Wednesday, November 25, 2020

ZYNGA DAN PENALA AUTOMOTIF LIBERTY WALK MELANCARKAN PERTANDINGAN REKA BENTUK LAIN DARIPADA YANG LAIN UNTUK CIRI-CIRI ELITE TUNERS BAHARU BAGI CSR RACING 2

 


Table

Zynga dan Penala Automotif Liberty Walk Melancarkan Pertandingan Reka Bentuk Lain Daripada Yang Lain untuk Ciri-ciri Elite Tuners Baharu bagi CSR Racing 2 (Foto: Business Wire)


Reka Bentuk yang Menang bagi Elite Tuners CSR2: Pertandingan ‘Mencipta Sebuah Pembalut’ Akan Dipaparkan dalam Permainan dan Ditempatkan pada sebuah Kereta Sebenar yang Direka oleh Liberty Walk


SAN FRANCISCO, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga (Nasdaq:ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan satu perkongsian dengan penala kereta utama Jepun Liberty Walk untuk pelancaran ciri-ciri Elite Tuners baharu dan pertandingan 'Mencipta Sebuah Pembalut’ dalam CSR Racing 2 (CSR2).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201124005059/en/

Bermula pada 9 Disember, pemain boleh menyertai pertandingan perlumbaan mudah alih eksklusif itu dengan mencipta sebuah pembalut kereta khas untuk dipaparkan dalam CSR2 dan pemenang peraduan akan berpeluang menempatkan reka bentuk mereka ke dunia sebenar pada sebuah Toyota Supra oleh Liberty Walk. Untuk penyertaan, pemain akan memuat naik reka bentuk balutan mereka ke media sosial, dengan meletakkan penandaan @CSRRacing dan menggunakan tanda pagar #CSR2Wrap. Pemain akan digalakkan untuk suka dan berkongsi reka bentuk kegemaran mereka.

10 reka bentuk utama yang dipilih akan dipersembahkan kepada pasukan Liberty Walk, yang akan kemudian memilih pemenang muktamad pada 20 Februari, 2021 melalui satu pendedahan khas bagi reka bentuk kereta yang terpilih. Dalam mengumumkan perkongsian itu, pengasas Liberty Walk, Wataru San, bersama dengan pasukan beliau, telah mengeluarkan satu video acah mengenai ciri-ciri Elite Tuner baharu itu pada CSR2.

Elite Tuners adalah satu daripada pengembangan penyesuaian terbesar dalam sejarah CSR2, memberikan pemain dengan kebebasan yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk menyatakan identiti mereka dengan penyesuaian yang lebih mendalam seperti kit badan kenderaan, spoiler dan banyak lagi. Pemain boleh juga meningkatkan prestasi mereka dan menambahkan kereta yang jarang ditemui kepada koleksi mereka yang sedia ada.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan Liberty Walk yang ikonik bagi menyampaikan ciri Elite Tuners di dalam CSR2 sebagai suatu pengalaman penyesuaian yang terbaik dalam kelasnya untuk pemain-pemain kami di seluruh dunia,” kata Julian Widdows, Naib Presiden bagi CSR2. “Bagi membolehkan Liberty Walk menghidupkan satu reka bentuk pembalut kereta yang khusus adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi mana-mana pemain. Saya tidak sabar untuk melihat kreativiti dan reka bentuk yang datang dari pemain kami.”

“Kami telah bekerjasama dengan CSR Racing 2 selama beberapa tahun sekarang,” kata pengasas Liberty Walk, Wataru San. “Mereka telah mencipta semula kit badan kenderaan kami dengan sebaik-baiknya dan menghormati reka bentuk dan gaya kami. Kami percaya mereka dan itu membuatkan saya sangat gembira untuk tampil di dalam permainan itu semasa acara saya sendiri. Kami telah melakukan yang terbaik untuk menggembirakan peminat kami dan peminat CSR2.”

CSR2 tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store dan juga di Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai CSR2, sila layari saluran komuniti permainan itu di FacebookInstagramTwitter dan YouTube.

Untuk melihat aset sokongan bagi CSR2, sila klik di sini: https://www.dropbox.com/sh/iw2xzdy94t2sgw6/AAAgs6JF_NJBY_cVhYTum_z7a?dl=0

MAKLUMAT MENGENAI ZYNGA INC.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

KENYATAAN YANG BERPANDANGAN KE HADAPAN

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan, antara lain, dengan pengeluaran ciri-ciri dan acara permainan CSR Racing 2 yang akan datang. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “ujuran,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau laman web SEC di  www.sec.gov.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201124005059/en/

Hubungi

HUBUNGAN MEDIA ZYNGA
Kenny Johnston
KJohnston@Zynga.com | (602) 999-1890

Sumber : Zynga

No comments:

Post a Comment