Thursday, December 31, 2020

JILIN DI CHINA MENGUBAH SUMBER SEJUK SEPERTI AIS KEPADA INDUSTRI PUSAT TARIKAN

CHANGCHUN, China, 31 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Dengan matlamat untuk membina sebuah destinasi pelancongan ais dan salji yang bertaraf dunia, Wilayah Jilin di timur laut China berhasrat untuk membina sebuah industri pelancongan salji dan ais yang berkualiti tinggi, menggalakkan pembangunan bersepadu bagi industri yang berkaitan salji dan ais, membina sebuah ekonomi salji dan ais yang teguh, dan merealisasikan peralihan daripada industri ais dan salji kepada ekonomi, dengan mengubah “sumber sejuk” bagi ais dan salji kepada sebuah “industri yang panas”, menurut Jabatan Wilayah Jilin bagi Kebudayaan dan Pelancongan.

Dengan memanfaatkan peluang-peluang yang dibawa oleh Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, Jilin telah secara aktif mempromosikan pembinaan jenama bagi “Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, Pengalaman di Jilin”, seterusnya menggalakkan usaha mempopularkan sukan ais dan salji, dan mengukuhkan pengaruh bagi satu siri aktiviti ais dan salji seperti Festival Bermain Ski Antarabangsa Vasaloppet China, kejohanan jemputan berenang musim sejuk kebangsaan, Perlumbaan Perahu Naga Musim Sejuk Antarabangsa Sungai Songhua, festival memancing musim sejuk Tasik Chagan, dan sebagainya. Wilayah itu telah melancarkan hampir 300 acara budaya, pelancongan, sukan, perdagangan, pendidikan dan acara lain yang berkaitan dengan salji dan ais.

JILIN DI CHINA MENGUBAH SUMBER SEJUK SEPERTI AIS KEPADA INDUSTRI PUSAT TARIKAN

Wednesday, December 30, 2020

JPMorgan Chase Memperoleh Sebuah Perniagaan Perjalanan Dan Kesetiaan Terkemuka

 JPMorgan Chase bakal mengubah keupayaan perjalanan dari hujung ke hujung mereka dengan memperoleh platform teknologi moden dan berskala cxLoyalty


NEW YORK, 29 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- JPMorgan Chase & Co. (NYSE: JPM) dan cxLoyalty Group Holdings hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian bagi JPMorgan Chase untuk memperoleh perniagaan Kesetiaan Global bagi cxLoyalty Group Holdings. Perjanjian itu termasuk platform teknologi terkemuka cxLoyalty, agensi pelancongan perkhidmatan penuh, kad hadiah, barang dagangan, dan perniagaan bank mata.

“Pelaburan ini menunjukkan komitmen kami untuk menyampaikan manfaat perjalanan yang luar biasa pada skala kepada pangkalan pelanggan kami yang besar dan yang pesat berkembang. Orang ramai di seluruh dunia mahu bercuti dan melancong lagi, dan adalah menjadi harapan agar ia akan menjadi satu kenyataan bagi kebanyakan orang dalam masa terdekat. Memperolehi perniagaan perjalanan dan ganjaran bagi cxLoyalty akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada berjuta-juta pelanggan Chase kami apabila mereka sudah bersedia, selesa dan yakin untuk melakukan perjalanan,” kata Marianne Lake, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pinjaman Pengguna di JPMorgan Chase.

cxLoyalty adalah sebuah syarikat penyelesaian kesetiaan dan teknologi terkemuka dengan pengalaman lebih dari 40 tahun. Kepakaran mereka di dalam mereka, mentadbir dan memenuhi program kesetiaan melengkapkan reputasi JPMorgan Chase dalam menyediakan nilai yang tinggi dan berbeza kepada pelanggan. Urus janji itu dijangka dapat mempercepatkan asas yang mantap yang dibina di dalam kesetiaan, termasuk untuk platform Ultimate Rewards Chase dan klien cxLoyalty yang sedia ada, bagi membolehkan satu perjalanan melancong yang lebih holistik dari hujung ke hujung untuk semua pelanggan. Jenama cxLoyalty dan perhubungan pelanggan yang sedia ada akan terus dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif cxLoyalty Group Todd Siegel.

“JPMorgan Chase adalah rakan yang tepat untuk melabur lebih jauh di dalam perniagaan kesetiaan terkemuka kami,” kata Todd Siegel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi cxLoyalty. “Perkongsian ini membolehkan kami untuk mengukuh dan memperluaskan penyelesaian teknologi kami, kandungan ganjaran dan pengalaman pelanggan diperibadikan yang bertaraf dunia untuk pelanggan Fortune 500 kami dan berjuta-juta pelanggan mereka, di seluruh dunia.”

Cik Lake menambah, “Kami mengalu-alukan Todd dan cxLoyalty ke JPMorgan Chase, dan menanti-nantikan untuk mencipta lebih banyak nilai bagi pelanggan dan klien kita yang dikongsi bersama.”

Pelanggan kad kredit JPMorgan Chase akan terus menggunakan Ultimate Rewards seperti biasa dan dari semasa ke semasa, akan mendapat akses kepada pengalaman perjalanan yang lebih baik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14142

FUQING MERAIKAN PENCAPAIAN HEBAT SELAMA 30 TAHUN



FUQING, China, 29 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 26 Disember, 1990, Fuqing, yang sebelum ini merupakan sebuah daerah, telah diluluskan sebagai sebuah bandar raya peringkat daerah bagi Fuzhou oleh Majlis Negeri itu. Sejak itu Fuqing telah memasuki satu era sejarah yang baharu, dengan memulakan satu perjalanan pembangunan yang gemilang.

Kini menduduki tempat ke-15 di antara 100 daerah teratas di negara itu dan yang kedua di wilayah Fujian, Fuqing telah membangun menjadi sebuah bandar raya perindustrian yang mantap dari sebuah daerah pertanian yang besar, dengan KDNK wilayah meningkat sebanyak kira-kira 95 kali ganda sepanjang tiga dekad yang lalu. Meneruskan satu momentum pembangunan yang kukuh pada tahun ini, bandar raya itu telah menduduki tempat pertama di dalam bandar raya Fuzhou dalam penilaian “pembangunan lonjakan yang didorong oleh projek” dan daya tarikan pelaburan.

Tiga puluh tahun yang lalu, tidak terdapat sebarang lebuh raya atau landasan kereta api, dan bandar raya itu mempunyai satu daripada rangkaian jalan raya yang paling kurang sesak di bandar raya itu. Hari ini, pelabuhan Jiangyin menghubungkan bandar raya itu dengan seluruh dunia, lebuh raya dan landasan kereta api menyediakan akses yang pantas ke dalam dan ke luar bandar raya itu, dan kepadatan bagi rangkaian jalan raya adalah yang paling tinggi di bandar raya Fuzhou. Ia juga ditetapkan sebagai sebuah Bandar raya Beradab Nasional dan sebuah Bandar raya yang Sesuai Didiami di China pada tahun 2020.

