Tuesday, November 24, 2020

OKEX AKAN MENYAMBUNG SEMULA PENGELUARAN SELEPAS PENGGANTUNGAN SEMENTARA

 VALLETTA, Malta, 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx (www.okex.com), yang merupakan pertukaran lani dan terbitan kriptowang yang terkemuka di dunia, berbesar hati ingin mengumumkan bahawa perkhidmatan pengeluaran bagi semua aset digital akan disambung semula pada atau sebelum 27 Nov. Sebagai langkah keselamatan untuk melindungi dana pengguna, pengeluaran daripada pertukaran telah digantung secara sementara pada 16 Okt, tetapi semua fungsi yang lain pada platform tidak terjejas dengan isu ini. Masalah yang menyebabkan OKEx mengerahkan langkah keselamatan yang besar ini telah diselesaikan. 


Walaupun OKEx menjamin keselamatan aset pengguna sepanjang tempoh penggantungan dan memastikan kesinambungan perkhidmatan di seluruh fungsi pertukaran yang lain, tetapi OKEx sedar bahawa penggantungan sementara pengeluaran ini telah mendatangkan kesulitan kepada penggunanya. Sejak penubuhan, OKEx sentiasa bertegas dalam mengekalkan 100% rizab, yang bermakna semua dana pengguna boleh dikeluarkan tanpa sekatan selepas pengeluaran dibuka semula.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya atas sokongan berterusan daripada mereka dan untuk meminta maaf atas gangguan perkhidmatan, OKEx akan melancarkan kempen ganjaran kesetiaan pengguna secara besar-besaran, seiring dengan pembukaan semula pengeluaran. Butiran ini akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengumumkan kepulangan perkhidmatan penuh dan kami ingin berterima kasih kepada pengguna kami atas sokongan berterusan mereka sepanjang waktu yang sukar ini. Kami meminta maaf atas kesulitan yang dihadapi. Selain menawarkan ganjaran kesetiaan, kami mengakui bahawa kami mesti terus bekerja keras untuk memulihkan keyakinan mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif OKEx, Jay Hao.

Sebagai salah satu pertukaran kriptowang yang terbesar di dunia, OKEx telah berkembang daripada segi saiz dan kaliber sejak penubuhannya dan kerap diiktiraf sebagai pertukaran terbitan kriptowang nombor satu di dunia oleh pelbagai sumber yang bertauliah, termasuklah CoinDesk Research dan CryptoCompare. Atas usaha OKEx yang berterusan untuk inovasi dan komitmen buat penggunanya, pedagang di OKEx boleh melaksanakan strategi perdagangan yang berkepelbagaian untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko. Mereka juga boleh menerima pendapatan pasif dengan mempertaruhkan token berbeza melalui pelbagai inisiatif seperti OKEx Earn dan OKEx Jumpstart Mining.

Perihal OKEx

OKEx menawarkan pasaran yang paling berkepelbagaian bagi pedagang kripto global, pelombong dan pelabur berinstitusi yang ingin mengurus aset kripto, meningkatkan peluang pelaburan dan mengurangkan risiko. Kami menyediakan perdagangan lani dan terbitan kriptowang utama, termasuklah dagangan hadapan, pertukaran berterusan serta pilihan yang menawarkan kefleksibelan kepada pelabur daripada segi merumuskan strategi mereka untuk memaksimumkan perolehan dan mengurangkan risiko.

Orang hubungan media

Vivien Choi / Andrea Leung
media@okex.com

SUMBER: OKEx

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment