Friday, November 27, 2020

BARCO MELANTIK NEXT VISUAL SEBAGAI RAKAN PENGEDARAN UNTUK PERSIDANGAN CLICKSHARE

 


KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Barco, sebuah peneraju dunia di dalam visualisasi profesional dan teknologi rangkaian, hari ini mengumumkan pelantikan Next Visual, sebuah rakan pengedar terkemuka di Malaysia. Next Visual memberikan akses penuh kepada ‘ClickShare Conference’, produk Barco yang canggih di mana ia membolehkan sidang hibrid Penyelesaian Komunikasi & Kerjasama Bersatu (UC&C).


Sebagai sebuah pelopor di dalam teknologi kolaborasi, Barco berhasrat untuk menyampaikan perkongsian yang mensasarkan pengguna akhir mereka untuk memastikan penglibatan sepenuhnya, jangkauan dan perkhidmatan.

Menurut Ta Loong Gan, Pengarah Urusan, Barco Asia Tenggara, “Barco berhasrat untuk membolehkan pencapaian yang optimum bagi pelanggan mereka dan kerjasama kami dengan Next Visual adalah satu usaha untuk memperkukuhkan rangkaian saluran kami di Malaysia, terutamanya di dalam domain UC&C dan AV. Dengan ruang kerja hibrid menjadi norma di dalam masa depan pasca-COVID, Barco memberi tumpuan pada menawarkan penyelesaian persidangan yang membolehkan kerjasama yang lancar di antara pejabat dan tempat kerja jarak jauh. ‘ClickShare Conference’ membolehkan pihak korporat menggabungkan teknologi kolaborasi dalam bilik dengan keupayaan untuk berhubung dengan rakan sekerja di mana sahaja di dunia.”

Barco dan Next Visual mempunyai kerjasama melebihi lima tahun. Sebagai rakan kongsi legasi Barco, Next Visual telah mengedarkan pelbagai penyelesaian termasuk Barco weConnect, projektor, paparan dinding video LCD dan pembentangan Barco ClickShare tanpa wayar di Malaysia dan kini bersama-sama untuk ‘ClickShare Conference’.

Menurut KK Liew, Pengurus Besar, Next Visual Sdn Bhd, “Kami berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama dengan Barco untuk ‘ClickShare Conference’. Kami mempunyai kerjasama yang baik sejak masa lalu dan berhasrat dengan kerjasama ini, kami dapat mengukuhkan lagi kedudukan kami di ruang UC&C di Malaysia. Next Visual yakin bahawa pentingnya kepercayaan di antara peniaga, SI, dan rakan kongsi dengan menyediakan produk yang boleh dipercayai dan perkhidmatan yang terbaik, dan kami berharap dapat memajukan lagi visi ini, melalui kerjasama dengan Barco.”

Mempertimbangkan ciri-ciri agnostik dalam perisian dan perkakasan mereka, ‘ClickShare Conference’ berfungsi baik dengan semua perisian persidangan video, jenama kamera, dan komputer riba. Penyelesaian itu menjadikan pertemuan jarak jauh sebagai intuitif seperti mengadakan satu pertemuan bersemuka dan membolehkan pengurus-pengurus IT untuk menggunakan BYOD (Bawa Peranti Anda Sendiri) dan BYOM (Bawa Mesyuarat Anda Sendiri) di tempat kerja hibrid. Dijamin selamat, mudah diakses, boleh dikendalikan, dan serasi sepenuhnya (agnostik tiga kali ganda), Barco ClickShare adalah teknologi kolaborasi tanpa wayar pertama yang memperoleh Persijilan ISO 27001 (standard antarabangsa untuk pengurusan keselamatan maklumat yang ketat)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14036

No comments:

Post a Comment