Monday, November 30, 2020

Forum Mengenai Pemindahan Teknologi Dan Inovasi Kerjasama China-ASEAN Ke-8 Dilancarkan Di Nanning


NANNING, China, 27 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Forum mengenai Pemindahan Teknologi dan Inovasi Kerjasama China-ASEAN ke-8 (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Forum” itu), yang dihoskan oleh Kementerian Sains dan Teknologi dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, dan dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi dan Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN, telah secara rasminya dilancarkan pada 26 November di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang. Dengan bertemakan “Memperkasakan Masa Depan dengan Pembukaan dan Inovasi,” Forum itu terdiri daripada aktiviti pembukaan dan satu siri acara seperti forum utama, Forum Inovasi ASEAN Campur Tiga Ahli Sains ke-2, Pameran Teknologi Lanjutan Ekspo China-ASEAN ke-17, Pencarian Padanan Pemindahan Teknologi China-ASEAN, dan Forum Antarabangsa China-ASEAN mengenai Pembangunan Lestari dan Kerjasama Inovasi, dalam satu usaha untuk memudahkan peredaran yang teratur dan pengembangan bersepadu bagi elemen inovasi di antara China dan ASEAN.

Enam pegawai peringkat menteri dari jabatan sains & teknologi bagi negara-negara anggota ASEAN seperti Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand telah menyampaikan ucapan video pada majlis perasmian itu. Perwakilan dari Jepun, Korea Selatan dan negara-negara anggota ASEAN dalam bidang teknologi dan inovasi berkongsi pengalaman mereka mengenai pembinaan makmal bersama pada Forum Inovasi ASEAN Campur Tiga Ahli Sains ke-2 dalam talian atau luar talian. Majlis perasmian itu telah menyaksikan pengumuman dan penandatanganan sebilangan besar pencapaian kerjasama inovasi. Kerajaan Rakyat Daerah Autonomi Guangxi Zhuang telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik dengan Universiti Chang'an. Pusat Pemindahan Teknologi China-ASEAN (CATTC) Pusat Inovasi Bangkok dan Pelabuhan Inovasi China-Thailand-ASEAN telah dilancarkan secara dalam talian. Projek Pusat Inovasi Data Bumi Besar China-ASEAN yang dipelopori oleh ahli akademik Guo Huadong telah juga dilancarkan di forum tersebut. Penandatanganan ini akan mendorong kerjasama teknologi dan inovasi di antara China dan ASEAN, dan bersama-sama mendorong pembangunan ekonomi serantau yang berkualiti tinggi.

Forum tahun ini menandakan sesi ke-8 yang berjaya sejak tahun 2013. Sejak beberapa tahun yang lalu, Forum itu secara aktif menyampaikan komunikasi dan pencarian padanan di antara kerajaan, perusahaan dan organisasi China dan ASEAN, yang secara efektif meningkatkan kerjasama pemindahan teknologi dan inovasi serantau, dan memainkan satu peranan penting dan peranan positif di dalam memperdalamkan pelaksanaan “kedudukan tiga” Guangxi yang digariskan oleh kerajaan pusat dan memupuk kerjasama penyelesaian sama menang global dan serantau dan hubungan baik kejiranan.

Sumber: Jabatan Sains dan Teknologi Guangxi


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14045

KAJIAN BAHARU MEMBUAT KESIMPULAN XLEAR MEMBUNUH DAN/ATAU MENYAHAKTIFKAN SARS-COV-2

MIAMI, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kajian in vitro baharu, yang diketuai oleh pihak berkuasa terkenal mengenai penyakit pernafasan, membuat kesimpulan bahawa semburan hidung Xlear adalah “satu kaedah yang berkesan...dan boleh ditiru untuk menyahaktifkan SARS-CoV-2...kepada satu jumlah virus berjangkit yang tidak dapat dikesan.” Kesimpulan ini “disahkan oleh dua set eksperimen bebas, yang dilakukan oleh makmal yang berbeza, terhadap jenis virus yang berbeza...” Kajian pembasmi virus itu dibiayai secara persendirian.

 
“Kajian Pembasmi Virus itu menjelaskan perkara penting mengenai peranan yang dapat dimainkan oleh Xlear dalam membantu memerangi pandemik COVID-19,” kata Dr. Gustavo Ferrer, yang mengetuai pasukan penyelidikan itu.

KAJIAN BAHARU MEMBUAT KESIMPULAN XLEAR MEMBUNUH DAN/ATAU MENYAHAKTIFKAN SARS-COV-2
 

Friday, November 27, 2020

BARCO MELANTIK NEXT VISUAL SEBAGAI RAKAN PENGEDARAN UNTUK PERSIDANGAN CLICKSHARE

 


KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Barco, sebuah peneraju dunia di dalam visualisasi profesional dan teknologi rangkaian, hari ini mengumumkan pelantikan Next Visual, sebuah rakan pengedar terkemuka di Malaysia. Next Visual memberikan akses penuh kepada ‘ClickShare Conference’, produk Barco yang canggih di mana ia membolehkan sidang hibrid Penyelesaian Komunikasi & Kerjasama Bersatu (UC&C).


Sebagai sebuah pelopor di dalam teknologi kolaborasi, Barco berhasrat untuk menyampaikan perkongsian yang mensasarkan pengguna akhir mereka untuk memastikan penglibatan sepenuhnya, jangkauan dan perkhidmatan.

Menurut Ta Loong Gan, Pengarah Urusan, Barco Asia Tenggara, “Barco berhasrat untuk membolehkan pencapaian yang optimum bagi pelanggan mereka dan kerjasama kami dengan Next Visual adalah satu usaha untuk memperkukuhkan rangkaian saluran kami di Malaysia, terutamanya di dalam domain UC&C dan AV. Dengan ruang kerja hibrid menjadi norma di dalam masa depan pasca-COVID, Barco memberi tumpuan pada menawarkan penyelesaian persidangan yang membolehkan kerjasama yang lancar di antara pejabat dan tempat kerja jarak jauh. ‘ClickShare Conference’ membolehkan pihak korporat menggabungkan teknologi kolaborasi dalam bilik dengan keupayaan untuk berhubung dengan rakan sekerja di mana sahaja di dunia.”

Barco dan Next Visual mempunyai kerjasama melebihi lima tahun. Sebagai rakan kongsi legasi Barco, Next Visual telah mengedarkan pelbagai penyelesaian termasuk Barco weConnect, projektor, paparan dinding video LCD dan pembentangan Barco ClickShare tanpa wayar di Malaysia dan kini bersama-sama untuk ‘ClickShare Conference’.

Menurut KK Liew, Pengurus Besar, Next Visual Sdn Bhd, “Kami berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama dengan Barco untuk ‘ClickShare Conference’. Kami mempunyai kerjasama yang baik sejak masa lalu dan berhasrat dengan kerjasama ini, kami dapat mengukuhkan lagi kedudukan kami di ruang UC&C di Malaysia. Next Visual yakin bahawa pentingnya kepercayaan di antara peniaga, SI, dan rakan kongsi dengan menyediakan produk yang boleh dipercayai dan perkhidmatan yang terbaik, dan kami berharap dapat memajukan lagi visi ini, melalui kerjasama dengan Barco.”

Mempertimbangkan ciri-ciri agnostik dalam perisian dan perkakasan mereka, ‘ClickShare Conference’ berfungsi baik dengan semua perisian persidangan video, jenama kamera, dan komputer riba. Penyelesaian itu menjadikan pertemuan jarak jauh sebagai intuitif seperti mengadakan satu pertemuan bersemuka dan membolehkan pengurus-pengurus IT untuk menggunakan BYOD (Bawa Peranti Anda Sendiri) dan BYOM (Bawa Mesyuarat Anda Sendiri) di tempat kerja hibrid. Dijamin selamat, mudah diakses, boleh dikendalikan, dan serasi sepenuhnya (agnostik tiga kali ganda), Barco ClickShare adalah teknologi kolaborasi tanpa wayar pertama yang memperoleh Persijilan ISO 27001 (standard antarabangsa untuk pengurusan keselamatan maklumat yang ketat)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14036

EKSPO PERALATAN PELANCONGAN ANTARABANGSA HAINAN YANG PERTAMA TELAH DIADAKAN DI PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN

 Table


Autogiro di pameran itu


HAIKOU, China, 27 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Tarif sifar, kadar cukai yang rendah, sistem cukai dipermudahkan...Sejak pengeluaran Pelan Keseluruhan bagi Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, sebilangan besar dasar-dasar keutamaan telah dilaksanakan untuk menggerakkan pembangunan bagi pelabuhan perdagangan bebas global, menyediakan peluang-peluang pembangunan baharu bagi Hainan, dan menggalakkan pembangunan industri pelancongan yang berkualiti tinggi, satu tonggak industri bagi Wilayah Hainan.
 
Kemunculan bagi produk pelancongan berformat baharu seperti perjalanan darat, pelancongan tepi laut, pelancongan lawatan di paras rendah, dan sukan luar telah meningkatkan permintaan pasaran bagi peralatan pelancongan kelas atasan seperti kenderaan rekreasi, kapal layar, pesawat terbang rendah, kereta kabel, dan kemudahan rekreasi. Dengan latar belakang ini, Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan 2020 telah dilahirkan tepat pada masanya. Ia telah dimasukkan ke dalam aktiviti utama bagi Karnival Pulau Pelancongan Antarabangsa Hainan ketika ia pertama kali diadakan, dengan menyediakan sebuah platform bagi penduduk dan pengunjung untuk mengalami pelancongan “darat, laut dan udara” yang mengikut perkembangan itu.

Pada 20 November, Haikou telah menyaksikan pembukaan Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan 2020 selama tiga hari. Pelbagai peralatan baharu telah menarik perhatian ramai dari pelancong dan penduduk, termasuk mesin terbang berautonomi yang dikendalikan secara pintar, rumah lutsinar yang merenung bintang 360 darjah, kenderaan bersiar-siar tanpa pemandu, autogiro, pesawat sayap tetap, dll.

Rumah lutsinar yang merenung bintang itu terutamanya sangat digemari oleh pelancong dan penduduk. Rumah berbentuk bulat ini terdiri daripada sebuah bilik tidur utama dan sebuah bilik mandi. Ia mempunyai katil yang selesa dengan diameter 1.8 meter di dalam bilik tidur dan cahaya merah jambu yang menarik. Rumah itu dapat memenuhi keperluan pelbagai senario penggunaan termasuk kawasan pemandangan, perkhemahan, dan resort.

Menurut jawatankuasa penganjur, pameran peralatan pelancongan tahun ini mengambil tema "Pelancongan Baharu, Peralatan Baharu, Pembangunan Baharu". Ia menetapkan tiga ruang pameran utama untuk peralatan pengangkutan pelancongan mewah, peralatan infrastruktur pelancongan, dan peralatan sukan untuk pengembaraan luar. Terdapat juga lapan kawasan pameran, yang meliputi perjalanan pintar, kenderaan rekreasi dan peralatan perkhemahan, kemudahan pelancongan luar, kemudahan rekreasi, peralatan sukan luar, peralatan pelancongan laut, peralatan terbang paras rendah, dan destinasi pelancongan nasional.

