Wednesday, December 30, 2020

JPMorgan Chase Memperoleh Sebuah Perniagaan Perjalanan Dan Kesetiaan Terkemuka

 JPMorgan Chase bakal mengubah keupayaan perjalanan dari hujung ke hujung mereka dengan memperoleh platform teknologi moden dan berskala cxLoyalty


NEW YORK, 29 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- JPMorgan Chase & Co. (NYSE: JPM) dan cxLoyalty Group Holdings hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani satu perjanjian bagi JPMorgan Chase untuk memperoleh perniagaan Kesetiaan Global bagi cxLoyalty Group Holdings. Perjanjian itu termasuk platform teknologi terkemuka cxLoyalty, agensi pelancongan perkhidmatan penuh, kad hadiah, barang dagangan, dan perniagaan bank mata.

“Pelaburan ini menunjukkan komitmen kami untuk menyampaikan manfaat perjalanan yang luar biasa pada skala kepada pangkalan pelanggan kami yang besar dan yang pesat berkembang. Orang ramai di seluruh dunia mahu bercuti dan melancong lagi, dan adalah menjadi harapan agar ia akan menjadi satu kenyataan bagi kebanyakan orang dalam masa terdekat. Memperolehi perniagaan perjalanan dan ganjaran bagi cxLoyalty akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada berjuta-juta pelanggan Chase kami apabila mereka sudah bersedia, selesa dan yakin untuk melakukan perjalanan,” kata Marianne Lake, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pinjaman Pengguna di JPMorgan Chase.

cxLoyalty adalah sebuah syarikat penyelesaian kesetiaan dan teknologi terkemuka dengan pengalaman lebih dari 40 tahun. Kepakaran mereka di dalam mereka, mentadbir dan memenuhi program kesetiaan melengkapkan reputasi JPMorgan Chase dalam menyediakan nilai yang tinggi dan berbeza kepada pelanggan. Urus janji itu dijangka dapat mempercepatkan asas yang mantap yang dibina di dalam kesetiaan, termasuk untuk platform Ultimate Rewards Chase dan klien cxLoyalty yang sedia ada, bagi membolehkan satu perjalanan melancong yang lebih holistik dari hujung ke hujung untuk semua pelanggan. Jenama cxLoyalty dan perhubungan pelanggan yang sedia ada akan terus dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif cxLoyalty Group Todd Siegel.

“JPMorgan Chase adalah rakan yang tepat untuk melabur lebih jauh di dalam perniagaan kesetiaan terkemuka kami,” kata Todd Siegel, Ketua Pegawai Eksekutif bagi cxLoyalty. “Perkongsian ini membolehkan kami untuk mengukuh dan memperluaskan penyelesaian teknologi kami, kandungan ganjaran dan pengalaman pelanggan diperibadikan yang bertaraf dunia untuk pelanggan Fortune 500 kami dan berjuta-juta pelanggan mereka, di seluruh dunia.”

Cik Lake menambah, “Kami mengalu-alukan Todd dan cxLoyalty ke JPMorgan Chase, dan menanti-nantikan untuk mencipta lebih banyak nilai bagi pelanggan dan klien kita yang dikongsi bersama.”

Pelanggan kad kredit JPMorgan Chase akan terus menggunakan Ultimate Rewards seperti biasa dan dari semasa ke semasa, akan mendapat akses kepada pengalaman perjalanan yang lebih baik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14142

No comments:

Post a Comment