Tiga puluh tahun yang lalu, Fuqing hanya mempunyai sebuah ambulans. Hari ini, penduduk tempatan dapat menikmati perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi berdekatan kediaman mereka, ketika bandar raya itu telah mula membina hospital Kelas A, Gred III mereka yang pertama dan Hospital Bandar raya Fuqing telah menjadi sebuah hospital yang bergabung dengan Universiti Perubatan Fujian. Bandar raya itu banyak melabur di dalam pendidikan, perkhidmatan penjagaan umur tua, dan kemudahan kebudayaan, termasuk sebuah stadium, sebuah pusat kebudayaan dan seni, dan sebuah muzium, yang membawa manfaat yang lebih besar kepada penduduk tempatan.

Apa yang telah dicapai oleh Fuqing hanya merupakan permulaan bagi sebuah masa depan yang lebih makmur, dan akan terus maju dengan pencapaian baharu.
 
SUMBER: Pusat Media Pertumpuan Fuqing

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14143

Tuesday, December 29, 2020

​BLACK EYED PEAS MENGGALAKKAN PEMINAT UNTUK #PLAYAPARTTOGETHER BAGI MUSIM PERCUTIAN DALAM KEMPEN SOSIAL BERSAMA ZYNGA

Pelopor Rakaman Platinum Berkongsi Mesej Rasa Terima Kasih dan Penjarakan Sosial Untuk Satu Musim Percutian yang Selamat, sebagai Sebahagian daripada Kempen Industri Permainan yang Berterusan


SAN FRANCISCO, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --

Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  
https://www.businesswire.com/news/home/20201224005018/en/
 
SIAPA:
Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, sedang bekerjasama dengan artis rakaman terkenal antarabangsa, Black Eyed Peas untuk berkongsi kepositifan, galakan dan harapan untuk musim percutian ini.

APA:
Sebagai satu kesinambungan bagi inisiatif industri permainan yang telah memenangi anugerah, #PlayApartTogether, Black Eyed Peas telah merakamkan kata-kata semangat dan harapan untuk satu musim percutian yang sihat dan selamat. Ahli pengasas bagi kumpulan pemenang anugerah Grammy itu, Taboo, telah membuat video peribadi yang akan dikongsi melalui rangkaian #PlayApartTogether bagi lebih daripada 80 syarikat permainan video di seluruh dunia, dengan membawa cahaya, kemesraan dan gaya Black Eyed Peas yang terkenal ke musim percutian yang belum pernah terjadi sebelum ini.

PETIKAN:
“#PlayApartTogether dimulakan sebagai satu usaha untuk mengaktifkan audiens yang luas, yang terlibat di dalam permainan untuk membantu memerangi penyebaran COVID-19 dan saling menjaga di antara satu sama lain,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Kami sangat bersyukur kerana Black Eyed Peas, yang impaknya terhadap budaya dan muzik tidak dapat diukur, membawa kata-kata mereka yang penuh tenaga dan inspirasi kepada pergerakan itu sehingga kita dapat menuju ke satu tahun baharu pada satu titik kejayaan. Kekal kuat, kekal selamat dan kekal optimis, dan ingat bahawa kita semua bersama di dalam perjuangan ini.”

LATAR BELAKANG:
#PlayApartTogether adalah satu inisiatif industri permainan global yang menggalakkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah pencegahan lain yang sangat kuat di dalam memerangi COVID-19 kepada audiens pemain global yang luas. Dipelopori oleh Zynga dan berkembang menjadi lebih daripada 60 syarikat yang mengambil bahagian, #PlayApartTogether telah menyediakan maklumat penting, hiburan dan perhubungan penjarakan fizikal kepada pemain di seluruh dunia.

ASET SOKONGAN:
Aset visual sokongan boleh didapati di: http://bit.ly/PATHoliday
 
Maklumat mengenai Zynga
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan, antara lain, dengan penyertaan Black Eyed Peas di dalam inisiatif #PlayApartTogether. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan seringkali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “ujuran,” “dirancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang lazimnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidaktentuan, dan andaian yang signifikan. Kebergantungan yang tidak wajar tidak harus diletakkan kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan pada maklumat yang ada kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidaktentuan dan andaian ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci di dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau laman web SEC di  www.sec.gov.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14140

Monday, December 28, 2020

PENYELESAIAN HYTERA POC MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN UNTUK INDUSTRI KESELAMATAN PERSENDIRIAN

Penyelesaian Komunikasi Hytera PoC untuk Keselamatan Persendirian (Grafik: Business Wire)

SHENZHEN, China, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Penyelesaian Hytera PoC direka untuk membantu industri keselamatan persendirian dalam memastikan keselamatan dan perlindungan bangunan, barang berharga dan orang ramai dengan melakukan rondaan, keselamatan dan pemantauan premis, mengawal wang tunai atau barangan berharga yang lain dalam perjalanan, dan melindungi orang kenamaan.

Keselamatan adalah keutamaan. Pengawal keselamatan harus bertindak balas dengan cepat terhadap ancaman dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan tanpa menjejaskan keselamatan harta benda atau kakitangan. Oleh itu, komunikasi yang pantas dan cekap adalah sangat penting.

PENYELESAIAN HYTERA POC MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN UNTUK INDUSTRI KESELAMATAN PERSENDIRIAN

Friday, December 25, 2020

10 SYARIKAT KORPORAT BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM5 JUTA


 

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM5,075,979.47 daripada 10 buah syarikat korporat dalam Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2020 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 


Berikut adalah 10 buah syarikat yang menunaikan Zakat Perniagaan mereka pada majlis hari ini:
  1. Edotco Malaysia Sdn Bhd - RM540.000.00
  2. Edgenta Propel Berhad - RM1,089,151.55
  3. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur - RM300,000.00
  4. Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi Sdn Bhd (PICOMS) - RM100,000.00
  5. Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad - RM111,647.04
  6. Koperasi Tenaga Nasional Berhad - RM287,959.11
  7. KPJ Healthcare Berhad & KPJ Tawakkal Kuala Lumpur - RM450,000.00
  8. MIDF Berhad - RM273,070.20
  9. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - RM1,500.000.00
  10. Sirim QAS International Sdn Bhd - RM424,151.57
Penganjuran Majlis Penyerahan Zakat Korporat 2020 ini bertujuan sebagai galakan kepada syarikat korporat lain untuk membayar zakat perniagaan mereka bagi membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi dalam musim pandemik Covid-19 kini. Dalam tempoh Januari hingga November  2020, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM94,051,832.48 berbanding tahun lepas RM88,244,972.60 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 7 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua syarikat korporat yang telah membayar zakat di PPZ-MAIWP.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14139