“Ekspo peralatan pelancongan China di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan itu menyediakan pelbagai perkara yang indah.” Kakitangan yang bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Penganjur itu menunjukkan bahawa Ekspo itu sangat penting kepada mengantarabangsakan industri pelancongan.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Ekspo Peralatan Pelancongan Antarabangsa Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=378202
 
   Kapsyen: Autogiro di pameran itu

Thursday, November 26, 2020

PERINTIS TAIWAN DI DALAM BASIKAL BUKIT PERTENGAHAN DAN ATASAN BERKEMBANG SEIRING DENGAN PENINGKATAN PERMINTAAN

 



TAIPEI, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah pengeksport utama bagi basikal, pengeluar Taiwan menyediakan hampir 70% daripada semua jenis basikal untuk pengguna kelas pertengahan dan kelas atasan di seluruh dunia. Setiap tahun, Taiwan mengeksport kira-kira 2 juta basikal tradisional dan basikal bukit yang kini mencakupi bagi 60% daripada jumlah itu.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201125005306/en/
 
Berdasarkan kepada data yang dikumpulkan oleh Eco-Counter, sebuah organisasi statistik dan analisis global untuk data aliran manusia, Indeks Berbasikal Seluruh Dunia 2019 menunjukkan satu peningkatan di dalam berbasikal rekreasi sebanyak 3% di antara tahun 2017 dan 2018. Umumnya dipercayai bahawa dengan populariti yang semakin meningkat bagi aktiviti rekreasi mesra alam di seluruh dunia, aktiviti berbasikal santai akan membawa kepada permintaan untuk basikal semakin meningkat. Khususnya, berbasikal bukit dan berbasikal siklokross, yang memberi penunggang basikal satu rasa pencapaian yang tinggi  dengan membantu mereka untuk menakluki rupa bumi berbukit yang mencabar dengan kelajuan yang tinggi, kini dianggap sebagai aktiviti berbasikal rekreasi utama.

Basikal bukit (MTB) telah dicipta pada tahun 1970-an dan ciri-ciri utama bagi basikal seperti itu termasuk tayar yang kasar dan bahagian depan yang menyerap kejutan; ini membolehkan MTB untuk menakluk sebarang dan semua bentuk rupa bumi. Sejak beberapa dekad yang lalu, basikal bukit telah berkembang dengan pesat dan kini dapat dibahagikan kepada dua kategori: basikal suspensi dan basikal bukit suspensi penuh.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14035

OMRON tambah pelaburan dalam AliveCor untuk perkukuh penglibatan

 KUALA LUMPUR, 26 Nov  -- OMRON Healthcare Co Ltd mengumumkan pelaburan tambahan bagi AliveCor oleh syarikat induknya, OMRON Corporation, sebagai sebahagian daripada pembiayaan siri E bernilai US$65 juta  (US$1 = RM4.09) bagi peneraju teknologi elektrokardiogram (ECG) peribadi berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) itu.

Menurut satu kenyataan, OMRON mengetuai pusingan pelaburan ini bagi mengukuhkan kerjasama silang syarikat yang bermula pada 2017.

Syarikat-syarikat tersebut akan meneruskan pakatan global mereka untuk mempercepatkan pembangunan penyelesaian bagi pengurusan penyakit kardiovaskular dan pemantauan pesakit jarak jauh dengan menggunakan teknologi ECG. 

“OMRON komited untuk membangunkan teknologi kesihatan kardiovaskular yang menyelamatkan nyawa dalam mencapai visi ‘Mencapai Sifar’ kami untuk menghapuskan serangan jantung dan strok,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OMRON Healthcare, Isao Ogino.

“Lebih satu bilion orang dewasa menghadapi hipertensi di seluruh dunia, dan risiko mereka mengalami strok hampir lima kali lebih besar jika mereka juga menderita dari Afib (pemfibrilan atrium).

“Keupayaan untuk memantau kedua-dua tekanan darah dan rentak jantung di rumah adalah sangat penting untuk pengesanan awal, rawatan dan pengurusan bagi keadaan kesihatan kardiovaskular ini.

“Kami akan terus meneroka dan mengembangkan teknologi baharu untuk meningkatkan aksesibiliti bagi pemantauan rumah yang membantu orang ramai untuk menguruskan keadaan mereka, dan akan melibatkan rakan kongsi seperti AliveCor untuk memastikan teknologi ini adalah yang terbaik di pasaran, seterusnya mempercepatkan lagi perniagaan pemantauan pesakit jarak jauh kami untuk mencapai matlamat kami.”

Penambahan pelaburan OMRON ke dalam AliveCor dibuat berdasarkan kepada kerjasama berterusan dengan syarikat itu.

OMRON Healthcare adalah sebuah peneraju dunia dalam bidang peralatan perubatan inovatif yang terbukti secara klinikal untuk pemantauan dan terapi kesihatan.

-- BERNAMA


PRA HEALTH SCIENCES MELANTIK PEGAWAI KANAN FDA UNTUK MENGETUAI PUSAT KECEMERLANGAN GLOBAL UNTUK STRATEGI KAJIAN KLINIKAL TERPENCAR

Dr. Isaac Rodriguez-Chavez membawa pengalaman yang luas dalam pematuhan kawal selia dan metodologi penyelidikan klinikal kepada amalan DCT peneraju industri PRA

RALEIGH, N.C., 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences, Inc. (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan pelantikan Isaac Rodriguez-Chavez, PhD, MHS, MS sebagai Timbalan Presiden Kanan, Hal Ehwal Saintifik dan Klinikal. Beliau akan mengetuai Pusat Kecemerlangan Global untuk Strategi Kajian Klinikal Terpencar (Decentralized Clinical Trial, DCT) syarikat tersebut. Tanggungjawab Dr. Rodriguez-Chavez melibatkan pembangunan dan perkembangan berterusan strategi percubaan klinikal terpencar peneraju industri PRA, penghasilan rangka kerja kawal selia dan pemodenan percubaan klinikal.

