Tuesday, December 8, 2020

LES' COPAQUE PRODUCTION PERANGI LANUN SIBER

SHAH ALAM, 8 Dis (Bernama) -- Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal merupakan filem pecah panggung pada tahun 2019 dan telah berjaya mengharumkan nama negara dengan tersenarai dalam senarai pendek Anugerah Akademik (Oscars) 2019 kategori “Best Animated Film”, serta memenangi anugerah peringkat antarabangsa di Montreal, Kanada dan Singapura. Filem ini telah ditayangkan di Astro First pada 3 Disember yang lalu melalui saluran 480 dan Astro On Demand.

Namun begitu, Les’ Copaque Production telah menerima banyak laporan aktiviti cetak rompak melalui laman web serta laman media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram. Selain itu juga, aktiviti cetak rompak juga turut diadakan melalui perkhidmatan android box yang dijual secara terbuka di pasar raya terkemuka. Les’ Copaque Production memandang serius perkara ini dan telah membuat laporan polis bagi menjalankan siasatan dan seterusnya mendakwa mereka yang terlibat. Ini termasuklah kepada mereka yang memuatnaik serta berkongsi link filem cetak rompak tersebut.

Les’ Copaque Production mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong dan menonton filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal di saluran yang sah. Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 juta melalui tayangan filem ini di Astro First dalam masa 3 hari tayangan.

Link:
https://www.facebook.com/212061498804600/posts/4072104219466956/?d=n

Sumber: Les' Copaque Production

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: 
Mohd Zarin Bin Abd Karim
Tel: +60 12-239 9327

E-mel: zarin@lescopaque.com

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment