko Hillstone Networks menyediakan kebolehlihatan, kecerdasan, dan perlindungan untuk memastikan perusahaan boleh melihat secara menyeluruh, memahami secara menyeluruh, dan bertindak pantas terhadap ancaman siber. Diiktiraf oleh penganalisis terkemuka dan dipercayai oleh perusahaan global, penyelesaian Hillstone meliputi perusahaan dari pinggir ke awan dan pada masa yang sama meningkatkan jumlah kos bagi pemilikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.hillstonenet.com

Hubungi  
          

Zeyao Hu
Pengurus Pemasaran
inquiry@hillstonenet.com

Sumber : Hillstone Networks

Tuesday, June 16, 2020

NEURAL POCKET LANCAR CAWANGAN LUAR NEGARANYA YANG PERTAMA DI SINGAPURA


Table

Neural Pocket Inc., sebuah pembekal penyelesaian edge-AI terkemuka di Jepun, telah melancarkan cawangan luar negaranya yang pertama di Singapura untuk mempercepatkan usaha merentasi Asia Tenggara. Syarikat itu menyediakan penyelesaian di dalam bidang seperti bandar raya pintar, mobiliti, papan tanda digital, dan fesyen dan pada masa ini memberi perkhidmatan kepada agensi-agensi kerajaan, syarikat infrastruktur hartanah, peruncit, pengeluar, dan syarikat logistik di seluruh dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Global, Roi Shigematsu (tengah); Presiden Singapura dan Ketua Pegawai Strategi Global, Ryosuke Tane (kanan ke tengah); Ketua Pegawai Operasi Global, Han Zhou (kiri ke tengah) (Foto: Business Wire) 


TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Neural Pocket Inc., yang menggunakan teknologi proprietari “Edge AI” untuk menganalisis imej dan video bagi bandar raya pintar, telah membuka pejabat luar negara mereka yang pertama di Singapura.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200615005834/en/

Berhubung peralatan “Edge AI”, syarikat itu sedang bekerjasama dengan Huawei dan NVIDIA dan bersama-sama melakukan pengembangan perniagaan. Syarikat itu juga bekerjasama dengan Macnica Corporation, yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti mantap. Syarikat itu juga mendapat sokongan penuh daripada institusi dan pelabur kewangan Jepun yang terkemuka, termasuk Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Mizuho Bank, SPARX Asset Management, University of Tokyo Edge Capital, Mizuho Capital, dan SMBC Venture Capital. Syarikat itu akan memanfaatkan rangkaian kolektif mereka di luar negara untuk mempercepatkan perluasan geografi.

Dari sudut akademik, Neural Pocket mendapat sokongan dari Profesor Yutaka Matsuo dari University of Tokyo, yang juga merupakan bekas profesor madya pelawat di Universiti Nasional Singapura.

Gambaran keseluruhan Neural Pocket Inc. Cawangan Singapura
Lokasi: 9 Straits View, Marina One West Tower, # 06-07, Singapura 018937
Wakil: Encik Ryosuke Tane, Presiden Cawangan Singapura, Pegawai Eksekutif Neural Pocket Inc. dan CSO Global (Ketua Pegawai Strategi)
Profil Wakil: Beliau mempunyai pengalaman sebagai seorang perunding pengurusan di McKinsey & Company (Tokyo dan New York) dan sebagai seorang profesional pelaburan ekuiti persendirian di Bain Capital. Baru-baru ini beliau telah mengetuai pengembangan sebagai Tokyo GM untuk usaha teknologi OYO LIFE. Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Stanford University di mana beliau adalah seorang sarjana Arjay Miller.
 
Mesej daripada Encik Shigematsu, Ketua Pegawai Eksekutif Global, Neural Pocket Inc.
Negara-negara baru muncul, terutamanya di Asia Tenggara, sedang berkembang pesat dari segi pembandaran disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang meledak, dan permintaan untuk infrastruktur berkualiti tinggi semakin meningkat. Negara-negara Asia Tenggara sedang membangunkan bandar raya pintar dengan menggunakan teknologi canggih seperti AI dan data besar dan membina infrastruktur generasi akan datang. Dengan pembukaan cawangan luar negara kami yang pertama di Singapura, kami akan mengembangkan lagi perniagaan kami merentasi Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Australia dan wilayah lain yang berkembang merentasi Asia Tenggara dan Pasifik.
 
Maklumat mengenai Neural Pocket Inc.
Neural Pocket sedang mengembangkan teknologi proprietari AI untuk menganalisis imej dan video, dan berhasrat untuk merealisasikan masyarakat pada hari esok melalui penggunaan AI di kawasan seperti bandar raya pintar, mobiliti, papan tanda digital, dan fesyen. Kami menyediakan penyelesaian kepada agensi-agensi kerajaan, perbandaran, syarikat infrastruktur, peruncit, dan pengeluar melalui pengembangan teknologi canggih.
Wakil: Ketua Pegawai Eksekutif, Roi Shigematsu
Ibu pejabat: Tokyo Midtown Hibiya, Hibiya Mitsui Tower Tingkat 32, 1-1-2, Yurakucho, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun
URL: https://www.neuralpocket.com/en/

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200615005834/en/

Hubungi

Neural Pocket Inc.
Ryosuke Tane (Presiden Cawangan Singapura)
+81-3-5157-2345
contact@neuralpocket.com

Sumber : Neural Pocket Inc.