Dr. Rodriguez-Chavez mempunyai lebih daripada 32 tahun pengalaman dalam virologi, mikrobiologi, imunologi, vaksinologi dan onkologi virus, termasuk penyelidikan asas, praklinikal dan klinikal (fasa I-IV). Dalam jawatan terakhirnya sebagai Pegawai Kanan Metodologi Penyelidikan Klinikal, Kepatuhan Kawal Selia dan Pembangunan Dasar Perubatan bersama Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat (Center for Drug Evaluation and Research, CDER) Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S., beliau telah mengetuai pembangunan panduan percubaan klinikal terpencar menggunakan teknologi kesihatan digital. Bersama FDA, beliau telah menilai dan memodenkan protokol penyelidikan klinikal yang memberikan impak kepada beberapa bidang penyakit.

“Kami berbesar hati kerana salah seorang perintis percubaan klinikal terpencar dan pakar yang terkemuka dalam pemodenan percubaan klinikal menyertai PRA Health Sciences,” kata Colin Shannon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di PRA. “Paradigma pembangunan ubat klinikal terus berevolusi menjadi model yang lebih terpencar agar lebih selaras dengan cara jagaan kesihatan disampaikan kepada individu. Dengan menggandingkan Dr. Rodriguez-Chavez, salah seorang pakar yang terkemuka dalam percubaan klinikal terpencar, dengan platform DCT canggih PRA, kami akan memodenkan proses percubaan klinikal.”

“Saya berbesar hati menyertai PRA Health Sciences untuk mengetuai Pusat Kecemerlangan Global untuk Strategi Kajian Klinikal Terpencar dan membolehkan pelaksanaannya dengan teknologi kesihatan digital baharu,” kata Dr. Rodriguez-Chavez. “PRA Health Sciences memiliki infrastruktur, modal insan dan pengalaman pelopor untuk memberikan kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal dan perkhidmatan jagaan kesihatan global. Kami kini mengalami perkembangan pesat penerimaan reka bentuk percubaan klinikal moden dalam bidang ini, termasuk percubaan klinikal terpencar dan saya amat berbesar hati dapat membantu menerajui perubahan ini. Lebih-lebih lagi, PRA Health Sciences turut benar-benar mengetahui keadaan peserta percubaan serta mengambil pendekatan yang betul untuk membantu individu dengan kesihatan mereka menggunakan inovasi terkini dalam sistem penjagaan kesihatan.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14025

KEMPEN TAKSIR DAN BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN 1 NOVEMBER 2020 - 31 MAC 2021

 


KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada semua pihak. Banyak perniagaan yang terpaksa dihentikan akibat jualan yang semakin merosot. Namun begitu, masih ada perniagaan yang tidak terjejas dan kukuh meneruskan perniagaan seperti biasa.

Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Kempen Taksir dan Bayar Zakat Perniagaan bagi menggalakkan lebih ramai usahawan PKS menunaikan zakat perniagaan mereka di samping membantu asnaf yang semakin ramai akibat pandemik COVID-19.
 
Kempen ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula November 2020 hingga 31 Mac 2021 dan ianya terbuka kepada usahawan yang ingin menunaikan zakat perniagaan atas nama syarikat dengan bayaran minimum sebanyak RM5,000. Bagi pembayar zakat perniagaan sedia ada, jumlah kenaikan bayaran zakat haruslah melebihi daripada jumlah bayaran yang terdahulu.
 
Untuk makluman, pembayar yang menunaikan zakat perniagaan layak untuk mendapat Wakalah atau Dasar Pengembalian Semula untuk diagihkan sendiri kepada asnaf. Pembayaran zakat perniagaan melebihi RM10,000 akan mendapat pulangan semula sebanyak 37.5% manakala bayaran melebihi RM1 juta pula akan mendapat pulangan semula sebanyak 50%.
 
Sebagai tanda penghargaan, setiap syarikat yang menunaikan zakat perniagaan akan menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat dan Logo Pembayar Zakat Perniagaan. Ianya dilihat sebagai pelengkap kepada sijil halal dan ianya boleh diguna pakai pada produk-produk keluaran syarikat. Secara tidak langsung ia juga memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk dari syarikat yang telah menjalankan tanggungjawab berzakat.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, kempen ini adalah salah satu usaha PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kutipan zakat supaya ianya cukup untuk terus membantu asnaf yang semakin ramai kini.
 
“Situasi COVID-19 telah menjejaskan mata pencarian segelintir daripada kita, oleh itu saya menyeru kepada semua syarikat sama ada besar ataupun kecil untuk menunaikan zakat perniagaan di PPZ-MAIWP agar dapat membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan” katanya. 

Pembayar yang menunaikan zakat perniagaan dalam tempoh kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti:
 
●  4x Komputer Riba
●  6x Tablet
●  4x Coffee Maker

Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan dan akan diumumkan pada April 2021.

Cara penyertaan:
 
●   Tunaikan zakat perniagaan melalui pilihan saluran pembayaran PPZ-MAIWP.
●   Imbas QR Code atau layari https://zakat-perniagaan.zakat.com.my/
●   Taksir Zakat
●   Wakil pegawai PPZ-MAIWP akan menghubungi dan membantu pembayar untuk proses seterusnya.
●   Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-300-88-5757 

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”
 
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14012

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) TERSENARAI SEBAGAI SALAH SATU UNIVERSITI TERBAIK QS WORLD UNIVERSITY RANKING ASIA 2021

 BACHOK, 26 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang merupakan salah satu universiti awam dalam Rangkaian Universiti Berfokus (MFUN) iaitu Universiti yang Berteraskan Keusahawanan mencatat sejarah apabila tersenarai antara universiti terbaik di Asia dalam QS World University Rankings: Asia 2021 yang diterbitkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) hari ini.

 
Sebagai universiti yang menerajui bidang keusahawanan, UMK terus mencatat pencapaian terbaik sebagai universiti keusahawanan no. 1 di Malaysia apabila berada dalam kelompok 551-600 terbaik Asia. Ini merupakan pencapaian julung-julung kali UMK di dalam QS World University Rankings: Asia 2021.
 
