Thursday, November 5, 2020

Inmarsat Memperluaskan Kerjasama Dengan CSG Untuk Memperkasakan Pengewangan Berasaskan Awan Bagi Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih Mereka

 LONDON, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CSG® (NASDAQ: CSGS) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluaskan perhubungan mereka dengan Inmarsat, sebuah pemimpin di dalam komunikasi satelit mudah alih global. Sebagai sebahagian daripada perjanjian berbilang tahun ini, Inmarsat sedang mengalihkan operasi pengurusan pembilan dan hasil mereka kepada sebuah model perkhidmatan terurus yang berasaskan awan yang disatukan yang dibangunkan oleh CSG, menggantikan penyelesaian legasi pihak ketiga yang sedia ada dan ditempah.


“Selama hampir 20 tahun, CSG telah bekerjasama dengan Inmarsat untuk memanfaatkan operasi pengurusan pembilan dan hasil kami, yang membolehkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan merentasi perniagaan kami,” kata David Thornhill, naib presiden kanan, Kumpulan IT Inmarsat. “Dengan beralih kepada satu model perkhidmatan terurus berasaskan awan, CSG akan memupuk satu pendekatan yang lebih tangkas dan menjimatkan kos kepada bagaimana kami menjalankan perniagaan runcit dan borong kami dan pada masa yang sama mewujudkan satu model yang mapan untuk kejayaan di masa depan.”

Dengan menggunakan penyelesaian perkhidmatan terurus CSG itu, pengendali Britain itu akan mendapat faedah daripada peningkatan ketangkasan proses, kelenturan pergi-ke-pasaran, dan akses kepada wawasan yang tepat merentasi semua operasi, sambil memperkemaskan operasi pembilan dan mengurangkan perbelanjaan operasi yang dikaitkan dengan penyelesaian pihak ketiga sebelum ini.

Perjanjian baharu itu menggunakan versi terbaharu bagi CSG SingleviewCSG Interconnect, dan CSG Intermediate, yang sudah digunakan oleh Inmarsat, dengan membantu mereka memaksimumkan keuntungan, mengurangkan kos operasi, dan memenuhi permintaan pelanggan dalam tepat masa. Keupayaan tambahan memudahkan pengenalan dan penyelesaian masalah pelanggan secara proaktif. Secara keseluruhannya, penyelesaian baharu berasaskan awan itu menyediakan satu seni bina masa depan yang terbukti yang memanfaatkan amalan terbaik di dalam pengurusan pembilan dan hasil dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Ketika Inmarsat melihat untuk memajukan perhubungan satelit, udara, dan maritim merentasi seluruh Eropah dan seterusnya, kami berharap untuk dapat meneruskan perkongsian kami yang wujud sejak dahulu, dengan menyokong pengoptimuman bagi operasi pengurusan pembilan dan hasil mereka, dan pada masa yang sama membantu mereka meminimumkan risiko dan mengurangkan kos operasi,” kata James Kirby, ketua bagi perniagaan EMEA di CSG. “Kami amat teruja kerana dapat memperluaskan perhubungan kami dengan Inmarsat untuk membantu mengembangkan perniagaan merentasi seluruh portfolio mereka.”

CSG diiktiraf sebagai sebuah pemimpin di dalam Gartner Magic Quadrant untuk penyelesaian Pengurusan Hasil dan Pelanggan mereka, dengan menyokong ratusan juta pengguna akhir di seluruh dunia. Syarikat itu menyediakan penyelesaian pengewangan, penyelesaian dan penjagaan pelanggan yang membantu pelanggan melancarkan perkhidmatan digital yang berinovatif sambil beralih daripada sistem legasi mengikut rentak mereka sendiri. Penyelesaian Pengurusan Perniagaan Borong CSG telah memenangi pelbagai anugerah untuk fungsian dan inovasi awan mereka dan menerima Anugerah Kepimpinan Pasaran Pengewangan Antara Hubung & Penyelesaian Global Stratefast CSP dari Frost & Sullivan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13939

No comments:

Post a Comment