Saturday, December 12, 2020

JUMLAH NILAI KELUARAN HASIL LAUT SHANDONG MENYUMBANG 16.3% BAGI KESELURUHAN JUMLAH CHINA

QINGDAO, China, 11 Dis., 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Baru-baru ini, Zhang Jiandong, ketua pengarah bagi Pentadbiran Samudera bagi Wilayah Shandong, berkata pada satu sidang media yang diadakan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong bahawa pada tahun 2019, jumlah nilai keluaran laut Shandong telah mencapai 1.46 trilion yuan, untuk terus berada pada kedudukan kedua di China, dengan mencakupi 16.3% daripada keseluruhan jumlah bagi China. Di sektor marin Shandong, skala bagi perikanan laut, industri bioperubatan marin, industri garam laut, industri kuasa elektrik marin dan industri pengangkutan laut kesemuanya menduduki tempat pertama di China.
 
Zhang berkata bahawa industri bioperubatan marin adalah satu daripada industri baru muncul strategik yang paling berpotensi di China. Semasa tempoh Rancangan Lima Tahun ke-13 (2016-2020), Wilayah Shandong telah meningkatkan penyelidikan dan pengembangan bagi ubat-ubatan marin yang berinovatif, mewujudkan “Dana Pembangunan Bank Ubat-ubatan Biru China” dengan jumlah skala sebanyak 5 bilion yuan, mewujudkan Pusat Inovasi Industri Pembuatan Ubat-ubatan Marin Shandong, dan membina enam platform R&D produk untuk ubat-ubatan marin moden, perubatan Cina marin moden, dan lain-lain. GV971, sejenis ubat Cina yang baharu untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan secara persendirian oleh pasukan akademik Guan Huashi, telah diluluskan dan dijual di pasaran, untuk menjadi ubat marin ke-14 di dunia dan ke-2 di China. Qingdao telah membina pangkalan perindustrian produk biologi rumpai laut terbesar di dunia, dan kapasiti pengeluaran alginat mereka menduduki tempat pertama di dunia. Yantai Dongcheng Pharmaceutical Group Co., Ltd. telah menjadi pengeluar bahan mentah terbesar di dunia bagi kondroitin sulfat dan satu-satunya pembekal domestik bagi suntikan kondroitin sulfat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14092

No comments:

Post a Comment