Penilaian ini dibuat berdasarkan sebelas kriteria penilaian iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, staf dengan PhD, nisbah sitatsi kepada artikel, nisbah artikel kepada fakulti, jaringan penyelidikan antarabangsa, staf akademik antarabangsa, pelajar antarabangsa, dan pelajar pertukaran inbound serta outbound.  Merujuk kepada pencapaian dalam QS World University Rankings: Asia 2021, kriteria penilaian bagi staf akademik antarabangsa dilihat sebagai kekuatan utama UMK apabila berjaya menduduki tempat ke-224 manakala kriteria penilaian bagi staf dengan PhD pula berada pada kedudukan 279 di Asia.
 
Menurut Naib Canselor UMK, Profesor Dato’ Dr Noor Azizi Ismail, pencapaian ini membuktikan bahawa UMK mempunyai staf yang kompeten dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang sentiasa memberi fokus kepada pelbagai aspek teknikal, teknologi dan keusahawanan.
 
“Pencapaian ini merupakan petunjuk yang baik dan meletakkan universiti di atas landasan yang tepat di dalam menyediakan sebuah universiti yang berkualiti, sejajar dengan perubahan di dalam pendidikan negara yang menuju ke arah revolusi industri 4.0 dan melahirkan graduan yang kompeten menepati kehendak industri serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.  Ianya juga, secara tidak langsung menjadikan UMK sebagai sebuah institusi pilihan untuk melanjutkan pelajaran bagi pelajar antarabangsa.” Katanya.
 
Selain itu, instrumen penanda aras ini membolehkan UMK mengkaji dan memperbaiki pencapaian universiti dari pelbagai perspektif. UMK akan terus bergerak maju sebagai pemain global bagi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan serta berada pada landasan terbaik sebagai universiti berfokus dalam memperkasa bidang keusahawanan di negara ini.
 
UMK akan terus meningkatkan prestasi dan amalan terbaik bagi memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bertaraf dunia dalam ekosistem teknologi dan keusahawanan dengan lebih kreatif juga inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini. Selain itu juga, sebagai institusi ilmu yang sentiasa mengutamakan kualiti dan kecemerlangan, UMK percaya banyak lagi ruang-ruang penambahbaikan boleh diwujudkan agar kecemerlangan dapat terus dipertingkatkan. UMK akan meneruskan pelbagai inisiatif dengan memberikan fokus utama kepada kualiti dan impak penyelidikan di dalam bidang tujahan utama melalui kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan, industri dan rakan antarabangsa di samping inisiatif penjenamaan dan visibiliti universiti melalui pelbagai platform.
 
Sumber : Pusat Komunikasi Korporat, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 

Wednesday, November 25, 2020

Hainan Di China Mengadakan Minggu Budaya Antarabangsa Mengenai Broked, Sulaman

 



HAIKOU, China, 23 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/ —

Satu minggu budaya antarabangsa yang memberi tumpuan kepada hasil kerja broked dan sulaman telah dimulakan di Jalan Bersejarah Qilou di Haikou, ibu kota bagi Wilayah Hainan di China selatan pada malam 19 November, 2020, menurut Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Sukan bagi Wilayah Hainan.

Malam itu telah menampilkan satu Pertunjukan Fantasi Budaya Broked Li dengan satu persembahan cahaya digital yang mengasyikkan, satu Pertunjukan Fesyen “Broked Li yang Menawan”, satu Pertunjukan Broked dan Sulaman, serta satu Pertunjukan Seni Dunia Broked dan Sulaman, yang menggabungkan dengan sempurna pesona warisan kebudayaan tidak ketara Hainan dan Jalan Bersejarah Qilou yang berusia beberapa ratus tahun di Haikou.

Sebagai satu aktiviti penting bagi Karnival Pulau Hainan ke-21, Minggu Budaya yang bertemakan “Mewarisi, berinovasi, dan mewujudkan sebuah dunia yang cemerlang”, bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform berpengaruh antarabangsa bagi pertukaran dan paparan produk broked dan sulaman Hainan di seluruh dunia. Acara enam hari itu akan menampilkan aktiviti termasuk pameran, pertunjukan cahaya dan pertunjukan fesyen di Haikou, Sanya City dan Baoting Li dan Daerah Berautonomi Miao.

Hasil kerja broked dan sulaman dari pelbagai negara dan juga dari kumpulan etnik Li tempatan akan dipamerkan dalam acara tersebut untuk mempersembahkan budaya tradisional yang berbeza, menurut jabatan pelancongan, budaya, radio, televisyen dan sukan wilayah itu.

Sun Ying, pengarah bagi jabatan itu, berkata kerajaan tempatan menumpukan perhatian untuk meneroka penggunaan budaya broked Li dan merangsangkan daya tenaga bagi budaya pakaian tradisional, dalam satu usaha untuk menyuntik tenaga kebudayaan ke dalam pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.

Dilahirkan daripada kemahiran hasil kraftangan penduduk Li di Pulau Hainan di China selatan, seni Broked Li yang rumit itu mempunyai sejarah yang panjang dan telah ditetapkan sebagai satu barangan warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO pada tahun 2009. Broked buatan tangan ini kini terkenal di seluruh dunia kerana coraknya yang halus, romantik, dan misteri.

Minggu budaya antarabangsa itu akan berlangsung sehingga 24 Nov.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14016

'POP-UP BTS : MAP OF THE SOUL' MEMBUKA PINTU MEREKA DI ASIA



PAJU, Korea Selatan, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kedai pop up baharu BTS ‘BTS POP-UP : MAP OF THE SOUL’  telah dimulakan mulai 14 November merentasi tujuh buah negara dan wilayah di ONLINE STORE ASIA (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam).


