Thursday, November 12, 2020

BOOKOFF CORPORATION Ltd. Telah Membuka Gedung Besar 'Jalan Jalan Japan' Ke-6 Pada 2 November (Isnin) Di Rawang Di Malaysia


SAGAMIHARA, Jepun, 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — BOK MARKETING Sdn. Bhd., sebuah syarikat cawangan milik BOOKOFF CORPORATION Ltd., akan membuka Gedung Besar Barangan Terpakai keenam yang diberi nama ‘Jalan Jalan Japan’ (juga dikenali sebagai ‘Gedung Besar JJJ’) di Rawang di Malaysia. 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201109005508/en/

Gedung Barangan Terpakai ‘Jalan Jalan Japan’ yang terbesar

‘Gedung Besar JJJ’ yang pertama telah dibuka di One City, USJ pada Nov. 2016. ‘Jalan Jalan’ adalah sebuah frasa Bahasa Melayu yang membawa maksud ‘Pergi Berjalan-jalan’. Kami menjangkakan ‘Jalan Jalan Japan’ bakal menjadi sebuah tempat di mana rakyat Malaysia akan menikmati pengalaman membeli-belah sama seperti aktiviti berjalan di Jepun.

Semua barangan adalah ‘Barangan Terpakai’ yang diimport dari Jepun. Syarikat induk ‘BOOKOFF’ adalah gedung barangan terpakai yang paling terkenal yang mengendalikan lebih 800 buah kedai di seluruh Jepun. ‘BOOKOFF’ membeli lebih 400 juta keping barangan daripada pelanggan pada setiap tahun. Oleh itu, ‘Gedung Besar JJJ’ menjual barang-barang yang pernah disayangi oleh rakyat Jepun sebelum ini.

‘Gedung Besar JJJ’ mempunyai 3 konsep:

(1) Barangan Terpakai di Jepun (= bermaksud Kualiti Baik)
(2) Hargagiler (= bermaksud Harga Yang Sangat Rendah)
(3) Kuantiti yang Besar (= bermaksud seakan Mencari Harta Karun)

Setiap ‘Gedung Besar JJJ’ mempunyai kira-kira 200,000 keping barangan dengan kategori yang luas; Pakaian, Beg, Kasut, Barangan Rumah, Barangan Bayi, Barangan Mainan, Barangan Sukan, Peralatan Muzik, Barangan Hiasan, Perabot, Aksesori, dan banyak lagi. Kesemua barangan adalah berbeza dan unik kerana ia pernah menjadi barangan kesayangan.

Gedung Besar JJJ boleh menyediakan kepada pelanggan dengan ‘Hiburan’ dan ‘Kehidupan yang kaya’. Pelanggan boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang dikelilingi oleh barangan terpakai dari Big Mountain seperti ‘Mencari Harta Karun.’ Pelanggan boleh menikmati budaya orang Jepun, mendengar muzik J-POP semasa berada di sana. Pelanggan boleh membeli komoditi yang penuh dengan bakul beli-belah.

Kami merancang untuk membuka lebih dari 10 kedai dalam beberapa tahun akan datang. Melalui perniagaan kami, kami mahu ramai rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan bahagia mereka.

* Laman web: https://www.jalanjalanjapan.com.my/

* Facebook: https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/?ref=br_rs

* Instagram: https://www.instagram.com/explore/tags/jalanjalanjapan/?hl=ja


Langkah-langkah menyeluruh untuk mencegah penyebaran jangkitan koronavirus baharu, COVID-19

Di Malaysia, kami terpaksa menutup kedai-kedai kami selama dua bulan disebabkan oleh sekatan pergerakan untuk mencegah penyebaran COVID-19. Akan tetapi pelanggan telah kembali dengan pantas ke kedai-kedai kami setelah kami dibuka semula, kami telah membuka semua kedai kami.

Terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan penyebaran semula COVID-19 di masa hadapan. Sesuai dengan manual arahan yang ditetapkan oleh kerajaan, keselamatan bagi pelanggan dan pekerja di kedai adalah menjadi perhatian yang paling utama kepada kami. Kami mengambil langkah-langkah yang menyeluruh untuk mencegah jangkitan, termasuk penyahjangkitan dan kemasukan terhad.

‘Jalan Jalan Japan’ Kedai Tesco Rawang @ Rawang

‘Tesco Rawang’ dikelilingi oleh etnik utama adalah keluarga Melayu, kelas pertengahan.

(Gambaran Keseluruhan)

・Nama Kedai: Jalan Jalan Japan’ Kedai Tesco Rawang

・Alamat: Lot No.MA4, Tingkat Satu, Tesco Rawang. No.1 Jalan Rawang, Selangor.

・Tingkat jualan: Tingkat Satu

・Skala lantai: 20,000 kaki persegi

・Pembukaan: 2 Nov 2020 (Isnin) 10 pagi

・Waktu perniagaan: 10:00 pagi – 10:00 malam


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13960

No comments:

Post a Comment