Thursday, December 10, 2020

PICKERING ELECTRONICS MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN WISELINK DI SINGAPURA, MALAYSIA DAN THAILAND


 

Produk geganti dedaun yang terkemuka yang disokong oleh rakan pengedar ‘yang berdedikasi kepada kecemerlangan dan kepuasan pelanggan’


CLACTON-ON-SEA, England, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pickering Electronics, syarikat geganti dedaun yang telah mempelopori pengecilan saiz dan prestasi tinggi selama lebih 50 tahun, telah menandatangani satu perjanjian perkongsian pengedar dengan Wiselink, yang meliputi Singapura, Malaysia dan Thailand.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20201208005810/en/
 
Wiselink memberikan penekanan yang tinggi kepada menyampaikan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Syarikat itu bertindak sebagai sebuah rakan saluran bekalan bagi lebih 35 pembekal dan lebih 2,500 pelanggan OEM dan CEM di pelbagai industri. Ketua Pegawai Eksekutif Pickering Keith Moore memberi komen: “Wiselink adalah sebuah rakan proaktif bagi kami di wilayah yang penting ini, yang berdedikasi kepada kecemerlangan dan kepuasan pelanggan.”

Pickering terkenal kerana inovasi mereka di dalam geganti dedaun yang menggunakan suis dedaun bergred instrumentasi dengan penyaduran rutenium percik-vakum untuk memastikan operasi yang stabil dan tahan lama sehingga 5x109. Pembinaan gegelung tanpa had dan teknologi SoftCenter™ juga membantu untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan ketahanan, dan pada masa yang sama penggunaan penyaringan magnetik Mu-metal (sama ada luaran atau dalaman), membolehkan kepadatan pembungkusan sisi dengan sisi PCB yang ultra tinggi dengan interaksi magnetik yang minimum, sekali gus menjimatkan kos dan ruang dengan ketara. Di samping itu, geganti dedaun Pickering telah diuji 100% bagi semua parameter operasi termasuk analisis bentuk gelombang hubungan dinamik dengan pemeriksaan data yang sepenuhnya untuk mengekalkan ketekalan.

Lebih banyak kelebihan mengenai geganti dedaun Pickering boleh dibaca di sini.

Maklumat mengenai Pickering Electronics

Pickering Electronics telah diwujudkan lebih 50 tahun yang lalu untuk mencipta dan mengeluarkan geganti dedaun yang berkualiti tinggi, yang ditujukan terutamanya untuk digunakan di dalam peralatan Instrumentasi dan Pengujian. Hari ini, rangkaian Baris Tunggal Pickering (SIL/SIP) adalah yang paling maju di dalam industri geganti dengan peranti 25% daripada saiz bagi kebanyakan pesaing. Geganti dedaun SIL/SIP kecil ini dijual dalam jumlah yang besar kepada syarikat ATE dan Semikonduktor besar di seluruh dunia.

Pickering Electronics adalah merupakan sebahagian daripada Kumpulan Pickering yang dimiliki secara persendirian; yang terdiri daripada tiga pengeluar elektronik, termasuk Pickering Interfaces yang mencipta dan mengeluarkan produk pensuisan isyarat modular dan simulasi, dan Pickering Connect yang mencipta dan mengeluarkan kabel dan penyambung.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14081

No comments:

Post a Comment