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20201122005100/en/
 
Big Hit IP, sebuah perbadanan bebas yang menerajui perniagaan IP Big Hit Entertainment, yang sebelum ini mengendalikan satu bentuk baharu bagi pengalaman kompleks ruang di bawah nama 'BTS POP-UP: HOUSE OF BTS' pada Oktober 2019. Pada kali ini, kedai pop up baharu itu yang mengambil konsep daripada album studio keempat BTS MAP OF THE SOUL: 7 yang dikeluarkan pada Februari telah tiba dekat sangat dengan tempat tinggal peminat.

BTS POP-UP : MAP OF THE SOUL ONLINE STORE ASIA itu telah dibuka pada 14 November di laman web eksklusif yang dipanggil morningKall ((2020btspopupasia.morningkall.com) dan ia berjalan dengan jayanya.

Pop-up itu menawarkan sehingga 300 produk yang berbeza termasuk tetapi tidak terhad kepada pakaian, alat tulis, dan barangan rumah. Ia juga memaparkan produk yang mempunyai trek b-side bagi MAP OF THE SOUL: 7 sebagai satu tema utama. Kedai dalam talian itu merancang untuk memperkenalkan produk baharu pada setiap minggu mengikut jadual. Barangan seperti pakaian, aksesori, dan pelbagai barangan yang menggunakan logo BTS dan produk yang menampilkan tema lagu seperti ‘Black Swan’ dan ‘ON’, juga semakin popular.

Di samping itu, dengan menghantar produk yang dibeli secara tempatan, kedai pop-up itu menyediakan satu pengalaman pembelian yang lebih mudah bagi pengguna tempatan dengan menyelesaikan kesulitan seperti prosedur kastam dan beban cukai tarif yang terpaksa dialami oleh pengguna tempatan disebabkan oleh penghantaran ke luar negara.

Di Singapura, sebuah pameran luar talian, Pameran BTS POP-UP di Singapura, juga dikendalikan seperti Seoul. Barangan baharu akan dikeluarkan setiap minggu di pameran Singapura itu. Big Hit IP, yang membuka sebuah kedai pop-up luar talian di Korea, Jepun, dan Mexico pada tahun lalu, telah memperluaskan skopnya secara global tahun ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BTS POP-UP ONLINE STORE ASIA dan keluarannya yang akan datang, sila layari https://2020btspopupasia.morningkall.com/  atau ikuti @morningKall di Instagram, Facebook dan Twitter.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14017

ZYNGA DAN PENALA AUTOMOTIF LIBERTY WALK MELANCARKAN PERTANDINGAN REKA BENTUK LAIN DARIPADA YANG LAIN UNTUK CIRI-CIRI ELITE TUNERS BAHARU BAGI CSR RACING 2

 


Table

Zynga dan Penala Automotif Liberty Walk Melancarkan Pertandingan Reka Bentuk Lain Daripada Yang Lain untuk Ciri-ciri Elite Tuners Baharu bagi CSR Racing 2 (Foto: Business Wire)


Reka Bentuk yang Menang bagi Elite Tuners CSR2: Pertandingan ‘Mencipta Sebuah Pembalut’ Akan Dipaparkan dalam Permainan dan Ditempatkan pada sebuah Kereta Sebenar yang Direka oleh Liberty Walk


SAN FRANCISCO, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga (Nasdaq:ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan satu perkongsian dengan penala kereta utama Jepun Liberty Walk untuk pelancaran ciri-ciri Elite Tuners baharu dan pertandingan 'Mencipta Sebuah Pembalut’ dalam CSR Racing 2 (CSR2).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201124005059/en/

Bermula pada 9 Disember, pemain boleh menyertai pertandingan perlumbaan mudah alih eksklusif itu dengan mencipta sebuah pembalut kereta khas untuk dipaparkan dalam CSR2 dan pemenang peraduan akan berpeluang menempatkan reka bentuk mereka ke dunia sebenar pada sebuah Toyota Supra oleh Liberty Walk. Untuk penyertaan, pemain akan memuat naik reka bentuk balutan mereka ke media sosial, dengan meletakkan penandaan @CSRRacing dan menggunakan tanda pagar #CSR2Wrap. Pemain akan digalakkan untuk suka dan berkongsi reka bentuk kegemaran mereka.

10 reka bentuk utama yang dipilih akan dipersembahkan kepada pasukan Liberty Walk, yang akan kemudian memilih pemenang muktamad pada 20 Februari, 2021 melalui satu pendedahan khas bagi reka bentuk kereta yang terpilih. Dalam mengumumkan perkongsian itu, pengasas Liberty Walk, Wataru San, bersama dengan pasukan beliau, telah mengeluarkan satu video acah mengenai ciri-ciri Elite Tuner baharu itu pada CSR2.

Elite Tuners adalah satu daripada pengembangan penyesuaian terbesar dalam sejarah CSR2, memberikan pemain dengan kebebasan yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk menyatakan identiti mereka dengan penyesuaian yang lebih mendalam seperti kit badan kenderaan, spoiler dan banyak lagi. Pemain boleh juga meningkatkan prestasi mereka dan menambahkan kereta yang jarang ditemui kepada koleksi mereka yang sedia ada.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Liberty Walk yang ikonik bagi menyampaikan ciri Elite Tuners di dalam CSR2 sebagai suatu pengalaman penyesuaian yang terbaik dalam kelasnya untuk pemain-pemain kami di seluruh dunia,” kata Julian Widdows, Naib Presiden bagi CSR2. “Bagi membolehkan Liberty Walk menghidupkan satu reka bentuk pembalut kereta yang khusus adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi mana-mana pemain. Saya tidak sabar untuk melihat kreativiti dan reka bentuk yang datang dari pemain kami.”

