Wednesday, December 9, 2020

UVD ROBOTS MENDAPAT KONTRAK EU UNTUK MENGGUNAKAN 200 ROBOT DI HOSPITAL DI SELURUH EROPAH

 



Robot UVD Digunakan untuk Memerangi Penyebaran Covid-19 dan Mengurangkan Jangkitan yang Diperolehi dari Hospital


ODENSE, Denmark, 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- UVD Robots dan Blue Ocean Robotics, pengeluar robot pembasmian kuman berautonomi yang dilengkapi dengan cahaya UV-C, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Ketua Pengarah Suruhanjaya Eropah untuk Jaringan Komunikasi, Kandungan dan Teknologi (Suruhanjaya EU) untuk membekalkan 200 robot membasmi kuman berautonomi kepada hospital-hospital di Kesatuan Eropah untuk memerangi Koronavirus. Tender UVD Robots menduduki tempat pertama di dalam kajian semula Suruhanjaya EU bagi robot membasmi kuman yang menilai kecemerlangan teknikal dan kematangan teknologi, kualiti bagi pendekatan dalam penggunaan, masa tindak balas dalam sokongan dan penyelenggaraan teknikal, dan nilai keseluruhan. UVD Robots kini digunakan di lebih 10 buah negara pertama di EU dengan lebih banyak negara akan menyusul.

Dalam satu kenyataan Presiden bagi Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen berkata: “Dengan dana EU, Suruhanjaya Eropah akan membeli 200 robot pembasmian kuman, yang akan dihantar ke hospital-hospital di seluruh Eropah untuk membantu menyahjangkit bilik-bilik pesakit. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyokong hospital-hospital dan pesakit dalam masa yang sukar ini. Dan banyak lagi akan menyusul.”

“Kami amat teruja kerana UVD Robots kami telah dipilih oleh Suruhanjaya EU, yang kami percaya sebagai pesanan robot perkhidmatan yang terbesar seumpamanya,” kata Per Juul Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif bagi UVD Robots. “Kami adalah robot yang pertama di dalam kategori ini dan telah menetapkan standard global untuk pembasmian kuman UVC secara berautonomi. Satu pesanan seumpama ini selanjutnya mengesahkan keberkesanan UVD Robots.”

Robot UVD menyahjangkit terhadap virus dan bakteria di permukaan dan di udara, untuk mengurangkan penularan penyakit dengan membunuh 99.99 peratus bakteria dan mikroorganisma dalam masa kira-kira 10 minit di sesebuah bilik pesakit.

“Kami membantu memerangi penyebaran Covid-19 dan pada masa yang sama memperkuatkan pencegahan terhadap Jangkitan yang Diperolehi dari Hospital (HAI) secara keseluruhan,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Blue Ocean Robotics, syarikat induk UVD Robots. “Dengan pesanan ini, kami akan melangkah lebih jauh untuk membantu melindungi petugas penjagaan kesihatan, pesakit dan saudara-mara di hospital pada masa yang kritikal.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14071

No comments:

Post a Comment