Wednesday, December 2, 2020

CLINIGEN MELANCARKAN PEJABAT MALAYSIA UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEHADIRAN DI ASIA TENGGARA

BURTON-UPON-TRENT, England, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Clinigen Group plc (AIM: CLIN, ‘Clinigen’), syarikat farmaseutikal dan perkhidmatan global, telah melancarkan perniagaan mereka di Malaysia dengan sebuah pejabat di Kuala Lumpur. Pejabat baharu itu adalah sebahagian daripada strategi Clinigen untuk memperluaskan kehadiran mereka di Asia Tenggara, sebuah pasaran penting bagi Kumpulan itu.

Strategi Kumpulan itu di Malaysia adalah untuk menjadi vendor pilihan bagi mendapatkan dan membekalkan ubat-ubatan kepada pelanggan mereka, menyediakan infrastruktur tambahan untuk menyokong misi mereka untuk menyampaikan ubat-ubatan yang tepat kepada pesakit yang betul dan pada masa yang tepat.

Matlamat segera adalah untuk memperluaskan akses kepada ubat-ubatan yang tidak mempunyai lesen dengan memperluaskan jangkauan bagi perjanjian bekalan eksklusif dan perkhidmatan atas permintaan Ubat-ubatan Tanpa Lesen Kumpulan itu, serta menawarkan Perkhidmatan Klinikal Clinigen kepada pelanggan mereka.

CLINIGEN MELANCARKAN PEJABAT MALAYSIA UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEHADIRAN DI ASIA TENGGARA

No comments:

Post a Comment