“Kami telah bekerjasama dengan CSR Racing 2 selama beberapa tahun sekarang,” kata pengasas Liberty Walk, Wataru San. “Mereka telah mencipta semula kit badan kenderaan kami dengan sebaik-baiknya dan menghormati reka bentuk dan gaya kami. Kami percaya mereka dan itu membuatkan saya sangat gembira untuk tampil di dalam permainan itu semasa acara saya sendiri. Kami telah melakukan yang terbaik untuk menggembirakan peminat kami dan peminat CSR2.”

CSR2 tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store dan juga di Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai CSR2, sila layari saluran komuniti permainan itu di FacebookInstagramTwitter dan YouTube.

Untuk melihat aset sokongan bagi CSR2, sila klik di sini: https://www.dropbox.com/sh/iw2xzdy94t2sgw6/AAAgs6JF_NJBY_cVhYTum_z7a?dl=0

MAKLUMAT MENGENAI ZYNGA INC.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan, antara lain, dengan pengeluaran ciri-ciri dan acara permainan CSR Racing 2 yang akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “ujuran,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau laman web SEC di  www.sec.gov.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201124005059/en/

Hubungi

HUBUNGAN MEDIA ZYNGA
Kenny Johnston
KJohnston@Zynga.com | (602) 999-1890

Sumber : Zynga

MOTAC JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KERAJAAN NEGERI BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT SEKTOR PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan yang kedua secara telesidang pada 24 November 2020. 


Mesyuarat ini melibatkan penyertaan daripada Exco-exco Pelancongan dan Kebudayaan setiap negeri dan wakil Jabatan dan Agensi di bawah MOTAC. Ia merupakan satu platform kerjasama di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri yang membincangkan isu dan perkongsian maklumat berkenaan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan. 

Mesyuarat pada kali ini membentangkan perkara-perkara berkaitan dengan pelaksanaan program dan projek yang berkaitan dengan :-

1. Belanjawan 2021 bagi sektor pelancongan dan kebudayaan;
2. Gelembung Perjalanan Domestik dari kawasan zon hijau ke zon hijau; dan
3. Pelan Pemulihan Pelancongan berjumlah RM200 juta tahun 2021 merangkumi baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun pakej pelancongan keluarga serta penyemarakan seni dan budaya.

MOTAC akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembangunan industri pelancongan negara terus rancak berkembang.

Link Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/
1UBQzE4Wj7WpNAA0jz7UXeAMXG5VY99xa?usp=sharing


​Dikeluarkan oleh: 
PEJABAT MENTERI 
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) 

MOTAC JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KERAJAAN NEGERI BAGI PERKONGSIAN MAKLUMAT SEKTOR PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

 KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan yang kedua secara telesidang pada 24 November 2020. 


Mesyuarat ini melibatkan penyertaan daripada Exco-exco Pelancongan dan Kebudayaan setiap negeri dan wakil Jabatan dan Agensi di bawah MOTAC. Ia merupakan satu platform kerjasama di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri yang membincangkan isu dan perkongsian maklumat berkenaan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan. 

Mesyuarat pada kali ini membentangkan perkara-perkara berkaitan dengan pelaksanaan program dan projek yang berkaitan dengan :-

1. Belanjawan 2021 bagi sektor pelancongan dan kebudayaan;
2. Gelembung Perjalanan Domestik dari kawasan zon hijau ke zon hijau; dan
3. Pelan Pemulihan Pelancongan berjumlah RM200 juta tahun 2021 merangkumi baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun pakej pelancongan keluarga serta penyemarakan seni dan budaya.

MOTAC akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkepentingan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembangunan industri pelancongan negara terus rancak berkembang.

Link Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/
1UBQzE4Wj7WpNAA0jz7UXeAMXG5VY99xa?usp=sharing


​Dikeluarkan oleh: 
PEJABAT MENTERI 
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  

SUMBER : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

BITCOIN LATINUM DILANCARKAN UNTUK MENJADI MATA WANG KRIPTO DIINSURANSKAN YANG TERBESAR DI DUNIA DENGAN SOKONGAN DARI TOKOH-TOKOH DALAM INDUSTRI

Bitcoin Latinum (Foto: Business Wire)

BITCOIN LATINUM DILANCARKAN UNTUK MENJADI MATA WANG KRIPTO DIINSURANSKAN YANG TERBESAR DI DUNIA DENGAN SOKONGAN DARI TOKOH-TOKOH DALAM INDUSTRI

Tuesday, November 24, 2020

PENGELUARAN BATERI LITHIUM WERKS TERUS BERKEMBANG

AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Walaupun tahun 2020 membawa banyak cabaran yang belum pernah dihadapi sebelum ini kepada semua perniagaan di seluruh dunia, Lithium Werks terus mengeluarkan Bateri Ferum Litium Nanophosphate™ berpaten yang Terbaik dalam Kelasnya bagi pasaran dengan permintaan yang paling tinggi.


Bateri Nanophosphate™ 26650 kami digunakan sebagai bateri tunggal dan juga untuk membina patrum bateri dan modul seperti modul bateri Lithium Werks P40-24 kami. Produk ini digunakan oleh pelanggan kami untuk pelbagai tujuan kuasa, denyutan dan tunggu sedia yang meluas. Kuasa, Keselamatan dan Hayat bateri LFP kami yang juga merupakan peneraju pasaran, menjadikan penggunaannya sesuai dalam kebanyakan penggunaan yang penting. Bateri 18650 dan 26650 kami digunakan dalam sektor perniagaan seperti penyimpanan tenaga, UPS, teknologi komunikasi, aeroangkasa, kecemasan dan penggunaan pencahayaan, peralatan industri, peranti perubatan serta barangan pengguna yang lain. Ini merupakan perniagaan utama untuk organisasi kami dan merupakan sebahagian daripada portfolio produk kami yang kian berkembang.