Thursday, December 24, 2020

GRAVITY NEOCYON SECARA RASMI MELANCARKAN 'ACTION RO2: SPEAR OF ODIN' DI RANTAU ASIA TENGGARA PADA 22 DISEMBER

 


  • RPG aksi pertama Gravity Neocyon dengan menggunakan IP Ragnarok
  • Untuk diservis dalam bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris di Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, dan Australia
  • Harapan meningkat dengan lebih 230,000 pra-pendaftaran diterima sejak 8 Disember
SEOUL, Korea Selatan, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gravity Neocyon Inc., sebuah anak syarikat Gravity, mengumumkan pelancaran rasmi bagi RPG baharu mereka ‘Action RO2: Spear of Odin’ pada 22 Disember di Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, dan Australia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201222005764/en/
 
Action RO2: Spear of Odin, sebuah permainan yang telah dibangunkan dan diservis oleh Gravity Neocyon, adalah RPG Aksi pertama yang menggunakan IP Ragnarok. Ia dicirikan oleh pemandangan aksi yang menarik.

Permainan ini menjadi tumpuan dengan lebih 230,000 pra-pendaftaran diterima sejak 8 Disember dari pasaran Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, dan Australia.

Seorang dalam di Gravity Neocyon berkata, “Ketika ramai pengguna menyatakan harapan mereka, kami akan menyediakan mereka dengan keseronokan yang berkualiti tinggi yang diharapkan dari permainan yang menggunakan IP Ragnarok. Bersama dengan adegan aksi yang mengagumkan; permainan ini menawarkan satu sistem serbuan yang membolehkan pengguna untuk menikmati bermain permainan itu dengan rakan mereka.”

Bagi meraikan pelancaran Action RO2: Spear of Odin, Gravity Neocyon mengadakan beberapa acara dalam permainan dan komuniti. Di antara 22 Disember dan 5 Januari tahun depan, pengguna boleh memasuki acara “Spin the Wheel” dengan memperoleh token tertentu ketika memainkan permainan itu. Acara lain termasuk satu acara log masuk khas, iaitu untuk menyampaikan kepada pengguna dengan ganjaran kerana bermain permainan itu setiap hari, serta acara “Hot Time” dan acara “Push” yang menawarkan faedah yang berkaitan dengan kad permainan.

Dari 22 Disember hingga 30 Disember, acara “Apa yang akan anda lakukan terlebih dahulu” akan diadakan di mana pengguna memilih tahap permainan, kad, dan peralatan yang akan mereka tingkatkan terlebih dahulu dan memenangi item yang menerima undian terbanyak. Di samping itu, satu acara Krismas akan diadakan dari 23 Disember hingga 28 Disember dan hadiah akan disampaikan secara rawak kepada pemain.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14135

Lithium Werks Menjual Unit Perniagaan Modular Kepada Lithion Power Group

 Lithium Werks memisahkan perniagaan modul Valence™ untuk memberikan fokus kepada pengeluaran Sel terkemuka dunia, portfolio paten LFP, penyelesaian tersuai, dan R&D baharu.


AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 23 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks, peneraju global dalam pengeluaran, teknologi dan harta intelektual sel Ferum Fosfat Litium, mengumumkan bahawa mereka telah menjual modul Valence™ dan aset BMS miliknya kepada Lithion Power Group, sebuah pengeluar sel dan pek bateri boleh cas semula dan tidak boleh cas semula yang disepadukan secara vertikal.

Hasil jualan tersebut, Lithium Werks akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam membangunkan bahan Nanophosphate™ yang “terbaik dalam kelasnya”, pengeluaran sel, penyelesaian OEM tersuai, meningkatkan R&D, dan mengembangkan dan mengukuhkan lagi portfolio paten katod Ferum Fosfat Litium (LFP) miliknya.

Permintaan yang semakin meningkat wujud untuk teknologi eksklusif Lithium Werks daripada pelbagai sektor industri pada peringkat global.Urus niaga ini akan memudahkan fokus berterusan Lithium Werks dalam memenuhi permintaan ini.

T. Joseph Fisher, III, CEO dan Pengasas Bersama Lithium Werks, B.V., berkata:

“Tindakan ini akan menajamkan fokus kami untuk dapat menyampaikan kepada pelanggan semasa dan masa depan kami serbuk dan sel Nanophosphate™ kami yang paling berkuasa dan tahan lama, bukan sahaja untuk vertikal sedia ada kami seperti perindustrian, perubatan dan sokongan UPS, tetapi juga dengan kejelasan strategi baharu untuk aplikasi yang kritikal untuk misi termasuk penyimpanan tenaga dan vertikal pengangkutan dengan penyelesaian tersuai.Kami tidak sabar menantikan pertumbuhan dan perkembangan berterusan sebagai pembekal sel berbentuk silinder Nanophosphate™ termaju, serta memperkenalkan faktor bentuk dan saiz baharu yang lain untuk aplikasi yang memerlukan Power.Safety.Life.™ bagi bahan katod Nanophosphate™ yang dibangunkan MIT kami.”

Lithium Werks memiliki portfolio paling menyeluruh di dunia bagi bahan, sel, paten LFP Harta Intelektual dan produk Ferum Fosfat Litium.Lithium Werks beroperasi di China, Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.lithiumwerks.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14137


Wednesday, December 23, 2020

KUMPULAN APTORUM MENGUMUMKAN PENYERAHAN UNTUK PERMOHONAN UJIAN KLINIKAL BAGI ALS-4, SEJENIS UBAT MOLEKUL KECIL YANG DIBERIKAN MELALUI MULUT UNTUK RAWATAN BAGI JANGKITAN YANG DISEBABKAN OLEH STAPHYLOCOCCUS AUREUS TERMASUK STAPHYLOCOCCUS AUREUS YANG TAHAN METHICILLIN (MRSA)

NEW YORK & LONDON & PARIS, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --


Berita  Kawal Selia:

Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM, Euronext Paris: APM) (“Kumpulan Aptorum” atau “Aptorum”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memberi tumpuan kepada teknologi baharu untuk rawatan bagi pelbagai keadaan perubatan termasuk penyakit berjangkit, telah mengumumkan bahawa syarikat itu, melalui anak syarikat miliknya sepenuhnya Aptorum International Limited, telah mengemukakan Permohonan Ujian Klinikal (CTA) dengan Agensi Kesihatan Awam Kanada (Health Canada) untuk menjalankan satu ujian klinikal Fasa 1 bagi ALS-4, sejenis ubat molekul kecil yang diberikan melalui mulut untuk rawatan bagi jangkitan yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus termasuk Staphylococcus aureus yang tahan Methicillin (MRSA). Sementara menunggu kelulusan Health Canada, ujian Fasa 1 itu direka untuk menguji keselamatan, toleransi dan farmakokinetik bagi ALS-4 terhadap sukarelawan yang sihat.

Dr. Clark Cheng, Ketua Pegawai Perubatan dan Pengarah Eksekutif bagi Kumpulan Aptorum, berkata: “Susulan kepada kemas kini kami sebelum ini pada September 2020, kami dengan sukacita ingin mengumumkan penyerahan CTA ini yang merupakan satu kejayaan besar bagi  perkembangan program antimikrobial ALS-4 kami. ALS-4 adalah satu molekul kecil baharu yang mengambil satu pendekatan anti-virulens (bukan antibiotik) untuk menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi yang semakin meningkat yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus. ALS-4 adalah sejenis ubat yang diberikan melalui mulut dan dengan itu selaras dengan dasar penjagaan kesihatan global untuk secara aktif mempromosikan pertukaran daripada IV kepada rawatan antimikrobial1,2,3 yang berasaskan mulut. Seperti yang ditunjukkan di dalam data praklinikal dalaman kami dan tertakluk kepada ujian klinikal selanjutnya, ALS-4 berpotensi untuk digunakan secara kendiri atau digabungkan dengan antibiotik yang sedia ada (contohnya, vancomycin) dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kematian dan morbiditi di kalangan pesakit yang dijangkiti terutamanya dalam kes yang teruk. Kami percaya bahawa ubat ALS-4 yang diberikan melalui mulut juga berpotensi untuk menangani pelbagai jangkitan yang disebabkan oleh Staphylococcus aureus, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) bakteremia MRSA dan jangkitan kulit & tisu lembut, tertakluk kepada ujian klinikal masing-masing.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14132

"SUKAN DAN TEKNOLOGI" MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN INDUSTRI SUKAN YANG BERKUALITI TINGGI DI GUANGXI

 


Table

Pengunjung mengalami satu permainan berbasikal​


FANGCHENGGANG, China, 23 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Pembangunan Berkualiti Tinggi Karnival Pelancongan Sukan China-ASEAN telah diadakan pada 19 Disember, 2020 di Fangchenggang, Guangxi, dengan tema “menggalakkan pertumbuhan berkualiti bagi industri sukan dan memupuk satu corak pembangunan baharu”. Berikutan aktiviti seperti “Jelajah Musim Sejuk di Guangxi” dan “Sukan Ekologi Hijau di Guangxi”, lebih daripada 40 acara sukan utama di atas ketinggian bandar akan diadakan di wilayah itu. Acara-acara ini terutamanya ditujukan kepada masyarakat umum, termasuk maraton, bola keranjang, pingpong, dan bola sepak, untuk memenuhi keperluan kecergasan orang ramai yang pelbagai. Adalah dianggarkan bahawa Karnival itu akan mengumpulkan lebih 250,000 orang peserta (orang-waktu), menurut Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang.
 
Pada persidangan itu, Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Kerajaan Perbandaran Fangchenggang, Beijing Liandong Investment (Group) Co., Ltd., dan Kumpulan KAILAS untuk bekerjasama rapat bagi membina sebuah taman industri sukan yang sihat, mengintegrasikan sukan dan pendidikan , dan meningkatkan operasi acara sukan, dan pada masa yang sama berusaha untuk membangunkan sebuah “tanah tinggi baharu” bagi pengembangan industri sukan.

“Memacukan model penggunaan sukan yang baharu dengan teknologi digital dan menggalakkan pendigitalan dan kepintaran bagi industri sukan adalah satu bahagian penting bagi pembangunan industri yang berkualiti tinggi,” kata Li Changzhu, naib presiden bagi Pengguna BG Huawei, pada persidangan itu.

“Teknologi mengubah kehidupan kita” adalah satu slogan yang terkenal. Sains dan teknologi adalah juga penting kepada sukan. “Oleh kerana orang ramai lebih menyedari mengenai betapa pentingnya kesihatan, terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk pengurusan sukan dan kesihatan saintifik,” kata Li, dan ini telah menyediakan syarat-syarat yang kondusif untuk transformasi digital bagi industri sukan.

Pada majlis perasmian itu, peralatan kesihatan pintar seperti robot badminton, basikal AR, dan pendayung dalaman AR mengumpulkan sambutan hebat di dalam dewan pameran. Di antaranya, basikal AR mencirikan pengurusan dalam talian tepat masa bagi data menunggang pengguna, dan pengguna boleh bekerjasama untuk latihan atau pertandingan dalam talian melalui permainan berbasikal terbina dalam, yang merupakan satu senaman latihan yang menghiburkan.

Bao Mingxiao, seorang profesor di Beijing Sport University, berpendapat bahawa “teknologi dan sukan” dapat mengukur latihan, dan ketepatan dan data latihan yang pelbagai yang dihasilkan dalam tepat masa oleh peranti pintar boleh dianalisis untuk membangunkan satu cara saintifik dalam melakukan latihan. 

“Selepas wabak itu, semakin ramai orang telah menyedari bahawa senaman bukan sahaja satu ‘ubat yang baik’, tetapi juga sebuah ‘vaksin’ asas yang semula jadi dengan keberkesanan yang selamat dan berkekalan,” kata Bao.
 
Sumber: Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=380979
 
   Kapsyen: Pengunjung mengalami satu permainan berbasikal
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=380991
 
   Kapsyen: Pengunjung bermain badminton dengan robot

Tuesday, December 22, 2020

LEDDARTECH MENGEMBANGKAN KERJASAMANYA DENGAN RENESAS UNTUK MEMPERCEPAT PEMANDUAN BERAUTONOMI DAN PEMBANGUNAN ADAS

QUEBEC CITY, 21 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam teknologi penderiaan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) Tahap 1-5 dan pemanduan automatik (AD) mengumumkan kerjasama yang diperkukuh bersama Renesas dengan menyertai R-CarConsortium, dan kerjasama baharu pada pembangunan dan promosi platform rujukan ADAS automotif. Platform ini menggabungkan tindanan pergabungan penderia data mentah utama industri LeddarTech dan teknologi LiDAR dengan R-Car V3U yang baru sahaja dilancarkan oleh Renesas – cip pada sistem (SoC) ASIL D untuk sistem ADAS dan AD yang terbaik dalam kelasnya.


Renesas sudah pun melabur dalam pembangunan dan pengeluaran SoC LeddarTech untuk LeddarEngine™, yang terdiri daripada SoC LiDAR paling maju dan bersepadu, LCA2 dan LCA3, serta perisian ukuran LiDAR yang disertakan. SoC ini menguasakan pengerahan besar-besaran didayakan LiDAR yang paling mesra kos bagi penggunaan ADAS kereta penumpang tahap 2 dan 3 serta pelbagai jenis penggunaan mobiliti dan industri.