KIOXIA LANCAR SSD SAS 24G YANG PERTAMA DI DALAM INDUSTRI UNTUK PELAYAN DAN STORAN

Siri PM6 Kioxia: SSD SAS 24G yang Pertama di dalam Industri untuk Pelayan dan Storan (Foto: Business Wire)
Siri PM6 yang Baharu Menyampaikan Prestasi SSD SAS Tersedia yang Paling Pantas untuk Aplikasi Kritikal Perniagaan

TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Generasi SAS yang seterusnya telah tiba, dengan membawa peningkatan prestasi, kebolehpercayaan dan perlindungan data bersama-samanya. Hari ini, Kioxia Corporation menjadi syarikat pertama[1] untuk membawa SAS 24G kepada aplikasi pelayan dan storan dengan memperkenalkan keluarga SSD SAS perusahaan generasi ke-6 mereka. Pertama kali ditunjukkan di Sidang Kemuncak Flash Memory 2019, siri PM6 yang baharu oleh Kioxia untuk SSD SAS perusahaan dibina berdasarkan kepada teknologi SAS 24G, yang dibolehkan oleh ekosistem PCIe® 4.0. Pemacu siri PM6 itu kini tersedia untuk penilaian dan kelayakan.

KIOXIA LANCAR SSD SAS 24G YANG PERTAMA DI DALAM INDUSTRI UNTUK PELAYAN DAN STORAN

Saturday, June 13, 2020

PULSE SECURE MELANJUTKAN PROGRAM PULSE CARES UNTUK MEMBANTU PERALIHAN GLOBAL KEPADA GAYA KERJA JARAK JAUH BAHARU DAN PECUTAN PERNIAGAAN DIGITAL

Peningkatan mendadak dalam jualan akses selamat menyokong saham pandu penyelidikan untuk kefleksibelan tempat kerja jangka panjang dan peningkatan kapasiti infrastruktur aplikasi IT hibrid untuk beban kerja WFH dan perkhidmatan awan 

SINGAPURA, 12 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, pembekal peneraju penyelesaian Secure Access Sifar Kepercayaan, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperluas tawaran untuk membantu pelanggan menyokong inisiatif kerja dari rumah (WFH) yang berterusan dan menyokong perkhidmatan perniagaan dalam talian yang baharu. Program Pulse Cares akan ditawarkan sehingga 30 September 2020, memberikan pelesenan fleksibel dan membolehkan pelaksanaan yang dipercepatkan dan peningkatan kapasiti untuk menyokong kesinambungan perniagaan apabila organisasi melanjutkan keupayaan tempat kerja digital dalam krisis kesihatan global COVID-19.

Program Pulse Cares direka bentuk untuk mempercepat jualan dan respons perkhidmatan bagi memastikan ketahanan perniagaan pelanggan. Sejak diperkenalkan pada awal tahun ini, Pulse Secure telah menyediakan lesen sementara kepada lebih 1,500 akaun perusahaan yang memerlukan sokongan segera untuk menyingkirkan penangguhan pengerahan semasa pemerolehan lesen kekal mereka.

Syarikat-syarikat sedang mempercepat tawaran digital untuk mengimbangi impak ekonomi bagi perniagaan mereka disebabkan oleh pandemik. Menurut laporan “Application Delivery Infrastructure for Cloud-Forward Enterprises” oleh Enterprise Management Associates yang akan datang, 40% organisasi perlu meningkatkan infrastruktur aplikasi mereka bagi menyokong beban kerja WFH yang meningkat. Selain itu, 35% organisasi telah melabur dalam lebih banyak automasi dan telah menambahkan lebih banyak perkhidmatan awan untuk menyokong peralihan WFH COVID-19.

“Perusahaan sedang mengalami trafik beban kerja yang lebih banyak secara ketara semasa krisis kesihatan global ini, yang memerlukan organisasi IT untuk meningkatkan prestasi aplikasi mereka untuk menyokong permintaan dan untuk menyemak infrastruktur penyampaian mereka untuk kebolehskalaan dan ketahanan,” kata Shamus McGillicuddy, Pengarah Penyelidikan di Enterprise Management Associates. “Penyelesaian Pengawal Penyampaian Aplikasi Lanjutan yang menawarkan kefleksibelan pengurusan maya dan awan seperti penyelesaian daripada Pulse Secure boleh membantu organisasi menskala dengan cepat sambil memperoleh kecekapan kos yang lebih besar.”

Oleh itu, program Pulse Cares kini akan menawarkan lesen sementara Pulse vADC kepada organisasi untuk tempoh masa hingga 90 hari untuk membolehkan perusahaan meningkatkan prestasi aplikasi untuk produktiviti WFH dan pelancaran aplikasi dalam talian dan perkhidmatan dalam talian yang baharu.

“Saya berbangga atas cara syarikat dan rakan kongsi kami berganding bahu untuk menyokong pelanggan kami di saat mereka memerlukannya dan membantu mereka dengan kesinambungan perniagaan dan keperluan produktiviti mereka. Kami kekal komited untuk memberikan khidmat kepada komuniti, pekerja dan pelanggan kami sementara mereka menavigasi masa-masa yang mencabar ini,” kata Sudhakar Ramakrishna, ketua pegawai eksekutif di Pulse Secure. “Penyelesaian Secure Access kami semakin relevan terhadap pelanggan apabila mereka menyesuai kepada inisiatif gaya kerja yang baharu dan memajukan transformasi digital dan IT hibrid mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13490