Lithium Werks boleh menghasilkan berjuta-juta bateri 18650 dan 26650 sebulan di kemudahan pengeluaran kami yang canggih di China. Disebabkan permintaan yang berterusan daripada pelanggan berprestij kami dan juga permintaan merentasi spektrum penggunaan yang meluas, maka kami tidak merancang untuk menamatkan pengeluaran mana-mana bateri dalam jangka masa yang panjang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bateri kami, layari pautan ini: https://lithiumwerks.com/products/cells/

Maklumat Hubungan:
lwmarketing@lithiumwerks.com
 
Sumber: Lithium Werks

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14013

QED Investors Berkembang Ke Pasaran India Dengan Pengambilan Baharu Untuk Mengetuai Pelaburan Asia Tenggara

 QED juga meningkatkan pasukan dengan dua penambahan yang memberi tumpuan kepada  pelaburan Amerika Syarikat & Belay


ALEXANDRIA, Va., 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- QED Investors, sebuah firma modal teroka butik terkemuka yang menumpukan pelaburan kepada syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan disruptif peringkat awal, mengumumkan bahawa ia telah memasuki pasaran India dan Asia Tenggara, dengan mengambil Sandeep Patil untuk mengetuai pelaburan mereka di rantau itu. 

Dengan penambahan Sandeep, QED akan memperluaskan jejak global mereka, dengan menambahkan India dan Asia Tenggara kepada rangkaian mereka yang sedia ada di Amerika Utara, Amerika Selatan dan United Kingdom. Ditubuhkan pada tahun 2007, QED Investors telah melabur di lebih 120 syarikat, termasuk 13 unikorn, dan mempunyai lebih $1.8 bilion di bawah pengurusan. Pelaburan penting termasuk Nubank, SoFi, Credit Karma, Klarna, GreenSky, Avant, Flywire, Remitly, QuintoAndar, Creditas, ClearScore, dan Konfio.

“India sahaja mempunyai satu pangkalan pengguna internet yang besar yang melebihi 560 juta individu. Digabungkan dengan satu penurunan yang mendadak di dalam harga data mudah alih, peningkatan pesat kelas menengah dengan keperluan kewangan yang sepadan dan satu infrastruktur kawal selia yang menyokong dan anda mempunyai sebuah ekosistem yang siap untuk mengalami gangguan. QED telah menilai secara dekat untuk memasuki benua Asia dan kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Sandeep untuk membantu kami melabur di dalam syarikat fintech terbaik yang ditawarkan oleh pasaran,” kata Nigel Morris, Pengasas bersama dan Rakan Pengurusan bagi QED Investors.

QED terkenal dengan tumpuan tunggal mereka terhadap fintech dan pengalaman pengendali mereka yang lebih dari 200 tahun. Sandeep menambahkan kedalaman yang signifikan dalam kedua-dua bidang. Beliau membantu melancarkan perniagaan pinjaman pengguna dan PKS di Flipkart dan menyumbang kepada pengumpulan dana syarikat itu dan akhirnya penjualan kepada Walmart. Beliau adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk India di Truecaller di mana beliau mengarahkan perniagaan Adtech, Pembayaran, FinTech, PKS/Perusahaan dan Pemaju, yang menggandakan pendapatan syarikat itu dan mencapai keuntungan pendapatan bersih walaupun berlakunya wabak. Beliau membawa punca kredit pengguna yang mendalam dari Capital One di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dan telah memberikan perkhidmatan kepada pelabur global, bank dan syarikat insurans di McKinsey & Co. Sandeep akan menerapkan pendekatan QED yang ketat dan didorong oleh hipotesis untuk mengenal pasti peluang-peluang pelaburan fintech peringkat awal yang berada pada kedudukan yang baik di tempat pasaran.

“Terdapat peluang yang besar untuk QED di dalam ekosistem India dan Asia Tenggara. Saya telah lama mengagumi dan mengenal pasti kepakaran fintech QED dan bagaimana firma itu memanfaatkan pengalaman pengendali untuk membantu pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif membina syarikat disruptif yang berjaya,” kata Sandeep. “Saya amat gembira kerana dapat menyertai pasukan itu dan teruja untuk bekerjasama dengan generasi seterusnya bagi unikorn fintech di benua Asia.”

Selain itu, dengan Sandeep, QED telah merekrut Camila Key Saruhashi sebagai seorang Prinsipal yang berpusat di San Francisco dan Adams Conrad sebagai seorang Prinsipal di New York. Camila akan memperkukuhkan kehadiran QED di Kawasan Teluk dan akan memberi tumpuan kepada pelaburan Amerika Syarikat. Adams akan mengembangkan platform pelaburan peringkat pembentukan QED, Belay, yang membentuk dan membina syarikat-syarikat fintech dari bawah ke atas. Kedua-dua mereka datang ke QED dengan latar belakang fintech yang teguh. Camila sebelum ini mempunyai pengalaman mengetuai sebuah pasukan terdiri daripada lebih 300 orang sebagai ketua operasi di Nubank - sebuah syarikat portfolio QED - dan dalam pembangunan produk dan strategi di Earnin. Adams bekerja dalam pengurusan perhubungan di Quovo, dan di Plaid di mana beliau mengetuai kekayaan menegak, membina saluran dan perkongsian strategik, dan membantu banyak pelanggan fintech membangun dan berkembang.

“Berikutan pengumpulan dana QED bernilai $350 juta pada Februari, QED kini mempunyai galakan. Kami melihat pemilihan urus janji positif yang sangat besar dari syarikat-syarikat luar biasa yang mencari QED untuk kepakaran fintech dan pengalaman pengendali kami. Camila dan Adams membawa pengalaman operasi fintech selama bertahun-tahun dan akan memainkan satu peranan penting di dalam menolong kami menilai dan memimpin peluang-peluang pelaburan sambil berkhidmat sebagai penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat portfolio kami,” kata Nigel Morris.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14006