Platform rujukan ADAS automotif ini mengembangkan kerjasama syarikat kepada tahap sistem dengan penyelesaian pergabungan penderia yang terpakai untuk kamera dan sistem berasaskan penderia RADAR serta sistem yang menambahkan LiDAR untuk menyampaikan keselamatan dan prestasi yang lebih tinggi. Peningkatan ini dicapai dengan seni bina yang mementingkan perisian dan boleh lanjut yang serasi dengan pemproses R-Car V3U dan peta jalan Renesas.

“Kerjasama yang dikembangkan dengan LeddarTech dalam projek ini memperkenalkan sistem ADAS berprestasi lebih tinggi yang dioptimumkan untuk kuasa dan kos yang serasi dengan pengerahan volum tinggi pada pasaran,” kata Tomomitsu Maoka, Naib Presiden Kanan, Naib Pengurus Besar, Unit Perniagaan Penyelesaian Automotif dari Renesas. “Gabungan teknologi pergabungan penderia dan teknologi LiDAR LeddarTech dalam model platform terbuka dan teknologi Renesas V3U R-Car akan membantu pelanggan kami membangunkan penyelesaian nilai tambahan dan dibezakan dalam pasaran ADAS & AD yang berkembang pesat ini.”

“Renesas ialah peneraju pasaran dalam pemproses automotif,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. “Kerjasama kami pada projek ini mempercepat pengenalan sistem ADAS yang lebih selamat dan cekap kos kepada pasaran yang menawarkan pengalaman pengguna yang dipertingkat.” Beliau meneruskan, “penyelesaian ini juga mendayakan perisian untuk platform ADAS & AD yang boleh dilanjutkan dan dinaik taraf, mempercepat inovasi dan kitaran pembangunan seterusnya.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14125

DOKUMENTARI CHINA: MENCARI ASAL USUL PERADABAN ORANG CHINA

 


 Table

“Tempoh Musim Bunga dan Musim Luruh” di dalam Episod 1 CHINA, Confucius sedang mengajar upacara ritual kepada pengikut beliau.


CHANGSHA, China, 22 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Menjejaki sungai yang panjang bagi sejarah yang menjangkau lima ribu tahun, apakah kuasa, untuk menyatukan bersama kesemua kumpulan etnik di bumi China itu dan berdiri sebagai satu? Di dalam evolusi sejarah itu, sebuah China yang cukup besar yang mengalami perubahan dinasti yang dikemukakan kepada kita, sedangkan di manakah “Budaya China” yang abstrak dan tidak dapat dilihat? Seseorang mungkin akan menemui jawapan itu di dalam dokumentari CHINA yang dihasilkan oleh pasukan peringkat atasan itu dengan usaha selama lima tahun.

Dokumentari CHINA (Musim 1) yang sangat popular itu di Mango TV dan Hunan TV menceritakan mengenai kisah-kisah dari dinasti pra-Qin sehingga kepada dinasti Tang dalam susunan kronologi, termasuk pembentukan awal bagi pemikiran oleh ahli falsafah terkenal di dalam dinasti pra-Qin, penyatuan oleh enam buah kerajaan dan pembentukan perlembagaan awal negara semasa dinasti Qin, pengembangan perhubungan bagi pertumpuan di antara kumpulan etnik dan budaya Tang yang mempunyai ciri-ciri dalam mencari persetujuan dan pada masa yang sama tidak meneruskan perbezaan dan inklusif. Tembok kota dan parit pertahanan pada musim bunga dan musim luruh, istana-istana di dalam dinasti Qin, lukisan fresko di Dunhuang dan skrin lipat di dalam dinasti Tang yang penuh makmur, setiap bingkai boleh dipuji sebagai sebuah hasil fotografi mereka yang tersendiri. Dengan menambahkan muzik yang hebat dan monolog yang mengasyikkan, peradaban China itu yang berusia lima ribu tahun diperkenalkan kepada penonton.

Ketua bagi pengarah Li Dongkun dan ketua penulis iklan Deng Jianyong bagi dokumentari ini juga merupakan pelakon bagi dokumentari Koridor Hexi (Gansu) yang mendapat pujian itu,  dan ketua bagi pengarah bersamanya Zhou Yan juga merupakan pengarah eksekutif bagi The Rise of the Great Powers. Pengarah visual dan pengarah fotografi Luo Pan adalah penerima anugerah bagi “Hadiah Golden Cup”, anugerah sinematografi terbaik; beliau juga merupakan ahli ketiga dari China yang menyertai Persatuan Sinematografi Amerika. Muzik latar di dalam dokumentari ini adalah oleh ahli muzik Jepun Shigeru Umebayashi, yang juga merupakan ahli muzik tetap bagi pengarah Wang Jiawei dan juga ahli muzik bagi filem-filem terkenal seperti In the Mood for Love, 2046, House of Flying Daggers, Curse of the Golden Flower dan Fearless.
 
Sumber: Mango TV
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=380886
 
   Kapsyen: “Tempoh Musim Bunga dan Musim Luruh” di dalam Episod 1 CHINA, Confucius sedang mengajar upacara ritual kepada pengikut beliau.

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=380888
 
   Kapsyen:  “Zaman Keemasan” di dalam Episod 12 CHINA, muzik dan tarian Imperial dalam dinasti Tang

PERINTIS LOGISTIK ASIA TENGGARA ZEEK MENGUMPULKAN PEMBIAYAAN AS$10 JUTA WALAUPUN MENGHADAPI KESUSAHAN PASARAN


 

Transformasi bagi Penyampaian Ekosistem sedang Dijalankan


HONG KONG, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zeek, syarikat permulaan teknologi logistik yang bertumpukan di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kira-kira AS$10 juta dalam pembiayaan Siri Pra-A dari pelabur strategik dan dana pelaburan serantau. Pembiayaan baharu itu akan digunakan oleh Zeek untuk pengembangan seterusnya di pasaran Asia Tenggara, peningkatan dan penyempurnaan bagi teknologi pengurusan logistik dan aplikasi analisis data. Pusingan terbaharu bagi pembiayaan itu membawa jumlah pendanaan Zeek yang dikumpulkan kepada kira-kira AS$15 juta sehingga kini dari pelabur yang termasuk: SF Holding (SZSE: 002352), Kumpulan Chinachem, keluarga Kumpulan KHO Filipina, Dr. Lee Ka Kit, Pengerusi dan Pengarah Urusan bagi Henderson Land (SEHK: 0012) dalam pelaburan persendirian, Perbadanan Dana Teroka Inovasi dan Teknologi bagi Kerajaan SAR Hong Kong, HKSTP Ventures, Elite Time Limited, Radiant Tech Venture Fund LP, Caelus Asset Management, SQ Capital Ventures dll. SQ Capital Partners bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Zeek untuk pusingan pembiayaan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20201217006219/en/
 
