Friday, November 6, 2020

Perubahan waktu operasi cawangan LHDN di kawasan PKPB

KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan perubahan waktu operasi bagi kaunter setempat dan kaunter duti setem LHDN di semua cawangan serta Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi Semenanjung Malaysia, kaunter setempat untuk perkhidmatan percukaian dan kaunter duti setem beroperasi pada hari bekerja dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari, serta penerimaan bayaran duti setem adalah sehingga 12 tengah hari.

Bagi Sabah dan Labuan, waktu operasi kaunter setempat untuk perkhidmatan percukaian dan kaunter duti setem juga dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari pada hari bekerja, manakala penerimaan bayaran duti setem sehingga pukul 11 pagi.

“Dalam tempoh ini orang ramai disaran melakukan urusan percukaian dan lain-lain perkhidmatan secara dalam talian,” menurut LHDN dalam kenyataan.

Orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan serta maklum balas melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment