Friday, November 20, 2020

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang Di China Barat Mencari Bakat-bakat Global Di Dalam Talian Dan Luar Talian

 CHONGQING, China, 19 Nov., 2020 /Xinhua-AsiaNet/–

Dari 21 hingga 22 November, Persidangan Bakat-bakat Chongqing 2020 akan diadakan di Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang di China Barat. Tetamu domestik dan luar negeri yang berpengaruh daripada kalangan politik, perniagaan, sains dan teknologi, pendidikan, perubatan dan kesihatan, dan kewangan akan menghadiri acara tersebut. Lebih daripada 30,000 bakat kelas atas dari dalam negeri dan luar negara, graduan universiti, wakil pasukan projek dan bakat lain akan menyertai secara dalam talian untuk membincangkan pelan pembangunan dan berkongsi peluang-peluang kerjasama.

Sebagai tempat tuan rumah tetap dan satu daripada penganjur utama bagi persidangan itu, Kawasan Baharu Liangjiang sedang mendorong ke arah pembukaan kawasan pedalaman dan pembinaan bandar raya pintar Chongqing. Beberapa platform inovasi, seperti Zon Inovasi Kerjasama Liangjiang, Taman Pintar Lijia, Bandar raya Pameran Antarabangsa Yuelai dan Taman Perindustrian Ekonomi Digital Liangjiang, semakin mendapat perhatian. Pada tiga suku pertama tahun ini, KDNK daerah itu telah meningkat sebanyak 6.7%; nilai tambah perindustrian mereka meningkat 12.1%; penggunaan sebenar mereka bagi modal asing mencapai 2.1 bilion dolar AS, dan nilai kontrak dalam menarik pelaburan melebihi 100 bilion yuan. Pada sidang media pertama bagi Persidangan Bakat Chongqing 2020, Tao Shixiang, timbalan setiausaha bagi Jawatankuasa CPC bagi Kawasan Baharu Liangjiang, berkata bahawa penunjuk ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah menjadi sebuah kawasan idaman untuk pelaburan global dan kebangsaan, sebuah tanah yang subur untuk keusahawanan dan sebuah kawasan yang bahagia untuk kehidupan.

Untuk merekrut bakat, pada November tahun lalu, Kawasan Baharu Liangjiang telah mengeluarkan garis panduan untuk memanfaatkan kekuatan bakat bagi meningkatkan pembangunan berkualiti tinggi di kawasan itu. Empat dokumen dasar sokongan untuk pengenalan dan latihan bakat peringkat tinggi, bakat pendidikan, bakat kesihatan dan bakat berkemahiran tinggi telah dilancarkan, dengan 10 artikel yang berkaitan untuk membentuk satu sistem dasar bakat yang baik. Sepuluh artikel itu telah mencapai liputan penuh bagi dasar-dasar untuk melayani bakat dari ahli akademik dan pakar sehingga kepada tukang yang mahir. Bakat-bakat dan pasukan projek peringkat tinggi dapat menerima subsidi maksimum sebanyak 30 juta yuan, saintis dan pasukan kelas pertama boleh menerima maksimum 100 juta yuan, sementara graduan yang cemerlang dengan ijazah sarjana muda atau lebih tinggi yang diiktiraf oleh perusahaan boleh juga menikmati satu subsidi penempatan semula sebanyak 10,000 yuan.

Pada Mei tahun ini, platform luar talian bagi “Hab Liangjiang Yingcai”, sebuah pembawa penting untuk memberi perkhidmatan kepada bakat-bakat, inovasi dan keusahawanan di Kawasan Baharu itu, telah secara rasmi memulakan operasi. Platform itu diketuai oleh kerajaan, disertai oleh perusahaan dan dikendalikan secara bersama. Ia menggabungkan perkhidmatan sehenti, pengenalan bakat dan pendidikan dan inovasi dan inkubasi keusahawanan, agar bakat-bakat dapat menikmati akses yang mudah untuk menangani urusan, mencari pembangunan dan menangani masalah.

Dalam tempoh dua tahun berikutnya, permintaan bagi bakat-bakat di dalam industri utama seperti kereta, maklumat elektronik, peralatan mewah dan bio-perubatan di Kawasan Baharu Liangjiang akan melebihi 90,000. Pada sidang media itu, Tao berkata bahawa untuk membina sebuah portal terbuka pedalaman dan sebuah bandar raya pintar di Chongqing, Kawasan Baharu Liangjiang lebih-lebih lagi berminat kepada bakat berbanding sebelum ini. Kawasan itu akan tetap mengekalkan daya penariknya untuk memikat bakat dari seluruh dunia bagi mengumpulkan kebijaksanaan mereka di Liangjiang bagi berkongsi masa depan yang cerah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.liangjiang.gov.cn.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14001

No comments:

Post a Comment