KK Chiu, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zeek berkata, “Pandemik itu telah membawa perubahan drastik di dalam tingkah laku pengguna. Banyak peniaga konvensional ingin mempercepatkan transformasi digital untuk mengatasi perubahan tersebut. Pada tiga suku pertama tahun 2020, Zeek telah menangani lebih tiga juta pesanan penghantaran, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 100% tahun-ke-tahun. Sumber tenaga manusia telah meningkat sebanyak 50% untuk menangani pesanan yang melonjak. Adalah dianggarkan bahawa menjelang tahun 2023, saiz pasaran bagi sektor Makanan & Minuman dan barangan isirumah akan mencapai 2.6 bilion, dengan kadar pertumbuhan tahunan tidak kurang dari 10% dan pendapatan kasar meningkat kepada AS$100 bilion. Pusingan pembiayaan ini akan membantu peluasan kami bagi aplikasi logistik pintar kepada lebih banyak industri dan menjanakan pengembangan kami di Asia Tenggara di mana penerobosan Internet dan pengguna muda sangat besar dan pertumbuhan pesat bagi penggunaan dalam talian sedang berjalan.”

Memanfaatkan data besar dan teknologi untuk memberi nafas baharu kepada industri logistik

Ditubuhkan oleh Kin Shun Information Technology Limited pada tahun 2017, Zeek telah memberi tumpuan kepada penyediaan teknologi logistik pintar yang dipacu oleh data kepada pedagang Asia Tenggara dengan penyelesaian yang merangkumi pengurusan pesanan dalam talian, pengurusan kapasiti penghantaran, analisis data besar dan peningkatan operasi O2O untuk pelbagai industri: “Penghantaran Makanan & Minuman Zeek” untuk penghantaran makanan segera, “ZeekDash” untuk penghantaran O2O Titik-ke-Titik, dan “Zeek2Door” untuk penghantaran Bungkusan e-Dagang. Pelanggan Zeek terdiri daripada jenama Makanan & Minuman lima teratas di dunia dan rantaian makanan segera, pasar raya dan gedung serbaneka terkemuka, rangkaian kedai serbaneka, platform dalam talian, dll. Ditubuhkan di Hong Kong, Zeek telah dengan cepat mengembangkan kehadiran perniagaan mereka di Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia dan merancang untuk membuka perniagaan di Taiwan, Filipina dan Indonesia pada tahun 2021.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14121

JUARA MERENTASI ENAM SEKTOR TENUSU, YILI BERKUMPUL DENGAN RAKAN-RAKAN GLOBAL MEREKA UNTUK MERAIKAN SATU TAHUN YANG LUAR BIASA

Persidangan Rakan-rakan Utama Yili

BEIJING, 22 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Rakan-rakan Utama Yili 2021 telah diadakan dalam gaya hebat dari 8 hingga 12 Disember, 2020 di Sanya, Hainan. Semasa persidangan itu, rakan-rakan perniagaan global Yili telah berkongsi pencapaian luar biasa mereka untuk tahun 2020 serta visi mereka bagi tahun 2021.

Tahun 2020 telah menyaksikan kejayaan Yili dalam sebanyak enam sektor tenusu. Menurut analisis pasaran Nielsen dan Kantar, unit perniagaan susu cair (susu mentah) Yili terus menerajui industri itu; unit perniagaan aiskrim mereka menduduki tempat pertama untuk tahun ke-28 berturut-turut dari segi pengeluaran dan penjualan; unit perniagaan susu tepung Xinhuo, unit perniagaan yogurt Changqing, dan unit perniagaan minuman sihat Fairly Spry100% kesemuanya mengekalkan kedudukan nombor satu mereka di dalam kategori produk mereka masing-masing; dan unit perniagaan keju Yili telah secara drastik meningkatkan prestasi mereka.

Mencerminkan prestasi luar biasa bagi setiap unit perniagaan dan walaupun terdapat trend menurun secara umum, Yili telah meningkat dengan stabil pada tiga suku pertama dan menjanakan pendapatan sebanyak RMB 73.77 bilion.

2020: Pertumbuhan luar biasa walaupun trend pasaran menurun, Pengeluar Tenusu 5 Teratas Global yang baharu

Dalam konteks bagi kemerosotan ekonomi yang suram pada tahun 2020, Yili telah bekerjasama rapat dengan rakan-rakan mereka dan berusaha untuk mengenal pasti peluang-peluang baharu bagi pengembangan perniagaan seterusnya dan titik pertumbuhan baharu, yang menghasilkan di dalam pencapaian yang terpuji.

Walaupun pasaran secara keseluruhan menunjukkan satu arah aliran yang menurun, unit perniagaan susu cair (susu mentah) Yili telah mencapai peningkatan di dalam bahagian pasaran dan hasil penjualan mereka. Ia mengekalkan bahagian pasaran terbesar selama tujuh tahun berturut-turut dan menjamin kadar penembusan jenama paling tinggi untuk tahun keenam berturut-turut.

Unit perniagaan aiskrim Yili, yang telah melancarkan lebih 1000 kategori produk, telah mengetuai industri itu dari segi pengeluaran dan penjualan. Chocliz terus menjadi jenama aiskrim paling terkenal di China dan merebut bahagian pasaran terbesar dan menjamin kadar penembusan pasaran paling tinggi. Di samping itu, Gemice menonjol di antara pelbagai jenama aiskrim mewah di China.

Jinlingguan, unit perniagaan susu tepung Yili, telah menjadi satu daripada jenama utama di dalam sektor itu dan menikmati kadar pertumbuhan yang jauh lebih pantas daripada purata industri. Siri Seine Mouiller, yang berada di bawah jenama Jinlingguan, bahkan menggandakan pertumbuhan mereka tahun ke tahun. Unit perniagaan itu mengekalkan bahagian terbesar mereka di dalam pasaran susu tepung untuk pengguna dewasa dan warga emas, dengan terus meningkatkan kesedaran jenama.

Dengan mempercepatkan inovasi, unit perniagaan yogurt Yili mengekalkan kekuatan jenama terbesar mereka di dalam sektor yogurt bersuhu rendah untuk tahun kelima berturut-turut dengan produk Changqing mereka. Dengan inovasi terkemuka, siri Meiyitian telah mencipta satu penanda aras baharu di dalam industri itu dan merebut bahagian pasaran yang terbesar.

Unit perniagaan keju Yili, yang memanfaatkan di atas wawasan mereka yang tepat dan inovasi yang positif, telah meningkatkan prestasi mereka pada tahun 2020, dengan mengekalkan pertumbuhan terkemuka di dalam industri dalam penjualan produk keju kanak-kanak dan orang dewasa.

Unit perniagaan minuman sihat Yili terus menerajui pasaran dan mengekalkan kuasa jenama terkemuka mereka untuk tahun keempat berturut-turut dengan produk Changyi mereka. Yiran Milk Minerals memperkayakan kategori produk mereka dan inikin mencapai titik pertumbuhan baharu di dalam perniagaan baharu mereka.

Kesemua unit perniagaan Yili membina momentum pertumbuhan yang mantap, yang meletakkan satu asas kukuh untuk peningkatan pesat bagi keseluruhan prestasi Yili. Penunjuk prestasi teras Yili terus menerajui industri tenusu Asia, dan diterjemahkan kepada peningkatan kuasa jenama. Yili melonjak kepada kedudukan lima teratas di dalam Laporan Tenusu Global Rabobank 2020, dengan menduduki tangga pertama di dalam industri tenusu Asia untuk tahun ketujuh berturut-turut, menduduki tempat teratas dalam senarai “Jenama Tenusu Paling Bernilai 10 Teratas” yang diterbitkan oleh Brand Finance, dan menduduki tempat pertama di dalam senarai BrandZ “Jenama China Paling Bernilai 100 Teratas” untuk tahun kelapan berturut-turut.

2021: Berganding bahu dengan rakan-rakan global untuk sebuah ekosistem tenusu kesihatan

Sepanjang beberapa tahun itu, Yili telah sentiasa mematuhi prinsip manfaat dan keuntungan bersama. Pada masa yang sama, ia telah secara aktif mempromosikan kerjasama yang lebih mendalam di seluruh rantaian industri kesihatan global untuk mewujudkan sebuah ekosistem industri kesihatan.

Setakat 31 Oktober 2020, Yili telah melaburkan RMB 63.612 bilion di dalam membiayai 6,987 rakan huluan dan hiliran di dalam rantaian industri itu. Sepanjang lima tahun akan datang, Yili akan melabur RMB 30 bilion lagi untuk menyokong syarikat-syarikat huluan di dalam industri tenusu dan mempromosikan pembangunan bagi keseluruhan rantaian industri, sehingga memperkasakan industri tenusu global.

Hari ini, rakan-rakan Yili berasal dari 33 buah negara merentasi lima benua dan membentuk kekuatan teras di dalam pembinaan sebuah “ekosistem kesihatan global”. Secara konsisten mengutamakan kualiti terlebih dahulu, Yili akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di dalam dan luar negara untuk mencari inovasi seterusnya dalam kategori seperti susu cair (susu mentah), susu tepung, aiskrim, yogurt dan keju untuk memberikan pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang lebih baik.
 
Sumber: Kumpulan Yili

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=380827

Kapsyen: Persidangan Rakan-rakan Utama Yili

--BERNAMA

SPOTIFY AKAN DILANCARKAN DI KOREA SELATAN PADA SEPARUH PERTAMA 2021

NEW YORK & SEOUL, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan perkhidmatan mereka di Korea Selatan pada separuh pertama tahun 2021. Perkhidmatan langganan penstriman audio yang paling popular di dunia itu akan memberikan akses kepada pendengar Korea kepada lebih dari 60 juta trek dan lebih 4 bilion senarai audio video. Pelancaran itu akan membolehkan artis-artis Korea untuk menjangkau kepada peminat muzik tempatan mereka, di samping 320 juta pendengar Spotify di seluruh dunia. Ia akan juga menghubungkan pendengar di Korea dengan artis dan muzik dari seluruh pelusuk dunia.

Sebagai satu daripada pasaran muzik utama yang paling pesat berkembang di dunia* dan pasaran muzik keenam terbesar di dunia**, Korea Selatan adalah kunci bagi Spotify di dalam misi mereka untuk memberikan satu juta artis kreatif dengan peluang untuk bergantung hidup kepada seni mereka dan berbilion peminat dengan peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripadanya. Spotify mahu membantu mempercepatkan pertumbuhan keseluruhan ekosistem penstriman muzik Korea, memberi manfaat kepada artis, label, pengedar dan peminat.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran kami yang akan datang di Korea Selatan, sebuah pasaran yang diiktiraf sebagai sebuah pusat bagi inovasi muzik, budaya dan teknologi,” kata Alex Norström, Ketua Pegawai Perniagaan Freemium bagi Spotify. “Spotify telah menjadi sebuah rakan kepada industri muzik Korea selama bertahun-tahun sekarang. Kami amat berbangga untuk menjadi bahagian daripada kisah global K-pop itu, dengan memaparkan genre pada platform kami dan membolehkan penemuannya di seluruh dunia, dari Asia sehingga ke Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Timur Tengah. Kami tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan rakan-rakan tempatan kami yang bernilai bagi mencungkil lebih ramai artis Korea, dan untuk menghubungkan mereka dengan peminat di Korea Selatan dan di seluruh dunia.”

Sejak Spotify melancarkan senarai audio video K-Pop mereka yang pertama pada tahun 2014, pendengar telah menstrimkan lebih daripada 180 bilion minit bagi genre itu dan menambahkan trek K-Pop kepada lebih daripada 120 juta senarai audio video Spotify. Bahagian pendengaran bagi K-Pop telah meningkat lebih daripada 2,000% dalam tempoh enam tahun yang lalu. Hari ini, hab genre K-Pop Spotify merangkumi pelbagai muzik Korea, termasuk K-pop, Hip Hop, Indie, OST, R&B dan banyak lagi, serta ‘RADAR Korea’, satu senarai audio video yang mendedahkan penemuan K-muzik segar dan sebahagian daripada program artis baru muncul global Spotify. Hab ini disetempatkan di lebih 64 buah negara, termasuk Rusia, India, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14118

Thursday, December 17, 2020

DAERAH NANSHA DI CHINA: BERSEDIA UNTUK BAKAT-BAKAT ANTARABANGSA

GUANGZHOU, China, 16 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pembangunan yang berkualiti tinggi di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau di  China sedang menarik bakat-bakat utama dunia untuk datang. Sebagai pusat geografi dan geometrik bagi Kawasan itu, daerah Nansha, yang terletak di Guangzhou, telah menjadi sebuah tempat berkumpulnya bakat, inovasi dan teknologi, yang menyediakan kutub pertumbuhan dan sumber kuasa untuk kerjasama global. Di sini pembentukan bagi sebuah lingkaran berbudi pekerti dan pembangunan lestari bagi persekitaran pengembangan bakat tidak hanya menjadi dasar yang tertulis, tetapi juga konsensus bagi semua sektor masyarakat.

Pada 14 Disember, 2020, Persidangan Bakat-bakat Antarabangsa Nansha telah bermula. Dalam persidangan itu, 69 orang telah dikenal pasti sebagai bakat-bakat terkemuka atasan di Daerah Nansha. Menurut rancangan pengenalan yang dilaksanakan oleh Daerah Nansha, setiap bakat ini boleh menerima subsidi penempatan semula minimum sebanyak RMB 2 juta atau sebuah pangsapuri bakat seluas 100 meter persegi.

