Tuesday, December 22, 2020

SPOTIFY AKAN DILANCARKAN DI KOREA SELATAN PADA SEPARUH PERTAMA 2021

NEW YORK & SEOUL, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Spotify (NYSE: SPOT) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan perkhidmatan mereka di Korea Selatan pada separuh pertama tahun 2021. Perkhidmatan langganan penstriman audio yang paling popular di dunia itu akan memberikan akses kepada pendengar Korea kepada lebih dari 60 juta trek dan lebih 4 bilion senarai audio video. Pelancaran itu akan membolehkan artis-artis Korea untuk menjangkau kepada peminat muzik tempatan mereka, di samping 320 juta pendengar Spotify di seluruh dunia. Ia akan juga menghubungkan pendengar di Korea dengan artis dan muzik dari seluruh pelusuk dunia.

Sebagai satu daripada pasaran muzik utama yang paling pesat berkembang di dunia* dan pasaran muzik keenam terbesar di dunia**, Korea Selatan adalah kunci bagi Spotify di dalam misi mereka untuk memberikan satu juta artis kreatif dengan peluang untuk bergantung hidup kepada seni mereka dan berbilion peminat dengan peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripadanya. Spotify mahu membantu mempercepatkan pertumbuhan keseluruhan ekosistem penstriman muzik Korea, memberi manfaat kepada artis, label, pengedar dan peminat.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran kami yang akan datang di Korea Selatan, sebuah pasaran yang diiktiraf sebagai sebuah pusat bagi inovasi muzik, budaya dan teknologi,” kata Alex Norström, Ketua Pegawai Perniagaan Freemium bagi Spotify. “Spotify telah menjadi sebuah rakan kepada industri muzik Korea selama bertahun-tahun sekarang. Kami amat berbangga untuk menjadi bahagian daripada kisah global K-pop itu, dengan memaparkan genre pada platform kami dan membolehkan penemuannya di seluruh dunia, dari Asia sehingga ke Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Timur Tengah. Kami tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan rakan-rakan tempatan kami yang bernilai bagi mencungkil lebih ramai artis Korea, dan untuk menghubungkan mereka dengan peminat di Korea Selatan dan di seluruh dunia.”

Sejak Spotify melancarkan senarai audio video K-Pop mereka yang pertama pada tahun 2014, pendengar telah menstrimkan lebih daripada 180 bilion minit bagi genre itu dan menambahkan trek K-Pop kepada lebih daripada 120 juta senarai audio video Spotify. Bahagian pendengaran bagi K-Pop telah meningkat lebih daripada 2,000% dalam tempoh enam tahun yang lalu. Hari ini, hab genre K-Pop Spotify merangkumi pelbagai muzik Korea, termasuk K-pop, Hip Hop, Indie, OST, R&B dan banyak lagi, serta ‘RADAR Korea’, satu senarai audio video yang mendedahkan penemuan K-muzik segar dan sebahagian daripada program artis baru muncul global Spotify. Hab ini disetempatkan di lebih 64 buah negara, termasuk Rusia, India, Brazil dan Emiriah Arab Bersatu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14118

No comments:

Post a Comment