Monday, November 9, 2020

PENGASAS GLAMHIVE STEPHANIE SPRANGER DAN PENGGAYA SELEBRITI JENNIFER RADE MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA DAN KECANTIKAN DIGITAL FALL

Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Fall Glamhive akan menghimpunkan pemimpin fesyen dan kecantikan terkemuka (Grafik: Mary Kay Inc.)

Persidangan akan menyatukan pemimpin di dalam industri gaya dan kecantikan untuk membincangkan mengenai fesyen, kecantikan, dan kesihatan.

SEATTLE & LOS ANGELES, 9 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Glamhive mengumumkan persidangan dalam talian mereka yang ketiga yang akan diadakan pada 14 November. Sidang Kemuncak Gaya dan Kecantikan Digital Fall Glamhive akan menghimpunkan pemimpin fesyen dan kecantikan terkemuka, dari penggaya Sarah Jessica Parker sehingga kepada jurugaya rambut Kim Kardashian. Pemimpin-pemimpin yang berinovatif itu akan membincangkan semua perkara berkaitan fesyen, kesihatan, kecantikan, dan banyak lagi. Stephanie Sprangers dan Jennifer Rade akan menjadi hos bersama bagi acara tersebut.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201106005072/en/

“Saya sangat teruja untuk menjadi hos bersama bagi sidang kemuncak Gaya dan Kecantikan LIVE Fall Glamhive itu bersama dengan Stephanie. Kami membawa bersama penggaya, artis solekan, jurugaya rambut, pereka & pengusaha yang paling hebat di dunia untuk berkongsi segala yang telah kami pelajari— dari cara bagaimana kami bermula kepada semua petua dan cara kami tentang bagaimana memiliki gaya peribadi yang hebat,” kata Jennifer Rade, penggaya selebriti dan pereka kostum. Jennifer adalah seorang daripada penggaya paling sibuk yang bekerja pada hari ini. Pelanggan beliau terdiri daripada bintang Senarai-A Angelina Jolie, Abbie Cornish, Cher, dan Jenna Fischer, sehingga kepada pemuzik Lady A, Pink, Marilyn Manson, Dave Matthews, Amy Winehouse, Motley Crue, dan Tina Turner. Hasil beliau telah dipaparkan dalam banyak penerbitan, termasuk W, Vanity Fair, Marie Claire, GQ, Esquire, dan Harper's Bazaar.

“Visi Glamhive adalah untuk menjadikan gaya peribadi tersedia untuk semua orang, di mana-mana sahaja, dan acara digital kami adalah satu lanjutan yang mengagumkan daripada itu. Tahun ini telah membolehkan kami untuk membawa acara kami kepada semua orang, di mana-mana sahaja agar mereka yang meminati fesyen dan kecantikan atau bekerja di dalam industri itu boleh belajar daripada yang terbaik di dalam perniagaan itu,” kata Stephanie Sprangers, pengasas Glamhive. Spranger adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive, perkhidmatan penggayaan peribadi dalam talian yang membawa pakar penggaya peribadi dan artis solekan — yang direkrut secara langsung dari Hollywood dan Instagram — kepada semua orang. Glamhive telah mengembangkan perisian proprietari yang membolehkan penggaya untuk membawa pelanggan melalui satu pengalaman penggayaan yang 100% dalam talian, yang membolehkan orang bekerja dengan penggaya di mana sahaja di dunia.


PENGASAS GLAMHIVE STEPHANIE SPRANGER DAN PENGGAYA SELEBRITI JENNIFER RADE MENGUMUMKAN SIDANG KEMUNCAK GAYA DAN KECANTIKAN DIGITAL FALL

No comments:

Post a Comment