Pada masa yang sama, Nansha secara rasminya telah mengeluarkan “20 Langkah-langkah bagi Pengumpulan Bakat-bakat Antarabangsa di Kawasan Baharu Nansha Guangzhou (Zon Perdagangan Bebas)”, dengan memberi tumpuan kepada hubungan untuk menarik, melatih, mengekal, dan memanfaatkan bakat-bakat antarabangsa, menyediakan sokongan dan jaminan yang menyeluruh dan rantaian keseluruhan melalui inovasi dan sokongan keusahawanan, subsidi penempatan semula dan keselamatan perumahan. Dalam acara tersebut, 6,500 tawaran kerja telah juga dikeluarkan di seluruh dunia, termasuk perusahaan dan institusi utama seperti Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (Guangzhou) dan Akademi Sains China. Sebilangan besar bagi jawatan itu mempunyai gaji tahunan di antara 300,000 hingga 800,000 RMB.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14109

Wednesday, December 16, 2020

"Pembaharuan" Bagi Sebuah Bandar Kecil Di China Melalui E-dagang Dan Penstriman Langsung

 DONGGUAN, China, 15 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--


Baru-baru ini, majlis pembukaan bagi Festival E-dagang Antarabangsa Humen ke-7 telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Humen di bandar raya Dongguan di wilayah Guangdong. Ia adalah sebuah platform pertukaran dan paparan perindustrian bagi Humen, sebuah bandar di China yang khusus di dalam industri pakaian wanita, untuk mempercepatkan pendigitalan bagi industri tradisional, meningkatkan kecekapan bagi rantaian bekalan dan untuk mengoptimumkan imej bagi jenama dan produk tempatan.
 
Pembangunan e-dagang dan penstriman langsung membantu menerobosi cerutan bagi industri tradisional, yang telah berlaku di bandar Humen di Dongguan di China.

“Epidemik tahun ini memberi hanya sedikit impak kepada industri itu. Seawal tahun 2017, beberapa kedai pakaian di Humen telah mula menjual produk melalui platform penstriman langsung, satu cara yang terbaik untuk memanfaatkan potensi penggunaan bagi bandar-bandar aras ketiga dan keempat di China. Itulah sebabnya kenapa industri tempatan dapat menahan risiko yang dibawa oleh wabak tersebut dan menyaksikan satu peningkatan di dalam volum jualan,” kata Wang Wei, pengerusi bagi Taman Perindustrian E-dagang Humen. Walaupun China memupuk satu paradigma pembangunan baharu dengan peredaran domestik sebagai tulang belakang dan peredaran domestik dan antarabangsa saling memperkukuhkan di antara satu sama lain, Humen di Dongguan sekali lagi berada di barisan hadapan bagi pembaharuan.

Yang Tao, pengarah eksekutif bagi Institut Penyelidikan E-dagang Shanghai United, percaya bahawa wabak itu telah mengubah tabiat membeli-belah pengguna dan permintaan bagi membeli-belah dalam talian telah meningkat dengan ketara. Data dan teknologi bagi platform e-dagang memainkan satu peranan penting di dalam memastikan aliran tanpa halangan di antara penawaran dan permintaan, pengeluaran dan penggunaan, yang membantu peredaran domestik China.

“Pada masa lampau, pengeluar bergantung kepada pengalaman perniagaan untuk menilai corak dan jumlah pengeluaran bagi produk pakaian. Sekarang, mereka dapat menguji dan prajual di platform e-dagang, dan berdasarkan kepada data prajualan, menganalisis sama ada corak itu mudah untuk dijual dan menentukan kuantiti bagi pengeluaran, sekali gus mengurangkan risiko stok,” kata Li Dingru, presiden bagi Persatuan E-dagang Humen.

Dengan perubahan ini, struktur di bahagian penawaran bagi industri pakaian Humen telah bertambah baik untuk memenuhi permintaan pengguna bagi kualiti yang lebih tinggi. Ambil Taman Perindustrian E-dagang Humen sebagai contoh, ia menyediakan banyak perkhidmatan pengeluar, termasuk latihan untuk mengehos penstriman langsung, pemasaran e-dagang, operasi kedai dalam talian dan seni reka bentuk untuk menyesuaikan dengan permintaan bagi transformasi dan peningkatan syarikat-syarikat.

Wang Yaoming, datuk bandar bagi bandar Humen, berkata bahawa skala dan kualiti bagi industri e-dagang Humen telah terus meningkat, dengan keuntungan struktur yang dioptimumkan dan mempercepatkan pembangunan yang berinovatif. Tahun ini, industri itu telah terus berkembang, membantu merangsangkan penggunaan, menarik pelaburan, dan menggalakkan peluang pekerjaan.

Pada tahun 2019, Humen, dengan penduduk tetap sekitar 600,000 orang, mempunyai lebih daripada 10,000 perusahaan dan perniagaan individu yang bekerja sendiri di dalam e-dagang dan lebih dari 150,000 orang pekerja yang berkaitan, di mana 90% terlibat di dalam industri pakaian. Jualan dalam talian mencecah hampir 47.8 bilion yuan melalui platform pihak ketiga, dan kira-kira 380 juta bungkusan dihantar melalui penghantaran ekspres, yang mana jumlah itu telah menyaksikan satu kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10%.

Pembangunan pesat bagi model perniagaan baharu itu telah memupuk bidang-bidang pertumbuhan baharu. Bagaimanapun, ia juga membawa masalah baharu seperti ambang akses yang rendah dan kualiti pekerja yang tidak seimbang. Taman-taman perindustrian tempatan juga menghadapi masalah seperti aduan pembeli, tanda produk yang tidak standard, dan penstriman yang dalam keadaan bercelaru.

Untuk melaraskan tingkah laku yang menyimpang dan mencegah masalah-masalah susulan, Jawatankuasa Teknikal bagi Penstandardan Taman-taman Perindustrian E-dagang Guangdong telah ditubuhkan secara rasmi di Humen pada tahun 2019. Sejak itu, ia telah berturut-turut mengambil bahagian di dalam perumusan empat standard nasional dan dua standard perindustrian, untuk menggalakkan pembangunan industri yang sihat dan lestari.

Menurut Li Dingru, kunci di dalam penyeragaman juga terletak pada penyepaduan erat pekerja dan industri. Kedai-kedai tempatan di Humen mengusahakan hos penstriman langsung mereka sendiri yang memahami produk dan jenama itu dengan lebih baik dan dapat untuk benar-benar menarik perhatian pengguna dengan produk mereka, meningkatkan kredibiliti kedai dan pada masa yang sama mengelakkan kesan negatif dari publisiti palsu yang dibawa oleh hos KOL atau hos selebriti.

Sumber: Festival E-dagang Antarabangsa Humen ke-7

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14103