Friday, November 13, 2020

NuScale Power Mengumumkan Satu Peningkatan Tambahan 25 Peratus Dalam Output NuScale Power Module™; Penyelesaian Loji Kuasa Tambahan

Berdasarkan kepada analisis baharu, NuScale Power Module™ itu berupaya untuk meningkatkan output kuasa mereka kepada 77 MWe

PORTLAND, Ore., 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) — NuScale Power hari ini mengumumkan bahawa melalui usaha kejuruteraan nilai selanjutnya, dengan menggunakan alat pengujian dan pemodelan canggih, NuScale telah menganalisis dan membuat kesimpulan bahawa NuScale Power Module™ (NPM) dapat menjanakan tambahan 25 peratus lebih kuasa bagi setiap modul untuk sejumlah 77 MWe bagi setiap modul (kasar), yang menghasilkan di dalam kira-kira 924 MWe untuk loji kuasa 12 modul utama itu. Selain itu, NuScale mengumumkan pilihan untuk penyelesaian loji kuasa yang lebih kecil di dalam saiz empat modul (kira-kira 308 MWe) dan enam modul (kira-kira 462 MWe).

“Tanpa menjejaskan keselamatan bagi reka bentuk kami yang tiada tandingannya, jurutera kami telah membuktikan sekali lagi bahawa teknologi NuScale adalah bertaraf kelas pertama, dan dapat menawarkan penjimatan kos dan penyesuaian yang signifikan pada satu tahap yang belum pernah dilihat di pasaran tenaga nuklear,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif NuScale Power John Hopkins. “Dengan kemajuan ini, NuScale terus menunjukkan bahawa ia adalah merupakan pemimpin dunia di dalam perlumbaan untuk mengkomersialkan reaktor modular kecil.”

Dengan meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa bagi loji reaktor modular kecil (SMR) NuScale 12 modul dengan penambahan 25 peratus menurunkan kos modal semalaman bagi kemudahan itu bagi asas setiap kilowatt daripada jangkaan $3,600 kepada kira-kira $2,850. Tambahan pula, loji kuasa 12 modul yang berskala itu kini akan mendekati satu saiz yang menjadikannya sebuah pesaing sebenar untuk pasaran bersaiz gigawatt. Peningkatan output kuasa itu datang tanpa sebarang perubahan besar kepada teknologi NPM.

Penyelesaian loji kuasa yang lebih kecil itu akan memberi pelanggan NuScale dengan lebih banyak pilihan dari segi saiz, output kuasa, kelenturan operasi dan kos. Mereka akan juga mempunyai jejak yang lebih kecil dan berinovatif dengan satu tumpuan kepada kemudahan pembinaan, mengurangkan tempoh pembinaan (jadual) dan mengurangkan kos. Penyelesaian baharu ini membolehkan NuScale untuk menyokong bahagian pelanggan yang lebih besar termasuk kuasa untuk grid kecil seperti untuk negara-negara pulau; komuniti luar grid yang terpencil; kemudahan perindustrian dan kerajaan; dan penggantian kuasa arang batu yang memerlukan lebih sedikit kuasa dan membantu pelanggan memenuhi mandat udara bersih.

Proses kawal selia untuk meningkatkan tahap maksimum bagi kuasa reaktor di mana sebuah loji nuklear dapat beroperasi dirujuk sebagai satu peningkatan kuasa. Peningkatan kuasa itu akan dikaji semula oleh Suruhanjaya Pengawalseliaan Nuklear Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada permohonan Kelulusan Reka Bentuk Standard (SDA) NuScale, yang dijadual untuk dikemukakan oleh NuScale pada tahun 2022.

Produk baharu permulaan NuScale akan menjadi satu penyelesaian loji kuasa empat dan enam modul, walaupun konfigurasi lain mungkin dilakukan. Penyelesaian loji yang lebih kecil ini adalah berdaya saing dari segi ekonomi dan disokong oleh dan memanfaatkan kes teknologi dan keselamatan NPM yang terkemuka di dalam industri yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengawalseliaan Nuklear Amerika Syrikat. Seperti loji kuasa NuScale yang unggul, konfigurasi yang lebih kecil ini akan mengekalkan kemampuan untuk menyampaikan penyelesaian loji kuasa berskala dengan ciri-ciri, keupayaan dan prestasi yang tidak terdapat di SMR lain. NuScale akan dapat menyampaikan modul pertama mereka kepada pelanggan pada tahun 2027.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13963

No comments:

Post a Comment